Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • Hotel/Resort
  • Aplikasi MyTaman tingkat keselamatan komuniti
  • Hotel/Resort

Aplikasi MyTaman tingkat keselamatan komuniti

Helmi Aziz September 1, 2022 5 minutes read
125462.jpg

KESELAMATAN adalah salah satu elemen penting yang diutamakan dalam pembangunan sesebuah kawasan kediaman atau perumahan.

Tidak dinafikan banyak kejadian tidak diingini berlaku seperti pecah rumah, rompakan, kebakaran, kemalangan mahupun pembunuhan.

Atas sebab ini juga, ramai pemaju turut menyediakan pelbagai perkhidmatan keselamatan bagi mengurangkan risiko berlakunya jenayah termasuk membangunkan kawasan kediaman berpagar dan berpengawal.

Penduduk juga diwajibkan mempunyai pas khas untuk keluar masuk dan pelawat perlu mendaftar sebelum dibenarkan memasuki kawasan perumahan.

Selain pengawal ditugaskan membuat rondaan berkala selama 24 jam, ada juga kawasan perumahan yang turut dilengkapi dengan sistem kamera litar tertutup (CCTV).

Kewujudan kawalan keselamatan ini, tidak dinafikan sedikit sebanyak dapat membantu usaha pihak berwajib membanteras jenayah sekali gus menjamin ketenteraman awam.

Bagaimanapun, tahap keselamatan yang disediakan berbeza mengikut jenis rumah dan harga rumah berkenaan. Di sebalik kelengkapan ini, masih ada ruang yang boleh dipertingkat.

MyTaman, aplikasi pintar yang berkesan

Menyedari kepentingan dan keselamatan penghuni di kawasan perumahan, Pengarah Compunet Technology Sdn Bhd, Nik Ahmad Nizam Nik Othman bersama rakan-rakannya membina aplikasi pintar yang dinamakan sebagai MyTaman.

MyTaman merupakan aplikasi peranti mudah alih yang dibina khusus untuk menambah keupayaan keselamatan dalam kawasan perumahan.

Ia berfungsi sebagai platform yang menghubungkan pasukan keselamatan dengan penghuni apabila berlakunya sebarang kecemasan.

Idea awal pembinaan sistem keselamatan ini tercetus daripada sahabatnya dan pengalamannya sendiri yang pernah berdepan detik cemas apabila rumah dipecah masuk.

Bermula dari situ, Nik Ahmad yang juga seorang programmer memulakan kajian selama enam bulan pada 2015.

“Sebaik ia siap, kami lancarkan terus di dua platform utama mudah alih iaitu di Play Store dan App Store untuk pengguna telefon Android dan Apple.

“Tanpa promosi, jumlah pelayar yang memuat turun aplikasi My Taman di peringkat awal mencecah antara 100 ke 200 sehari, ia sesuatu di luar jangkaan.

“Bahkan kami turun menerima panggilan daripada jawatankuasa pengurusan taman perumahan yang mahukan aplikasi ini di digunakan di kawasan mereka,” katanya.

Menurut Nik Ahmad, bagi menambah baik fungsi sistem tersebut, pasukannya turut mengambil kira pandangan dan idea penduduk sebelum ia dipasang.

“Aplikasi ini ditawarkan dalam satu set lengkap yang mampu dimiliki oleh persatuan penduduk dengan harga bayaran permulaan RM3,000.

“Set ini mengandungi panel LED, siren pintar, router internet, interkom dan panel ‘MyTaman Guard’ yang boleh dipasang di pintu masuk atau di pos pengawal,” katanya.

Pada tahun ini, pelbagai fungsi turut ditambah antaranya tempahan fasiliti, sistem pengurusan pelawat (VMS) dan buletin setempat. Ada juga fungsi yang ditambah mengikut kesesuaian kawasan perumahan dan permintaan pelanggan.

Fungsinya mudah dikendalikan

Fungsi aplikasi MyTaman ini cukup mudah. Penduduk boleh memuat naik MyTaman di peranti pintar masing-masing secara percuma dan mendaftar di bawah persatuan penduduk.

“Apabila berlakunya kecemasan, pengguna hanya perlu menekan butang kecemasan dalam aplikasi MyTaman. Info tentang kecemasan akan terus dihantar kepada pos pengawal untuk tindakan selanjutnya.

“Siren pintar akan berbunyi dan maklumat kecemasan dipaparkan pada panel LED. Lokasi tepat berlakunya kecemasan ini boleh diketahui berdasarkan nombor rumah yang berdaftar. Ini memudahkan untuk bantuan sampai terus kepada mangsa,” katanya.

Kini, butang kecemasan juga boleh dihubungkan terus dengan orang tersayang seperti pasangan suami atau isteri, pengawal keselamatan dan pihak polis.

Manakala fungsi VMS akan mengambil data mengenai pelawat yang ingin masuk ke kawasan perumahan. Pelawat perlu mendaftar dengan mengimbas kad pengenalan dan memberikan nombor rumah yang ingin dilawati.

