RINGGIT meneruskan aliran menurun berbanding dolar AS pada Rabu sebelum minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan (FOMC) dikeluarkan malam ini.
Pada jam 6 petang, ringgit susut kepada 4.6300/6355 berbanding dolar AS daripada 4.6035/6080 ketika ditutup pada Selasa.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, mata wang tempatan secara amnya lebih rendah berbanding dolar AS pada RM4.6357, yang sejajar dengan Indeks Dolar AS (DXY) yang lebih tinggi pada 102.219 mata (+0.02 peratus).
Beliau berkata, ringgit dilihat mengalami pembetulan teknikal selepas merosot dalam wilayah terlebih beli berbanding dolar AS.