Blog

  • Beraya di kampung saya atau kampung awak?

    Beraya di kampung saya atau kampung awak?

    BERAYA di kampung saya atau kampung awak? Itu situasi sukar yang sering dilalui oleh pasangan yang baru berkahwin khususnya apabila bercerita tentang destinasi untuk balik beraya.

    Masing-masing nampaknya tidak mahu mengalah. Seboleh-bolehnya mahu bergembira bersama ibu bapa dan adik-beradik kandung.

    Aidilfitri yang sepatutnya disambut penuh keceriaan boleh menjadi ‘bencana besar’ jika tiada kata sepakat.

    Gambar hiasan; amalkan sistem giliran untuk elakkan pergaduhan suami isteri

    Gambar hiasan; amalkan sistem giliran untuk elakkan pergaduhan suami isteri

    Bayangkan, dalam isu balik kampung, si isteri waima suami secara automatik akan mengetepikan perasaan sayang.

    Impaknya, masing-masing akan bermasam muka berminggu-minggu hingga menjejaskan emosi anak-anak.

    Mengulas isu tersebut, Pengarah Eksekutif Love World Resources, Ibu Rose Shaary berkata, konflik pulang beraya ke rumah keluarga sendiri atau mertua sebenarnya harus dibincangkan dari awal lagi. Paling terbaik, sebelum institusi perkahwinan dibina lagi.

    “Hal itu (balik kampung) menjadi rumit kerana pasangan tidak mempunyai sifat bertolak ansur dan tidak ada komunikasi. Mereka hanya memikirkan apa yang dikehendaki sahaja dan tidak peduli kehendak pihak lain.

     Pengarah Eksekutif Love World Resources, Ibu Rose Shaary berkata, konflik pulang beraya harus dibincangkan dari awal lagi

    Pengarah Eksekutif Love World Resources, Ibu Rose Shaary berkata, konflik pulang beraya harus dibincangkan dari awal lagi

    “Lebih baik hidup solo jika tidak mahu bertolak ansur dengan pasangan yang turut mempunyai keinginan untuk berhari raya pertama dengan keluarga mereka,” kata pakar psikologi itu ketika diwawancara Femina baru-baru ini.

    Ujar Ibu Rose lagi, kadangkala ibu bapa turut menjadi penyebab kepada kemelut itu.

    “Mereka dilihat suka memaksa anak-anak patuh kepada arahan yang diberikan. Kaum ibu telah menggunakan kedudukan ‘syurga di bawah telapak kaki ibu’ dan anak lelaki terpaksa akur dalam keterpaksaan.

    “Alasan sebegitu membuatkan isteri tersepit. Perkara itu juga seharusnya tidak berlaku kerana ibu bapa harus ingat apabila anak mereka sudah berkahwin, mereka bukan sepenuhnya milik mereka. Anak-anak ada keluarga dan mertua yang perlu diambil perhatian,” tegasnya.

    Sistem giliran

    Ibu Rose berkata, bagi menyelesaikan permasalahan itu, beliau menyarankan agar sesebuah keluarga mengamalkan sistem penggiliran.

    “Contohnya tahun genap di rumah keluarga suami dan tahun ganjil di rumah keluarga isteri. Maklum pada adik-beradik lain agar mereka maklum dengan sistem berkenaan,” katanya.

    Menjawab satu soalan, pakar itu berkata, suami juga perlu menyelidik mengapa isteri tidak mahu beraya di rumah mertua. “Suami perlu memahami kemelut isteri yang mungkin tidak selesa dan tidak pandai membawa diri di rumah mertua.

    Bagaimanapun, kedua-duanya harus menerima kebaikan dan keburukan keluarga masing-masing,” katanya

    Dalam pada itu, Ibu Rose mencadangkan agar anak-anak yang tidak berkesempatan pulang beraya, gunakan teknologi yang ada.

    “Jangan berdiam diri sahaja, capai telefon dan buat panggilan video. Jika ada duit, kirim duit raya, baju dan kuih raya sebelum menjelang hari raya.” ujar beliau lagi.

