Blog

  • Tip mendapat kehidupan yang berkat

    Tip mendapat kehidupan yang berkat

    JIKA ditanya siapa yang mahu kehidupan yang berkat, pasti tiada siapa yang akan jawab tidak.

    Benar, semua orang mengharapkan keberkatan dalam hidup mereka.

    Apakah cukup berkat itu hanya dengan melaksanakan apa yang disuruh ALLAH SWT dan meninggalkan larangan-Nya sahaja?

    Keberkatan hidup sebenarnya bermula pada awal pagi lagi.

    Malah, Rasulullah SAW sendiri akan memanjatkan doa untuk umatnya setiap pagi: “Ya ALLAH, berikanlah berkah kepada umatku di pagi hari mereka.” (Riwayat al-Tirmizi)

    Dalam sebuah hadis yang lain, baginda SAW bersabda: “Syaitan akan mengikat tengkuk salah seorang daripada kalian saat tidur dengan tiga ikatan, dia akan membisikkan kepadamu bahawa malam masih panjang, jika dia terbangun lalu berzikir kepada ALLAH, terlepaslah satu ikatan, jika dia berwuduk, maka lepaslah dua ikatan dan jika dia melanjutkan dengan solat, maka lepaslah seluruh ikatan itu sehingga pada pagi harinya dia mulai dengan penuh semangat dan jiwanya pun sihat, namun jika tidak, maka dia akan memasuki waktu pagi dengan jiwa yang keji dan penuh kemalasan.” (Riwayat Bukhari)

    Kepada mereka yang mencari berkat itu, apa kata kita amalkan petua ini:

    1. Amalan berzikir Ia sebenarnya akan memberikan semangat dan banyak urusan akan dipermudahkan ALLAH. Ia boleh dibaca sebaik sahaja masuk waktu Subuh.

    2. Menghafal al-Quran Orang yang menghafal al-Quran lazimnya akan menggunakan waktu pagi kerana otak mudah menerimanya. Jika dilakukan dengan penuh penghayatan, insya-ALLAH kita akan mendapat kebaikan sepanjang hari.

    3. Melakukan aktiviti Jika kita melakukan sesuatu tugas, buatlah dengan bersungguh-sunguh.

    4. Segarkan tubuh dengan mandi pagi Mandi pagi sebaik sahaja bangun daripada tidur akan membawa kesegaran kepada tubuh. Sebaik-baik mandi pagi adalah sebelum waktu Subuh.

    5. Solat dhuha Walaupun hukumnya hanya sunat muakkad atau sunat yang dituntut tetapi ia seringkali dilakukan oleh Rasulullah SAW. Marilah kita contohi baginda.

    Mudah-mudahan segala amalan yang dilakukan, kita akan peroleh keberkatan sepanjang hidup.

    (Sumber: Muhd Nasruddin Dasuki)



    Sumber

  • Tip lalu-lintas sepanjang Ramadan

    Tip lalu-lintas sepanjang Ramadan

    RAMADAN merupakan sebuah bulan yang penuh dengan kesabaran dan kemurahan hati. Tetapi ada kalanya kesabaran itu teruji, lebih-lebih lagi bila ia berkaitan dengan kesesakan trafik. Selepas berpuasa sepanjang hari, tersangkut dalam trafik ketika perjalanan bagi berjumpa keluarga dan rakan-rakan untuk berbuka puasa merupakan perkara terburuk yang boleh berlaku.

    Jadi, minggu ini Sinar Turbo ingin berkongsi sedikit tip bagi mengelakkan trafik yang sibuk dan membantu anda merancang perjalanan dengan bijak bersama Waze. Jangan biarkan kesesakan trafik ini menguji kesabaran anda.

    Masa terbaik ke tempat kerja

    Waze menjangkakan perjalanan menuju ke tempat kerja mengalami trafik yang lebih sesak berbanding ketika pulang ke rumah. Trafik dijangkakan sesak dari jam 8 hingga 11 pagi dan beransur pulih pada jam 3 petang. Oleh itu, Waze menasihatkan orang ramai agar keluar dari rumah lebih awal atau sebelum jam 8 pagi bagi mengelak atau mengurangkan kesesakan sepanjang Ramadan ini.

    Masa terbaik mengunjungi restoran makanan segera

    Inginkan snek lewat malam ataupun sarapan awal pagi di restoran makanan segera kegemaran anda tanpa perlu bersesak? Itu semua tidak menjadi masalah jika anda merancang perjalanan dan menurut kajian pihak Waze, selepas jam 9 malam merupakan waktu yang sesuai untuk berkunjung ke restoran makanan segera, terutamanya jam 12 tengah malam hingga 5 pagi.

    Elakkan berkunjung ke restoran makanan segera pada jam 4 petang hingga 7 malam kerana waktu tersebut orang ramai sedang bersiap sedia untuk berbuka puasa.

    Kenal pasti masa untuk ke pasar raya

    Ramadan merupakan musim penting bagi setiap tahun kerana pasar raya akan dipenuhi ramai orang yang datang untuk membeli-belah dan menjamu selera. Pasar raya di seluruh Malaysia sentiasa padat dari jam 12 tengah hari hingga 4 petang dan akan menjadi paling padat bermula jam 5 hingga 6 petang.

    Sama keadaan dengan restoran-restoran makanan segera, ini adalah kerana ramai yang merancang untuk sampai ke rumah sebelum waktu berbuka puasa ataupun mereka yang merancang untuk berbuat sedemikian di pasar raya yang terdekat. Mereka yang memerlukan terapi window shopping ataupun ingin berbelanja bagi persiapan hari raya yang bakal tiba perlu merancang masa yang betul-betul sesuai atau sebagai contoh mula dari jam 7 petang atau selepas waktu berbuka.

    Masa terbaik untuk singgah ke bank

    Waze memaklumkan trafik menuju ke bank di seluruh Malaysia menunjukkan data turun naik sepanjang hari. Bermula jam 7 hingga 9 pagi, terdapat peningkatan yang stabil. Ia berterusan selepas bank dibuka pada 9.30 pagi dan menjadi penuh mulai jam 12 tengah hari hingga 3 petang.

    Oleh itu, Waze mencadangkan anda membuat urusan pengeluaran wang tunai di ATM selepas jam 4 petang, ini kerana orang ramai beransur kurang pada waktu tersebut.

    Masa sesuai untuk mengisi minyak

    Jika anda ingin mengisi minyak, lakukannya pada awal pagi kerana anda tidak perlu beratur panjang untuk mengisi minyak. Waze mencadangkan anda mengisi minyak sekitar jam 8 pagi. Bilangan orang bertambah mulai jam 9 pagi sehingga ke waktu puncak iaitu pada jam 3 hingga 6 petang. Sebagai alternatif, anda juga boleh mengisi minyak selepas jam 7 malam kerana keadaan beransur lengang pada waktu itu.

    Kurangkan masa melakukan tugasan di atas jalanan dan luangkan lebih banyak masa dengan orang-orang yang tersayang. Muat turun aplikasi Waze untuk cuba sendiri. Untuk maklumat lanjut, sila ke www.waze.com.

    ANEKDOT

    Mengenai Waze

    Waze merupakan hasil kolaborasi antara pengguna dan teknologi dalam menangani cabaran-cabaran berkaitan pengangkutan. Ia merupakan sebuah platform yang menggalakkan pelbagai komuniti untuk menyumbang data jalanan, menyunting peta-peta Waze dan berkongsi kereta bagi meningkatkan cara kita bergerak di seluruh dunia.



    Sumber

  • Manfaat minyak kelapa dara

    Manfaat minyak kelapa dara

    MINYAK kelapa dara juga digelar superfood. Ia bukan sahaja digunakan dalam masakan, bahkan juga untuk kesihatan dan kecantikan. Berikut disenaraikan 12 manfaat minyak kelapa dara.

    1) Jika anda mahu kelihatan langsing dan sihat, guna minyak kelapa dara. Ia berfungsi mengurangkan rasa lapar. Jadi, anda akan makan dalam jumlah yang berkurangan berbanding hari biasa.

    2) Ia mengandungi asid laurik yang bagus untuk menyokong sistem ketahanan badan.

    3) Lemak sihat di dalam minyak kelapa dara bagus untuk jantung. Jadi, ia sesuai berada dalam menu diet sihat anda.

    4) Ia dapat memberi anda tenaga dengan segera jika anda mengalami keletihan.

    5) Fungsi kelenjar tiroid lebih baik dan sihat dengan minyak kelapa dara. Sekaligus memberikan anda tenaga, kulit yang sihat, dan mengimbangkan emosi anda.

    6) Ia mampu menjadikan kulit, rambut, dan kuku anda sihat. Kulit yang kering menjadi lembap dan memperbaiki kandungan lemak dalam kulit.

    7) Sekiranya berkumur dengan minyak kelapa dara, ia akan membunuh bakteria yang berbahaya dalam mulut. Secara tidak langsung, gigi anda bertambah sihat dan nafas juga tidak berbau busuk lagi.

