Blog

  • BMW Malaysia perkenal varian baharu 5 Series

    BMW Malaysia perkenal varian baharu 5 Series

    BMW Malaysia, pengeluar kenderaan premium mengembangkan portfolio segmen sedannya dengan memperkenalkan dua lagi penawaran terbaharu bagi model 5 Series G30 untuk pasaran tempatan melalui BMW 530e M Sport dan BMW 520i Luxury terbaharu.

    Pelancaran kedua-dua model ini secara langsung memperluaskan portfolio BMW sebagai jenama kenderaan premium paling berjaya di Malaysia.

    Gril ‘kidney’ bersalut krom menghiasi bampar hadapan.

    Gril ‘kidney’ bersalut krom menghiasi bampar hadapan.

    Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Harald Hoelzl berkata, BMW 5 Series memiliki kisah kejayaan yang dilakar sejak berdekat yang lalu.

    “Ia merupakan sedan bisnes yang paling cemerlang di dunia tampil serba lincah, elegan dan berorientasikan masa hadapan. “Varian baharu bagi BMW 5 Series ini sekali lagi akan menetapkan tanda aras baharu dari segi estetika keatletikan dan inovasi teknologi serta terus memacu kejayaan kami ke hadapan untuk tahun yang akan datang,” katanya.

    Setakat ini lebih daripada 600,000 unit telah pun diserahkan kepada pemilik baharu bagi suku pertama 2019 di peringkat global. Kejayaan itu turut dicatat di Malaysia apabila lebih daripada 3,100 unit BMW, MINI dan BMW Motorrad diserahkan.

    BMW 530e M Sport dilengkapi dengan enjin 2.0L BMW Twin Turbo yang dibantu oleh motor elektrik.

    BMW 530e M Sport dilengkapi dengan enjin 2.0L BMW Twin Turbo yang dibantu oleh motor elektrik.

    BMW 530e M Sport

    Bagi BMW 530e M Sport, ia merupakan sedan plug-in hybrid dengan teknologi eDrive serta hadir bersama kelengkapan dan penawaran yang tersendiri dalam kelasnya.

    Jentera ini dilengkapi dengan enjin 2.0L BMW Twin Turbo yang dibantu oleh motor elektrik. Output keseluruhan sistem ialah sebanyak 252 hp dan 420 Nm tork. Ini membolehkan jentera ini memecut 0-100 km/j dicapai dalam masa 6.2 saat, serta kelajuan maksimum pada 235 km/j.

    BMW 530e M Sport.

    BMW 530e M Sport.

    Dari segi kadar penggunaan bahan api BMW 530e M Sport mampu mencapai sekitar 2.3l bagi setiap 100 km dengan kadar pembebasan sisa pembakaran serendah 53 g/km.

    Antara ciri-ciri keselamatannya, jentera ini dilengkapi dengan Dynamic Stability Control (DSC), Dynamic Traction Control (DTC), Cornering Brake Control (CBC), Dynamic Brake Control (DBC) dan Antilock Braking System (ABS) dengan Brake Assist (BA). Selain itu, bantuan untuk pemandu juga disediakan, diwakili oleh ciri-ciri seperti Lane Departure and Change Warning, Forward Collision Warning, Parking Assistant serta Cruise Control.

    




BMW 530e M Sport.

    BMW 530e M Sport.

    Bahagian dalamannya pula dilengkapi antaranya dengan sistem BMW Connected Drive yang boleh dikendalikan melalui skrin paparan digital 12.3-inci pada kluster instrumen pemandu. Sedan bisnes ini juga disertakan dengan Navigation System Professional iaitu sistem tunjuk aras profesional yang terletak pada skrin bersaiz 10.25-inci di bahagian tengah.

    




Gear konsol BMW 530e M Sport.

    Gear konsol BMW 530e M Sport.

    BMW 530e M Sport baharu ini juga menampilkan stereng berkulit ‘M’ yang eksklusif, kemasan ambang pintu beriluminasi ‘M’ dan pedal spesifik ‘M’ dengan tempat duduk sport yang bergaya bagi pemandu serta penumpang menyuntik elemen keterujaan yang sinonim kepada varian sport jentera ini.

    Untuk kemudahan tambahan, BMW 530e M Sport terbaharu menawarkan Akses Keselesaan (Comfort Access) yang membolehkan operasi tanpa sentuhan dibuat untuk mengakses pintu masuk dan ruang but. BMW 530e M Sport dijual pada harga RM338,800 dengan pilihan tawaran warna Black Sapphire, Sophisto Grey, Blue Stone dan Alpine White.

    BMW 5-Series 520i Luxury

    Sementara itu, BMW 520i Luxury yang baharu menampilkan ekspresi mewah dan progresif yang menawarkan keselesaan dan teknologi tercanggih. Dirumus untuk melangkaui batasan sebagai ikon kemewahan, BMW 520i Luxury terbaharu melambangkan dimensi baharu dalam pemanduan serba mewah yang dilengkapi dengan stereng sport, tempat duduk kulit berciri sport, papan pemuka sensatec, kemasan ambang pintu aluminium beriluminasi dan bantuan pencahayaan suram enam warna pilihan.

    BMW 520i Luxury menampilkan rekaan 'kidney grille' yang sinonim dengan BMW.

    BMW 520i Luxury menampilkan rekaan ‘kidney grille’ yang sinonim dengan BMW.

    BMW 520i Luxury ini juga turut dilengkapi dengan sistem BMW ConnectedDrive, Navigation System Professional 10.25 inci dan instrumen bersaiz 12.3 inci. Reka bentuknya yang rapi diserlahkan lagi melalui gril ‘kidney’ bersalut krom serta unsur krom terpilih yang menghiasi bampar hadapan.

    Di bahagian belakang pula BMW 520i Luxury baharu tampil dengan Lampu LED Adaptif, Lampu kabus LED dan kemasan tip ekzos krom. Sedan bisnes terunggul ini turut mengenakan roda 18 inci V-spoke beraloi ringan yang baharu melalui penggayaan 684 dengan tayar ‘run-flat’, lengkap dengan indikator tayar pancit.

    Ruang kokpik serba hitam.

    Ruang kokpik serba hitam.

    BMW 520i Luxury menggunakan enjin 2.0L TwinTurbo empat-silinder sebaris dan mampu menghasilkan sebanyak 184 hp serta 290 Nm tork. Jentera ini mampu memecut dari 0-100 km/j dalam masa 7.8 saat dengan kelajuan maksimum pada 235 km/j. Kadar penggunaan bahan apinya pula ialah 6.2 l/100 km dengan pembebasan sisa pembakaran Co2 sebanyak 141 g/km.

    Bagi ciri keselamatan dan kelengkapan lainnya, ia menawarkan senarai yang sama seperti pada BMW 530e M Sport. BMW 520i Luxury dijual pada harga RM328,800 dengan pilihan tawaran warna Black Sapphire, Glacier Silver, Imperial Blue, Alpine White.

    Kedua-dua sedan ini juga ditawarkan dengan pakej pemilikan premium BMW Malaysia, yang merangkumi antaranya jaminan lima tahun tanpa had perbatuan serta program servis berjadual percuma, program jaminan tayar selama dua tahun, bantuan tepi jalan BMW serta aplikasi pintar BMW Group Loyalty+ dan BMW White Card.

    2

    2


    Sumber

  • Cara putihkan kuku tanpa mengeluarkan modal yang besar

    Cara putihkan kuku tanpa mengeluarkan modal yang besar

    CARA mudah untuk memiliki kuku sihat dan putih tanpa perlu mengeluarkan modal yang besar, ia boleh dilakukan di rumah sendiri. Jimat bukan?

    1) Limau Nipis

    Caranya, belah dua limau nipis, kemudian gosok pada kuku anda dan biarkan selama beberapa minit. Selepas itu, bilas dengan air.

    2) Bawang Putih

    Kupas bawang putih dan bersihkannya. Tumbuk bawang putih hingga lumat dan gosok pada kuku. Bila sudah selesai, bilas sekali lagi hingga bersih. Kuku anda akan nampak lebih sihat dan serta berkilat. Bawang putih juga berfungsi mengatasi masalah kuku mudah rapuh.

    3) Lemon

    Lemon mengandungi vitamin C yang tinggi, ia mampu membuatkan kuku anda lebih sihat, cantik dan berkilat. Sapukan hirisan lemon pada kuku dan biarkan selama beberapa minit. Kemudian bilas. Lemon juga dapat membantu mengatasi masalah kuku kuning.

