Rejoice bantu wanita hijabista bebas kelulumur, segar

MEMAHAMI keperluan dalam kalangan wanita bertudung yang berhadapan dengan masalah seperti kelemumur, bau kurang menyenangkan dan kekusutan,

Rejoice baru-baru ini memperkenalkan formula baharu Hijab Perfection Series.

Jenama syampu terkemuka itu memperkenalkan dua varian syampu dan perapi iaitu Rejoice Hijab Perfect Cool untuk para hijabista berasa dingin dengan lebih ketara dan kesan kesegaran yang optimum.

Elfira Loy bergambar bersama produk baharu Rejoice Hijab Perfection Series

Elfira Loy bergambar bersama produk baharu Rejoice Hijab Perfection Series

Sementara Rejoice Perfect Perfume pula untuk memastikan wangian yang berpanjangan.

Bagi melengkapkan rambut yang sempurna, anda digalakkan menggunakan perapi Rejoice Hijab Perfection Series untuk rambut lebih licin dan rapi.

Sementara itu, Pengarah Komersial Penjagaan Kecantikan P&G Malaysia, Sahil Sethi berharap, syampu yang diperkenalkan itu mampu membantu para wanita menangani masalah kelemumur.

Rasa panas dan bau kurang menyenangan serta rambut kusut dalam satu langkah, menjadikan ia solusi sempurna bagi hijabista pada Ramadan kali ini,” katanya pada majlis pelancaran produk baharu keluaran syarikatnya bertempat di Mydin Mall, Subang Jaya baru-baru ini.

Gambar dua dari kiri Pengarah Kecantikan Komersial untuk P & G Malaysia, Sahil Sethi, diikuti oleh Elfira Loy, Pengarah Pemasaran Mydin, Datuk Wira (Dr) Haji Ameer Ali Mydin dan akhir sekali  Pengurus Jualan Kebangsaan P & G Malaysia, Kok How Goh hadir melancarkan produk terbaru Rejoice Hijab Perfection Series.

Pelakon popular dan usahawan, Elfira Loy dipilih sebagai duta bagi Rejoice Hijab Perfection Series.

Syampu dan perapi Rejoice Hijab Perfection Series boleh didapati dalam tiga saiz berbeza iaitu 170 mililiter (ml), 340ml dan 600ml.

Ia boleh didapati di semua rangkaian Mydin dan kedai runcit utama di seluruh Malaysia.

Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan Rejoice Hijab Perfection Series, kunjungi laman Facebook Rejoice Malaysia di https://www.facebook.com/rejoicemalaysia/.

Sumber

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *