Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Ekspo
  • Siti Nurhaliza perkenal padanan baju ibu, anak perempuan sempena raya
  • Ekspo

Siti Nurhaliza perkenal padanan baju ibu, anak perempuan sempena raya

Helmi Aziz May 21, 2019 3 minutes read
307838.jpg
LEBIH 11 tahun lamanya, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin diburu dengan panahan soalan tentang soal zuriat yang barangkali begitu merobek jiwanya.

Pun demikian, ketenangan yang menyelimuti jiwa, kesabaran meniti qada dan qadar, tawakal serta usaha padu yang tidak pernah jemu, akhirnya beliau mengakhiri persoalan itu dengan takdir yang cukup indah.

Pengumuman tentang kehamilannya pada tanggal 13 Oktober 2017 bukan sahaja menggembirakan empunya badan malah menceriakan seantero Nusantara.

Berita itu telah menjadi isu nasional yang menjadi perbualan ramai. Kehadiran cahaya mata yang dinanti-nantikan, Siti Aafiyah Khalid yang lahir pada 19 Mac tahun lalu ternyata cukup bermakna.

Pada 29 April lalu ketika Siti Nurhaliza melancarkan koleksi busana raya, Creacion & Simplysiti by Siti Nurhaliza (#crecionnostalgiaraya) wajah pelantun lagu Anta Permana berseri-seri.

Dengan nada menahan sebak, Siti Nurhaliza yang masih membahasakan dirinya sebagai Siti berkata:

“Semua orang tahu, apa yang Siti hendak selama ini. Alhamdulillah, pada tahun ini, impian Siti untuk memakai sedondon dengan anak, Aafiyah termakbul.

“Alhamdulillah juga, ada juga busana daripada Crecion yang dapat Aafiyah gayakan. Secara keseluruhan, Siti dan Aafiyah ada lima pakaian sedondon untuk dipakai, selebihnya bila dia rimas, dia akan pakai baju biasa sahaja.”

Mengambil inspirasi raya sedondon bersama Aafiyah, Siti Nurhaliza memperkenalkan baju padanan ibu dan anak perempuan di bawah jenamanya.

“Buat masa ini, terdapat satu desain anak perempuan yang berusia satu hingga sembilan tahun dengan tiga warna yang berbeza,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran koleksi baju raya jenama itu di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dekoratif seni Selain topik beraya bersama Aafiyah, Siti Nurhaliza galak menceritakan tentang kelainan koleksi baju kurung dan jubah Creacion & Simplysiti by Siti Nurhaliza yang membawa konsep Exclusive & Classic.

Terdahulu, ibu jelita itu berkata, beliau menggunakan khidmat pereka muda berbakat besar Danial Arif Shah Budin, lulusan Ijazah Fesyen dari Ecole Duperre Paris untuk menterjemahkan idea rekaannya.

“Konsep yang dipilih kali ini bertemakan dekoratif seni dari Perancis yang bermain dengan corak geometri, simetri, floral dengan variasi warna yang memenuhi cita rasa wanita.

“Busana Creacion ini juga menggunakan fabrik chiffon berkualiti tinggi bagi memberi dua efek berlainan ketika digayakan,” ujarnya yang kini mempunyai enam butik di seluruh negara.

Secara keseluruhan, terdapat 43 rekaan antaranya Sabrina Kurung, Aireen Kurung, Zafira Kurung, Sara Kurung, Nisha Jubah, Qisha Jubah dan banyak lagi.

“Semua koleksi yang diperkenalkan ini memenuhi permintaan pelanggan yang mahukan koleksi busana ready to wear yang minimal untuk digayakan pada hari raya termasuk untuk ke pejabat atau majlis-majlis tertentu,” katanya.

Harga busana dewasa dijual pada harga RM200 hingga RM350 sementara kanak-kanak RM90 hingga RM200. Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut, layari Instagram @crecionbysitinurhaliza atau laman web www.crecion.my.



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Majlis ilmu tepati syariat
Next: Perodua kekal momentum jualan

Related Stories

09
  • Business
  • Celebration
  • Collabration
  • Ekonomi
  • Ekspo
  • Gadget
  • Gaya Hidup
  • Industri Kreatif
  • music
  • News
  • Product Launch

vivo V70 FE First Sales Roadshow Janji Pengalaman Interaktif dan Persembahan DOLLA

Syahir Izani April 15, 2026
1000250427
  • Automotive
  • Business
  • Ekspo
  • Event
  • Innovation
  • Launching

SIRIM-Certified ASTRA Reinforces Bateriku’s Commitment to Quality with the Opening of Its Quality Lab

Helmi Aziz August 8, 2025
2
  • Awards
  • Ekspo
  • Music

Universal Music Malaysia Raikan Ikon Muzik di Hall of Fame, Pavilion Malaysia, Ekspo 2025 Osaka, Japan

Helmi Aziz May 14, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.