Blog

  • Mitos kurus ketika berpuasa

    Mitos kurus ketika berpuasa

    Apa sebenarnya punca di sebalik berat badan naik mencanak dialami ramai individu?

    ANALOGI pemikiran kita lazimnya selalu memikirkan bahawa bulan puasa merupakan masa terbaik untuk menurunkan berat badan.

    Ramai mengandaikan lebih 14 jam berpuasa dengan tidak menjamah waima setitik air pun memberi jaminan bahawa proses diet sedang berlaku sekali gus mencerahkan harapan untuk kurus.

    Selepas berjam-jam lamanya menahan lapar dan dahaga, kuantiti minuman dan makanan pula didakwa boleh diambil secara berlebihan demi mengimbangi energi yang telah hilang.

    Namun, semua teori dan praktik itu salah sama sekali.

    Sesungguhnya, tiada jalan mudah untuk mengurangkan berat badan selain mengamalkan diet seimbang dan mengawal pemakanan.

    Kepada Sihat:Aktif, beberapa pakar menjelaskan mengapa seseorang tidak mampu menurunkan berat badan meskipun 30 hari berpuasa.

    Di manakah silapnya? Apakah langsung tiada peluang untuk kelihatan langsing? Semuanya dijawab oleh mereka yang bertauliah.

    Berat badan naik walau berpuasa

    “Aku berpuasa tetapi tak juga kurus-kurus.”

    Itu antara omelan yang sering terdetik dalam hati Siti Fadhlina Halipah, 28.

    Masakan tidak, berat badan kira-kira 90 kilogram (kg) bertambah 10kg lagi tanpa disedarinya meskipun beliau berpuasa pada bulan Ramadan.

    “Namun, setelah beberapa tahun rasa ‘sesak’ dan tidak selesa ‘membawa’ badan seberat itu, saya sedar selama ini saya silap kerana cara makan saya tak betul, saya makan apa saja.

    “Sebelum ini, saya buka puasa dengan tiga hingga empat gelas air manis. Itu belum lagi dengan pelbagai hidangan kuih-muih. Memanglah badan naik melebihi daripada berat sebelum berpuasa,” katanya mengimbau nostalgia pahitnya ketika memiliki berat badan kira-kira 100kg kira-kira lapan tahun lalu.

    Transformasi Coach Ina selepas mengamalkan diet yang betul.

    Transformasi Coach Ina selepas mengamalkan diet yang betul.

    Melihat situasi yang tidak baik untuk kesihatan dalaman dan luaran, beliau nekad untuk berubah.

    Masalah Siti Fadhlina itu sebenarnya seringkali melanda dalam kalangan wanita mahupun lelaki.

    Imaginasi kita sering membayangkan, apabila bulan puasa, ia mampu membantu kita menurunkan berat badan. Malangnya, impian itu tinggal impian kerana apa yang berlaku menjadi sebaliknya.

    Lebih menyedihkan, ada sesetengah individu terutama wanita yang telah menempah busana yang saiznya lebih kecil daripada asal.

    Namun, apabila Syawal menjelma, cita-cita untuk kurus dan matlamat memakai pakaian baharu itu gagal.

    Elak makan banyak

    Menurut Siti Fadhlina, pengalaman beliau yang berkeinginan untuk kurus dan sihat sebenarnya telah menjadi dorongan kuat kepadanya untuk melakukan apa sahaja sehingga beliau bergelar pembimbing diet, Fitlife.

    Ujar wanita itu yang juga dikenali sebagai Coach Ina, beliau mengerti perasaan kaum Hawa yang mahu kelihatan langsing dan dirinya bersedia untuk membantu sesiapa sahaja.

    Kepada Sihat:Aktif, Coach Ina berkata, hasil kerja kerasnya, beliau berjaya menurunkan berat badan sebanyak 34kg.

    Beliau memberitahu, terdapat tiga faktor utama yang menyebabkan berat seseorang naik mencanak pada bulan puasa. Tiga perkara itu ialah:

    1) Makan banyak ketika sahur

    Menurut Coach Ina, ia bukan jaminan untuk seseorang berasa kenyang sepanjang sehari jika semua makanan dimakan itu tiada nilai untuk sistem tubuh.

