Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • Sport
  • Tempat sampah haram jadi kolam air panas terkenal
  • Sport

Tempat sampah haram jadi kolam air panas terkenal

Helmi Aziz February 19, 2019 3 minutes read
192550.jpg

SEMENYIH – Berkat kegigihan seorang anak jati Semenyih, sebuah kawasan pembuangan sampah haram berjaya ditukar menjadi kolam air panas yang menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara.

Kini, Kolam Air Panas Sungai Lalang, terletak kira-kira 12km dari Pekan Semenyih, mempunyai dua kolam air panas yang keseluruhannya bersaiz kira-kira 36,000 kaki persegi dan sedalam paras pinggang, selain dilengkapi dengan kemudahan lain seperti gerai makan, surau dan tandas.

Bersebelahan kolam itu, turut disediakan trek untuk sukan lasak seperti larian lasak dan basikal bukit, yang diusahakan oleh individu yang sama.

Pengusaha kolam air panas itu, Hanim Raduan, 50, berkata, kewujudan sumber air panas semula jadi atau diistilahkan sebagai ‘kebocoran perut bumi’ di kawasan itu telah diketahui penduduk setempat sejak lebih 60 tahun lalu.

Namun, katanya pada waktu itu tiada siapa yang mempedulikan kawasan tersebut sehingga menjadi kawasan ‘gelap’ dengan pelbagai aktiviti negatif dan dipenuhi dengan sampah.

Justeru, pada tahun 2010 beliau nekad untuk membangunkan tanah yang dipajak dari kerajaan negeri Selangor itu dengan menggunakan modalnya sendiri.

“Pada masa itu, saya terpaksa mengambil masa selama sebulan hanya untuk membuang sampah. Lori 10 tan digunakan untuk mengangkut sampah sebanyak lebih 200 kali. Saya juga guna dua buah mesin penggali,” katanya ketika ditemui Bernama di sini.

Kelihatan para pengunjung beristirehat dalam sebuah kolam air panas di Kolam Air Panas Sungai Lalang hari ini. - Foto Bernama

Kelihatan para pengunjung beristirehat dalam sebuah kolam air panas di Kolam Air Panas Sungai Lalang hari ini. – Foto Bernama

Hanim membelanjakan RM90,000 hanya untuk membuang sampah.

Katanya selepas itu, beliau membangunkan kawasan seluas 1.04 hektar itu selama dua tahun, sebelum ia mula dibuka kepada pengunjung pada 2012.

Kolam air panas yang sering dikunjungi pelancong antarabangsa seperti dari Korea dan Taiwan itu memberi nilai tambah kepada sektor pelancongan di Semenyih yang sememangnya terkenal dengan beberapa lokasi menarik seperti Bukit Broga.

Hanim berkata, beliau bersyukur kerana kolam air panas yang diusahakan dengan titik peluhnya sendiri semakin dikenali sehingga pernah menjadi lokasi pembikinan beberapa filem tempatan dan Singapura.

Seorang pengunjung Azmi Ibrahim, 66, berkata kolam air panas tersebut berpotensi untuk dimajukan lagi kerana persekitarannya yang cantik dan selesa.

“Sebelum ini saya tidak tahu ada tempat sebegini di Semenyih. Walaupun kedudukannya agak jauh ke dalam kampung tetapi senang hendak cari tempat ini kerana ada papan tanda jalan,” kata pesara kerajaan yang datang dari Pulau Pinang itu.

V. Renusa, 38, yang berasal dari Kajang berkata beliau sekeluarga sering datang ke kolam air panas tersebut kerana menyedari kebaikan berendam di kolam air panas yang dipercayai mampu melancarkan pengaliran darah dan memberi kesan positif kepada tubuh badan.

“Tempat ini juga telah banyak berubah, semasa baru buka tandas pun tidak ada, kini banyak fasiliti yang disediakan. Saya juga telah mencadangkan tempat ini kepada rakan-rakan yang lain,” katanya.



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Keuntungan bersih 2018 Petronas Gas meningkat RM1.81b
Next: Pakej servis minyak enjin BMW kini di Lazada

Related Stories

Byon Combat Showbiz Vol. 7 (BM) Poster
  • Lifestyle
  • News
  • Sport
  • Sports

BYON COMBAT SHOWBIZ 7 Akhirnya Tiba, Kuala Lumpur Jadi Tuan Rumah Debut Antarabangsa.

Allya Adriana April 22, 2026
WhatsApp Image 2026-04-21 at 15.40.23
  • Community
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Event
  • Sport

Sokongan FINAS Perkukuh Golf Amal Selebriti Demi Kebajikan Penggiat Filem

Farihin Azlan April 22, 2026
image (1)
  • Health
  • Sport

Strategic Alliance Between Sunway Medical Centre Velocity and ISN to Elevate Athlete Treatment and Recovery

Yasmin Zainal April 20, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.