    Kes 1

    Terpaksa beraya di rumah mertua atas pujukan suami

    Nurhaffiezlya ikut kemahuan suami beraya di rumah mertua

    Nurhaffiezlya ikut kemahuan suami beraya di rumah mertua

    Nurhaffiezlya Hassalludin, 26, mengaku, beliau berasa sedih tidak dapat beraya di rumah ibunya memandangkan suami, Mohd Fahmi Rosli, 26, mengajaknya menyambut lebaran di kampung mertua di Kota Kuala Muda, Kedah.

    “Sebenarnya, pada raya tahun lalu, kami beraya di rumah mak saya kerana secara kebetulan majlis perkahwinan kami berlangsung pada hari raya. Suami telah gunakan ‘tiket’ itu walaupun saya rasa tak adil.

    “Jadi, terpaksalah saya berhari raya di rantau orang tahun ini. Rasa macam kurang okay lebih-lebih lagi kini saya berbadan dua. Hati memang teringin sekali beraya bersama ibu. Saya tidak pernah berpisah dengan ibu. Saya teringin sangat menikmati air tangan ibu seperti nasi dagang pada hari lebaran nanti,” katanya.

    Bagaimanapun, ujar Nurhaffiezlya, beliau terpaksa akur dengan kehendak suami dan berusaha memujuk diri sendiri.

    “Saya memang merajuk pada mulanya, namun akhirnya saya mengalah kerana kasihankan suami. Sebagai anak lelaki tanggungjawab beliau lebih lagi kepada ibu bapanya,” ujar Nurhaffiezlya yang berasal dari Jerteh, Terengganu.

    Kes 2

    Amerul akur kehendak isteri mahu beraya dengan keluarga kandung

    Amerul akur kehendak isteri mahu beraya dengan keluarga kandung

    Amerul akur kehendak isteri mahu beraya dengan keluarga kandung

    BAGI Amerul Izuwan Abdul Halim, 27, beliau tidak sanggup melihat isterinya, Deana Azreen Mohamed Zolman, 22, merajuk sebaik beliau meluahkan hasrat untuk beraya di rumah keluarganya di Kampung Pulau Gadong, Melaka.

    “Sebelum kami berkahwin, isteri sudah menyatakan hasratnya ingin menyambut hari raya pertama di rumah keluarganya terlebih dahulu.

    “Mulanya saya tidak kisah kerana orang tua saya sudah meninggal dunia. Namun saya kemudiannya berasa bersalah pada adik-beradik yang lain,” katanya yang merupakan anak sulung daripada tiga beradik.

    Amerul Izuwan berkata, beliau memohon pengertian daripada isterinya. Malangnya, Deana Azreen tetap memegang janji yang dibuat sebelum itu.

    “Saya mengaku sedikit terasa. Namun setelah berfikir panjang, saya tidak mahu isteri merajuk disebabkan isu balik raya. Saya tahu, banyak hati yang perlu saya jaga,” katanya yang berharap adik-beradiknya memahami situasi dirinya.



    Sumber

  • Mahu menikmati secawan kopi dalam suasana musim bunga Sakura?

    ANDA tidak perlu pergi ke Jepun semata-mata untuk merealisasikan impian itu. Terkini, Starbucks Malaysia membawakan minuman baharu berinspirasikan bunga kebanggaan negara

    Matahari Terbit itu seperti Matcha

    Sumber

  • 20 khasiat minyak zaitun

    20 khasiat minyak zaitun

    TERDAPAT pelbagai khasiat yang boleh dilihat dari tiga aspek iaitu khasiat untuk:

    Kulit

    Rambut

    Kesihatan

    Kebaikan Untuk Kulit

    Melembapkan kulit: Minyak ini mengandungi sejumlah besar vitamin E, antioksidan yang melindungi kulit daripada pelbagai faktor luaran seperti sinaran matahari atau angin yang kuat. Tekstur minyak zaitun yang ringan menjadikannya pelembap sempurna yang tidak melekit yang tahan lama dan sesuai dengan semua jenis kulit.