    2) Tidur semula lepas sahur

    Faktor itu paling memberi kesan kepada penambahan berat badan.

    3) Minum banyak air manis

    Perbuatan itu hanya akan meningkatkan kadar kalori. Justeru, sebaiknya seseorang bertukar kepada air kosong sahaja.

    Coach Ina yang sering berkongsi resipi dan khidmat diet secara online turut menasihatkan agar individu yang berlebihan berat badan segera mengubah tabiat lama kepada baharu yang lebih positif.

    “Jika dulu kita selalu makan lewat dan tidak mengira waktu, ubahlah. Jangan cepat putus asa. Satu lagi, jangan fikir bahawa bulan puasa merupakan waktu terbaik untuk menguruskan berat badan.

    “Memang puasa kita tak makan namun ketika berbuka, kita makan melebihi daripada keperluan,” katanya yang mempunyai lebih 63,000 pengikut di laman Instagram dan lebih 60,000 pengikut Facebook.

    Manis

    Selain panduan berguna daripada Coach Ina, Sihat:Aktif turut mendapatkan jawapan terhadap soalan mengapa berat badan seseorang boleh bertambah pada Ramadan.

    Pakar Pemakanan Akademi AAA Vision, Surainee Wahab menjelaskan, sepatutnya jumlah had makanan yang dimakan pada bulan puasa sama sahaja seperti hari-hari biasa.

    Surainee

    Surainee

    “Ini disebabkan perbezaan Ramadan dan hari biasa hanya dari segi masa. Kita cuma bertukar waktu makan. Masalah paling utama yang boleh saya simpulkan kenapa berat badan kita naik hanya disebabkan makanan manis.

    “Kalau pada hari biasa kita masih boleh mengawal diri dengan minum air kosong kerana tekak kita tidak terlalu haus. Namun, pada bulan Ramadan, kita lebih haus dan akan bertindak minum dua ke tiga gelas air manis,” katanya baru-baru ini.

    Selain air manis, kuih-muih yang tinggi kalori juga punca berat badan meningkat, ujar pakar itu.

    Mengulas lanjut, Surainee berkata, sebenarnya masalah mengambil makanan dan minuman manis berlebihan had berlaku rentetan nafsu yang menguasai diri ketika membeli makanan dan minuman di bazar Ramadan.

    “Dalam keadaan lapar, kita akan membeli lebih daripada jumlah makanan diperlukan. Seperkara lagi, kita akan berdepan mainan perasaan dengan menganggap ‘tidak mengapa makan lebih selepas kita berpuasa seharian’ dan ‘tidak apa kalau ambil makanan berat walaupun pada waktu moreh selepas tarawih’. Persepsi itu salah,” tegasnya.

    Ujar Surainee, beliau tidak menafikan kecenderungan orang ramai yang suka makan makanan berlemak dan berkalori tinggi. Namun, semua ada peraturannya.

    “Tak salah kita nak rasa semua makanan seperti kuih-muih pada bulan Ramadan. Bukankah kita ada 30 hari berpuasa? Bagi saya, apa kata, dalam sehari kita hanya makan satu jenis kuih sahaja,” katanya.

    Kepada satu soalan, pakar itu memberitahu, masalah pertambahan berat badan lazimnya didominasi oleh wanita.

    “Apa tidaknya, wanitalah yang buat persediaan juadah sahur dan berbuka untuk keluarga. Masalahnya, apabila makanan tidak habis, wanita jugalah yang tolong habiskan kerana mereka tak mahu membazir,” kongsinya.

    Puasa baiki sistem tubuh

    Sementara itu, Pengamal Homeopathy dan Naturopathy yang juga Pengasas Klinik Alamiah Zarraz Medicare, Dr (H) Suraya Ariffin berkata, berpuasa sebenarnya adalah cara yang sangat baik memberi peluang kepada semua sistem badan dibaik pulih.

    Dr Suraya

    Dr Suraya

    Jelas beliau lagi, tidak semestinya seseorang yang berpuasa akan kurus. Sebaliknya, perlu memahami terlebih dahulu tentang perkaitan lemak terkumpul dengan penjanaan tenaga.

    “Pada hari-hari biasa, manusia menggunakan karbohidrat sebagai sumber pembakaran tenaga. Karbohidrat berlebihan akan ditukar menjadi lemak yang dipanggil glycogen.

    “Semasa berpuasa, tubuh akan menggunakan glycogen ini. Ketika tubuh tidak menerima sebarang makanan yang mengandungi gula seperti glukosa, fruktosa, sukrosa dan laktosa, ia akan membakar lemak yang tersimpan itu sebanyak-banyaknya untuk menjana tenaga.

    “Namun, ketika berbuka puasa ramai yang akan makan banyak makanan manis dan bergula. Sebaik sahaja gula digunakan, maka, proses pembakaran lemak akan terhenti serta-merta. Jadi, bagaimana boleh seseorang itu menjadi kurus jika berbuka puasa dengan sumber karbohidrat dan gula ringkas yang sangat banyak dalam minuman serta kuih-muih yang manis?,” soalnya.

    Dr Suraya menambah, ketika berpuasa, kita tidak perlu makan banyak disebabkan ‘ejen pembantu tenaga’ yang digunakan adalah melalui glycogen.

    “Sebenarnya puasa adalah masa untuk baik pulih sel, meningkatkan aktiviti sistem pertahanan badan, membersihkan sel-sel rosak dan berpenyakit dan memaksimumkan pengeluaran racun terkumpul dalam tubuh.

    “Bagaimanapun, apabila tubuh dibebankan pula dengan pengambilan makanan yang lebih banyak daripada biasa kerana ramai menyangkakan ‘mesti makan banyak sebab esok tak ada tenaga kalau tak makan’, maka, sistem tubuh akan menemui kegagalan dalam tugasnya yang sebenar,” katanya.

    Pakar itu mengingatkan, pengambilan karbohidrat lebih daripada 50 gram sehari, secara automatik akan membatalkan metabolisme lemak yang sedang berlangsung.

    Makanan tinggi karbohidrat juga punca utama kenaikan berat badan.

    Makanan tinggi karbohidrat juga punca utama kenaikan berat badan.

    Kesimpulannya, bagaimana untuk mendapatkan tubuh yang sihat dan langsing?

    Nasihat Dr Suraya, pilihlah sayuran berserat tinggi dan buah-buahan yang tidak terlalu tinggi gulanya.

    “Peratusan yang saya sarankan bagi mereka yang ingin langsing adalah diet ketogenic iaitu 10 ke 15 peratus karbohidrat, 15 ke 20 peratus protein dan 75 ke 80 peratus lemak baik.

    “Bagi yang tidak obes, amalan pinggan suku-suku-separuh adalah baik. Lebihkan sayuran hijau dan minum air secukupnya bagi memberikan tubuh anda keupayaan memulihkan diri di bulan puasa ini,” ujarnya.

    Wajib bersenam walaupun pada bulan Ramadan

    AHLI Lembaga Penasihat Pemakanan Herbalife untuk Turki, Prof Madya İsmet Tamer menjelaskan, perubahan pola makan dan tidur pada bulan Ramadan mempengaruhi jam biologi badan seseorang.

    Menurutnya, disebabkan tempoh puasa yang panjang, tubuh manusia akan melambatkan proses metabolisme. Kata İsmet, jika seseorang tidak meneliti apa, bila dan berapa kuantiti makanan yang dihadam, kemungkinan besar akan mendapat kenaikan berat badan yang tinggi.

    “Jika orang yang biasanya bersenam tidak mengambil langkah berjaga-jaga atau meneruskan rutin biasa semasa Ramadan, mungkin mereka akan dapat lebih banyak mudarat.

    “Berpuasa dan beralih ke rutin senaman yang lebih ringan atau berhenti terus bersenam semasa Ramadan boleh menyebabkan tenaga berlebihan yang mana makanan dimakan menjadi berat tambahan. Pendek kata, kena konsisten bersenam,” katanya.

    Prof Ismet

    Prof Ismet

    Ismet menambah, sepatutnya tiada alasan untuk tidak mengekalkan rutin senaman walaupun bulan puasa kali ini cuacanya agak panas.