“Tuan rumah akan dimaklumkan oleh sistem tentang butir-butir pelawat tersebut seperti nombor pendaftaran dan jenis kereta. Terbaharu, kami bakal menambah aplikasi di mana ia boleh mengesan terus nombor pendaftaran kereta,” katanya.

Katanya, langkah ini bertujuan mengelakkan kemasukan orang luar secara bebas yang boleh menambah risiko keselamatan.

Selain itu terdapat beberapa fungsi lain yang ditambah baik seperti e-billing, borang aduan, tempahan fasiliti, laman sembang iaitu ruang untuk penduduk berkomunikasi sesama sendiri.

“Aplikasi ini juga membenarkan penduduk mengiklankan produk atau perkhidmatan perniagaan mereka kepada penduduk perumahan tersebut,” katanya.

Untuk memastikan sistem keselamatan MyTaman ini berfungsi, internet diperlukan.

Bagi memastikan aplikasi MyTaman sentiasa memberikan perkhidmatan terbaik, pasukan Compunet Technology Sdn. Bhd sentiasa melakukan penyelenggaraan berkala, setiap bulan.

“Selain itu, pihak kami juga memberikan khidmat latihan kepada pengurusan perumahan terhadap penggunaan aplikasi ini.

“Pengguna atau pihak pengurusan taman juga perlu memperbaharui lesen setiap tahun. Menariknya selain bayaran RM3,000 untuk pemasangan, penduduk hanya perlu membayar RM1 sebulan (bagi sebuah rumah),” katanya.

Namun, bagi tujuan pemasangan, kawasan taman perumahan perlu memenuhi kriteria, iaitu sekurang-kurangnya mempunyai 200 penduduk.

Pengguna menjangkau lebih 50 taman perumahan

Sejak diperkenalkan pada 2016, aplikasi MyTaman sudah digunakan di lebih 50 taman perumahan di seluruh negara terutamanya Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor. Penampang, Sabah menjadi projek perintis sistem keselamatan ini.

“Menariknya, permintaan bukan sahaja datang dari pengurusan perumahan, tetapi kami turut menerima tempahan daripada syarikat-syarikat tertentu untuk menggunakan aplikasi ini di bangunan komersial dan kawasan sekolah,” katanya.

Tidak dinafikan, sistem keselamatan ini turut menarik minat penduduk di luar negara seperti Indonesia Singapura dan Thailand.

“Ini adalah sebahagian daripada hasrat kami untuk memasuki pasaran antarabangsa.

Dengan adanya sistem MyTaman, risiko berlakunya jenayah dapat dikurangkan.

“Kami sentiasa melakukan R&D bagi tujuan penambahbaikkan sistem keselamatan demi kepuasan pengguna. Dan berharap lebih banyak kawasan perumahan yang menggunakannya,” katanya.

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Kanser paru-paru akibat tabiat merokok
Next: FAMA Perak sasar RM1 juta jualan melalui program JTDLKM

Related Stories

  • Business
  • Hotel/Resort
  • Tourism

Hospitality Sector in Kota Kinabalu Struggles with Licensing Fee Hike.

Helmi Aziz March 14, 2025
IMG-20250304-WA0075
  • ATTRACTION
  • Hotel/Resort
  • Promotion
  • Tourism

Unfair Burden on Hotels: Why Kota Kinabalu’s Licensing Fee Hike Needs a Rethink.

Helmi Aziz March 14, 2025
WhatsApp Image 2025-03-03 at 18.52.22_cfffcddc
  • Hotel/Resort
  • Promotion
  • Tourism
  • Travel

Cabaran dan Persediaan MyBHA dalam Menjayakan VMY2026.

Helmi Aziz March 14, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Before Pregnancy Begins: Steps for a Healthier Start to Motherhood
  • Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration
  • Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma
  • Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”
  • Bean Here! Kini di KPTM Ipoh, Dekati Generasi Muda di Institusi Pengajian Tinggi

RSS RSS Feed

  • Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration
  • Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma
  • Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”
  • Bean Here! Kini di KPTM Ipoh, Dekati Generasi Muda di Institusi Pengajian Tinggi
  • 5 Faktor Yang Jadikan “Pewaris Susuk” Antara Filem Paling Diperkatakan

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

PIX 4
  • Community
  • Health & Awareness
  • Lifestyle
  • Sunway Medical Centre
  • Women Health

Before Pregnancy Begins: Steps for a Healthier Start to Motherhood

Farihin Azlan May 7, 2026
  • Artificial Intelligence (AI)
  • ICT
  • News
  • Technology & Innovation
  • Transformasi Digital

Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration

Farihin Azlan May 7, 2026
TRILOGI_MAINKV_NEW (1)
  • Community
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event
  • Lifestyle
  • Music
  • News

Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma

Farihin Azlan May 6, 2026
classicu 2025-10-17 184120.250
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • Music Release
  • News

Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”

Allya Adriana May 6, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.