    4) Kulit tembikai

    Gosok kulit tembikai pada kuku anda. Biarkan ia kering dan cuci dengan air sehingga bersih.

    Selamat mencuba!



    Sumber

  • Cara mudah ‘menghasut’ isteri rajin memasak

    Cara mudah ‘menghasut’ isteri rajin memasak

    SANG suami pastinya begitu teringin menikmati masakan air tangan isteri. Lebih-lebih lagi kalau isteri sudah lama tidak ke dapur.

    Namun, kadangkala ada wanita ada sahaja alasan yang diberikan untuk mengelak daripada memasak. Suami makan hati dan memujuk diri. Mungkin ketika itu, isteri mengalami tekanan perasaan di tempat kerja.

    Berhadapan dengan situasi sebegitu, suami harus membuat sesuatu. Cari pendekatan agak isteri rajin memasak.

    Laksanakan tip ini agak isteri rajin memasak:

    1. Mula dengan menu mudah

    Sebagai permulaan, pujuk isteri untuk memasak hidangan yang mudah disediakan. Contohnya, sardin, telur dadar dan sebagainya. Tunjuk betapa anda menghargai apa yang disediakan. Jika makanan yang tidak dimasak tidak sedap, lebih baik diam. Bimbang isteri merajuk kembali untuk memasak.

    2. Tonton rancangan memasak

    Ambil masa menonton rancangan masakan bersama isteri. Ia bagi membangkitkan semangat isteri untuk memasak sendiri menu yang dilihat. Anda harus ringan tulang membantu isteri di dapur dengan menyediakan bahan-bahan yang diperlukan. Melihat kesungguhan anda isteri pasti akan berasa serba salah jika tidak memasak.

    3. Sediakan menu

    Isteri yang bekerjaya tidak mempunyai masa untuk memasak. Jadi bagi memastikan isteri memasak, suami perlu membantu isteri di dapur. Fikirkan menu yang hendak dimasak. Tidak dinafikan isteri adakalanya buntu mahu menyediakan hidangan untuk keluarga. Ketika isteri sedang memasak hidupkan suasana ceria dan bergurau senda di dapur. Dengan ini isteri tidak merasa bosan memasak.

    4. Beri komen positif

    Beri kata-kata pujian dan komen positif supaya isteri dapat memperbaiki lagi kemahiran memasak. Beri sokongan kepada isteri yang menunjukkan minat untuk belajar memasak. Meskipun, dia hanya menggoreng telur kicap, pastikan anda tetap beri pujian dan berterima kasih kepadanya.

    5. Belikan buku resepi

    Hadiahkan buku resepi pada isteri. Terdapat banyak judul yang boleh membantu isteri anda mempelbagaikan lagi kemahiran memasaknya. Bagi isteri yang masih dalam proses belajar memasak, apa kata anda cuba amalkan cara ini. Kumpul seberapa banyak resepi dan cara-cara memasak. Pilih cara memasak paling mudah dan ringkas. Menu itu dipilih mengikut selera kegemaran anda dan isteri. Lebih mudah jika jadikan ia sebagai buku resepi keluarga anda.



    Sumber

  • Jangan abaikan doa sebaik sahaja bangun daripada tidur

    Rasanya jarang benar kita berdoa sebaik sahaja bangun daripada tidur apatah lagi, jika sudah terlambat dan tergesa-gesa mahu ke tempat kerja.

    Malah, ada yang celik-celik mata sahaja, telefon bimbit menjadi

    Sumber

  • Kaki bengkak tanda buah pinggang, ginjal bermasalah?

    Kaki bengkak tanda buah pinggang, ginjal bermasalah?

    BENGKAK kaki boleh terjadi di mana-mana bahagian kaki, termasuklah tapak kaki, buku lali, betis dan peha.

    Punca bengkak kaki kronik ini adalah rumit dan berbagai-bagai faktor yang boleh menyebabkan terjadinya pembengkakkan kaki.

    Pesakit yang mengalami bengkak kaki kronik boleh menyebabkan tekanan psikologi dan mungkin mempunyai masalah untuk bergerak.

    Strategi rawatannya ialah untuk mengawal kebengkakkan dan mengurangkan masalah yang berkaitan untuk meningkatkan kualiti hidup.

    Punca utama bengkak kaki dalam kalangan warga emas yang berumur 60 tahun ke atas ialah pembuluh darah yang kurang berfungsi (venous insufficiency). Keadaan ini melibatkan 30 peratus daripada jumlah populasi.

    Jenis pembengkakkan kaki bergantung kepada tempoh masa pembentukan edema itu:

    Edema akut à kurang 72 jam (tiga hari)

    Edema kronik à lebih dari 72 jam

    Pembengkakkan kaki / edema dihasilkan oleh:

    Pengumpulan cecair (penyimpanan cecair atau cecair yang terperangkap dalam tisu)

    Inflamasi atau kecederaan tisu atau sendi

    Pembengkakkan kaki /edema dihasilkan oleh pengumpulan cecair dalam tisu kaki dikenali sebagai peripheral oedema. Punca-punca penyebabnya seperti berikut:

    Kegagalan ginjal/ buah pinggang secara akut / kronik

    Penyakit tisu jantung (cardiomyopathy)

    Pembuluh darah kurang berfungsi yang kronik (chronic venous insufficiency)

    Kegagalan jantung

    Sistem limfa yang tersumbat (lymphedema)

    Penyakit buah pinggang (Nephrotic syndrome)

    Ubat tahan sakit (non-steroidal anti-inflammatory drugs/ NSAIDs), contohnya: ibuprofen

    Ubat-ubatan untuk rawatan kemurungan, diabetes dan darah tinggi

    Duduk atau berdiri terlalu lama

    Darah beku biasanya di bahagian kaki (thrombophlebitis)

    Punca pembengkakkan kaki disebabkan oleh inflamasi:

    Pembengkakkan kaki mungkin disebabkan tindakbalas sistem pertahanan badan terhadap inflamasi tisu di kaki.

    Bengkak kaki berkaitan dengan inflamasi biasanya mempunyai kesakitan.

    Sumber: http://www.myhealth.gov.my



    Sumber

  • Perodua giat kempen kerusi keselamatan kanak-kanak

    Perodua giat kempen kerusi keselamatan kanak-kanak

    KESEDARAN ibu bapa terhadap kepatuhan menyediakan kerusi keselamatan untuk anak di dalam kenderaan masih rendah sehingga meningkatkan risiko kemalangan maut.

    Sehubungan itu, Perodua berazam untuk bergiat agresif dalam kempen penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak di dalam kenderaan sebelum penguatkuasaannya bermula pada tahun 2020.

    Naib Presiden Perodua Auto Corporation Sdn Bhd, Datuk Ahmad Suhaimi Hashim berkata, kesedaran dan pematuhan yang masih kurang terhadap penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak dalam kalangan pengguna jalan raya Malaysia amat membimbangkan.

    “Sedangkan kanak-kanaklah yang paling terdedah kepada bahaya ketika berada di dalam kenderaan yang bergerak,” katanya dalam satu kenyataan media baru-baru ini.

    Sebelum ini iaitu pada Oktober 2017, Perodua telah melancarkan kempen keselamatan jangka panjang mengenai kepentingan menggunakan tanda isyarat dan memakai tali pinggang keledar. Selain tidak menggunakan peranti mudah alih semasa memandu dan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak.

    Turut dilancarkan pada ketika itu ialah kerusi keselamatan kanak-kanak ISOFIX GearUp dalam dua model iaitu bayi (berat sehingga 13 kilogram (kg) yang berwarna merah dan kelabu) dan kanak-kanak (dengan berat di antara sembilan hingga 36kg berwarna merah atau hitam).

    Ahmad Suhaimi

    Ahmad Suhaimi

    “Sepanjang Ramadan ini, Perodua akan menjalankan kempen untuk mendidik, memberi kesedaran serta mempromosikan kepentingan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak, terutama semasa perjalanan balik kampung untuk berhari raya,” kata Ahmad Suhaimi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Perodua.

    Justeru, bermula 13 Mei hingga 30 Jun depan, Perodua akan menawarkan kerusi keselamatan kanak-kanak ISOFIX GearUp pada harga promosi RM660 (bayi) dan RM780 (kanak-kanak).

    Penasihat Jualan dan Aervis di cawangan Perodua akan menjelaskan penggunaan dan manfaat kerusi keselamatan kanak-kanak ISOFIX GearUp serta cara pemasangan yang betul kepada pembeli.

    Perodua juga mengalu-alukan orang ramai untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kempen selepas jualan terkininya. Ia menawarkan diskaun caj buruh sebanyak 50 peratus apabila pengguna berbelanja RM170 dan ke atas, sebelum cukai dan diskaun dalam satu resit.



    Sumber

  • Buffet Ramadan Melayu tradisional di Hotel Grand Millennium Kuala Lumpur

    Buffet Ramadan Melayu tradisional di Hotel Grand Millennium Kuala Lumpur

    RINDU masakan air tangan ibu memasak juadah masakan kampung. Anda boleh mencuba hidangan buffet bulan Ramadan yang disediakan oleh Hotel Grand Millennium Kuala Lumpur.

    Pelbagai menu pemanis mulut disediakan

    Pelbagai menu pemanis mulut disediakan

    Hotel ini menawarkan pesta masakan Melayu tradisional yang bertemakan ‘Nostalgia Desa’ atau Village Classics.

    Chef Razali Idris dan pasukannya telah menyediakan lebih daripada 230 menu tradisional. Antaranya pelbagai hidangan ikan sambal, kambing bakar, nasi briyani, soto ayam, sotong masak hitam, ayam panggang sri gadeb, gulai daging salai, ayam masak madu, masala ayam mentega dan banyak lagi.

    Kambing golek menu tarikan istimewa

    Kambing golek menu tarikan istimewa

    Tidak mengecewakan juga hidangan pencuci mulut yang lazat seperti pelbagai jenis kuih muih, puding, aneka bubur seperti pengat pisang, bubur pulut hitam, bubur serawa durian dan tapai pulut.

    Selain itu, bagi peminat buah durian anda boleh menikmati raja buah sepuas-puasnya dengan hanya tambahan bayaran sebanyak RM20.

    Buah durian boleh makan sampai kenyang

    Buah durian boleh makan sampai kenyang

    Nikmati hidangan lazat yang disediakan dengan dendangan muzik lagu-lagu tempatan menghiburkan anda.

    Hidangan yang menyelerakan

    Hidangan yang menyelerakan

    ANEKDOT

    Hotel Grand Millennium Kuala Lumpur, Bukit Bintang Kuala Lumpur

    Lokasi: Kuala Lumpur.

    Menu: Masakan Melayu tradisional

    Harga: RM158 bersih.



    Sumber

  • Ajinomoto bantu kurangkan krisis makanan

    Ajinomoto bantu kurangkan krisis makanan

    Sebagai persediaan memelihara, melindungi sumber-sumber planet demi generasi akan datang

    FENOMENA penduduk dunia dilihat bertambah dengan cepat, namun ia dikatakan tidak selari dengan kadar kecukupan makanan.

    Angka terbaharu yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 2017 menyaksikan penduduk dunia mencecah kira-kira 7.6 bilion dan dijangka akan mencapai 9.8 bilion menjelang tahun 2050.

    Untuk menyediakan keperluan bagi penduduk seramai itu, pengeluaran makanan perlu meningkat sebanyak 60 peratus berbanding tahun 2005-2007.

    Namun, sungguh malang kerana hakikatnya, jumlah tanah pertanian tersedia di seluruh dunia telah mencapai tahap mendatar dan dijangka berkurangan pada masa depan. Sebab utamanya ialah penurunan kualiti tanah, tanah pertanian terbiar dan perubahan iklim.

    Akibatnya, pelbagai organisasi antarabangsa seperti PBB telah mengalihkan perhatian mereka kepada krisis makanan sebagai isu penting yang dihadapi oleh planet kita.

    Sebagai sebuah syarikat makanan dan Sains Amino bersifat global, Ajinomoto Co berasa bertanggungjawab untuk menjadi sebahagian daripada penyelesaian masalah krisis makanan.

    Menurut kenyataan media syarikat itu, antara yang diusahakan adalah melalui penggunaan sepenuhnya dan juga memanfaatkan semula sumber semula jadi secara berhemat.

    “Kami berusaha untuk mengelakkan pembaziran sebaik mungkin dengan mempertimbangkan setiap produk bersama yang dihasilkan di kilang-kilang kami sebagai bahan sumber berpotensi untuk produk lain.

    “Sebagai contoh, produk utama kami iaitu perencah umami dibuat menggunakan asid amino yang ditapai daripada molases tebu, jagung dan kanji ubi kayu yang mana produk bersama daripada proses ini dikembalikan terus ke ladang tanaman sebagai baja. Ia sekali gus memelihara kitaran bio yang sihat dan mengelakkan pembaziran,” kata kenyataan itu.

    Di samping itu, Ajinomoto sedang mengkaji secara teliti potensi untuk mendapatkan asid amino daripada sumber organik alternatif.

    Pendekatan itu sebagai persediaan sepenuhnya untuk memelihara dan melindungi sumber-sumber planet yang bernilai demi generasi akan datang.



    Sumber

  • Hukum berdoa untuk mati

    Hukum berdoa untuk mati

    KEMATIAN itu sudah pasti bagi setiap makhluk ALLAH yang bernyawa.

    Namun, bila dan bagaimana cara kematian itu, hanya ALLAH Yang Maha Mengetahui.

    Adakah kita dibolehkan untuk berdoa untuk kematian?

    Sebenarnya, berdoa untuk kematian adalah perkara yang tidak disukai dalam Islam.

    Makruh hukumnya lebih-lebih lagi apabila ia disebabkan oleh perkara-perkara yang bersifat duniawi.

    Sabda Rasulullah SAW: “Janganlah salah seorang daripada kalian sekali-kali mengharapkan kematian disebabkan kerana bahaya yang menimpanya. Apabila mahu juga mengharapkan kematian, maka hendaklah dia berdoa: ‘Ya ALLAH, hidupkanlah aku selama hidup itu lebih baik untukku dan wafatkanlah aku apabila kematian itu lebih baik untukku’.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

    Dalam Syarah Sahih Muslim, Imam al-Nawawi berkata: “Pada hadis itu, terdapat penjelasan tentang dimakruhkan mengharapkan kematian kerana ada bahaya yang menimpa dirinya seperti penyakit, kemiskinan, cubaan hidup ataupun yang sejenisnya daripada ujian dunia.”

    Bagaimanapun, berdoa untuk kematian adalah sunah sekiranya berada dalam situasi berikut:

    1. Seseorang yang khuatir kelangsungan agamanya kerana fitnah.

    Rasulullah SAW bersabda: “Dua hal yang dibenci oleh manusia iaitu kematian, padahal kematian itu lebih baik bagi orang mukmin daripada fitnah dan membenci sedikitnya harta, padahal sedikitnya harta itu lebih ringan untuk hisab.” (Musnad Ahmad)

    2. Seseorang yang mengharapkan mati syahid dalam jihad di jalan ALLAH SWT.

    Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang meminta mati syahid kepada ALLAH dengan sungguh-sungguh, maka ALLAH akan mengangkat darjatnya sehingga ke darjat para syuhada walaupun dia mati di atas tempat tidurnya.” (Riwayat Muslim)

    Apapun, jangan sesekali kita meminta kematian disebabkan hal-hal dunia.

    Marilah sama-sama kita tingkatkan bekalan amalan kita untuk saham akhirat nanti.

    (Sumber: Mustafar Mohd Suki)



    Sumber

  • Hilangkan batuk anda dengan kicap

    Hilangkan batuk anda dengan kicap

    ANDA mengalami batuk sudah berminggu-minggu lamanya? Apa kata anda cuba petua yang mudah didapati di dapur ini. Hanya gunakan limau nipis, kicap masin dan air panas!

    Bagaimanakah caranya?

    Ambil segelas air panas, campurkan satu atau dua biji perahan air limau nipis dan empat camca besar kicap masin.

    Minum tiga kali seminggu sebelum tidur. Insya-ALLAH batuk akan berkurangan dan beransur pulih.

    Jika tekak anda masih gatal dan mengganggu percakapan, jangan sesekali ‘ahem’ untuk melegakannya. Ia bermakna anda memaksa tekak untuk batuk.

    Perbuatan itu boleh mencederakan peti suara dan menyebabkan suara anda menjadi garau.

    #Selamat mencuba ya!



    Sumber