    Beliau turut menggalakkan umat Islam yang berpuasa bersenam selepas satu atau dua jam berbuka puasa.

    “Orang yang bersenam untuk mengekalkan gaya hidup yang sihat perlu menggunakan tenaga mereka dengan cekap pada waktu siang dan melakukan satu atau dua jam senaman selepas iftar.

    “Ini akan meningkatkan penghadaman dan membantu membakar kalori yang berlebihan,” katanya.

    Pada masa sama, beliau mencadangkan agar kuantiti air yang diambil semasa iftar dan sahur seimbang bagi memastikan seseorang mencapai pengambilan cecair harian yang disyorkan. -AG

    Senaman juga perlu dilakukan biarpun pada bulan puasa.

    Senaman juga perlu dilakukan biarpun pada bulan puasa.

    Tip pengambilan makanan ketika Ramadan seperti yang dikongsikan Pengerusi Makanan Indonesia PERGIZI, Prof Dr Hardinsyah:

    Beberapa minggu sebelum berpuasa, orang ramai digalakkan mengurangkan jumlah makanan pada siang hari supaya perut ‘tidak terkejut’ pada minggu-minggu awal berpuasa.

    10 hari terakhir puasa, sebenarnya banyak penurunan berat badan boleh berlaku. Malangnya, hal itu tidak berlaku kerana ramai yang menikmati makanan dengan kadar berlebihan.

    9 tip turunkan berat badan ketika berpuasa:

    1) Banyakkan minum air kosong.

    2) Kurangkan minuman dan makanan manis.

    3) Hindari makan roti dan makanan berdasarkan tepung.

    4) Elakkan makanan berat selepas berbuka.

    5) Jauhi makanan bergoreng.

    6) Elak makan biskut ketika berpuasa.

    7) Atur waktu makan dengan bijak.

    8) Makan banyak buah segar.

    9) Kurangkan makan makanan pedas.

    Sumber: https://www.popmama.com



    Sumber

  • Perlukah anak mengqada puasa ibu bapa yang telah meninggal dunia?

    Perlukah anak mengqada puasa ibu bapa yang telah meninggal dunia?

    BERPUASA pada bulan Ramadan ialah ibadah yang wajib ditunaikan oleh semua umat Islam kerana ia merupakan perintah ALLAH SWT.

    Meskipun begitu, ada keringanan atau rukhsah diberikan kepada mereka yang tidak mampu menunaikannya seperti orang sakit, wanita dalam pantang dan musafir.

    Bagaimana pula jika ada ibu bapa yang meninggal dunia tanpa sempat individu itu menggantikan puasa yang ditinggalkannya?

    Adakah anak atau warisnya perlu mengqada puasa ibu bapanya?

    Menjawab persoalan itu, sekiranya si mati tidak mengqada puasanya kerana uzur yang berterusan dan tiada ruang yang memungkinkannya menggantikan puasa itu seperti sakit, musafir, nifas, hamil dan uzur itu berterusan sehingga meninggal dunia, maka, tidak wajib warisnya mengqada puasa atau membayar fidyah untuknya.

    Bagaimanapun, jika si mati berkemungkinan boleh qada puasa yang ditinggalkan dan ada ruang untuknya berbuat demikan, tetapi ia tidak melakukannya kerana uzur atau sengaja sehinggalah dia meninggal dunia, wali atau warisnya boleh memilih sama ada mengqada puasa yang ditinggalkan oleh si mati atau membayar fidyah.

    Kadar fidyah ialah satu cupak beras bagi satu hari puasa yang ditinggalkan.

    (Sumber: Portal Rasmi Kemusykilan Agama, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia)



    Sumber

  • Iriz dan Persona 2019

    Iriz dan Persona 2019

    PROTON Holdings Bhd melancarkan dua model baharu iaitu Proton Iriz dan Persona 2019, yang mana sebelum ini pernah membuat penampilan sulungnya di Pameran Auto Malaysia di MAEPS, Serdang, baru-baru ini.