    Memperbaiki kesihatan kulit: Minyak zaitun mengandungi vitamin E, yang dapat meningkatkan kesihatan kulit dengan merawat keradangan, jerawat, dan melindungi kulit dari penyakit yang serius seperti psoriasis dan kanser kulit.

    Membantu membuang mekap di muka: Minyak zaitun dara adalah alternatif pembuang mekap yang mudah dan murah berbanding daripada jenama lain yang berada di pasaran. Ia bertindak dengan baik tanpa merosakkan kulit anda.

    Mempunyai elemen antipenuaan: Apabila umur anda meningkat, kulit akan mula mengendur dan kedutan akan terbentuk. Anda boleh mengurangkan tanda-tanda penuaan ini dengan menggunakan minyak zaitun.

    Sebagai skrub bibir: Minyak zaitun boleh membuatkan bibir anda nampak lembut dan cantik dengan mencampurkan beberapa titis minyak zaitun bersama gula perang yang telah dihancurkan dan sedikit jus lemon, kemudian sapukan campuran ini di permukaan bibir anda.

    Menyembuhkan kulit tumit yang merekah: Gosokkan tumit anda dengan menggunakan air lemon yang panas dan sapukan sekali minyak zaitun pada tumit untuk menambahkan kelembapan dan kelembutan. Anda boleh memakai stoking untuk kelegaan yang lebih cepat.

    Kebaikan Untuk Rambut

    Memastikan rambut kekal sihat: Minyak zaitun, bersama dengan kombinasi beberapa bahan yang lain seperti madu dan kuning telur, boleh bertindak dengan baik untuk mengekalkan kesihatan rambut.

    Minyak zaitun kaya dengan vitamin E yang membantu melawan rambut gugur. Madu boleh memberikan kelembapan terhadap rambut anda. Ia juga mengandungi nutrien yang lain seperti magnesium, zink, sulfur, kalsium, dan vitamin B yang membantu pertumbuhan rambut. Kuning telur kaya dengan protein, nutrien yang membentuk elemen pada rambut.

    Boleh digunakan sebagai rawatan pra-syampu: Urutan minyak zaitun sebelum syampu membantu memberikan kilauan dan kekuatan kepada rambut anda.

    Kebaikan Untuk Kesihatan

    Memperbaiki kesihatan kuku: Vitamin E dalam minyak zaitun boleh meningkatkan penampilan kuku yang terjejas oleh penyakit.

    Membantu mencegah kanser payudara: Dalam kajian Arab Saudi, didapati bahawa oleuropein, sebatian semula jadi yang terdapat pada daun zaitun, mempunyai potensi sebagai antikanser payudara. Di dalam percubaan klinikal yang lain yang dijalankan di Sepanyol, didapati bahawa wanita yang mengamalkan diet yang mengandungi minyak zaitun, 62 peratus daripada mereka kurang berkemungkinan menghidap kanser payudara.

    Membantu mencegah diabetes: Menurut Harvard School of Public Health, diet yang kaya dengan lemak mono dan “polyunsaturated’, seperti yang terkandung dalam minyak zaitun, dapat membantu mencegah diabetes. Dalam kajian lain yang diterbitkan oleh The American Journal of Clinical Nutrition, penggunaan minyak zaitun dikaitkan dengan berkurangnya risiko diabetes dalam kalangan wanita.

    Mengelakkan daripada penyakit Alzheimer: Menurut Scientific American, oleocanthal dalam minyak zaitun dapat membantu mencegah penyakit Alzheimer. Persatuan Kimia Amerika juga turut menjumpai penemuan yang serupa. Dalam kajian Amerika, minyak zaitun “extra virgin” didapati dapat meningkatkan pembelajaran dan memori pada tikus, menyokong kemungkinan replikasinya pada manusia yang menderita penyakit Alzheimer.

    Memperkukuhkan tulang: Dalam kajian yang melibatkan lelaki yang mengamalkan diet Mediterranean, didapati minyak zaitun mungkin menyumbang kepada tulang yang kuat. Darah mereka didapati mengandungi tahap osteocalcin yang lebih tinggi, yang merupakan petanda bagi pembentukan tulang yang sihat.

