Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • Music
  • RIM MEMBERI PENGHORMATAN KEPADA PENGGIAT INDUSTRI MUZIK DI MAJLIS AMAL ‘SUMBANGAN RAHMAH INDUSTRI MUZIK 2024’
  • Music

RIM MEMBERI PENGHORMATAN KEPADA PENGGIAT INDUSTRI MUZIK DI MAJLIS AMAL ‘SUMBANGAN RAHMAH INDUSTRI MUZIK 2024’

Helmi Aziz April 23, 2024 (Last updated: April 23, 2024) 4 minutes read

Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) meraikan penggiat industri muzik tempatan bersama-sama Public Performance Malaysia (PPM) di majlis ‘Sumbangan Rahmah Industri Muzik 2024’ (SRIM) sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini yang diadakan malam ini di Pullman KLCC. Majlis bermakna ini bertujuan untuk memberikan sokongan kepada mereka yang menghadapi cabaran kewangan dan kesihatan dalam perjalanan profesional mereka dalam industri muzik tempatan.

Dalam kenyataannya, Rosmin Hashim, Pengerusi RIM dan PPM melahirkan rasa terima kasih di atas sokongan yang diterima terhadap program amal ‘Sumbangan Rahmah Industri Muzik’ yang dilancarkan pada 31 Mei 2023. Program amal ini, pengembangan daripada inisiatif bantuan Dana Kecemasan RIM dan disokong oleh Public Performance Malaysia (PPM), Organisasi Pengurusan Kolektif (CMO) tertua di Malaysia menyediakan peruntukkan tahunan sebanyak RM100,000 untuk membantu penggiat industri muzik yang menghadapi masalah kewangan dan kesihatan.

“Program amal ‘Sumbangan Rahmah Industri Muzik’ ini bertujuan untuk menyokong Kerajaan Perpaduan dengan inisiatif Negara Madani bagi mengurangkan beban kos sara hidup yang dihadapi oleh rakyat termasuk penggiat industri muzik. Setakat ini, sejumlah 48 penggiat industri muzik tempatan telah mendapat manfaat daripada program amal SRIM dan Dana Kecemasan RIM”, kata Rosmin.

Dia menambah bahawa “program amal SRIM boleh memanfaatkan semua penggiat industri muzik daripada penyanyi, pemuzik, pencipta lagu, pegawai perhubungan awam syarikat rakaman sehinggalah wartawan hiburan yang kesemuanya memainkan peranan penting dalam pembangunan industri muzik tempatan. Dengan penganjuran SRIM 2024 malam ini, kami meneruskan usaha kami untuk menyediakan bantuan yang amat diperlukan oleh penggiat industri muzik tempatan yang layak bagi meringankan beban mereka. Kami juga amat berbesar hati kerana YB Datuk Armizan bin Mohd Ali, Menteri KPDN dapat merasmikan majlis malam ini, menunjukkan komitmen kerajaan menyokong inisiatif yang bertujuan meringankan kesusahan yang dihadapi rakyat termasuk penggiat industri muzik tempatan”.

Antara acara kemuncak majlis adalah pengiktirafan 21 penerima yang layak terdiri daripada pencipta lagu, penghibur, kakitangan syarikat rakaman dan wartawan hiburan yang mengalami kesusahan. Penggiat industri muzik tempatan yang layak berikut telah diiktiraf atas perkhidmatan mereka yang lama dan sumbangan besar mereka kepada industri muzik tempatan:

  1. Roy Rauzan – Penyanyi 
  2. Fredo (Flybaits) – Penyanyi 
  3. Shuib (Freedom) – Pemuzik 
  4. Nas Ahmad (Melodi) – Wartawan Hiburan TV 
  5. Isma Aliff – Penyanyi 
  6. Azman Warren – Penyanyi 
  7. Lord Lokman – Komposer 
  8. Raja Zainal (Bumiputra Rockers) – Pemuzik 
  9. Cico Harahap – Penyanyi 
  10. Abass Abu Bakar (Mamu) – Komposer 
  11. S. Rohani – Penyanyi 
  12. To’ki – Penyanyi/Komposer 
  13. Mel (Wings) – Penyanyi 
  14. Dwan (Harian Metro) – Wartawan Hiburan  
  15. Rosmansah (Manpare) – Pemuzik 
  16. Rina Baharin – Pegawai Perhubungan Awam Syarikat Rakaman 
  17. Zydee (One Nation Emcees) – Penyanyi 
  18. Jessy – Penyanyi 
  19. Sariah Idris – Pegawai Perhubungan Awam Syarikat Rakaman 
  20. Iskandar (Spring) – Pemuzik 
  21. Huzz Kamaludin (URTV) – Wartawan Hiburan

Pengiktirafan istimewa turut diberikan kepada dua artis tempatan yang cemerlang, Ernie Zakri dan Dolla yang telah mencapai kemajuan besar di pasaran antarabangsa. Baru-baru ini, Ernie Zakri mengungguli carta radio Gen 98.7 FM di Indonesia dengan lagu duetnya “Masing Masing” bersama penyanyi Indonesia, Govinda manakala Dolla baru-baru ini mewakili Malaysia dalam program realiti popular, ‘Show It All’ di Cina. Pencapaian terbaharu mereka menjadi bukti lanjut keupayaan bakat-bakat Malaysia untuk menembusi pasaran serantau dan global.

Dalam ucapannya, Rosmin turut menekankan kepentingan memanjangkan tempoh perlindungan hak cipta kepada 70 tahun atau lebih bagi membolehkan pemegang hak memperoleh royalti untuk tempoh yang lebih lama dan selaras dengan piawaian antarabangsa baharu. Rosmin turut memuji tindakan penguatkuasaan anti cetak rompak kementerian KPDN yang telah membantu industri muzik tempatan mencapai hasil pendapatan tertinggi dalam sejarah pada 2023.

Susulan perasmian majlis oleh Menteri KPDN, tetamu dihiburkan dengan persembahan istimewa oleh artis-artis semasa dan malar hijau seperti Amir Masdi, Ernie Zakri, Dolla, Syamel, Dina dan Xpose, Dato’ Aishah dan Jay Jay.

Butiran program amal ‘Sumbangan Rahmah Industri Muzik’ termasuk kelayakan, kriteria dan borang permohonan boleh didapati di www.rim.org.my/sumbangan-rahmah-application 

Untuk maklumat lanjut, layari www.rim.org.my atau ikuti kami di facebook.com/RecordingIndustryMalaysia dan @recordingindustrymalaysia di Instagram.

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: HONOR launches four new devices – HONOR Pad 9 5G, HONOR X7b 5G, HONOR MagicBook X 16 and HONOR Band 9
Next: Nadeera Tampil Dengan Single ‘Udara’

Related Stories

TRILOGI_MAINKV_NEW (1)
  • Community
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event
  • Lifestyle
  • Music
  • News

Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma

Farihin Azlan May 6, 2026
AWIE ROCK KING POSTER
  • Community
  • Entertainment
  • Event
  • lagu
  • Lifestyle
  • Live Concerts
  • Music
  • News

Last Man Standing 2026: Awie Kembali Gegar Pentas Ikonik Stadium Merdeka

Farihin Azlan May 5, 2026
WhatsApp Image 2026-05-04 at 09.45.19
  • Collabration
  • Entertainment
  • Live Concerts
  • Music
  • News

Revolusi Metal! Cromok & Barbarik Janji Gegaran Luar Biasa Di Konsert Black On White

Allya Adriana May 4, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.