    Proton mengumumkan harga atas jalan (OTR) model baharu Iriz bermula pada RM36,700 manakala OTR bagi unit 2019 Persona bermula RM42,600.

    










Iriz 2019 tampil baharu bersama bampar hadapan dan gril yang direka lebih menarik.

    Iriz 2019 tampil baharu bersama bampar hadapan dan gril yang direka lebih menarik.

    Pengerusi Proton, Datuk Seri Syed Faisal Albar berkata, model hatchback dan sedan keluarga segmen-B Proton itu ditambah baik secara menyeluruh membabitkan lebih 300 bahagian serta pengenalan ciri-ciri pintar pertama dalam kelasnya.

    










Lima warna ditawarkan termasuk Jet Grey, Snow White, Ruby Red, Rosewood Maroon dan Armour Silver.

    Lima warna ditawarkan termasuk Jet Grey, Snow White, Ruby Red, Rosewood Maroon dan Armour Silver.

    “Teknologi pintar yang diterapkan dalam Iriz dan Persona 2019 ini adalah usaha Proton membawakan kereta pintar pada harga mampu milik di pasaran yang bukan hanya memiliki teknologi tinggi tetapi juga keseronokan dalam pemanduan. “Selepas rekod pencapaian X70 pada awal tahun, kami mengharapkan Iriz dan Persona menjadi satu lagi pemangkin melonjakkan jualan untuk mencapai pelan pemulihan syarikat,” katanya pada majlis pelancaran model itu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) Selasa lalu.

    Reka bentuk baharu

    Untuk membezakannya daripada model terdahulu, kumpulan Reka Bentuk Proton telah memberikan kelainan yang komprehensif pada reka bentuk luar dua model ini. Perubahan paling ketara boleh dilihat menerusi model Iriz. Ia dilengkapi dengan gambaran baharu syarikat iaitu gril hadapan Ethereal Bow yang mula diperkenalkan pada model Proton X70.

    Iriz 2019 hadir dengan lima varian iaitu Standard 1.3L MT, Standard 1.3L CVT, Executive 1.3L CVT, Executive 1.6L CVT dan Premium 1.6L CVT. Varian tertinggi Premium 1.6L CVT ditawarkan pada harga RM50,700. Reka bentuk pada Proton Persona 2019 tidak begitu ketara, tetapi menampilkan corak Ethereal Bow dan Infinite Weave yang menjadi trademark baharu Proton.

    Turut dipadankan pada model sedan keluarga ini adalah spoiler baharu pada but, reka bentuk bampar hadapan dan belakang baharu serta reka bentuk roda aloi yang lebih menarik tetapi tidak menjejaskan ciri-ciri praktikal yang menjadi kegemaran dalam kalangan pembeli kereta Malaysia.

    Ciri-ciri pintar

    Kedua-dua model boleh didapati dalam varian Premium 1.6AT. Ia menggunakan kad eSIM yang membolehkan pengguna untuk kekal bersambung ke internet. Sistem tersebut turut menawarkan aplikasi penstriman muzik, navigasi dalam talian dan pengecaman suara yang boleh diakses melalui skrin sentuh 7-inci dengan paparan warna penuh serta memori dalaman 16GB.

    Untuk kemudahan tambahan, sistem ini juga mempunyai kemampuan pencerminan bagi telefon pintar Android. Sama seperti SUV pertama Proton iaitu Proton X70, aplikasi pengecaman suara diaktifkan melalui kata kunci Hi Proton! Pengguna kemudiannya, boleh mengakses pelbagai pilihan yang ada menggunakan arahan suara ini. Ini membolehkan pemandu kekal fokus memandang ke arah jalan raya sambil membuat carian kompleks untuk ke mana-mana destinasi atau memilih lagu.

    Sistem ini juga akan menerima kemas kini Over The Air (OTA) secara berkala apabila terdapat aplikasi-aplikasi baharu.


    Sumber

  • Ciri-ciri kawan yang anda perlu jauhi

    Ciri-ciri kawan yang anda perlu jauhi

    SAHABAT yang baik umpama lilin, sanggup membakar diri sendiri demi menerangi kehidupan orang lain. Namun awas, berhati-hati dalam memilih kawan, jika tersalah pilih buruk padahnya.

