Persatuan Homestay Perak

Persatuan Homestay Perak

Persatuan Homestay Perak

 

  • Homestay Klah,Sungkai

Homestay Klah adalah penempatan rancangan Felda yang terletak di selatan Negeri Perak. Asal usul diambil sempena nama Ikan Kelah merupakan satu-satunya yang terdapat di Felda Negeri Perak. Disini juga, terdapat perkampungan orang asli dan taman rekreasi yang menarik untuk pelancong kunjungi iaitu Hot Spring Park (kolam air panas semula jadi).

  • Homestay Gopeng

Sebuah perkampungan yang masih mengekalkan adat resam dan rencah tradisional masyarakat Melayu iaitu makanan tradisional seperti *kelamai. Dahulunya homestay Gopeng mempunyai paip air yang telah berusia lebih 120 tahun, dibina oleh pihak British dan Perancis semasa pemerintahan barat pada era 50-an. Pada awal era penjajahan British dan Perancis, Gopeng telah menjalankan aktiviti perlombongan biji timah sebagai aktiviti utama dsini. Disini terdapat aktiviti- aktiviti lasak dan aktiviti kampung seperti gua tempurung, water rafting, tanaman herba, membuat bakul kertas,membuat sangkar burung ,jala ikan dan membuat kuih tradisional.

*Kelamai adalah sejenis kuih yang seakan-akan dodol yang menggunakan bahan seperti tepung pulut, gula merah, santan, kerisik, tahi minyak dan gula putih.

  • Homestay Maju Manik Teluk Intan

Ditubuhkan di bawah operasi Maju Manik Hilir Perak dan menjalinkan kerjasama dengan 2 kampung iaitu Kg Sungai Batu dan Tanjung Keramat Tapah. Program seperti menanam padi,menanam ikan di dalam sawah dan sukan rakyat di dalam bendang merupakan antara aktiviti di Homestay Maju Manik Teluk Intan.

  • Homestay Bagan Datoh

Homestay ini terkenal sebagai “syurga kelapa” kerana ia merupakan pembekal kelapa dan produk berasakan kelapa seperti minyak kelapa dara. Pemandangannya unik serta ada kawasan  diberi nama *”Beting Beras Basah” iaitu satu lokasi pertabalan Sultan Perak. Kepada anda yang inginkan ketenangan jauh dari kesibukkan kota boleh singgah Homestay Bagan Datoh. Antara tarikan pelancong yang terdapat disini ialah aktiviti memancing, persembahan kebudayaan, lawatan ke perusahan kelapa dan produk tempatan.

*Kaitan Kesultanan Perak dengan Beting Beras Basah telah wujud sejak zaman Sultan Muzaffar Syah 1 ( 1528 – 1549 ). Sejak itu, setiap Sultan Perak yang akan ditabalkan disyaratkan datang ke Beting Beras Basah ini untuk istiadat pertabalan pusaka dan bersiram tabal dan beberapa upacara lain yang akan disempurnakan oleh Pawang Diraja.

Untuk maklumat lanjut berkenaan persatuan Homestay Perak boleh hubungi ditalian:

Telefon: 012-5060700

 Email  : didah65@yahoo.com

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *