Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • Entertainment
  • Single ‘Take Me Back’ Oleh Kee Menggamit Nostalgia dan Emosi
  • Entertainment
  • Music

Single ‘Take Me Back’ Oleh Kee Menggamit Nostalgia dan Emosi

Helmi Aziz April 17, 2024 4 minutes read

Kee, merupakan seorang artis baharu berbakat, muncul dengan single terbarunya, ‘Take Me Back‘, yang menggambarkan nostalgia dan kenangan yang mendalam. Lagu ini merangkumi saat-saat manis dan indah bersama seseorang yang istimewa dan menjemput para pendengar dalam perjalanan emosi merenungi kenangan masa lalu.

“Lagu ini mengisahkan tentang detik-detik manis anda bersama seseorang yang istimewa. Setiap kali saya mendengar lagu ini, ianya selalu membawa saya kembali ke zaman di mana emosinya sama seperti projek lagu ini,” kata Kee yang jelas teruja.

Selepas menjalankan latihan vokal selama kira-kira dua bulan, hasilnya seperti yang dijangkakan. “Take Me Back” bukan sahaja mempamerkan lirik yang tulus hati tetapi juga peningkatan yang luar biasa dengan kebolehannya dalam nyanyian. Komitmen terhadap kecemerlangan vokal terserlah, menjadikan penyampaian lagu sebagai bukti dedikasi dan semangat Kee untuk ekspresi muzik.

“Saya telah meluangkan banyak masa dalam memastikan semuanya berjalan lancar sehingga rakaman. Untuk lagu ini, saya terpaksa mengambil latihan vokal untuk hampir dua bulan bagi meningkatkan kemahiran vokal saya dan secara keseluruhannya, saya amat gembira sekali dengan hasilnya.”

Walaupun lagu ”Take Me Back” memberikan cabaran yang hebat kerana julat vokal asalnya berada di luar zon selesa, Kee dengan dorongan dan kepercayaan orang-orang rapat di sekelilingnya terutamanya wakil syarikat rakaman, dia memulakan perjalanan transformasi melalui kelas vokal. Sokongan hebat yang diterima untuk menonjolkan suaranya ke dalam nadi lagu ini adalah penting, dan dia amat berterima kasih atas usaha kerjasama yang telah membawa pencapaian ini membuahkan hasil.

“Pada mulanya, lagu ini amat sukar untuk saya nyanyikan kerana ia tidak berada dalam lingkungan saya sehinggalah mereka meyakinkan saya untuk pergi ke kelas vokal untuk meningkatkan lagi kemahiran nyanyian saya. Mereka benar-benar percaya dengan kebolehan saya untuk menayangkan suara saya dalam lagu ini. Saya rasa amat bersyukur,” tambah Kee.

“Orang ramai akan melihat sisi saya sebagai seorang kekasih yang tidak pernah ditunjukkan kepada umum. Saya amat teruja sekali dengan pelancaran lagu ini. Untuk lagu ini, saya tidak ‘rap’ dan hanya menyanyi. Jadi ini merupakan sesuatu yang baru untuk anda semua dan ia adalah lagu yang sangat manis dan indah,” kata Kee.

“Take Me Back” adalah hasil ciptaan and gubahan Omar K dan Dari, yang terus menawan hati Kee semenjak mereka berkongsi lagu ini dengannya. Bakat dan visi kolektif mereka bergema serta-merta, dan Kee tahu bahawa “Take Me Back” adalah sebuah lagu yang istimewa. Sinergi dalam karya mereka dan kedalaman emosi lagu ini menyuarakan, menjadikannya tambahan serta-merta dan tulus kepada himpunan muziknya.

“Omar K dan Dari memang sangat berbakat. Lagu ‘Take Me Back” ini dengan serta-merta menarik perhatian saya untuk menghayati kedalaman emosinya dan menjadikannya sebahagian daripada perjalanan muzik saya. Sebaik sahaja mereka kongsikan lagu ini, saya serta-merta memutuskan bahawa saya mahu lagu ini,” kata Kee.

“Saya berharap lagu ini benar-benar bergema dengan semua orang dan ia mengingatkan mereka tentang masa-masa indah, kenangan cinta yang sangat manis dan suci,” katanya.

‘Take Me Back’ boleh dimuat turun di iTunes dan dinikmati melalui semua platform muzik seperti Apple Music, Deezer, KKBox, Spotify, YouTube, dan YouTube Music.

Kredit:

Artis: CloutyKee

Tajuk: Take Me Back

Penerbit & Komposer: Omar K

Lirik: Omar K, Dari

 

TENTANG SONY MUSIC ENTERTAINMENT

Di Sony Music Entertainment, kami menghormati perjalanan seni. Para pencipta kami membentuk perubahan, budaya, komuniti dan sejarah. Kami telah memainkan peranan penting dalam sejarah muzik. Perjalanan kami bermula dari menubuhkan syarikat rakaman muzik pertama sehingga mencipta rakaman cakera padat. Kami telah membimbing ramai artis ikonik dalam dunia seni muzik dan menerbit beberapa buah rakaman yang berpengaruh sepanjang zaman. Sony Music Entertainment kini mempunyai lebih dari 100 cawangan syarikat di seluruh dunia untuk menyokong pelbagai pencipta yang berbakat pada setiap peringkat serta di setiap pentas persembahan.

Di samping muzik, hiburan dan teknologi, kami juga membawa imaginasi, kepakaran kepada platform dan model perniagaan yang baharu serta peluang untuk menembusi pasaran luar. Semua usaha ini adalah untuk menyokong eksperimen, pengambilan risiko dan kemajuan komuniti kreatif. Sony Music Entertainment telah menerapkan prinsip perkongsian yang mendalam, kepercayaan, punca yang berasas bagi meningkatkan dan memperkuatkan masyarakat di seluruh dunia. Sony Music Entertainment adalah sebahagian daripada keluarga global Sony. Pelajari lebih lanjut mengenai pencipta dan label rekod kami di sini.

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: AQEESH ALEEYA TAMPIL DENGAN LELAH
Next: Semarakkan Keterujaan Ziana Zain Konsert 2024 Autograph Session

Related Stories

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.