    8) Apabila kadar metabolisme meningkat, sel juga bangkit semula dengan pantas. Pada masa ini tubuh anda akan menggantikan sel-sel lama dengan yang baru dan sihat.

    9) Berperanan sebagai ejen semulajadi yang mengurangkan kulat, bakteria dan virus yang boleh menyebabkan penyakit.

    10) Perembesan insulin diperbaiki dengan minyak kelapa dara. Ini membantu penggunaan glukosa dengan lebih baik bagi mengimbangkan pengeluaran insulin yang akan melegakan simptom dan mengurangkan risiko kesihatan khususnya berkaitan diabetes.

    11) Memperbaiki fungsi otak. Sesuai untuk memulihkan pesakit alzhemeir.

    12) Dapat melindungi tubuh daripada radikal bebas yang merosakkan sel.



    Sumber

  • Pahit manis di awan biru

    Pahit manis di awan biru

    TERBANG di awan biru menjadi impian dua figura ini kerana daripada kerjaya itulah mereka dapat membina rangkaian persahabatan apabila berpeluang bertemu ramai orang daripada pelbagai bahasa, ras dan agama. Kerjaya pramugara membawa mereka ke serata negara, lantas membina kekentalan jiwa, membentuk keyakinan diri dan semestinya menuntut kesabaran serta disiplin ketika berdepan penumpang-penumpang kapal.

    Syukri dan Parsa amat mengutamakan keselamatan penumpang

    Syukri dan Parsa amat mengutamakan keselamatan penumpang

    Mereka belajar untuk menjadi profesional. Tidak hanya bersandar pada fizikal dan rupa yang kacak, keperibadian unggul juga menjadi tuntutan. Kepada kami, kru kabin AirAsia, Javad Hosseinpoor dan Muhammad Syukri Hassan bercerita mengenai kerjaya mereka dalam temu bual di pejabat AirAsia RedQ, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2, baru-baru ini.

    Javad, 29, mesra dipanggil Parsa merupakan kru kabin AirAsia X yang berasal dari Iran, Tehran. AirAsia tempat kerja kedua Parsa.

    Parsa gembira bertugas di Malaysia

    Parsa gembira bertugas di Malaysia

    Sebelum ini dia bertugas di kru kabin Qeshm Air, Iran selama empat tahun. Semasa AirAsia membuka laluan ke Tehran, Iran Parsa mengambil peluang memohon menjadi kru kabin AirAsia.

    Dia kemudiannya diterima bekerja di Malaysia pada September 2016. Kini Parsa bertugas dalam penerbangan perjalanan jarak jauh melebihi empat jam perjalanan.

    Antara penerbangan yang pernah dilawati Parsa ialah Tehran, Sydney, Busan, Jaipur dan Osaka.

    Syukri, 21, pula anak kelahiran Kuala Lumpur yang sebelum ini bekerja sebagai barista di Starbucks.

    Syukri gembira membuat keputusan untuk menjadi pramugara

    Syukri gembira membuat keputusan untuk menjadi pramugara

    Sejak menyertai kru kabin AirAsia Syukri ditugaskan untuk penerbangan dekat (short haul fliht) tidak melebihi empat jam.

    Antara negara di bawah perjalanan Syukri ialah Krabi, Bali, Bangkok, Bandar Aceh dan Singapura.

    Kedua-duanya sangat sporting menjawab soalan-soalan yang diutarakan Oh! Lelaki.

    1. Apa yang mendorong anda berdua bekerja sebagai pramugara?

    PARSA: Sebenarnya semasa remaja, saya tahu bahawa saya tidak boleh bekerja dalam suasana pejabat. Saya pernah mempunyai peluang untuk bekerja di pejabat bersama ayah.

    Namun jauh di sudut hati saya menolaknya. Saya tidak mahu hanya duduk di sebalik meja sambil membuat kerja. Saya ingin bekerja dalam bidang yang boleh memberikan kebebasan untuk saya bergerak, contohnya menjelajah.

    Kebetulan saya mempunyai seorang rakan bekerja di syarikat penerbangan. Dia cadangkan saya untuk bekerja sebagai kru kabin. Di sana katanya saya dapat berjumpa orang ramai daripada pelbagai budaya, bangsa dan agama.

    Selepas saya mengkaji dengan lebih mendalam tentang profesion ini saya mula jatuh cinta dengan kerjaya ini.

    SYUKRI: Sebelum saya bekerja di AirAsia sebagai kru kabin, saya tidak pernah terfikir untuk jadi pramugara. Sebelum ini saya bekerja sebagai seorang barista Starbucks. Ketika sedang bekerja seorang rakan syorkan saya untuk memohon kerja sebagai pramugara di AirAsia.

    Masa itu ada dua pilihan kerjaya. Satu menjadi pramugara dan satu lagi sebagai polis. Setelah dipertimbangkan saya pilih bekerja sebagai pramugara, ia lebih seronok dan gaji juga amat lumayan. Syarikat bayar mengikut tempoh masa penerbangan dalam menentukan gaji yang kami terima.

    2. Bagaimana mengekalkan penampilan menarik?

    PARSA: Kami diberikan satu set pakaian seragam yang terbaik. Tugas kami perlu memperagakan pakaian tersebut dengan cara terbaik. Selain, mengutamakan penampilan diri, saya turut berpendapat perkara yang perlu diutamakan dari segi menjaga keselamatan penumpang. Untuk itu, amat penting kami mengekalkan kecergasan pada setiap masa. Saya tidak menafikan memiliki raut wajah tampan merupakan sebahagian keperluan dalam kerjaya ini. Ramai juga yang anggap kami hanya mementingkan penampilan diri. Sebenarnya kami juga menitikberatkan keselamatan penumpang. Jadi amat penting untuk kami mengambil makanan yang berkhasiat dan mendapatkan tidur yang secukupnya untuk memiliki fizikal dan mental yang cergas.

    SYUKRI: Saya amat bersyukur semasa diterima menjadi pramugara. Kami bermula dengan menghadiri kelas di akademi AirAsia selama tiga bulan. Kami diajar tentang keselamatan dan first aid, kelas grooming, cara mengawal penumpang dan pesawat. Dari situlah saya banyak belajar.

    Saya sebenarnya tidak tahu apa-apa tentang penjagaan diri. Akademi itu melatih diri saya untuk menjadi seorang berkaliber dan yakin. Kami diajar untuk sentiasa tersenyum. Apabila menumpang melihat kami tersenyum mereka akan berasa seronok.

    Kami juga perlu kekal sihat. Jika kami demam atau tidak sihat, kami disarankan untuk mengambil cuti sakit. Penting untuk kami kekal sihat disebabkan kami perlu menjaga keselamatan penumpang.

    Setiap tahun kami perlu belajar dan ada ujian. Kejayaan dalam ujian itu menentukan lesen penerbangan sebagai pramugara diperbaharui. Lesen itu hanya sah dalam tempoh setahun. Namun, jika pramugara gagal dalam ujian yang diambil mereka boleh mengulang semula sehinggalah lulus.

    3. Bagaimana menjaga kesihatan, pemakanan dan berat badan?

    PARSA: Dari segi pemakanan saya akan ambil makanan sihat, bersih dan bukan makanan segera. Saya juga tidak minum alkohol. Bagi saya ia bukan tentang pemakanan sihat yang diambil, tetapi juga cara kami menyesuaikan diri dengan negara dan makanan berlainan. Selain itu, saya turut mengamalkan untuk tidak mengambil makanan dalam tempoh dua atau tiga jam sebelum penerbangan.

    Bagi saya jika terlalu kenyang ia akan merencatkan waktu kerja. Kerja akan menjadi perlahan dan mengganggu tanggungjawab yang dipikul. Kami perlu ke gim dan boleh dikatakan 95% kru akan ke gim hampir setiap hari. Ia turut menjadi mudah buat kami apabila AirAsia turut menyediakan kelengkapan gim.

    Bukan hanya di sini, saya turut ke gim di kawasan taman perumahan saya. Niat saya bukan untuk kelihatan kacak, tetapi kami perlu kekal sihat untuk menjaga keselamatan penumpang. Sebabnya apabila sakit, ia akan memberi kesan kepada penerbangan ketika itu.

    Kami turut dibantu oleh seorang kabin kru yang akan memantau kenaikan berat badan. Setiap seminggu sekali akan ada pemeriksaan. Kami akan diukur mengikut berat dan ketinggian anda. Jika berat berlebihan mereka akan diberikan masa seminggu untuk kembali kepada berat yang asal.

    SYUKRI: Dalam menjaga kesihatan diri saya bersenam setiap hari. Saya juga menjaga pemakanan dengan tidak mengambil makanan selepas jam 10 malam. Untuk tampil cergas saya ambil vitamin C, ia membantu saya tidak berasa penat dan mengantuk.

    Saya turut amalkan pengambilan suplemen untuk mendapatkan tenaga tambahan terutama apabila bekerja dalam zon waktu berbeza setiap kali penerbangan. Perkhidmatan yang disediakan oleh AirAsia turut membantu, di mana menyediakan pemeriksaan kesihatan setiap tahun. Ia secara tidak langsung dapat mencegah penyakit serius. Saya juga berasa gembira dengan kelonggaran yang diberikan oleh AirAsia kepada kami seperti dibenarkan mewarnakan rambut dan menyimpan jambang.

    Segak memakai uniform serba hitam

    Segak memakai uniform serba hitam

    4. Cabaran terbesar yang dihadapi?

    PARSA: Saya lebih suka jika cabaran ini kita anggap sebagai apa yang boleh kita pelajari atas apa yang terjadi setiap hari. Pertama, cabaran ini lebih kepada bagaimana kru kabin itu menepati masa. Semua perkara perlu mengikut masa. Jika kita bekerja mengikut jadual yang ditetapkan segala cabaran ini tidak akan ada masalah.

    Ramai yang ingat kerja kami bermula selepas memasuki pesawat. Sebenarnya kerja kami ini bermula lima jam sebelum penumpang masuk ke dalam pesawat. Untuk itu kami perlu bangun awal pagi, perlu bersiap untuk mendengar taklimat sebelum penerbangan.

    Setiap penerbangan itu kami akan berhadapan dengan penumpang, kelakuan dan permintaan yang berbeza. Setiap cabaran ini kami perlu sentiasa bersedia. Contohnya pernah terjadi seorang budak menangis sepanjang perjalanan. Menjadi tugas kami untuk membantu ibu bapa menenangkan anak itu. Maklum kita terbang pada paras 14,000 kaki ia akan memberi kesan kurang menyenangkan pada badan. Mungkin anak tersebut menghadapi masalah untuk tidur atau kelaparan.

    SYUKRI: Saya sangat bertuah dilahirkan di Malaysia. Adab sopan dan tingkah laku kita sudah diajar dari kecil untuk bersederhana dalam segala hal. Yang menjadi cabaran bagi saya apabila berhadapan dengan tekanan udara tinggi. Sebab itu saya mengambil vitamin C untuk membantu mengatasi masalah itu.

    Cabaran juga ketika berhadapan dengan kerenah penumpang. Contohnya situasi penumpang itu sedang marah. Kita harus tahu cara yang tepat untuk tenangkan mereka. Begitu juga apabila penumpang itu jatuh sakit atau perlukan bantuan pernafasan. Semua itu perlukan kita bersedia dari segi mental dan fizikal.

    5. Bolehkah kerjaya ini berterusan sampai usia senja?

    PARSA & SYUKRI: Pada kami ia bergantung pada kesihatan. Tidak mustahil kerana ada pramugara yang masih bekerja ketika umur 50 dan 60 tahun. Mungkin jika mereka tidak boleh lagi bertugas di awan biru masih ada skop kerja boleh dibuat seperti menjadi eksekutif kru kabin, juruaudit, operasi kru kabin atau bekerja di pejabat.

    6. Kelebihan bekerja sebagai pramugara?

    PARSA: Pertama, boleh mengembara dan melihat tempat yang anda ingin lihat atau impikan. Kedua anda dapat belajar tentang negara lain dari segi budaya, tingkah laku mereka dan sudah pasti anda dapat ramai kawan.

    Suka saya tekankan untuk menjadi pramugara ini bukan hanya bergantung pada wajah kacak atau cantik. Mereka perlu bijak menyesuaikan diri apabila berada di tempat orang, belajar menghormati budaya dan hak orang lain di negara berbeza. Seperti yang saya katakan sebelum ini jika anda tidak suka bekerja di pejabat, kapal terbang pilihan terbaik boleh anda buat.

    SYUKRI: Sudah pasti kelebihan kita boleh menjelajah dan dapat berkenalan dengan orang baharu setiap kali penerbangan. Bukan saja dapat menambah kenalan dalam kalangan penumpang juga daripada kru penerbangan.

    Kami turut menikmati diskaun penerbangan. Kami hanya perlu membayar cukai lapangan terbang sahaja jika ingin menggunakan penerbangan AirAsia dan menikmati RM10 setiap hari untuk elaun makan/minum di RedQ.

    7. Ceritakan secara ringkas manis dan pahit sepanjang menjadi pramugara?

    PARSA: Saya masih ingat pengalaman manis yang terjadi tahun lepas. Ia melibatkan seorang kapten kapal yang akan bersara. Ketika penerbangan terakhirnya, dia telah membuat sesuatu yang begitu bermakna. Dia telah keluar dan berdiri di hadapan semua penumpang, semata-mata untuk membuat pengumuman tentang penerbangan.

    Sedangkan kebiasaan 99% kapten kapal hanya akan membuat pengumuman itu di dalam kokpit bukannya keluar berjumpa penumpang. Saya masih ingat ucapannya iaitu “Hai, ini adalah penerbangan terakhir saya sebagai kapten. Saya anggap anda semua amat istimewa.”

    ucapan itu amat menyentuh hati saya terutama melihat ada air mata berlinangan di pipi kapten kapal itu. Saya tahu perasaannya itu kerana kami anggap orang yang menggunakan khidmat AirAsia sebagai ahli keluarga. Sampai bila pun akan sentiasa dianggap sebagai keluarga.

    SYUKRI: Semasa penerbangan ke Banda Acheh, Indonesia, salah seorang penumpang pengsan. Semua penumpang berada dalam keadaan takut melihat situasi itu. Apa yang saya buat adalah berikan bantuan pernafasan, dan kru kabin meminta mengubah haluan penerbangan. Untuk membawa pesakit ke hospital terdekat. Penumpang itu mengucapkan terima kasih kerana telah menyelamatkan nyawanya.

    Itulah saat paling berharga buat diri saya kerana berjaya memberikan bantuan pernafasan. Yang pahitnya kami semua kru kabin perlu membuat pemeriksaan kesihatan selepas itu kerana pesakit tersebut mengidap Tuberkulosis (TB).

    8. Apabila tragedi MH17 dan MH370 berlaku termasuk kes kapal terbang AirAsia yang terhempas di Kalimantan beberapa tahun lalu, ramai mengandaikan kerjaya ini tidak selamat, anda sendiri bagaimana, tidak takut dan tetap memilih jadi pramugara?

    PARSA: Saya suka memberi gambaran mereka yang menyertai kerjaya penerbangan ini seperti berjalan masuk ke dalam bilik yang gelap. Berada di dalam bilik yang gelap kita tidak tahu apa yang ada di dalamnya, mesti kita takut. Setelah lampu dibuka rupanya dalam bilik itu tidak ada apa-apa.

    Tidak semestinya apabila sebuah pesawat itu terhempas, penerbangan seterusnya tidak lagi selamat. Sedangkan sebelum pesawat itu terhempas banyak benda akan berlaku. Ia bukan melibatkan tenaga kerja kru kabin dan kapten sahaja. Ramai orang bekerja sebelum kapal itu berlepas. Sudah semestinya sebelum kapal itu berlepas kakitangan, juruteknik dan sebagainya akan memastikan keadaan kapal selamat tiba ke destinasi.

    Namun jika sebaliknya berlaku sebagai pekerja yang bekerja dalam kru kabin apa yang boleh saya katakan kita perlu membuat kajian, mencari punca dan sebab berlakunya kesilapan itu. Kita harus belajar daripada kesilapan agar tidak mengulanginya lagi.

    SYUKRI: Sekarang saya tidak lagi takut. Sebelum menyertai kru kabin ramai kawan cuba menakutkan saya dengan pelbagai cerita. Setelah diajar dari segi keselamatan, kita sebenarnya boleh mencegah dan mengelak kejadian menjadi lebih teruk. Contohnya kami diajar jika kapal terbang terjatuh ke dalam laut, kami harus tahu cara untuk membuka pintu sebelum dan selepas terjatuh serta tindakan selepas itu.

    Bagi saya ia bukan satu halangan untuk meneruskan kerjaya ini. Yang penting kita harus utamakan keselamatan penumpang. Jadi saya berharap sangat penumpang memberi perhatian ketika pramugara atau pramugari memberi penerangan tentang demo keselamatan ketika berada di atas kapal. Memang ia nampak remeh, namun jika diamalkan penumpang akan selamat jika mengingati cara untuk berhadapan dengan situasi genting.

    9. Apa pesanan anda kepada mereka yang mempunyai impian menjadi pramugara? Perlu ke rupa dan wajah kacak?

    PARSA: Pertama sekali mereka harus lihat kerjaya ini daripada pelbagai aspek. Bukan pada pakaian dan penampilan tetapi perlu mengambil kira aspek lain juga. Mereka yang terpilih sebagai kru kabin bagi saya seorang yang sangat istimewa.

    Jika hendak menjadi kru kabin, nasihat saya yang pertama mereka harus membiasakan diri dengan situasi. Waktu kerja, suasana, berhadapan dengan orang yang berbeza dan budaya yang berlainan. Mereka juga perlu mengasah kemahiran berbahasa Inggeris. Perlu pergi ke gim selalu untuk membina kecergasan diri. Selain harus pandai menyelesaikan masalah sama ada kecil atau besar. Yang penting anda harus menjadi diri anda sendiri dengan cara yang terbaik.

    SYUKRI: Bagi saya perlu ada minat untuk bekerja dalam bidang ini. Mempunyai rupa yang kacak ia satu bonus. Namun yang penting kelakuan diri mesti baik. Ada nilai kesopanan dan boleh menenangkan orang yang sedang marah dengan anggap mereka seperti keluarga. Boleh mengatasi sifat baran untuk berhadapan dengan 180 penumpang dengan pelbagai kerenah. Selain perlu ada sifat peramah dan ceria.

    Bukan itu sahaja, anda jangan terkejut apabila bekerja dengan AirAsia, anda diminta untuk berikan hiburan. Contohnya ada penumpang meminta menyanyikan ucapan selamat hari jadi dan sebagainya.

    Syarat lain anda harus bersedia dengan perubahan waktu kerja yang sentiasa berubah. Hari ini anda kerja jam 3 pagi esok anda perlu bekerja jam 6 pagi. Semua ini perlu anda hadapi dan sentiasa dengan penampilan yang menarik.

    ANEKDOT

    PORTFOLIO

    NAMA: Javad Hosseinpoor/ Parsa

    UMUR: 29 ASAL: Iran, Tehran

    ADIK BERADIK: 7 Orang

    STATUS: Bujang

    LATAR PENDIDIKAN: Pengaturcaraan Komputer

    HOBI: Gimnasium, membaca buku mengenai penerbangan, menonton wayang

    DESTINASI DIGEMARI: Australia, Tokyo dan Jepun.

    NAMA PENUH: Muhammad Syukri Hassan/ Syukri

    UMUR: 21

    ASAL: Kuala Lumpur, Malaysia

    ADIK BERADIK: 6 orang

    STATUS: Bujang

    HOBI: Melancong

    DESTINASI DIGEMARI: Tokyo, Jepun, Bali, Indonesia, Seoul, Korea Selatan.



    Sumber

  • Syarat wanita hamil, kanak-kanak berpuasa

    Syarat wanita hamil, kanak-kanak berpuasa

    Sejauhmana kemampuan dua golongan itu menunaikan ibadah yang dituntut dalam konteks perubatan?

    BARU-BARU ini selebriti popular tanahair, Hanis Zalikha yang bakal bersalin pada bulan depan berkongsi detik cemas apabila bayi dalam kandungannya tidak bergerak dan ‘mengeras’ pada hari kedua selebriti itu berpuasa.

    Bagaimanapun, selepas beliau mengambil pendekatan berbuka puasa dengan meneguk susu kurma dan biskut, bayinya kembali aktif dengan menendang perut ibunya.

    Seorang lagi selebriti, Elfira Loy yang hamil anak pertama juga berdepan dengan cabaran untuk berpuasa.

    Bagaimanapun, beliau yang hamil tiga bulan tetap berusaha menunaikan Rukun Islam ketiga itu selagi tidak membebankan diri dan membahayakan kandungannya.

    Dua situasi itu jelas menggambarkan keupayaan dalam kalangan wanita berbadan dua berbeza-beza.

    Berdasarkan konteks perubatan, tiada satu nasihat yang seragam yang boleh dipraktikkan ke atas ibu hamil yang ingin berpuasa. Begitu juga dalam kalangan kanak-kanak.

    Pasti ramai tertanya-tanya adakah selamat untuk ibu mengandung berpuasa dan kesan kepada janin mahupun bayi yang dikandung?

    Selain itu, adakah kanak-kanak di bawah usia tujuh tahun sesuai untuk berpuasa sedangkan ia merupakan waktu terbaik untuk melentur peribadi mereka. Ikuti kupasan lanjut Sihat:Aktif mengenai topik berkenaan.

    Dugaan

    ​​​​ROZANA Zainal Abidin, 36, telah beberapa kali mengalami masalah pening dan rasa hendak pitam gara-gara berpuasa pada bulan Ramadan baru-baru ini.

    Biarpun setiap kali menjalani pemeriksaan berkala untuk ibu hamil, beliau sering dimaklumkan oleh jururawat bertugas bahawa tekanan darahnya rendah.

    Namun beliau tetap berusaha untuk menunaikan ibadah wajib itu.

    “Biasanya selalu saya rasa mahu pengsan dan hampir rebah lebih-lebih lagi ketika cuaca panas. Ada ketikanya, saya mengaku yang saya mengambil makanan terlalu sedikit ketika bersahur.

    “Bukannya saya tak mahu makan tetapi tiada selera. Tekak saya masih merasa loya biarpun fasa kandungan sudah melepasi trimester pertama,” cerita Rozana yang kini hamil hampir enam bulan kepada Sihat:Aktif baru-baru ini.

    Menurut ibu yang bakal menimang cahaya mata kedua itu, lebih menambah dugaannya ketika mengandung kali ini, beliau turut mengalami masalah sembelit.

    Itu cerita ibu mengandung.

    Dalam satu situasi lain, seorang budak lelaki berusia tujuh tahun, Muhammad Haikal Hanafi yang kelihatan sangat pucat dan tidak bermaya di tempat duduknya ketika di dalam bilik darjah.

    Cikgu yang sedang mengajarnya menyedari situasi murid tahun satu itu terus bertanya mengapa Muhammad Haikal sebegitu lemah.

    Jawab kanak-kanak itu spontan dengan nada lesu: “Saya puasa cikgu.”

    Gurunya yang prihatin kemudian membawa Muhammad Haikal ke bilik guru sebelumnya menasihatinya untuk berbuka puasa sahaja memandangkan keadaannya yang tidak mengizinkan.

    Haikal

    Haikal

    Ketika berjumpa penulis baru-baru ini, kanak-kanak cilik itu mengakui keadaannya tidak berapa kuat untuk berpuasa seharian disebabkan tidak bersahur.

    “Masa (umur) enam tahun, saya dah cuba puasa separuh hari, kali ini saya cuba puasa penuh. Mak ada pesan kalau tak mampu, boleh terus berbuka.

    “Tapi saya tetap nak puasa sebab ramai kawan puasa. Masa enam tahun dulu memang ada curi-curi juga nak makan. Sekarang dah besar, kenalah puasa,” kata si cilik itu dengan nada keyakinan seorang budak.

    Situasi ibu hamil seperti Rozana dan kanak-kanak seperti Muhammad Haikal memang biasa didengari. Bukan sesuatu yang luar biasa atau pelik apabila mereka berdepan cabaran getir ketika sedang menjalani ibadah berpuasa.

    Persoalannya, adakah mustahil untuk kelompok itu boleh berpuasa seperti insan biasa lain? Perlukah mereka berpuasa dalam keadaan sedemikian?

    Tiga faktor

    Menjawab persoalan tersebut khususnya buat ibu hamil, Sihat:Aktif mendapatkan Pengamal Perubatan Sakit Puan Hospital Wanita dan Kanak-kanak Naluri, Kuala Lumpur, Dr Azwaratul Khadijah Azzahar atau dikenali Dr Azwaratul.

    Dr Azwaratul

    Dr Azwaratul

    Jelas beliau, pada asasnya wanita hamil boleh berpuasa selari tuntutan agama.

    “Dari sudut perubatan, kajian membuktikan tiada kesan sampingan dari segi saiz dan berat bayi semasa kelahiran, jika ibunya berpuasa selagi nutrisi lengkap diperoleh semasa bersahur dan berbuka.

    “Namun begitu perlu diambil kira juga tempoh berpuasa dan keadaan cuaca. Sebagai contoh, di Rusia tempoh berpuasa mencecah 20 jam yang mana waktu siang lebih panjang dan mungkin menyebabkan dehidrasi,” ujarnya.

    Keadaan itu sebenarnya boleh memudaratkan kesihatan si ibu dan bayi dalam kandungan, maka tidak digalakkan untuk meneruskan puasa, kata Dr Azwaratul.

    Justeru, pakar berkenaan menyimpulkan bahawa ketahanan untuk berpuasa bergantung kepada tempoh kehamilan, waktu berpuasa dan keadaan cuaca.

    “Selain itu, pada trimester pertama, seseorang ibu akan mengalami simptom awal kehamilan seperti muntah dan pedih hulu hati. Keadaan itu boleh menyebabkan dehidrasi dan luka di dinding perut jika ia berterusan.

    “Jika ada simptom tersebut, si ibu tidak digalakkan berpuasa supaya tidak memburukkan lagi keadaan. Jika berdepan dengan situasi hingga tidak boleh menerima makanan atau minuman, kena lebih segera dapatkan rawatan,” katanya.

    Jejas janin

    Terdapat juga kajian yang menunjukkan bahawa ibu mengandung pada trimester pertama yang berpuasa akan mengalami risiko kelahiran dengan berat bayi kurang dari 2,500 gram berbanding dengan ibu yang tidak berpuasa, ujar Dr Azwaratul.

    Pun begitu, menurutnya tiada perbezaan ketara dari segi berat bayi antara ibu berpuasa pada trimester kedua dan ketiga dengan ibu yang tidak berpuasa.

    “Kajian menunjukkan tiada risiko kelahiran pramatang apabila ibu mengandung berpuasa.

    “Sekiranya seseorang ibu tiada simptom awal kehamilan maka ibu boleh berpuasa selagi tidak mendatangkan kemudaratan,” katanya.

    Berikut penjelasan lanjut pakar tersebut mengenai kondisi kondisi wanita hamil tidak boleh berpuasa. Ia tidak digalakkan apabila seseorang itu berdepan dengan situasi seperti berikut:

    1) Gula dalam darah atau tekanan darah terlalu rendah hingga boleh menjejaskan fungsi badan.

    2) Mereka yang berdepan masalah kesihatan seperti darah tinggi dan kencing manis sehingga memerlukan ubat-ubatan. Mereka masih boleh berpuasa jika mahu selagi dos ubatan diubah sesuai untuk waktu sahur dan berbuka. Pemantauan kerap juga perlu dilakukan bagi memastikan kesihatan tidak bertambah buruk.

    Jika seseorang ibu hamil tetap mempertahankan pendirian untuk tetap berpuasa, apa risiko-risiko lain yang akan dihadapi?

    Jawab Dr Azwaratul: “Bergantung kepada masalah dialami, sebagai contoh, tekanan darah tinggi tidak terkawal boleh mengakibatkan sawan atau bacaan gula terlalu rendah sehingga pengsan tidak sedarkan diri.”

    Dalam pada itu, Pengamal Perubatan Keluarga, Dr Siti Asmah Shafie dari Klinik Dr Asmah, Sungai Petani, Kedah berkata, golongan ibu mengandung tidak mengira usia kandungan boleh berpuasa selagi tidak memudaratkan ibu dan bayi.

    Dr Asmah

    Dr Asmah

    “Cuma apabila kondisi seperti alahan atau gastrik teruk pada awal kandungan, pendarahan, dehidrasi dan sakit, tidak perlulah meneruskan puasa.

    “Jika terdapat pendarahan misalnya tapi tetap mahu, ia boleh menjejaskan janin,” katanya.

    Kanak-kanak lebih berisiko

    Bagaimana pula dengan perubahan sistem dalam tubuh kanak-kanak ketika berpuasa?

    Kepada Sihat:Aktif, Pensyarah Kanan dalam Fisiologi, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Sains Islam Malaysia, Dr Norsham Juliana Nordin menjelaskan, perubahan tubuh kanak-kanak dan orang dewasa adalah berbeza.

    Dr Norsham Juliana

    Dr Norsham Juliana

    Katanya, kanak-kanak tidak boleh diberi takrifan mudah dengan menganggap mereka sebagai ‘miniatur’ kepada orang dewasa.

    Secara umumnya, kanak-kanak terdiri daripada bayi yang baru lahir sehingga individu yang berumur 12 tahun.

    “Secara relatif kepada saiz tubuh, kanak-kanak mempunyai jumlah kandungan air tubuh yang lebih tinggi berbanding orang dewasa. Mereka turut mempunyai kadar metabolik tubuh serta luas permukaan tubuh yang tinggi.

    “Oleh itu, mereka lebih mudah menghadapi masalah dehidrasi dan ketidakseimbangan mineral tubuh. Mereka memerlukan jumlah kadar air yang lebih banyak daripada orang dewasa bagi mengekalkan keseimbangan cecair tubuh mereka,” katanya.

    Ujar beliau, kanak-kanak yang masih dalam proses tumbesaran secara umumnya tidak mempunyai banyak tenaga alternatif. Oleh itu, sumber protein dan lemak terhad dalam tubuh kanak-kanak boleh memberikan kesan kepada tubuh.

    Bagaimanapun, kata pakar tersebut, pengambilan air yang cukup, pemakanan yang betul selepas berbuka dan semasa bersahur, berupaya membantu mengelakkan masalah kemudaratan.

    Menjawab pertanyaan, pada usia berapakah yang sesuai untuk menggalakkan kanak-kanak berpuasa, Dr Norsham berkata, tiada garis panduan jelas mengenainya.

    Bagaimanapun, menurutnya, ramai ibu bapa yang menyarankan anak mereka menunaikan ibadah mulia itu pada umur tujuh tahun sesuai dengan saranan agama.

    “Namun, saya ingin ingatkan, kanak-kanak yang ada masalah kurang berat badan iaitu mempunyai BMI yang lebih rendah daripada sepatutnya juga tidak digalakkan berpuasa tidak kira pada usia tujuh tahun atau bawah daripada itu.

    “Ini memandangkan dalam lingkungan umur berkenaan, tumbesaran mereka sangat laju. Sebarang perubahan dari segi pemakanan boleh memberikan kesan yang cepat terhadap mereka,” katanya.

    Berbeza dengan kanak-kanak semakin menjangkau akil baligh kerana pada peringkat itu, metabolisme tubuh serta perubahan fungsi tubuh akan menjadi semakin stabil dan matang.

    “Mereka boleh berpuasa walaupun mempunyai berat badan yang rendah, namun aspek pemakanan serta aktiviti semasa berpuasa perlu diambil perhatian,” katanya.

    Sembelit, dehidrasi jadi masalah utama

    ​​​​PAKAR Diet yang juga Pengurus Dietetik & Perkhidmatan Makanan, Institut Jantung Negara (IJN), Mastari Mohamad berkata, sembelit merupakan antara permasalahan kerap melanda orang ramai ketika berpuasa.

    Mastari (kanan) ketika program berkaitan pemakanan sihat kanak-kanak di IJN.

    Mastari (kanan) ketika program berkaitan pemakanan sihat kanak-kanak di IJN.

    Menurut Mastari, hal itu berpunca daripada terlalu kurang pengambilan air selain sayur dan buah-buahan yang mencukupi.

    “Sembelit bukan masalah major, cuma ia mungkin ‘kritikal’ untuk kanak-kanak, orang tua dan wanita hamil.

    “Jika kena pada budak pun boleh sebabkan mereka jadi tertekan, tidak selesa dan perut kembung,” katanya kepada Sihat:Aktif ketika ditemui pada program Simply Nutritious for Kiddos sempena Bulan Nutrisi di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur baru-baru ini.

    Dalam pada itu, menurutnya, sebenarnya tiada garis panduan untuk memaklumkan jumlah air sepatutnya perlu diambil seseorang itu pada bulan puasa.

    Percaya Ramadan ada hikmah tersendiri untuk kesihatan tubuh badan, Mastari berkata, semasa bulan Ramadan, badan manusia sudah mempunyai mekanisme sendiri untuk menyesuaikan dengan keadaan berpuasa.

    “Cuma masalahnya, mungkin pada mulanya terdapat simptom pening sikit dan tak selesa tetapi selepas dua tiga hari, badan dah boleh adjust dengan rutin puasa.

    “Orang normal, biasanya kalau sahur dengan air sahaja pun boleh survive tanpa masalah. Cuma orang tua, kanak-kanak, ibu hamil, kita kena ambil berat supaya puasa tak mengganggu tumbesaran dan masalah kesihatan sebab mereka dalam kumpulan yang orang kata ada risiko kalau tak cukup zat,” katanya.

    Mengulas jumlah air sepatutnya diperlukan tubuh kanak-kanak, jelas beliau, ia bergantung kepada tahap usia dan aktiviti si kecil itu.

    Kebiasaannya, harus dalam kuantiti separuh daripada jumlah air yang diambil oleh orang dewasa iaitu sebanyak dua ke tiga liter sehari.

    “Keperluan air minuman untuk remaja juga kadangkala perlu seperti orang dewasa.

    Namun, buat wanita hamil pun tidak perlu minum air lebih daripada biasa pada bulan puasa.

    Ini disebabkan bulan puasa, secara umum keperluan badan menurun.

    “Secara tak langsung apabila kurang makan, metabolisme kita pun akan berkurangan secara automatik.

    ​​​​​​”Jadi keperluan air semasa berpuasa tak sama dengan pada hari biasa,” katanya.

    Menurut pakar itu lagi, dari segi kesihatan badan, berpuasa mengandungi hikmah luar biasa iaitu membersihkan dan merehatkan organ tubuh manusia. -AG

    ANEKDOT

    -Galakkan anak minum air secara seimbang dari waktu berbuka puasa hingga bersahur. Begitu juga ibu hamil.

    Penting mencukupkan keperluan air dalam tubuh kanak-kanak yang berpuasa.

    Penting mencukupkan keperluan air dalam tubuh kanak-kanak yang berpuasa.

    -Jangan minum air terlalu banyak pada waktu sahur. Itu tidak membantu untuk mengekalkan kandungan air dalam badan.

    -Kepada ibu hamil, jika perut berasa terlalu penuh, boleh diselang-selikan air dengan pengambilan buah-buahan yang tinggi kandungan air seperti tembikai dan anggur.

    -Minum susu pada waktu malam untuk pastikan protein dan kalsium badan mencukupi.

    -Pasang alarm supaya dapat mengingatkan waktu minum air.

    – Berpuasa ikut kemampuan, jangan memaksa diri. Lewatkan waktu bersahur dan makan sebelum tidur.

    – Banyakkan makanan berserat seperti oat dan wholemeal supaya perut dapat bertahan lebih lama.

    – Pastikan sahur dan berbuka dengan makanan rendah glysemic indeks supaya penghadaman lebih lama dan kenaikan gula dalam badan meningkat secara perlahan.

    – Elakkan pengambilan makanan manis yang banyak terutamanya selepas berbuka puasa.

    – Amalkan meminum air masak yang banyak semasa bersahur dan berbuka.

    – Awasi pergerakan bayi dalam kandungan semasa berpuasa. Jika mengalami simptom dehidrasi atau pergerakan bayi tidak normal segera berbuka dan dapatkan nasihat doktor.

    – Jika ibu mengandung mengalami masalah kesihatan seperti kencing manis dan darah tinggi digalakkan berbincang dengan doktor terlebih dahulu untuk pelan berpuasa dan cara-cara pengambilan ubatan semasa berpuasa.

    Sumber daripada Pengurus Dietetik & Perkhidmatan Makanan, Institut Jantung Negara, Mastari Mohamad dan Pengamal Perubatan Sakit Puan Hospital Wanita dan Kanak-kanak Naluri, Kuala Lumpur, Dr Azwaratul Khadijah Azzahar



    Sumber

  • Leona Chin ceriakan penggunaan aplikasi Waze

    Leona Chin ceriakan penggunaan aplikasi Waze

    PERSONALITI sukan permotoran terkenal, Leona Chin, akan menyerikan pemanduan pengguna aplikasi Waze di Malaysia.

    Khas buat pengguna aplikasi Waze, anda kini boleh memilih suara Leona Chin, semasa memandu sambil menggunakan aplikasi Waze yang boleh dimuat turun dalam telefon pintar (smart phone).

    Menurut Leona Chin, penampilan suaranya dalam aplikasi Waze juga adalah bagi menepis persepsi bahawa atlet sukan permotoran ialah seorang yang serius dan maskulin.

    Menerusi suara navigasi, Leona lebih ceria memaklumkan keadaan trafik, memberi tip-tip keselamatan praktikal dan juga peringatan seperti menjaga kelajuan serta memastikan tali pinggang keledar sentiasa dipasang.

    “Apabila seseorang berfikir tentang sukan permotoran, saya rasa semua orang percaya bahawa ia adalah tentang kelajuan, tetapi sebenarnya, sebagai seorang atlet sukan permotoran, kami mementingkan keselamatan lebih daripada perkara lain. “Saya mahu kesemua pemandu di Malaysia untuk beringat supaya tidak mengambil ringan keselamatan jalan raya,” kata pemandu lumba profesional yang berasal dari Selangor itu.

    Pandu dengan selamat bersama Leona Chin, muat turun Waze dan cubalah sendiri. Pilihan Suara Waze Leona hanya boleh didapati di Malaysia dan boleh diakses selama tiga bulan. Untuk maklumat lanjut sila layari www.waze.com.



    Sumber

  • Tampil pesona, berseri dengan AsterSpring

    Tampil pesona, berseri dengan AsterSpring

    Tawar rawatan signatur yang membantu mengembalikan keanjalan kulit wajah menjelang Syawal

    IRONINYA menjelang lebaran, golongan wanita lazimnya lebih cenderung menitikberatkan penampilan luaran seperti busana, sepatu dan dandanan rambut.

    Perihal kesihatan wajah diabaikan. Rata-ratanya menyatakan alasan kononnya kulit kusam dan cela mudah disembunyikan di sebalik solekan tebal.

    Bagaimanapun, tanpa disedari mengoles mekap di atas lapisan kulit wajah yang tidak sihat bukan sahaja menjejaskan tekstur kulit malah hasil solekan menjadi kurang menyerlah. Tidak kiralah menggunakan jenama murah waima kosmetik yang berjenama pun.

    Mengulas senario tersebut, Pengurus Komunikasi Pemasaran AsterSpring, Melissa Ng memberitahu Femina, penjagaan kulit wajah bukan hak mutlak wanita bahkan golongan jejaka turut disaran mengamalkan rutin tersebut dari semasa ke semasa.

    “Ia berikutan kulit wajah yang sihat merupakan salah satu kunci utama yang menyumbang kepada kecantikan dan penampilan diri seseorang.

    “Kulit juga harus dijaga rapi kerana ia merupakan organ terbesar pada tubuh yang bertindak sebagai pelindung daripada pencemaran alam sekitar, bakteria dan sinaran ultraviolet dan sinar biru yang dikeluarkan peranti digital seperti komputer, komputer riba, telefon pintar, televisyen atau tablet termasuk membantu mengawal suhu badan serta membenarkan sentuhan sensitif panas dan sejuk,” katanya dalam satu wawancara khas baru-baru ini.

    AsterSpring jenama terkemuka

    Secara asasnya, ujar Melissa, AsterSpring merupakan rangkaian salun kecantikan dan kiosk profesional di Asean dan Hong Kong.

    Berdasarkan rekod, jenama terkemuka itu telah merawat lebih 10 juta wajah sejak tahun 1984! Peranan itu selari dengan filosofi jenama tersebut dalam menyediakan barisan ahli terapi penjagaan kulit profesional dan diperakui sekali gus, menawarkan rawatan dan produk berasaskan bahan-bahan berkualiti.

    Pada masa sama, menggunakan kaedah yang tidak menjejas dan menyakitkan kulit selain menyediakan solusi bagi mendapatkan hasil kulit wajah yang terbaik.

    Berbekalkan pengalaman selama 35 tahun, AsterSpring terus komited untuk mencapai kesihatan kulit wajah para pelanggan, kata Melissa.

    Ujar beliau lagi, sekiranya seseorang itu memiliki kulit wajah yang tidak sihat, ia dikhuatiri boleh membawa kepada keadaan kulit berjerawat, kekeringan, dehidrasi dan prapenuaan (kedutan, pigmentasi, kendur dan kulit sensitif).

    “Pada kebiasaannya, zon-T (bahagian dahi dan hidung) harus diberi perhatian kerana kawasan itu lebih terdedah kepada lebihan sebum (minyak) sehingga menyebabkan masalah jerawat di sekitar pipi dan hidung.

    “Bahagian ini sukar dibersihkan dengan sempurna kerana lapisan kulit tebal apatah lagi liang-liang pori yang terlalu dalam memudahkan ia mengumpul lebih banyak kotoran atau sebum,” jelasnya.

    Justeru, menyedari kepentingan kulit sihat, anjal dan berseri lebih-lebih menjelang Aidilfitri yang hanya berbaki kurang daripada dua minggu, AsterSpring sentiasa ‘membuka pintunya’ dengan menawarkan sesi rundingan dan rawatan mengikut kondisi kulit wajah seperti jerawat, dehidrasi, kering, sensitif, penuaan ataupun pigmentasi.

    Rawatan wajah AsterSpring

    Mengulas lanjut, ujar Melissa, setiap rawatan kulit wajah di AsterSpring mempunyai manfaat dan kelebihan tersendiri.

    Sebelum menyarankan pakej rawatan ideal, ahli terapi AsterSpring akan menjalankan sesi analisa kulit (face mapping) bagi mengenalpasti kondisi wajah dan gaya hidup pelanggan.

    Tambahnya, AsterSpring sentiasa menasihatkan pelanggan supaya melakukan pemeriksaan kulit setiap tiga minggu memandangkan kondisi kulit berubah mengikut persekitaran dan gaya hidup semasa.

    “Di AsterSpring, kami menawarkan rawatan wajah inovatif menggunakan teknik sentuhan tangan yang unik dan teknologi canggih sehingga melayakkan kami menerima pelbagai pengiktirafan serta anugerah berprestij.

    “Satu daripada rawatan yang sering menjadi pilihan pelanggan ialah mesin LPG Endermologie, teknik yang membantu meningkatkan asid hyaluronic endogen sebanyak 80 peratus bagi meremajakan kulit dua kali ganda secara semula jadi.

    “Hanya dengan sekali rawatan pelanggan akan mendapat hasil mengagumkan,” katanya.

    URUTAN dan rawatan wajah yang dibelai dengan jari-jemari memberikan kesan optimum.

    URUTAN dan rawatan wajah yang dibelai dengan jari-jemari memberikan kesan optimum.

    Rawatan Ultimate Lift Therapy

    Dalam pada itu, Melissa berkata, AsterSpring juga menawarkan variasi rawatan wajah yang selamat dan membantu mengatasi kulit yang kurang sihat.

    Terbaharu, AsterSpring memperkenalkan rawatan Ultimate Lift Therapy yang mana pelanggan baharu berpeluang mendapatkan potongan diskaun sebanyak 30 peratus tertakluk pada terma dan syarat.

    Sesi rawatan selama 78 minit tersebut membantu menganjal, menegang, mencerahkan dan menambah hidrasi pada kulit. Pada masa sama membentuk wajah V-Shape dengan membuang lemak berlebihan pada bahagian dagu dan pipi.

    Jelas Melissa, menariknya mengenai Ultimate Lift Therapy, hanya menerusi satu sesi rawatan pelanggan akan memiliki kulit wajah menawan, bebas garis-garis halus, kedutan dan kusam termasuk bentuk muka menjadi tirus.

    “Bukan itu sahaja, sesi rawatan itu juga membantu memberi kelembapan dan melindungi wajah kita daripada sinaran matahari,” tambahnya.

    Sementara itu, berkongsi tips supaya kulit wajah kekal sihat, cantik dan mulus, Melissa menyarankan wanita dan jejaka mengamalkan rejim penjagaan wajah di rumah secara sistematik di rumah menggunakan rangkaian produk Dermalogica.

    Produk penjagaan kulit profesional nombor satu yang digunakan secara meluas di peringkat global itu bertindak mengekalkan kelembapan, keserian dan kebersihan kulit wajah pelanggan.

    Kepada pembaca Sinar Harian yang berminat untuk menebus FREE 1 x LPG ENDERMOLOGIE BY ZONE TREATMENT bernilai RM225, sila klik pautan di bawah:

    Borang Rawatan Percuma AsterSpring

    Mesin LPG Endermologie membantu meningkatkan asid hyaluronic endogen bagi meremajakan kulit wajah.

    Mesin LPG Endermologie membantu meningkatkan asid hyaluronic endogen bagi meremajakan kulit wajah.

    AsterSpring

    Lokasi: Memiliki 35 cawangan di seluruh negara

    Web: www.asterspring.com

    Facebook: asterspring

    Instagram: @asterspring

    Tel: 03-7809 6777

    E-mel: [email protected]



    Sumber

  • Cara ideal memastikan bibir anda daripada mengelupas

    Cara ideal memastikan bibir anda daripada mengelupas

    BIBIR kering dan mengelupas sebenarnya turut boleh berlaku kepada lelaki.

    Ya, mungkin tarikan utama lelaki bukan pada bibir, namun masalah ini mencerminkan ruang rapi seorang lelaki itu.

    Punca utama kepada masalah ini bergantung kepada cara hidup individu. Mungkin disebabkan oleh pemakanan, cuaca dan kekurangan zat.

    Selain kesan sampingan bahan klinikal juga boleh menjadi penyebabnya.

    Antara punca lain membuatkan bibir mudah menjadi kering;

    1. Merokok

    Kekerapan merokok turut boleh menyebabkan bibir menjadi kering.

    2. Kecederaan saraf

    Kecederaan pada saraf yang menghubungkan otak dengan kelenjar air liur akibat daripada pembedahan, trauma dan kemungkinan lain. Tanpa air liur menyebabkan mulut menjadi kering, bibir merekah, berdarah dan pembiakan bakteria.

    3. Kesan sampingan ubat

    Ubat seperti antihistaminic drug dan decongestant dalam merawat alergi dan selsema, jantung dan asthma juga menjadi faktor kekeringan bibir.

    4. Dehidrasi

    Kekurangan air, zat buah-buahan dan sayur dalam badan punca utama akan epidemik ini. Selain itu, masalah kesihatan yang berkait cirit-birit dan muntah, akan membuatkan kekurangan air dalam badan serta bibir menjadi kering.

    5. Alergi

    Alahan bahan makanan laut dan bahan kimia dalam bahan kosmetik terutama gincu bagi wanita. Pelembap bibir bagi lelaki.

    6. Cuaca panas

    Keadaan suhu yang tidak menentu ini mampu memberi renjatan tidak sekata pada nilai pH bibir.

    Tip penjagaan bibir

    Jangan guna pelindung bibir berperisa.

    Ia mengandungi bahan kimia yang boleh menghilangkan kelembapan bagi jangka masa yang lama. Guna bahan semula jadi tidak mengandungi apa-apa bahan pewarna atau perasa

    Guna sun-block bibir

    Jika anda seharian berada di luar dalam suhu yang panas, disarankan guna pelindung bibir bertindak sebagai sun block. Kandungan titanium dioxide dan zink, boleh bertindak balas melawan kerengsaan pada bibir.

    Guna lip balm

    Mengandungi ejen pelembap dengan rumusan jojoba dan mentega shea. Kandungan vitamin E dalam bahan tersebut membantu mengekalkan kelembapan pada kulit bibir.

    Banyak makan buah-buahan

    Sayuran dan buah-buahan amat diperlukan kulit agar sentiasa diganti dengan zat-zat yang baik.

    Banyak minum air putih

    Disarankan ambil air putih 8 hingga 10 gelas sehari.

    Buang kulit mati pada bibir

    Semasa menggosok gigi jangan lupa memberus lembut bibir anda. Ia untuk membuang kulit mati pada bibir.



    Sumber

  • Huawei Y6p ada skrin besar, bateri besar dan gaya besar!

    Huawei Y6p ada skrin besar, bateri besar dan gaya besar!

    Dilengkapi skrin, bateri dan gaya besar, hayat bateri; Huawei Y6p yang dijual pada harga RM559 melebihi telefon pintar utama?

    Bagaimanakah bateri 5000mAh meningkatkan pengalaman? Berdasarkan ujian, HUAWEI Y Series (HUAWEI Y9s) dengan kuasa bateri 4000mAh, anda mampu melayari internet selama sekurang-kurangnya 10 jam, bermain permainan video selama kira-kira sembilan jam atau memainkan muzik lebih dari sehari.

    Dengan bateri yang berkuasa, anda tidak perlu khuatir untuk mencari pengecas semasa mengambil video secara berterusan bagi merakamkan kenangan penting semasa musim perayaan untuk dikongsi bersama rakan dan keluarga.

    Telefon tahap baharu ini menonjol berbanding yang lain kerana direka untuk sesuai dengan mana-mana OOTD.

    Dengan reka bentuk bahagian belakang yang unik, Huawei Y6p didatangkan dalam tiga warna berbeza iaitu Emerald Green, Phantom Purple dan Midnight Black. Reka bentuk dan warna itu menambahkan lagi daya tarikan Huawei Y6p.

    Paparan Dewdrop 6.3 inci dengan nisbah skrin-ke-badan 88.4 peratus memberikan pengalaman visual yang luas dan mendalam, justeru anda boleh menonton filem apa pun atau memainkan grafik permainan menarik dengan kurang gangguan.

    Video TikTok akan lebih baik

    Untuk memastikan kenangan penting sentiasa dikenali dengan mudah, Huawei Y6p dilengkapi kamera belakang 13MP, termasuk kamera sudut lebar untuk merakamkan seisi keluarga semasa sesi bergambar keluarga.

    Kamera depan menempatkan kamera 8MP untuk memastikan panggilan video yang dibuat dapat dilihat dengan jelas oleh pihak yang dihubungi.

    Selain itu, video TikTok juga akan lebih baik dan mudah dihasilkan apabila setiap pergerakan dan aksi dapat ditangkap dengan jelas.

    Memahami bahawa pengguna gemar menyimpan seberapa banyak foto dan video momen dalam hidup mereka, Huawei Y6p dibina dengan ruang penyimpanan 64GB serta digabungkan dengan penyimpanan awan (cloud storage) secara percuma 15GB selama 12 bulan.

    AppGallery selamat, lebih ruang simpan dan banyak ganjaran

    Huawei dengan pantas melengkapkan AppGallery dengan lebih banyak aplikasi seperti Maybank2U, RHB Bank, PB Engage, Touch n go e-wallet, shopee, lazada, Facebook, WhatsApp, Astro Go, Here WeGo dan banyak lagi!

    Dengan mekanisme pengesanan empat lapisan untuk memastikan bahawa aplikasi diperiksa secara menyeluruh untuk mencegah perisian hasad, pengguna boleh yakin dengan tahap keselamatan dan keselamatan aplikasi yang dimuat turun dari AppGallery.

    AppGallery Huawei sememangnya memberikan faedah berterusan kepada penggunanya.

    Pelbagai ganjaran dan faedah yang dapat anda tebus dari AppGallery, malah aplikasi yang dibuat dari seluruh dunia dapat diakses berbanding Google di mana aplikasi tertentu dikunci mengikut kawasan.

