
Ringgit terus lemah berbanding dolar AS
RINGGIT meneruskan momentum lemah menjelang akhir dagangan hari ini untuk ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS). Seorang penganalisis berkata, momentum lemah itu berlaku berikutan pelabur mengalihkan tumpuan kepada tiga mesyuarat bank pusat utama pada minggu ini. Pada 6 petang, mata wang tempatan ditutup pada 4.6175/6220 berbanding dolar AS daripada 4.6115/6160 sewaktu ditutup pada Jumaat….