    Kawan yang baik akan membawa anda ke syurga, sebaliknya yang kurang baik akan membawa anda ke dunia kehancuran.

    Kali ini Femina kongsinya ciri-ciri kawan yang anda perlu jauhi. Ingat, tak rugi pun jika anda tidak berkawan dengannya.

    1) Iri hati

    Dia seorang yang dengki dan tidak boleh tengok anda lebih daripadanya sama ada dari segi harta benda dan sebagainya. Dia akan berusaha supaya dia nampak ‘lebih’ daripada anda contohnya bila anda pakai gelang emas baharu. Tidak lama kemudian dia juga akan membeli gelang emas yang lebih besar berbanding anda.

    2) Selalu mencari kesalahan rakan sendiri

    Rakan ‘palsu’ akan selalu mencari kesilapan dan cuba menyaingi anda dalam semua perkara. Kenapa? sebab dia merasakan dirinya sahaja yang betul dan tepat dari segi perbuatan, percakapan dan sebagainya.

    3) Ego

    Seorang kawan palsu sentiasa menunjukkan ego yang tinggi dan dia tidak akan sekali-kali mengalah. Walaupun menyedari kesilapannya, dia tidak akan meminta maaf atau mengaku silapnya sendiri.

    Malah dia akan tetap mempertahankannya.

    4) Menghilangkan diri saat diperlukan

    Seboleh-bolehnya dia akan mengelakkan diri daripada membantu anda. Pelbagai alasan akan diberi. Mungkin sekali boleh diterima tetapi jika berpuluh kali, abaikan sahabat demikian.

    5) Berbohong

    Kawan jenis ini kerap berbohong untuk menutup kekurangan dirinya. Dia seboleh-bolehnya tidak mahu mengaku kalah. Bila bercerita dia punya segala-galanya dari segi kekayaan, kecantikan dan lain-lain.

    6) Suka menunjuk kelebihan sendiri

    Dia gemar berlebih-lebihan dan menunjuk-nunjuk apa yang dimilikinya untuk mendapat perhatian anda. Bahkan dia akan berbohong untuk menyenangkan hati anda.

    7) Pengkhianat

    Ciri ini paling berbahaya kerana dia jenis bermuka-muka. Elakkan berkongsi segala masalah peribadi kepadanya, kawan jenis ini akan bercerita keburukan anda kepada orang lain dan begitu juga sebaliknya.

    Dia juga bukan seorang yang jujur dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsia. Hati-hati ya!

    #Jadi, jangan terlalu percaya kepada kawan anda yang mempunyai ciri-ciri ini ya. Nanti anda sendiri yang sakit hati!



    Sumber

  • Dua sahabat baik membuka studio Sarang Suara untuk menyumbang muzik industri seni

    Dua sahabat baik membuka studio Sarang Suara untuk menyumbang muzik industri seni

    DUA sahabat baik ini mudah untuk memberi kerjasama. Sebaik penulis menghubungi Mohd Najib Mohd. Nor, 39, atau mahu disapa Najib, beliau terus mengajak penulis ke studio muzik, Sarang Suara di Seri Kembangan, Selangor.

    Sarang Suara umpama rumah kedua lelaki ini bersama teman yang juga rakan seperjuangannya, Ahmad Nuredzuan Zaizi atau Wan.

    “Di sini tempat kami mencurahkan idea muzik kami. Muzik ibarat perumpamaan isi dan kuku, memang kami tak boleh berpisah dengan muzik,” kata Najib penuh kesungguhan.

    Bicara kami pada petang itu terus rancak. Rupa-rupanya ada banyak kisah yang dileraikan oleh kedua-dua personaliti pada minggu ini.

    Penulis memulakan kisah Najib terlebih dulu. Menariknya tentang lelaki graduan jurusan Fotografi dari Universiti Teknologi MARA ini, beliau langsung tiada asas dalam bidang muzik. Ironinya, minat telah mengatasi segala-galanya.

    Najib

    Najib

    “Saya memang tidak belajar tentang not muzik ataupun sebarang peralatan dari mana-mana institusi awam atau swasta di negara. Namun, kecintaan saya terhadap gema muzik lahir sejak kecil.