    Merawat kemurungan: Minyak zaitun boleh meningkatkan tahap serotonin, bahan kimia dalam otak. Ini, telah dijumpai, serupa dengan kesan beberapa antidepresi.

    Membantu kurangkan berat badan: Satu kajian yang diterbitkan di Harvard School of Public Health telah menyokong keberkesanan minyak zaitun dalam membantu penurunan berat badan. Kehilangan berat badan yang berlaku disebabkan oleh dua jenis diet yang berbeza (diet Mediterranean berlemak sederhana yang mengandungi minyak zaitun dan diet rendah lemak) dibandingkan. Menjelang akhir kajian, hanya 20 peratus daripada sukarelawan dalam kumpulan rendah lemak yang masih mengikut diet.

    Membantu mengawal kolesterol dalam badan: Minyak zaitun mengandungi tahap lemak tepu dan lemak tak tepu yang minima. Ini membolehkan ia mengawal paras kolesterol dalam darah pada badan. Minyak zaitun mengandungi tahap tertinggi bagi lemak “monounsaturated” – sekitar 75-80 peratus, yang membantu membentuk kolesterol baik dan HDL dalam badan.

    Melegakan sembelit: Minyak zaitun kaya dengan lemak “monounsaturated”. Ini membantu dalam meningkatkan mobiliti supaya makanan dapat bergerak dengan lancar melalui usus besar tanpa sebarang masalah. Ia juga membantu dalam mempercepatkan pergerakan usus dan menghalang sembelit.

    Membantu menghapuskan batu karang pada buah pinggang: Penggunaan minyak zaitun juga dapat membantu melarutkan batu karang pada buah pinggang.

    Membantu mencairkan tahi telinga: Ia membantu melembutkan tahi telinga, menjadikannya lebih mudah bagi anda untuk mengeluarkan tahi telinga. Sebaik sahaja ia telah disapu secukupnya, tahi telinga akan pecah menjadi kepingan yang lebih kecil, dan mula bergerak keluar di saluran telinga, di mana ia boleh dibersihkan dengan kain lembut atau tisu.

    Sumber: https://www.doctoroncall.com.my/



    Sumber

  • Antara makan berat ketika berbuka atau solat Maghrib dulu?

    Antara makan berat ketika berbuka atau solat Maghrib dulu?

    SEPANJANG Ramadan, kebanyakan masjid menyediakan hidangan untuk berbuka puasa.

    Kebiasaannya, juadah ringan seperti kurma dan air disediakan ketika berbuka, sebelum semua jemaah bersiap untuk menunaikan solat Maghrib.

    Usai solat, barulah mereka menjamah hidangan berat.

    Dalam perkara itu, adakah ia lebih afdal? Bagaimana jika kita makan berat dahulu kemudian mendirikan solat Maghrib? Yang mana satu patut dahulukan.

    Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda: “Sentiasalah manusia itu berada dalam kebaikan selama mana mereka menyegerakan berbuka.” (Riwayat al-Bukhari)

    Berdasarkan hadis itu, antara amalan sunah adalah menyegerakan berbuka sebaik sahaja dipastikan bahawa matahari sudah terbenam.

    Dalam satu riwayat daripada Anas bin Malik RA, beliau menyatakan: “Rasulullah SAW berbuka puasa dengan beberapa biji ruthab, kemudian baginda mendirikan solat.”

    Bagaimanapun, dalam isu mendirikan solat ketika makanan telah terhidang, terdapat beberapa riwayat yang menyebut berkaitan hal ini.

    Sabda Rasulullah SAW: “Tidak sempurna solat dengan keberadaan makanan (yang telah terhidang) dan begitu juga tidak sempurna solat bagi mereka yang menahan air kecil dan air besar.” (Riwayat Muslim)

    Implikasi hukumnya adalah makruh solat dalam keadaan makanan telah dihidangkan dan begitulah juga ketika dalam keadaan menahan buang air kecil atau besar.

