Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • Hotel/Resort
  • Pembangunan kediaman Reesia unik diilhamkan daripada rumah ladang tradisional
  • Hotel/Resort

Pembangunan kediaman Reesia unik diilhamkan daripada rumah ladang tradisional

Helmi Aziz November 15, 2019 4 minutes read
1573778349_298970.jpg

REESIA di Elmina Gardens, sebuah pembangunan baharu oleh Sime Darby Property merupakan kediaman luar biasa yang diilhamkan daripada rumah ladang dengan menggabungkan kehidupan praktikal menerusi inovasi terkini.

Pembangunan di Bandar Elmina di Shah Alam, Selangor itu dibangunkan selepas kejayaan penjualan pembangunan kediaman semi-D sebelumnya dan perkembangan pesat di perbandaran, seperti Tiana dan Semanea Hills.

Pembangunan baharu tersebut turut mewujudkan rumah yang memenuhi keperluan generasi berbeza.

Kediaman pegangan bebas merangkumi lebih daripada 6 hektar itu telah pun dilancarkan pada Januari 2019 dengan Nilai Pembangunan Kasar (GDV) RM 179,101,920.

Selama memajukan pembangunan hartanah, Sime Darby Property amat mementingkan pembinaan rumah yang lengkap dengan menggabungkan kedua-dua kualiti dan kemampuan.

Pengurus Besar Hartanah Sime Darby, Appollo Leong berkata, kemunculan Reesia di Bandar Elmina boleh dikatakan sebagai pelengkap di perbandaran tersebut sekali gus memenuhi keperluan penduduk dan pemacu pembangunan bandar dari segi kemudahan dan kemampuan.

“Segala kemudahan, infrastruktur dan reka bentuk yang ditonjolkan Sime Darby Property di dalam Reesia, menawarkan pilihan terbaik untuk mereka yang mahukan kehidupan mendamaikan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di Shah Alam, baru-baru ini.

90 unit kediaman

Reesia adalah kediaman dua tingkat terdiri daripada 90 unit rumah yang dibina bermula daripada 3,243 kaki persegi.

Fasa pertama sebanyak 42 unit telah pun dibuka pada Januari 2019 pada harga bermula dari RM1,889,888.

“Dijangka pembangunan Reesia di Bandar Elmina ini, berjaya disiapkan sepenuhnya pada Januari 2021 mengikut pada sasaran ditetapkan.

“Reesia diilhamkan daripada rumah ladang tradisional yang menggabungkan kehidupan praktikal dengan inovasi terkini, mewujudkan rumah yang memenuhi keperluan generasi yang berbeza.

“Kami mengharapkan Reesia dapat mengikuti kejayaan pembangunan semi-D yang berjaya mencatat jualan tertinggi seperti Tiana dan Semanea Hills,” kata Appollo.

Binaan luasApollo berkata, dari segi reka bentuk yang ditonjolkan dalam pembangunan itu, ia dilihat mampu memberi nilai tambah dan pilihan terbaik untuk mereka yang mahukan kehidupan di sebuah kediaman yang luas, besar serta dinamik.

Semua unit Reesia dibina dengan kawasan dan ruang yang besar bersama fleksibiliti penggunaan.

“Reesia menampilkan reka bentuk yang unik dengan bangunan depan yang tidak simetri bagi mencipta rekaan hadapan seperti banglo dengan orientasi utara untuk melindungi rumah dari cahaya matahari yang terang pada waktu pagi dan petang,” katanya.

Sementara itu tambahnya, bilik tamu dengan bilik mandi suite disediakan menampilkan reka bentuk standard sekali gus menjadikannya bebas halangan.

“Ciri-ciri penting lain yang terdapat di kediaman Reesia ini termasuk sistem penggera rumah, air suria berpusat, pemanas di semua bilik mandi dan penebat bulu batu untuk dalaman yang selesa, menjadikan Reesia sebuah rumah yang luar biasa untuk dimiliki,” katanya.

Kemudahan infrastruktur

Apollo berkata, pembangunan itu turut dilengkapi pelbagai kemudahan lain di samping taman rekreasi yang sedia dibina.

“Taman rekreasi di Elmina Central Park seluas 300 hektar, merangkumi penyediaan trek jogging sejauh 90 kilometer. Ia merupakan trek jogging terpanjang dalam negara sekaligus mampu memberi nilai tambah kepada persekitaran perbandaran tersebut,” katanya.

Tambahnya, Bandar Elmina merangkumi perbandaran Denai Alam, Bukit Subang, Elmina Timur dan Elmina Barat.

Jelasnya, ciri reka bentuk utama di Elmina adalah Taman Sentral Elmina, yang terletak di kawasan paling utama di Elmina Barat dan dihubungkan dengan Hutan Simpan Empangan Tasik Subang.

“Taman Sentral Elmina ini juga 30 peratus lebih besar berbanding Taman Tasik Perdana di Kuala Lumpur. Bandar Elmina terletak di antara kawasan pinggir bandar yang terkenal di Lembah Klang seperti Subang Jaya dan Shah Alam, dihubungkan dengan rangkaian jalan raya yang sangat baik,” katanya.

Jelasnya, ia mudah diakses melalui Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE), Lebuh Raya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Persekutuan dan Lebuhraya ELITE.

Lebuh-lebuh raya ini juga menghubungkan perbandaran itu ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA 2.

Lebuh raya Damansara-Shah Alam (DASH) yang sedang dalam pembinaan dan dijangka siap menjelang awal tahun 2020, akan memendekkan masa perjalanan ke pusat bandar, meningkatkan lagi ketersambungan dan aksesibiliti perbandaran-perbandaran di Bandar Elmina.

“Bandar Elmina, dengan anggaran GDV sebanyak RM27 bilion, adalah perbandaran pertama yang didedikasikan kepada kesejahteraan dan daya huni di Malaysia.

“Dirancang dan dibangunkan sejajar dengan spesifikasi yang ditetapkan oleh Kaji Selidik Kualiti Kehidupan Mercer, sebuah piawaian yang diiktiraf di peringkat antarabangsa bagi mengukur tahap daya huni,” katanya.



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Empingan ragi alternatif bersarapan
Next: Cara mudah, murah wangikan kenderaan

Related Stories

  • Business
  • Hotel/Resort
  • Tourism

Hospitality Sector in Kota Kinabalu Struggles with Licensing Fee Hike.

Helmi Aziz March 14, 2025
IMG-20250304-WA0075
  • ATTRACTION
  • Hotel/Resort
  • Promotion
  • Tourism

Unfair Burden on Hotels: Why Kota Kinabalu’s Licensing Fee Hike Needs a Rethink.

Helmi Aziz March 14, 2025
WhatsApp Image 2025-03-03 at 18.52.22_cfffcddc
  • Hotel/Resort
  • Promotion
  • Tourism
  • Travel

Cabaran dan Persediaan MyBHA dalam Menjayakan VMY2026.

Helmi Aziz March 14, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.