Tiada kaitan dengan kuman

KISAH bayi lapan bulan yang menderita kanser germ cell tumour pada bahagian mulut, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin mendapat perhatian ramai rakyat Malaysia baru-baru ini. Atas keprihatinan ramai, Ainul Mardhiah bersama keluarganya telah dibawa ke London pada 24 Mei lalu bagi mendapatkan rawatan untuk penyakitnya itu.

GAMBAR hiasan cell tumor.

GAMBAR hiasan cell tumor.

Bayi tersebut dilaporkan stabil selepas menjalani lima jam pembedahan membuang tumor seberat 200 gram pada mulutnya. Pembedahan tersebut telah dilakukan oleh sepasukan doktor pakar yang diketuai oleh Prof David Dunaway dan Dr. Julian Ong yang merupakan anak kelahiran Malaysia yang berasal dari Pulau Pinang.

Penderitaan Ainul Mardhiah sebelum ini telah mendapat perhatian banyak pihak termasuklah Kerajaan Negeri Melaka, Malaysia Airlines, Jabatan Imigresen Malaysia dan doktor pakar pelatih surgikal kelahiran Malaysia yang bertugas di United Kingdom, Dr. Amalina Che Bakri.

Dr Amalina merupakan antara individu pertama yang berusaha menerbangkan kanak-kanak comel itu mendapatkan rawatan melalui sepasukan doktor perubatan lain di sebuah hospital di London.

DR Amalina individu yang memainkan peranan penting di sebalik kejayaan pembedahan Ainul mardhiah.

DR Amalina individu yang memainkan peranan penting di sebalik kejayaan pembedahan Ainul mardhiah.

Perjalanan mereka juga telah dimudahkan melalui sokongan dan tajaan pelbagai pihak di Malaysia dan juga di kota London.

Di sebalik kisah hidup dan perjalanan mendapatkan rawatan oleh bayi yang bernama Ainul Mardhiah itu, adakah kita mengetahui dengan lebih mendalam apakah sebenarnya penyakit germ cell tumor yang sedang dialami oleh si kecil tersebut?

Apakah germ cell tumor?

Terdapat pelbagai jenis germ cell tumor dan hanya sebahagiannya sahaja merupakan kanser.

Germ cell tumor sebenarnya, tiada kaitannya dengan germ atau kuman. Nama itu diperoleh daripada perkataan germinate yang bermaksud bermula untuk membesar atau bercambah.

Ia disebabkan oleh germ cells mengambil tempat sama ada menjadi telur di dalam ovari atau sperma di dalam testikel seiring den gan perkembangan bayi sebelum dilahirkan.

Germ cell tumor paling kerap berkembang pada bahagian ovari atau testis kerana itu ialah kawasan yang mana kebanyakan germ cell berada.

Namun, ia kadangkala boleh ditinggalkan pada bahagian lain badan bermula daripada semasa janin membesar di dalam rahim. Oleh itu, tumor-tumor itu boleh berkembang di mana-mana di dalam badan manusia yang terdapatnya germ cell tersebut.

Kadang-kadang, sekumpulan germ cell membesar dengan cara yang tidak normal yang menyebabkan pembentukan tumor.

Itu biasanya berlaku di dalam ovari atau testikel tetapi ia boleh juga terjadi di dalam bahagian otak, dada dan perut, namun ia jarang berlaku.

Apakah yang menyebabkan germ cell tumor?

Perubahan dalam gen germ cell boleh menyebabkannya membesar tanpa kawalan yang membawa kepada pembentukan tumor. Orang ramai boleh mendapat germ cell tumor sekiranya mempunyai ciri-ciri berikut:

Apakah jenis-jenis germ cell tumor?

Terdapat beberapa jenis germ cell tumor tetapi lima jenis seperti yang di senaraikan yang paling kerap berlaku:

Tatamis: Juga dikenali sebagai dermoid cysts – tidak selalunya menjadi kanser tetapi ia berpotensi untuk menjadi kanser. Ia adalah germ cell tumor yang paling biasa dijumpai di dalam ovari. Biasanya, ia dirawat melalui pembedahan.

Germinomas: Ia merupakan kanser dan dipanggil dysgerminomas jika ia berada di dalam ovari dan dipanggil seminomas di dalam testis. Ia kadangkala turut dijumpai di dalam otak.

Tumor Yolk Sac: Juga dikenali sebagai endodermal sinus tumor. Pada kebiasaannya ia merupakan kanser. Tumor yolk sac terbentuk di dalam testikel dan ovari.

Ia selalunya kanser yang agresif yang merebak dengan cepat ke nod limfa dan bahagian-bahagian lain badan. Ia biasanya dirawat melalui pembedahan dan kemoterapi.