    Menurut Imam al-Nawawi: “Hadis-hadis sebegini menunjukkan kepada kemakruhan solat dengan adanya makanan disediakan bagi mereka yang ingin makan. Ini disebabkan akan hilangnya kesempurnaan khusyuk serta hadirnya perkara-perkara yang menyibukkan hati.”

    Justeru, berdasarkan kepada nas dan hujahan tersebut, dapat disimpulkan bahawa jika juadah berbuka telah dihidangkan, hendaklah seseorang itu menyelesaikan makan berbuka terlebih dahulu dan kemudian barulah menunaikan solat Maghrib.

    Ia supaya jiwanya lebih tenang dan tidak terganggu untuk mendirikan solat Maghrib.

    Namun, jika mengambil kira kepada suasana berbuka di masjid-masjid pada hari ini yang berbuka dengan juadah yang ringan dahulu, ia sebenarnya tidak bercanggah dengan syariat.

    Bahkan, lebih afdal kerana mengambil sunah berbuka puasa segera dan dapat juga menunaikan solat secara berjemaah dalam tempoh yang awal.

    Apapun, diingatkan agar kita tidak berlebihan ketika berbuka puasa.

    Keadaan perut yang penuh akan melemahkan badan seseorang untuk beribadah.

    Lebih-lebih lagi untuk mendirikan solat Maghrib, Isyak dan tarawih.

    Bersederhanalah dalam makan dengan mengikut kadar yang perlu bagi membantu mencapai kekuatan untuk beribadah, bukannya bertambah malas dan culas dalam beribadah.

    (Sumber: Irsyad al-Fatwa Khas Ramadan Siri ke-125: Makan Berat atau Solat Maghrib Dulu?, Laman Web Rasmu Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan)



    Sumber

  • Punca berat badan bertambah ketika Ramadan

    Punca berat badan bertambah ketika Ramadan

    RAMAI berharap Ramadan adalah bulan yang terbaik untuk menurunkan berat badan dan mendapatkan berat yang ideal.

    Bagaimanapun lain jadinya, apabila berat badan semakin bertambah sekali gus meranapkan impian untuk tampak kurus.

    Kali ini, Femina kongsikan beberapa punca yang mendorong berat badan anda bertambah pada bulan puasa ini.

    1) Makan banyak ketika bersahur

    Jika anda makan terlalu banyak, ia bukan jaminan untuk anda kenyang sepanjang hari sekiranya semua makanan yang dimakan itu tiada nilai untuk sistem tubuh.

    2) Tidur semula lepas sahur

    Faktor itu paling memberi kesan kepada penambahan berat badan. Anda sepatutnya tidur selepas tiga jam agar makanan dapat diproses dan dihadamkan.

    3) Minum banyak air manis

    Perbuatan itu hanya akan meningkatkan kadar kalori dalam tubuh anda. Jadi, sebaik-baiknya anda bertukar kepada air kosong sahaja.

    #Justeru itu, elakkan tiga perkara ini dan pasti berat badan anda akan berkurangan.



    Sumber

  • U Mobile, Razer maju selangkah ke hadapan

    U Mobile, Razer maju selangkah ke hadapan

    U Mobile terus mengorak langkah maju ke hadapan dengan membuat perkongsian strategik dengan syarikat Razer, iaitu sebuah syarikat terkemuka dalam gaya hidup pemain game online.

    Kerjasama ini antara lain untuk membangunkan tiga teras utama iaitu e-pembayaran, e-sukan dan 5G testbeds.

    Cawangan utama U Mobile yang terdapat di Berjaya Times Square

    Cawangan utama U Mobile yang terdapat di Berjaya Times Square

    Berikut adalah perkongsian usaha sama antara U Mobile dan Razer:

    1. E-pembayaran dengan e-wallet U Mobile GoPayZ dan Razer Pay Kerjasama ini akan memudahkan pelanggan membuat pembayaran lebih mudah dan cepat.

    2. Liga sukan online lebih besar

    Impian Malaysia menjadi sukan hab serantau akan dapat direalisasikan melalui kerjasama ini. Ia mampu dijadikan platform untuk menghasilkan ramai atlet, acara sukan lebih besar termasuk melaksanakan instrastruktur sukan elektronik lebih berteknologi.

