Sajian tradisi 14 negeri di Hotel Seri Pacific

Sajian tradisi 14 negeri di Hotel Seri Pacific

HOTEL Seri Pacific, Kuala Lumpur menawarkan sajian bufet Ramadan mengikut selera masyarakat di negara ini.

Berkonsepkan Sajian Tradisi Zaman Ke Zaman, pihak hotel menggabungkan sajian dari 14 buah negeri.

Selain itu, bagi meraikan kepelbagaian adat resam, masakan Cina, India, ala Barat dan Jepun juga termasuk dalam senarai bufet Ramadan.

Penulis menggemari kerabu kaki ayam Kampung Kerinchi (Kuala Lumpur), umai ikan merah (Sabah) dan talang masin cili bawang Pangkor dari Perak.

Kepada yang meminati masakan kampung, hidangan yang dicadangkan untuk anda cuba ialah ayam panggang/percik kuah putih, udang rendang daun kunyit, telur itik masak lemak Rembau, asam pedas ikan pari Merlimau, ikan patin masak tempoyak Temerloh dan nangka masak lemak Gelang Patah.

Pada masa sama, pihak hotel menyediakan dua tempat bufet sebagai pilihan kepada pengunjung iaitu di tingkat 4, Atrium dan di lobi Restoran Zende.Hotel Seri Pacific.

Berkenaan harga pula, RM120 (dewasa) dan RM60 (kanak-kanak).

Ulam-ulaman enak dinikmati bersama sambal belacan, budu atau cencaluk.

Ulam-ulaman enak dinikmati bersama sambal belacan, budu atau cencaluk.

Anda boleh menikmati pelbagai hidangan dari 14 negeri.

Anda boleh menikmati pelbagai hidangan dari 14 negeri.

Aneka kuih yang menyelerakan

Aneka kuih yang menyelerakan

Pencuci mulut

Pencuci mulut

Warna kuih yang pelbagai membangkitkan keinginan untuk menikmatinya

Warna kuih yang pelbagai membangkitkan keinginan untuk menikmatinya



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *