SHALS dan Tact Hadirkan Reka Bentuk Berinspirasikan Magnum di KLFW

Jenama aiskrim terkemuka, Magnum, dengan bangganya mengumumkan kerjasama sulungnya bersama Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW), menampilkan hasil karya daripada dua jenama tempatan, SHALS dan Tact, yang diilhamkan oleh kelazatan aiskrim Magnum. Kerjasama ini menyatukan kenikmatan dengan fesyen secara sempurna, mencipta pengalaman yang luar biasa di pentas peragaan.

Penampilan pertama Magnum di pentas peragaan KLFW melambangkan sambutan terhadap kreativiti, keanggunan, dan pencarian kenikmatan sebenar. Kolaborasi dengan pereka tempatan, SHALS dan Tact, menyerlahkan gabungan sempurna antara glamor dan kemewahan, sejajar dengan semangat Magnum untuk mencipta pengalaman terunggul.

“Di Magnum, kami sentiasa berusaha menyampaikan pengalaman sensasi yang melampaui batasan untuk menawarkan kenikmatan sebenar. Kami sangat teruja dengan kerjasama sulung ini bersama KLFW, dan kami yakin ia akan membawa kenikmatan kepada para pencari nikmat di Malaysia. Pertemuan antara Magnum dan fesyen adalah penyatuan sempurna antara kenikmatan dan gaya,” kata Pengurus Jenama Ais Krim Magnum Malaysia, Leow Chi Shen.

Pengasas SHALS, Shalma Ainaa, yang terkenal dengan rekaannya yang selesa, anggun, dan bergaya, berkongsi, “Bagi kami, kolaborasi ini adalah satu perjalanan semangat dan inovasi. Menerapkan semangat Magnum ke dalam fesyen adalah pengalaman yang sangat mengujakan, kerana ia mendorong kami untuk meneroka dimensi baharu yang mengangkat gaya dan kenikmatan.”

Ridduan Ttfga Ismail, Pengasas Tact, yang terkenal dengan pendekatan minimalis, turut berkongsi pandangannya. “Dedikasi Magnum terhadap kenikmatan sejajar dengan falsafah reka bentuk kami. Saya amat berbesar hati dapat menterjemahkan semangat kembara jenama itu ke dalam fesyen,” kata beliau.

Andrew Tan, Pengasas Kuala Lumpur Fashion Week, menambah, “Kerjasama ini mewakili kreativiti dan kemewahan. Saya berbangga mempersembahkan inovasi terunggul ini dalam semangat fesyen dan kenikmatan. Di KLFW, kami sentiasa meraikan kreativiti dan kesenian. Kini, kami teruja untuk menyampaikan pengalaman deria yang unik dan serasi dengan penonton kami, dengan menggabungkan dunia fesyen dengan nikmat kemewahan”.

Kolaborasi dengan KLFW juga menandakan pencapaian penting bagi Magnum, kerana ia bukan hanya menegaskan komitmen jenama terhadap pengalaman premium dan kualiti, tetapi juga dedikasi berterusan untuk menginspirasi kreativiti dan keseronokan dalam setiap pengalaman, disemarakkan oleh semangat “True to Pleasure”.

Untuk memeriahkan lagi acara tersebut, Magnum telah memperkenalkan perisa baharu, Magnum Mango Yoghurt Parfait, yang bakal tiba di Malaysia tidak lama lagi. Menggabungkan tekstur yogurt yang lemak berkrim dengan kemanisan tropika mangga, ia menawarkan pengalaman mewah yang mengujakan dan menyegarkan.

Kolaborasi ini bukan sahaja mengangkat jenama Magnum ke pentas fesyen yang lebih tinggi, tetapi juga mengukuhkan hubungan antara dunia kulinari dan dunia fesyen, mencipta sinergi yang mempesonakan bagi para pencari kenikmatan dan penggemar fesyen di seluruh negara.