Rama-rama cetusan terbaharu Ameera Zaini

Rama-rama cetusan terbaharu Ameera Zaini

APABILA disebut rama-rama yang terbayangkan dalam benak kita pastinya kecantikan dan keindahannya. Warna pada sayap rama-rama memang memukau lebih-lebih lagi apabila berterbangan. Jika anda melihat haiwan ini hinggap dari satu dahan ke satu dahan atau pada debunga, pasti terpacul kata-kata ‘Oh, cantiknya.’

Mengambil inspirasi daripada sifat rama-rama itu, Ameera Zaini (AZ) menterjemahkannya pada sehelai tudung. Kepada yang tidak mengenali wanita ini, beliau ialah personaliti televisyen dan pereka fesyen.

Melalui koleksi AZPrint Euphoria keluaran terbaharu AZ, rama-rama dan debunga telah dijadikan elemen signifikan dalam rekaan tudung mereka. Pereka mahu unsur-unsur kegembiraan dan keterujaan diekspresikan melalui tudung berkenaan!

Azprint Euphoria ini juga diinspirasikan dari zaman indah kanak-kanak yang pasti teruja melihat kepak cantik sang rerama berterbangan. Koleksi terbaharu ini didatangkan dalam lima warna iaitu bisque, crimson, periwinkle, hazel dan black. Ia dijual pada harga RM89 sehelai.

Mereka yang berminat untuk mendapatkan tudung baharu tersebut, boleh kunjungi butik sulung AZ yang beroperasi di Seksyen 7, Shah Alam dan Isetan, KLCC. Koleksi tersebut juga boleh dibeli secara online www.ameerazaini.com.

Label AZ boleh didapati di seluruh negeri termasuk negara jiran seperti Brunei dan Singapura melalui hampir 100 penjual.



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *