Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • Food
  • Tambahlah Santan Ayam Brand untuk Rasa Asli yang Lazat!
  • Food

Tambahlah Santan Ayam Brand untuk Rasa Asli yang Lazat!

Helmi Aziz April 26, 2024 (Last updated: April 26, 2024) 4 minutes read

Santan merupakan satu ramuan wajib dalam setiap hidangan asli Malaysia, memperkaya rasa, tekstur, dan aroma Nasi Lemak, Rendang, Laksa Sarawak, dan banyak lagi.

Ayam Brand™, jenama warisan berusia 132 tahun, terkenal dengan makanan berkualiti, bebas bahan awet, dan diiktiraf Halal. Dengan santan Ayam Brand™, anda dapat menikmati rasa hebat dan manfaat kesihatan tanpa perlu bersusah payah. Diperah daripada kelapa terpilih dan dikekalkan kesegarannya dalam pek mudah tanpa tambahan bahan awet, santan Ayam Brand™ menjadikan setiap hidangan lebih enak dan lebih sihat.

Pilih daripada Santan Ayam Brand™ dalam pek 200ml (RM3.00) dan 1 liter (RM11.90) yang sesuai untuk keluarga besar atau penggunaan komersial dan Santan Trim Ayam Brand™ dengan pengurangan lemak sebanyak 45% (200ml untuk RM3.00). Bagi penggemar sajian pencuci mulut, cubalah Santan Super Light Ayam Brand™ 330ml dengan hanya 5% kandungan lemak dan dipertingkatkan dengan air kelapa (RM3.60), bergantung pada pilihan anda.

Santan Ayam Brand™ sesuai dipadankan bersama Pes Tempatan Ayam Brand™ (RM5 untuk 180g) dengan pes-pes kegemaran ramai termasuk Rendang, Kari Ikan, Kari Ayam, Masak Lemak dan Kurma. Nikmati hidangan asli enak dan sihat bersama Santan Ayam Brand™ semasa Hari Raya ini. Pastikan pantri sentiasa lengkap dengan ramuan penting ini sungguhpun musim perayaan telah berakhir untuk anda menyediakan sajian tengah hari atau makan malam dengan cepat.

Manfaat Pemakanan

Masyarakat dahulu menganggap santan kaya dengan pelbagai manfaat kesihatan. Mereka betul. Lemak tepu yang terdapat dalam santan amat bermanfaat apabila diambil secara sederhana dalam diet yang sihat. Santan terdiri daripada asid laurik dan asid lemak rantai sederhana (MCT) yang memudahkan metabolisme tubuh berbanding asid lemak rantai panjang.

Tubuh akan memecahkan lemak santan kepada monolaurin, sejenis kompaun yang mempunyai komponen antiviral dan antibakteria, satu sumber penting bagi sistem imun. Lemak santan juga menyediakan nutrisi dan tenaga yang penting bagi tubuh, pada masa sama menggalakkan penyerapan vitamin larut lemak (A,D, E dan K) dan mineral (kalsium, magnesium dan besi).

Kami kongsikan dua resipi cepat dan mudah yang sesuai untuk sambutan perayaan akan datang mahupun hidangan harian. Seperti biasa, olah resipi-resipi ini mengikut cita rasa anda dengan menambah atau mengurangkan ramuan.

Di bawah adalah langkah-langkah untuk menyediakan sajian asli tempatan:

 

Rendang Makerel Mudah

Walaupun hanya menggunakan empat ramuan, hidangan ini mempunyai kerumitan dan kekayaan rasa yang perlu dinikmati untuk mempercayai betapa mudah untuk menyediakannya. Masukkan satu pek Pes Rendang Ayam Brand™ ke dalam sebuah kuali dan goreng sehingga naik bau selama 2 hingga 3 minit. Kemudian, tambahkan 120ml Santan Ayam Brand™ dan kacau sehingga ramuan sebati. Buangkan kuah dalam sebuah tin Sardin atau Mackerel dalam Sos Tomato Ayam Brand™ (425g). Masukkan ikan yang telah ditoskan itu ke dalam kuah rendang. Kurangkan api dan biarkan kuah mereneh dengan dikacau sekali-sekala sehingga ia memekat. Tambah kerisik Ayam Brand™ (40g) dan gaul dengan perlahan sehingga segalanya sebati. Sardin dan Mackerel Ayam Brand™ kaya dengan kandungan Omega 3, protein dan kalsium yang pastinya akan memberikan khasiat tambahan pada hidangan rendang istimewa buat keluarga dan rakan-rakan.

