Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • Music
  • Stacy Anam Serlahkan Aura Melalui Lagu Terbaharu ‘Menyala’
  • Music

Stacy Anam Serlahkan Aura Melalui Lagu Terbaharu ‘Menyala’

Helmi Aziz December 6, 2024 2 minutes read
IMG_2006

Stacy Anam, bintang kelahiran Negeri di Bawah Bayu, terus memikat hati pencinta muzik Malaysia sejak kemunculannya dalam industri muzik tempatan. Dikenali dengan vokalnya yang mantap serta kelincahannya menari di atas pentas, Stacy sangat sinonim dengan lagu-lagu rancak dan bertempo laju. Tidak hairanlah dia pernah dinobatkan sebagai juara Akademi Fantasia musim keenam pada tahun 2008, yang menyaksikan kemunculan besar dalam kerjaya seni beliau.

Kini, Stacy bukan sahaja aktif dalam dunia nyanyian dan persembahan, tetapi juga telah mencipta dan menulis banyak lagu berkualiti, termasuk dengan suaminya, Akim Ahmad. Stacy berkongsi, lagu terbaru mereka, “Menyala”, bermula daripada siulan melodi yang menggambarkan dua perasaan berbeza. Pada mulanya, lagu ini disampaikan dengan lebih lembut, namun kemudian beralih kepada elemen rock yang lebih bertenaga. Stacy menerangkan bahawa lirik lagu ini terhasil daripada perasaan yang dibawa oleh melodi lagu tersebut dan diakhiri dengan sebuah cerita yang lengkap.

Lagu “Menyala” adalah hasil kerjasama antara pasangan penulis dan pencipta lagu, Bunga Cantik dan Hang Nadim. Proses penulisan lirik tidak memakan masa yang lama kerana kedua-dua pihak memahami sepenuhnya tujuan dan isi lagu tersebut. Stacy menambah bahawa inspirasi di sebalik lagu ini datang daripada kreativiti yang terhasil daripada kesungguhan serta imajinasi tentang bentuk persembahan secara langsung.

Susunan muzik lagu “Menyala” membangkitkan suasana dengan gabungan rentak reggaeton, rock, dan kesan dramatik yang turut mendapat pengaruh dari Nusantara. Lirik lagu ini pula mengajak pendengar untuk sentiasa ingat dan berwaspada dalam setiap tindakan yang dilakukan. Stacy turut berkongsi bagaimana dia sendiri menggunakan peringatan ini semasa membuat persembahan. Untuk menjaga keseimbangan semasa beraksi bersama penari, Stacy memerlukan ketenangan dan fokus yang tinggi, yang menurutnya penting dalam kehidupan seharian juga.

Mengulas tentang harapannya terhadap lagu ini, Stacy berharap lagu “Menyala” akan mendapat sambutan yang baik dari peminat dan pendengar, terutama dari penyokong setia muziknya. Beliau percaya bahawa lagu ini berbeza daripada karya-karya sebelumnya tetapi tetap berada dalam landasan muzik Stacy. Stacy berharap lagu ini akan memberi warna baru kepada industri muzik Malaysia.

Lagu “Menyala” adalah hasil kerjasama antara Sony Music Entertainment Malaysia, Alternate Records, dan Rhythm & Rhyme Entertainment. Ia boleh didapati di semua platform digital sejak 8 November 2024, sementara muzik video rasmi lagu ini boleh ditonton pada 5 Disember 2024, jam 8.00 malam.

INFORMASI

Tajuk Lagu: Menyala

Komposer: Bunga Cantik

Producer: Bunga Cantik

Penulis Lirik: Bunga Cantik & Hang Nadim

Penerbit: Rhythm and Rhyme Entertainment

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Revolutionize Mobile Gaming with Infinix HOT 50’s Ultra-Responsive 120Hz Display
Next: Liza Aziz Kekalkan Kemenangan di Gegar Vaganza 11, Tampil Penuh Jiwa dan Persembahan Memukau

Related Stories

TRILOGI_MAINKV_NEW (1)
  • Community
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event
  • Lifestyle
  • Music
  • News

Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma

Farihin Azlan May 6, 2026
AWIE ROCK KING POSTER
  • Community
  • Entertainment
  • Event
  • lagu
  • Lifestyle
  • Live Concerts
  • Music
  • News

Last Man Standing 2026: Awie Kembali Gegar Pentas Ikonik Stadium Merdeka

Farihin Azlan May 5, 2026
WhatsApp Image 2026-05-04 at 09.45.19
  • Collabration
  • Entertainment
  • Live Concerts
  • Music
  • News

Revolusi Metal! Cromok & Barbarik Janji Gegaran Luar Biasa Di Konsert Black On White

Allya Adriana May 4, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.