    “Pada zaman remaja, saya suka main muzik dan sering menyertai kugiran band. Ketika itu, saya dan kawan-kawan seperti Wan dan Faris Aydeen telah tubuhkan band kami sendiri. Sejak dulu, kami bertiga memang ada pasang impian untuk membuka sebuah studio,” ujar Najib sambil Wan mengiakan pernyataan daripada sahabatnya itu.

    Pun demikian, manusia hanya merancang, ALLAH yang menentukan. Seperti yang disuratkan, Faris meninggal dunia pada tahun 2009.

    Enggan menoleh ke belakang, Najib dan Wan tetap meneruskan hasrat itu dan niat membuka studio muzik itu berjaya direalisasikan pada tahun 2017.

    Bagaimana pula dengan cerita Wan? Wan sedikit berbeza kerana ilmu tentang muzik penuh di dadanya.

    Ahmad Nuredzuan Zaizi/wan

    Ahmad Nuredzuan Zaizi/wan

    Lelaki berusia 39 tahun ini yang pernah mengikuti program Komposisi Muzik dari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara).

    Kolaborasi kebolehan Najib dan Wan barangkali berupaya menyuntik suasana yang lebih segar dan luar biasa dalam dunia seni tanah air.

    Sarang Suara

    Studio milik Najib dinamakan Sarang Suara. Kenapa memilih nama berkenaan?

    Menjawab pertanyaan itu, Najib memberitahu, beliau mahu menjadikan studio itu sebagai payung yang menyatukan vokalis, peminat muzik termasuk sesiapa sahaja yang mahu bermain alat muzik atau istilah lebih mudah, jamming.

    Sarang Suara juga menyediakan servis seperti lagu terbitan iklan, mempakej lagu baharu, klip video termasuk menerbitkan lagu untuk individu dan kumpulan.

    Studio berkenaan juga lengkap dengan segala peralatan muzik. Antaranya gitar, dram, piano, set lengkap rakaman lagu, pembesar suara, Digital Audio Workstation dan banyak lagi. Keluasan bilik studio juga memuaskan dengan kedap bunyi.

    Kedua-dua berkebolehan bermain kesemua instrumen muzik kecuali jenis tiupan. “Sarang Suara dibuka hingga lewat malam kerana kami memahami rata-rata penggemar muzik suka jamming pada waktu begini,” kata Wan.

    Kepada anda yang berkebolehan membuat lagu tanpa reti bermain instrumen, Najib dan Wan sedia membantu.

    Kerjasama berdua hasilkan muzik yang menarik

    Kerjasama berdua hasilkan muzik yang menarik

    “Ada di antara klien kami, dalam kepala mereka dah ada melodi lagu termasuk lirik tetapi tak pandai bermain (muzik), kami telah menolong dengan menterjemahkan idea mereka ke dalam susunan muzik yang menarik. Jadi, mereka yang mempunyai hasrat untuk buat lagu sendiri, jom ke Sarang Suara,” katanya.

    Nampaknya, Sarang Suara berpotensi untuk maju ke hadapan.

    Masakan tidak, setakat artikel ini ditulis, kedua-dua lelaki ini telah mengeluarkan 50 buah lagu atas permintaan klien mereka.

    Bantu artis

    Najib dan Wan memberitahu Oh! Lelaki, Sarang Suara sebenarnya telah berjaya menghasilkan mini album untuk lima artis malar segar iaitu Mac Rahayu, Azie atau Roeziah Mustapha, Haslinda, Norlie Tamam dan Adilla yang bakal membuat comeback tidak lama lagi.

    “Kami memainkan peranan sebagai penyusun muzik dan rakaman sepenuhnya dibuat Sarang Suara.

    “Jadi kepada semua artis tidak kira baharu atau lama, mari bertandang ke studio kami. Kami bersedia membantu menghasilkan lagu, melodi, lirik dan sebagainya. Studio kami juga boleh membuat live recording.

    “Sudah semestinya juga harga kami amat berpatutan berbanding yang ditawarkan oleh syarikat muzik yang lain,” kata Najib.