Itu sahaja! Mudah, bukan? Hidangkan rendang anda bersama nasi himpit pada Aidilfitri ini atau gandingkan ia bersama nasi bagi hidangan harian yang memuaskan selera anda.

Masa penyediaan: 3 minit, tempoh memasak: 20 minit, saiz hidangan: 4 hingga 5 orang

 

Kurma Daging

Sama ada musim perayaan ini mahupun pada setiap hari, adalah penting untuk menyediakan sajian tidak pedas bagi si kecil dan mereka yang sensitif dengan makanan pedas. Kurma yang berasaskan ketumbar dan bukannya cili adalah pilihan enak yang sesuai tanpa rasa pedas.

Tuang satu pek Pes Kurma Ayam Brand™ ke dalam sebuah pan, masak sehingga naik bau dan kemudian, dengan segera masukkan 80g lobak merah yang telah dipotong dadu dan dan 300g daging (ayam atau lembu) yang telah dihiris dan saute sehingga daging tersebut sederhana masak. Tambah 200ml air, tutup pan dengan penutupmua dan biarkan ia mereneh sehingga kira-kira 10 minit atau daging masak atau lobak merah lembut. Masukkan 800 bawang merah yang dipotong empat dan 60ml Santan Ayam Brand™. Biarkan kuah sehingga mendidih. Sebagai pilihan, hiaskan hidangan dengan hirisan cili merah dan daun ketumbar. Hidangan bersama nasi.

Masa penyediaan: 5 minit, tempoh memasak: 20 minit, saiz hidanga: 4 hingga 5 orang

 

Produk-produk Ayam Brand boleh  didapati di kedai-kedai runcit berhampiran anda, termasuk rangkaian, Aeon, Aeonbig, Econsave, Giant, Hero terpilih, Jaya Grocer, Lotuss, Mydin, Village Grocer, OTK, Checkers, Matahari, NSK, Pasaraya Econjaya, Sabasun, Pantai Timor, Billion, Sunshine, Nirwana, Tunas Manja, Pasaraya Hwa Thai, Maslee, Target, CS Brothers dan Family Store. Produk Ayam Brand™  juga boleh didapati di laman Ayam Brand™ Official di Shopee dan Lazada.

Untuk maklumat lanjut berkenaan Ayam Brand™, sila layari www.ayambrand.com.my atau sertai https://www.facebook.com/ayambrandmalaysia.

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Spark Joyous Celebrations with Mirinda’s Blockbuster ‘Riang Raya Bersama-sama’ Campaign!
Next: Renowned Pianist Dang Thai Son to Grace the Malaysian Stage with Recital and Masterclass

Related Stories

Hotel Facade
  • Community
  • Food
  • Lifestyle
  • Lunch Buffet
  • News

Celebrate, Connect and Savour New Dining Experiences at Mercure Kuala Lumpur Glenmarie

Farihin Azlan April 20, 2026
Photo 3 (2)
  • Business
  • Food
  • Health
  • Lifestyle

Kekurangan Vitamin D di Malaysia: Pakar Herbalife Kongsi Solusi Padanan Bijak

Allya Adriana April 7, 2026
PIC 1
  • Budaya Raya
  • Carnival
  • Food
  • Makanan Tradisional

A Taste of Malaysian Heritage: Selera Warisan Ramadan Buffet Returns to KLGCC Convention Centre

Farihin Azlan March 17, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.