    AppGallery juga selamat, menyediakan lebih ruang penyimpanan dan menawarkan banyak ganjaran kepada anda.

    Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Huawei AppGallery sila layari di sini

    Lebih banyak aplikasi di FindApps

    Walaupun Huawei berterusan mengisi AppGallery lebih cepat dengan lebih banyak aplikasi, adakalanya pengguna menginginkan aplikasi tertentu yang belum tersedia di platform.

    Tidak perlu bimbang kerana pengguna boleh memuat turun aplikasi, FindApps di AppGallery yang berfungsi sebagai hab untuk membantu pengguna mencari aplikasi yang diperlukan dan mengarahkan mereka ke sumber yang ada untuk memuat turun aplikasi seperti Grab, Facebook, Telegram, Facebook Lite dan lain-lain.

    Jangan tunggu lagi, dapatkan Huawei Y6p anda sekarang bersama Huawei Matepad T, Huawei Band 4 Pro dengan hanya RM3.69 sehari. Layari di sini

    Kini anda boleh menikmati Y6p bersama Matepad T bagi menonton filem atau Band 4 Pro untuk membantu melatih anda dengan lebih baik. (Berikan senario)

    Nikmati penyimpanan awan (cloud storge) 15GB secara percuma selama 12 bulan, langganan percuma selama sebulan untuk penebusan Video HUAWEI dan VIU (penebusan bermula 25 Mei dan siapa cepat dia dapat).

    Pada masa yang sama, anda juga boleh mendapatkan telefon Y5p pada harga RM359.

    Bersempena dengan Ramadan, Huawei memberikan tawaran istimewa untuk produk baharunya pada 16 Mei lalu. Semua produk baharu Huawei akan menjadi sebahagian daripada kempen promosi besar, bermula dari telefon pintar Huawei, tablet hingga komputer riba dan pembesar suara.

    Sesiapa yang membeli produk Huawei layak mendapat hadiah percuma. Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran promosi ini, sila layari di sini atau dapatkan Huawei y6p anda hari ini pada hanya RM559 di sini



    Sumber

  • Dilema pesakit talasemia

    Dilema pesakit talasemia

    ANDA MUSYKIL, DOKTOR JAWAB

    DOKTOR, saya mempunyai penyakit talasemia. Terdapat beberapa persoalan bermain di minda saya selama ini. Bolehkah saya mendermakan darah saya? Jika boleh berbuat demikian, apa perlu saya lakukan. Jika tidak boleh, mengapa? Seperkara, adakah saya tetap boleh membantu Pusat Darah Negara walaupun tidak layak menderma darah?

    -Jejaka Prihatin, Mohd Adnan Kamarudin, 35, Kajang, Selangor

    JAWAPAN:

    MENJAWAB soalan berkenaan, ingin saya terangkan bahawa pesakit talasemia tidak digalakkan untuk menderma darah, terutamanya merujuk kepada kes talasemia major.

    Pihak tuan boleh berbincang dengan doktor yang merawat untuk keterangan lebih lanjut mengenai status kesihatan tuan.

    Sekiranya tuan menghidap talasemia trait, barulah tuan dibenarkan untuk menderma darah. Bagaimanapun, tuan haruslah mematuhi kriteria seperti berikut:

    1) Harus sihat tubuh badan.

    2) Tidak memerlukan transfusi darah setiap bulan untuk menjalani kehidupan seharian.

    3) Haruslah memenuhi kriteria minimum hemoglobin iaitu 12.5 – 18.0 g/dL untuk penderma perempuan dan 13.5–18.0 g/dL untuk lelaki.

    Semua penderma darah akan ditentukan kelayakan menderma sebelum berbuat demikian. Pegawai perubatan kami juga akan menilai sama ada keadaan seseorang itu sesuai atau sebaliknya.

    Pusat derma darah

    Kepada yang tidak layak menderma darah, tuan tetap boleh membantu Pusat Darah Negara dengan pelbagai cara.

    Pertama, dengan menjadi penganjur kempen derma darah bergerak.

    Tuan juga boleh membantu kami dengan mencari lokasi sesuai yang bakal dikunjungi oleh penderma darah dan seterusnya mengadakan kempen derma darah.

    Kedua, tuan juga boleh menolong meningkatkan kesedaran menderma darah dalam kalangan masyarakat Malaysia melalui perkongsian pengalaman sepanjang menerima transfusi darah.

    Seterusnya, mempromosikan kepentingan menderma darah bagi membantu para pesakit yang memerlukan.

    Akhir sekali, boleh menyertai program sukarelawan iaitu Adiwira Pusat Darah Negara.

    Sila layari laman Facebook Pusat Darah Negara dan tabung darah negeri-negeri lain serta membantu kami share atau like Facebook entri kami untuk membantu menyebarkan maklumat.

    Maklumat penderma darah dirahsiakan

    SOALAN 2

    DOKTOR, saya pernah mendengar cadangan daripada Persatuan Penderma Darah (Pendarah) supaya masyarakat mengambil pesakit talasemia sebagai anak angkat dan menderma darah kepada mereka setiap tiga bulan. Cadangan itu diwujudkan bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan darah dalam kalangan pesakit talasemia dapat diatasi. Adakah pendekatan itu sudah dilaksanakan?

    – Pesakit Talasemia, Nuraisyah Yusuf, 40, Kuala Lumpur

    JAWAPAN:

    TERIMA kasih puan dengan cadangan yang menarik itu. Bagaimanapun, ia agak sukar untuk dilestarikan atas faktor-faktor tertentu.

    Pertama, Pusat Darah Negara mematuhi akta kerahsiaan penderma darah.

    Kami harus menghormati hak dan privasi penderma darah. Buat pengetahuan puan, segala maklumat tentang penderma darah adalah bersifat rahsia dan tidak boleh disebarkan kepada pihak lain.

    Kedua, Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah menyarankan bahawa setiap pendermaan darah haruslah bersifat voluntary non-renumerated iaitu pendermaan adalah bersifat sukarela tanpa mengharapkan sebarang insentif.

    Penderma tidak boleh berasa disuruh atau dipaksa oleh pihak lain untuk menderma darah.

    Seterusnya, seperti yang diketahui, para penderma darah hanya boleh menderma darah setiap tiga bulan.

    Hal itu tidak dapat menampung keperluan pesakit kerana pesakit talasemia memerlukan bekalan darah pada setiap bulan.

    Mereka tetap memerlukan bekalan darah daripada pelbagai sumber penderma darah yang lain.

    Buat pengetahuan semua, setiap orang mempunyai fenotip darah yang berbeza.

    Fenotip ialah antigen yang dapat dikesan pada sel darah merah. Setiap pesakit mempunyai keunikan fenotipnya yang tersendiri.

    Sekiranya pesakit sering menerima transfusi darah, terdapat kebarangkalian wujudnya antibodi akibat penerimaan transfusi darah daripada penderma darah yang fenotipnya berbeza.

    Perkara itu akan menyukarkan pencarian darah yang sesuai dengan fenotip dan antibodi tersebut.

    Dr Haliza Syamimi

    Dr Haliza Syamimi

    Profil Dr Haliza Syamimi Abdull Hallim:

    Kini bertugas sebagai Pegawai Perubatan di Pusat Darah Negara sebagai Ketua Unit Pemasaran.

    ANEKDOT

    Talasemia:

    – Talasemia ialah penyakit genetik sel darah merah. Pesakit talasemia tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang berkualiti dalam kuantiti yang mencukupi. Ini adalah kerana genetik yang mengawal penghasilan hemoglobin telah terjejas. Hemoglobin merupakan satu protein di dalam sel darah merah yang berfungsi untuk membawa oksigen ke seluruh tisu-tisu di dalam badan kita.

    – Talasemia ialah penyakit genetik atau keturunan yang mana anak mendapat genetik talasemia daripada ibu bapa. Ia bukan penyakit berjangkit.

    – Seorang daripada 20 penduduk Malaysia merupakan pembawa gen talasemia. Di Malaysia, terdapat 600,000 hingga 1 juta pembawa talasemia.

    – Berdasarkan statistik (setakat Disember 2018), kira-kira 5,000 daripada 8,042 penghidap talasemia di negara ini berada di tahap kritikal yang memerlukan rawatan berkala melalui pemindahan darah.

    Terdapat dua jenis talasemia yang utama iaitu:

    Pembawa gen talasemia (talasemia minor)

    Pesakit talasemia (talasemia major) Pembawa gen talasemia tidak menunjukkan apa-apa tanda atau masalah kesihatan.

    – Pengesanan hanya boleh dibuat melalui ujian darah talasemia. Seorang pembawa boleh menurunkan gen talasemia kepada anak-anaknya.

    Sumber: www.myhealth.gov.my

    *Artikel sempena Hari Talasemia Sedunia



    Sumber