    3. 5G testbeds mengatasi masalah dalam e-sport

    Teknologi 5G untuk menyelesaikan masalah kelewatan dalam talian ketika permainan sedang bermain. Razer dan U Mobile akan melakukan penyelidikan bagi memaksimumkan faedah dan mengurangkan cabaran teknikal kepada sukan elektronik (e-sukan) di Malaysia.

    Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif U Mobile, Wong Heang Tuck berharap kerjasama dengan Razer dapat meningkatkan perkembangan e-sukan dan menjadikan Malaysia sebagai hab fintech.

    Pengarah Urusan U Mobile, Wong Heang Tuck

    Pengarah Urusan U Mobile, Wong Heang Tuck

    Pengarah Urusan Razer, Min Liang Tan

    Pengarah Urusan Razer, Min Liang Tan



    Sumber

  • Perbezaan rolled oat dan oat segera yang ramai tidak tahu

    Perbezaan rolled oat dan oat segera yang ramai tidak tahu

    CARA mudah untuk diet adalah dengan menikmati oat. Namun masih ramai yang tidak dapat membezakan jenis-jenis oat yang berada di pasaran. Jom kita kenali perbezaan rolled oat dan oat segera.

    Rolled Oat

    – Ia diperbuat daripada bijirin oat yang dikukus dan kemudiannya digelek menjadi kepingan. Proses ini dapat membantu untuk menstabilkan kadar minyak sihat di dalam bijirin oat tersebut dan memanjangkan tempoh hayat oat untuk simpanan.

    – Secara nutrisinya, rolled oat sangat membantu untuk menstabilkan kandungan gula dalam darah dan membuatkan anda berasa lebih kenyang untuk tempoh yang lebih lama.

    – Process pengukusan juga membuatkan oat tersebut separa masak dan ini membantu untuk mengurangkan tempoh memasak oat di rumah.

    – 1/2 cawan oat = 190 kalori, 3.5gram lemak, 32 gram karbohidrat, 5 gram fiber, 1gram gula dan 7 gram protein.

    – Tempoh memasak rolled oat adalah 10 minit di atas dapur dan 3-5 minit jika menggunakan ketuhar.

    – Ia sesuai digunakan sebagai bahan utama untuk membuat biskut dan juga muffin.

    – Anda boleh memilih untuk mendapatkan rolled oat biasa ataupun yang bersifat organik.

    Oat segera (Instant Oat)

    – Ia dikukus lebih lama berbanding rolled oat dan bersifat separuh masak.

    – Digelek untuk tempoh yang lebih lama berbanding rolled oat dan mengalami proses hidrasi.

    – Jika anda membeli oat segera yang plain dan tiada pemanis tambahan, ia mempunyai nutrisi yang sama seperti rolled oat.

    – Kebanyakkan oat segera yang dijual di pasaran mengandungi bahan pemanis yang tidak sihat, garam dan bahan misteri yang tidak diketahui.

    – Oleh kerana oat segera ialah separuh masak, anda hanya perlu menambah air panas untuk menyahidrasi oat tersebut.

    – Meskipun ia tidak setanding rolled oat, ia dianggap lebih sihat berbanding bijiran sarapan yang terdapat di pasaran.

    – 1/3 cawan oat segera = 120kalori, 2 gram lemak, 21gram karbohidrat, 3gram fiber, 1gram gula



    Sumber

  • Kaedah 10B langkah bijak tangani stres

    STRES atau tekanan merupakan tindak balas fizikal, emosi dan mental yang dialami oleh seseorang apabila tuntutan tidak dapat dipenuhi.

    Stres boleh juga dialami bila berdepan dengan rangsangan yang tidak menyenangkan seperti bau yang busuk, bunyi yang kuat dan kata-kata yang kesat.

    Sesiapa sahaja sama ada kanak-kanak, remaja, dewasa dan warga emas boleh mengalami stres.

    Umumnya tahap stres yang dihadapi oleh seseorang berbeza-beza mengikut beban tekanan yang dihadapi.

    Stres yang sedikit atau sederhana adalah baik dan boleh menjadi faktor pendorong atau motivasi kepada individu untuk meningkatkan produktiviti.

    Bagaimanapun, stres yang berlebihan untuk jangka masa panjang dan tidak dapat ditangani akan menyebabkan kesan negatif dan memudaratkan kesihatan serta meningkatkan risiko terhadap penyakit.

    Sebenarnya ada pelbagai cara yang boleh kita lakukan dalam mengawal stres. Stres boleh dikawal secara sendiri atau pun melalui bantuan ahli keluarga atau rakan-rakan.

    Seseorang yang mengalami stres boleh mengurangkan stres yang dialami dengan segera dengan cara mengamalkan kaedah 10B.

    Kaedah 10B ini adalah :-

    bertenang

    bernafas dengan dalam

    berkata `relakslah’/ tak mengapa

    beribadat

    bercakap dengan seseorang

    berurut

    berehat dan mendengar muzik

    beriadah

    bersenam

    berfikiran positif

    Bertenang.

    Setiap kali anda berasa stres atau berasa ketegangan, bawalah bertenang. Dengan bertenang ia boleh membantu mengurangkan kitaran stres negatif pada peringkat permulaan.

    Bernafas dengan dalam.

    Lakukan latihan pernafasan yang boleh meningkatkan pertukaran oksigen dan karbon dioksida dalam sel tubuh bagi mengurangkan ketegangan.

    Berkata,`Relakslah’.

    Cuba katakan pada diri sendiri, saya ni stres, ‘Relakslah’, ‘Tak mengapa’ atau ‘Tak apalah’, ‘Oklah tu’, ‘Bawalah bersabar’. Kata-kata ni sedikit sebanyak dapat menenteramkan perasaan dan mengurangkan stres.

    Beribadat.

    Sekiranya anda mengalami tekanan atau stres anda boleh melakukan ibadat seperti berzikir dan sembahyang mengikut kepercayaan masing-masing. Beribadat dapat memberi sokongan emosi dan boleh melegakan perasan seseorang.

    Berkongsi perasaan dengan seseorang

    Bercakaplah dengan ahli keluarga atau kawan-kawan rapat anda yang anda percayai dan dapat memahami perasaan anda. Luahkanlah dan kongsi perasaan anda dengan mereka.

    Apabila anda berkongsi perasaan dengan orang lain , anda akan berasa lega dan ini dapat mengurangkan tekanan yang anda hadapi. Anda akan merasai bahawa masih ada orang yang sayang dan ambil berat tentang diri anda.

    Berurut.

    Apabila anda stres pada kebiasaannya otot-otot di bahagian leher dan bahu akan menjadi tegang. Belajarlah cara urut leher dan bahu kerana urutan ini boleh melegakan tegangan otot dan melancarkan perjalanan darah.

    Urutan kaki juga boleh dilakukan untuk mengurangkan stres.

    Berehat dan mendengar muzik.

    Apabila anda stres berehatlah sambil mendengar alunan muzik yang lembut. Muzik dapat membantu mengurangkan denyutan jantung yang laju dan tubuh badan anda akan mula relak serta pernafasan anda akan kembali normal. Ini membuat anda berasa tenang. Pilihlah muzik yang lembut dan menenangkan.

    Beriadah.

    Luangkan sedikit masa anda untuk melakukan aktiviti di luar rumah sama ada bersama keluarga atau rakan-rakan. Lakukanlah aktiviti yang anda sukai. Beriadah dapat menenangkan fikiran dan membuat anda berasa gembira serta menghilangkan stres.

    Bersenam.

    Bersenam juga boleh membantu mengurangkan ketegangan otot dan stres. Dengan bersenam ia dapat meningkatkan pengeluaran hormon dan dorfin dan anda akan berasa lega dan tegang.

    Antara aktiviti senaman yang boleh anda lakukan ialah berjalan dan bersenamrobik.

    Berfikiran positif.

    Stres juga boleh berlaku disebabkan prasangka dan salah tafsir kita terhadap sesuatu situasi. Cubalah berfikiran secara positif di mana anda cuba melihat kebaikan atau keadaan positif dalam mana-mana situasi yang bersifat negatif.

    Kita perlu berfikiran positif untuk meningkat harga diri sendiri. Pelajarilah cara berfikiran positif kerana ia akan dapat membantu kita menangani stres dengan lebih berkesan.

    Dengan melakukan kaedah 10B, kesan fizikal stres seperti denyutan jantung, perasaan marah, rasa gelisah, gementar, sakit kepala dan sebagainya yang disebabkan oleh tindak balas hormon adrenalin terhadap tubuh dapat dikurangkan.

    Stres mesti ditangani secara berterusan bagi memastikan kita sihat dari segi fizikal, emosi dan minda.

    Bagaimanapun, kaedah 10B hanya boleh mengawal stres untuk jangka masa pendek.

    Punca stres perlu dikenal pasti dan tindakan susulan perlu diambil untuk mencari jalan penyelesaian kepada punca stres tersebut. Anda juga boleh mengamalkan kemahiran daya tindak yang bersesuaian untuk menangani stres anda.

    Sumber: http://www.myhealth.gov.my



    Sumber

  • Proton lancar pusat 3S baharu di Seremban

    Proton lancar pusat 3S baharu di Seremban

    SETIA Auto Drive Sdn Bhd, cawangan pengedar 3S (jualan, servis dan alat ganti) Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton) dibuka secara rasmi di Taman Perindustrian Galla baru-baru ini.

    Majlis perasmian disempurnakan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun bersama Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr Li Chunrong.

    Pengerusi Setia Auto Drive Sdn Bhd, Datuk Yap Kat Boon berkata, perkembangan Proton begitu memberi dorongan dan mengujakan apabila pengguna kini telah mengubah persepsi mereka terhadap jenama tersebut.

    “Sebelum ini, jenama syarikat bukan pilihan utama pelanggan tetapi kini pendapat mereka telah berubah dan saya amat berpuas hati untuk menjadi sebahagian daripada jenama ini. “Selain ia adalah kereta nasional, saya berbangga kerana model baharu Proton dapat memberi manfaat dan menambah baik kehidupan pelanggan melalui ciri-ciri keselamatan yang dipertingkatkan serta teknologi terkini yang boleh didapati dalam setiap kereta Proton hari ini,” katanya.

    Cawangan Setia Auto Drive dibina dengan kos pelaburan hampir RM3 juta termasuk kos pengubahsuaian bangunan yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti Wi-Fi percuma, ruang untuk mengecas komputer riba dan menunggu yang selesa.

    Cawangan tersebut turut dilengkapi dengan enam petak penyelenggaraan, enam servis pengangkat, sembilan kakitangan jualan dan lapan kakitangan servis.

    Sehingga kini, Proton mempunyai 79 cawangan 3S/4S di seluruh negara untuk memastikan pelanggan dapat menikmati pengalaman jualan dan servis yang optimum.



    Sumber

  • Hapuskan kolesterol dengan kacang bendi

    Hapuskan kolesterol dengan kacang bendi

    KOLESTEROL anda tinggi? Apa kata anda cuma amalkan kacang bendi yang diyakini mampu menurunkan kadar kolesterol. Caranya mudah:

    Bahan-Bahan:

    -10 hingga 15 batang kacang bendi

    -Satu liter air

    Cara membuatnya:

    1) Cuci kacang bendi terlebih dahulu sebelum dipotong menjadi bahagian kecil (seperti dalam gambar).

    2) Masukkan bendi yang sudah dipotong ke dalam air atau bekas.

    3) Simpankan air rendaman kacang bendi di dalam peti sejuk.

    4) Air akan berkurangan selepas direndam, apabila semakin kurang air boleh ditambah semula sehingga penuh. Pastikan anda tambah air hanya 3 kali.

    #Jangan bimbang jika air rendaman tersebut menjadi lebih pekat atau likat kerana rasanya akan menjadi lebih sedap dan boleh diminum dengan segar.



    Sumber