KERAJAAN Pakatan Harapan di bawah manifesto kesihatan rakyat sudah buka pendaftaran perlindungan khas kesihatan, mySalam. Skim perlindungan kesihatan nasional mySalam adalah inisiatif bertujuan menyediakan perlindungan kesihatan takaful percuma kepada 3.69 juta individu B40 yang juga penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 berumur 18 hingga 55 tahun serta pasangan mereka. Program ini khusus buat isi rumah berpendapatan kurang dari RM3,860. Senarai 36 penyakit kritikal yang mendapat perlindungan: 1 Penyakit Alzheimer / Demensia Teruk 2 Angioplasti dan rawatan invasif lain untuk penyakit arteri koronari 3 Meningitis Bakteria – Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian 4 Tumor Otak Benign – Keterukan Tertentu 5 Buta – Kekal dan Tidak Boleh Pulih 6 Pembedahan Otak 7 Kanser – Keterukan Tertentu dan Tidak Melindungi Kanser Tahap Awal 8 Kardiomiopati – Keterukan Tertentu 9 Anemia Aplastik Kronik – Mengakibatkan Kegagalan Kekal Sumsum Tulang 10 Koma – Mengakibatkan Defisit Neurologi Kekal dengan Simptom Klinikal yang Berterusan 11 Pembedahan Pintasan Arteri Koronari 12 Pekak – Kekal dan Tidak Boleh Pulih 13 Ensefalitis – Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian 14 Kegagalan Hati Tahap Akhir 15 Penyakit Paru-Paru Tahap Akhir 16 AIDS Dengan Gejala Penuh 17 Hepatitis Viral Fulminan 18 Serangan Jantung – Keterukan Tertentu 19 Pembedahan Injap Jantung 20 Jangkitan HIV Melalui Transfusi Darah 21 Kegagalan Buah Pinggang – Memerlukan Dialisis atau Transplan Buah Pinggang 22 Kehilangan Upaya Hidup Sendiri (Berdikari) 23 Hilang Keupayaan Bertutur 24 Trauma Kepala Major (Teruk) – Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian 25 Transplan Organ Utama/Sumsum Tulang 26 Penyakit Neuron Motor – Defisit neurologi Kekal dengan Simptom Klinikal Berterusan 27 Sklerosis Multipel 28 Distrofi Otot 29 Kelumpuhan Anggota 30 Penyakit Parkinson – Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian 31 Hipertensi Arteri Pulmonari Primer – Keterukan Tertentu 32 Penyakit Arteri Koronari Serius 33 Strok/Angin Ahmar – Mengakibatkan Defisit Neurologi Kekal dengan Simptom-Simptom Klinikal Berterusan 34 Pembedahan Aorta 35 Lupus Eritematosus Sistemik Dengan Komplikasi Buah Pinggang Yang Teruk 36 Kelecuran Tahap Ketiga – Keterukan Tertentu TALIAN BANTUAN Telefon: 1-300-88-8938 Email: [email protected] Sumber: https://www.mysalam.com.my/b40/info/ Sumber Post navigation Thailand, Bali, Malaysia destinasi paling popular di Asia untuk pengembaraan Jangan buat main ‘isu’ sembelit, buasir