Embryonal carcinoma: Ia mempunyai sel-sel kanser yang biasanya bercampur dengan germ cell tumor yang lain. Sebagai contoh, sel embronal carcinoma boleh bercampur dengan teratoma dan menjadikannya kanser.

Choriocarcinoma: Kanser yang jarang berlaku dan terbentuk di plasenta. Ia boleh menjejaskan ibu dan bayi. Kanser yang terbentuk daripada germ cell pada bahagian lain badan jarang berlaku. Nama perubatan untuk germ cell tumor yang berkembang di luar ovari atau testikel ialah extragonadal germ cell tumour (EGGCT). Germ cell tumor boleh bermula pada bahagian:

Otak. – Belakang abdomen (kanser retroperitoneal). – Sebahagian daripada dada yang dipanggil mediastinum (mediastinal germ cell tumours). Mediastinum merupakan kawasan antara paru-paru yang mengandungi jantung.

Apakah simptom-simptom germ cell tumor?

Ia bergantung kepada jenis tumor dan di mana ia berada. Tanda-tanda umum germ cell tumor termasuklah:

COMEL wajah terbaru adik Ainul Mardhiah selepas menjalani pembedahan di London.

COMEL wajah terbaru adik Ainul Mardhiah selepas menjalani pembedahan di London.

Bagaimana doktor melakukan pemeriksaan bagi penentuan germ cell tumor?

Pada kebiasaannya, doktor akan menanyakan soalan-soalan mengenai keadaan kesihatan dan simptom-simptom yang terjadi, selain melakukan pemeriksaan secara fizikal ke atas pesakit. Selepas itu, pesakit mungkin dikehendaki untuk melakukan perkara-perkara berikut:

1. Biopsi: Doktor akan mengambil sampel tumor untuk mengujin sekiranya terdapat kanser dan membantu membimbing bagi merawat pesakit.

2. Ujian darah: Pesakit juga boleh mendapatkan ujian yang berbeza untuk memeriksa kesihatan keseluruhan darah, buah pinggang dan hati. Doktor juga boleh menguji tanda-tanda tumor seperti tahap hormon yang tinggi. Jika doktor berfikir pesakit mempunyai keadaan genetik, pesakit juga boleh mendapatkan ujian genetik.

3. Pengimejan: CT, MRI, X-ray, ultrasound dan pengimejan tulang boleh menunjukkan di mana tumor dan sama ada ia telah merebak.

Bagaimana germ cell tumor dirawat seperti yang dialami oleh adik Ainul Mardhiah?

DR Mahathir bergambar dengan ibu bapa Ainul Mardhiah dan pakar-pakar yang bertanggungjawab melakukan pembedahan ke atas bayi comel berkenaan.

DR Mahathir bergambar dengan ibu bapa Ainul Mardhiah dan pakar-pakar yang bertanggungjawab melakukan pembedahan ke atas bayi comel berkenaan.

Ia bergantung pada jenis tumor yang pesakit ada, di mana ia berada dan jika ia telah tersebar. Doktor juga akan mengambil kira usia dan kesihatan keseluruhan.

Pesakit mungkin memerlukan lebih daripada satu jenis rawatan. Doktor akan membantu memaklumkan pendekatan terbaik. Pilihan rawatan biasanya termasuklah:

1. Pembedahan untuk membuang tumor

Jika ia kanser, doktor perlu mengeluarkan kesemua sel-sel kanser. Itu bermakna doktor mungkin akan mengeluarkan testikel atau ovari dan tiub fallopian di mana tumor tersebut terletak.

2. Kemoterapi

Pendekatan berkenaan menggunakan ubat untuk membunuh kanser. Ia sering digunakan jika tumor ialah kanser dan telah merebak ke bahagian lain badan pesakit.

3. Radiasi.

Ia menggunakan tenaga tinggi daripada X-ray atau sumber lain untuk membunuh sel kanser. Jenis radiasi yang lebih baharu digunakan sedekat mungkin pada tumor untuk membantu mengehadkan kesan sampingan.

Terdapat pelbagai faktor yang memungkinkan germ cell tumor terjadi kepada Ainul Mardhiah. Antaranya faktor genetik seperti sindrom Turner iaitu satu keadaan yang mana bayi perempuan dilahirkan tanpa kromosom X selain faktor-faktor lain seperti cryptorchidism.

Sehingga hari ini, kesihatan Ainul Mardhiah semakin pulih setelah menjalani pembedahan untuk membuang germ cell tumor tersebut yang telah berjalan selama lima jam. Ainul Mardhiah turut menunjukkan respons kesihatannya yang semakin baik melalui hisapan jari setelah ketulan tumor tersebut dibuang dari bahagian mulutnya.

Kita berharap agar kesihatannya semakin baik dari masa ke masa dan beliau sembuh daripada sebarang kemungkinan untuk mengalami germ cell tumor itu kembali.

Sumber

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *