Pak Su Corner tawar bufet Ramadan termurah

Pak Su Corner tawar bufet Ramadan termurah

  • April 28, 2019
  • 0 comments

MENJELANG Ramadan yang bakal membuka tirai, Restoran Pak Su Corner yang sinonim dengan hidangan ikan bakar menawarkan bufet Ramadan yang termurah. Ya, sangat-sangat murah berbanding restoran lain.

Harganya memang tidak masuk akal. Dengan membayar pada harga RM24.90 (untuk ruang biasa) dan RM36.90 (berhawa dingin), membolehkan anda menikmati lebih kurang 250 hidangan berupa sajian Melayu dan juga steamboat.

Premis yang beroperasi di Seksyen 16, Shah Alam itu turut menawarkan hidangan berupa grill seperti udang, sotong dan sebagainya.

Namun, ujar Pengurus Pak Su Corner, Mohammad Esa Noin, pihaknya akan tetap tidak berganjak menyediakan sajian Melayu ala kampung. Antaranya seperti gulai kawah, sup power dan ikan bakar (talapia, kembung, cencaru dan keli).

Penulis beri jaminan, keenakan ikan bakarnya memang melazatkan saat digandingkan bersama air asam dan kerisik.

“Pencuci mulut seperti kuih-muih tidak dilupakan. Kaswi, karipap, donut montel dan pau sambal montel turut dihidangkan sebagai tambah nilai.

“Insya-ALLAH, para pelanggan pasti berpuas hati. Saya yakin, harga yang saya tawarkan ini tidak terdapat di restoran atau kedai-kedai lain.

“Harga kami sangat murah dan hidangan yang anda boleh nikmati juga banyak dan enak-enak belaka,” kata anak jati Kota Tinggi, Johor itu ketika ditemui baru-baru ini.

Ujarnya lagi, sesiapa yang berminat untuk menikmati bufet Ramadan di restoran miliknya itu dinasihatkan agar membuat tempahan awal.

Aneka steamboat yang bakal ditawarkan kepada pelanggan

Aneka steamboat yang bakal ditawarkan kepada pelanggan

Hidangan steamboat

Hidangan steamboat

Aneka ikan bakar yang enak dinikmati bersama air asam dan kerisik

Aneka ikan bakar yang enak dinikmati bersama air asam dan kerisik

Hidangan berupa ikan yang diminati ramai

Hidangan berupa ikan yang diminati ramai



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge