Penswastaan Pelabuhan Barat kepada Westports dilanjutkan sehingga 2028

Penswastaan Pelabuhan Barat kepada Westports dilanjutkan sehingga 2028

Anthony Loke (tengah) menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Tambahan Ketiga Penswastaan Pelabuhan Barat hari ini. - Foto: Bernama

Anthony Loke (tengah) menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Tambahan Ketiga Penswastaan Pelabuhan Barat hari ini. – Foto: Bernama

PUTRAJAYA – Perjanjian Penswastaan Pelabuhan Barat di antara kerajaan, Lembaga Pelabuhan Kelang (LPK) dan Westports Malaysia Sdn Bhd dilanjutkan 58 tahun lagi dari 2024 ke 2082, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Beliau berkata, sebelum ini Perjanjian Penswastaan Pelabuhan Barat di antara kerajaan, LPK dan Westports Malaysia Sdn Bhd telah ditandatangani untuk 30 tahun berkuat kuasa 1 September 1994 hingga 31 Ogos 2024.

“Dalam tempoh 30 tahun ini, Westports telah mentransformasikan Pulau Indah kepada terminal pelabuhan yang pesat membangun dengan fasiliti dermaga dan pusat logistik sepanjang lapan kilometer yang mampu mengendalikan kapal-kapal kontena terbesar di dunia selain daripada mengendalikan kapal-kapal kargo konvensional seperti kapal pukal kering, kapal cecair dan gas serta kapal roll- on/roll-off (RORO),” katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas menyaksikan perjanjian tambahan ketiga penswastaan di antara kerajaan, LPK dan Westports di sini hari ini, Anthony Loke berkata, konsesi baharu itu turut merangkumi pembangunan fasiliti baharu di Pelabuhan Barat dengan pelaburan sebanyak RM39.6 bilion.

Sumber