    Selain itu, menariknya tentang dua pemuzik ini, selain orang perseorangan, mereka berdua juga telah mencipta lagu untuk beberapa syarikat pengiklanan, organisasi kementerian yang mahukan sebuah lagu mengikut keperluan masing-masing.

    “Alhamdulillah, kami bersyukur dengan rezeki daripada ALLAH SWT. Kami harap dapat menyumbang sesuatu yang bermanfaat dalam industri muzik negara,” kata mereka senada.

    Semoga Najib dan Wan akan terus berjaya. Mana tahu suatu hari nanti mereka memiliki artis di bawah label Sarang Suara!

    Kepada yang mahu mengikuti perkembangan kedua-dua lelaki ini dan Sarang Suara, boleh layari Instagram @sarangsuara.



    Sumber

  • Derita sakit tulang belakang

    Derita sakit tulang belakang

    Pesakit dinasihatkan berjumpa pakar agar punca kesakitan dapat segera dikenalpasti

    ANDA MUSYKIL, DOKTOR JAWAB

    SOALAN 1

    DOKTOR, baru-baru ini saya mengalami kesakitan tulang belakang selepas mengangkat benda berat dan kesakitan itu kemudian telah merebak ke kaki kanan saya. Kesannya, saya tidak boleh melakukan aktiviti harian dan tidur saya juga terganggu. Saya telah diberitahu oleh doctor bahawa saya mengalami disc prolapse (prolaps cakera intervertebral). Doktor mencadangkan saya menjalani pembedahan tetapi saya diberitahu oleh kawan saya bahawa pembedahan tulang belakang akan melumpuhkan saya. Apa nasihat doktor terhadap penyakit saya?

    – Sakit Belakang, Joe Anson, 40, Wangsa Maju, Kuala Lumpur

    JAWAPAN:

    SAKIT tulang belakang merupakan satu-satunya masalah kesihatan yang biasa mengancam orang dewasa. Penyakit itu bukan sahaja menjejaskan kesejahteraan kehidupan seharian malah juga keupayaan dan aktiviti harian seperti berkerja.

    Pesakit-pesakit yang mengalami kesakitan tulang belakang dinasihatkan agar berjumpa doktor supaya punca kesakitan dapat dikenalpasti dan rawatan yang sesuai boleh diberikan. Sebenarnya, kesakitan belakang boleh berpunca dari otot, sendi, cakera intervertebral, tulang dan saraf.

    Pada peringkat awal, kesakitan berpunca daripada cakera (discogenic pain) intervertebral akan mengakibatkan sakit pada belakang dan kadang-kadang boleh merebak ke kaki. Pesakit yang mengalami kesakitan seperti itu sering mengadu bahawa mereka tidak boleh duduk lama lebih-lebih lagi ketika memandu kereta.

    Jikalau cakera intervertebral semakin membonjol, saraf kaki akan terhimpit dan menyebabkan kesakitan yang lebih kuat berserta kaki menjadi sakit dan lemah.

    Rawatan penyakit cakera intervertebral merangkumi fisioterapi, ubatan, prosedur intervensi dan pembedahan.

    Dalam prosedur intervensi, doktor akan menggunakan jarum menyasar ke dalam cakera intervertebral dengan menggunakan teknologi seperti radiofrekuensi, mechanical decompression, laser atau bahan dehidrasi untuk mengecutkan cakera intervertebral yang membonjol.

    Prosedur intervensi merupakan rawatan pesakit harian dan pesakit dibenarkan pulang pada hari yang sama selepas prosedur.

    Pesakit yang mengalami masalah herniasi cakera intervertebral perlu menjalani pembedahan untuk mengeluarkan bahagian herniasi untuk melegakan saraf yang terhimpit.

    Rawatan sebegitu boleh dijalankan dengan teknik pembedahan endoskopi tulang belakang. Melalui teknik itu, pembukaan kulit hanya melibatkan pembedahan sekitar satu ke dua sentimeter dan kebiasaannya pesakit dibenarkan pulang ke rumah selepas prosedur.

    Terdapat kaedah moden merawat masalah tumor otak pada masa ini.

    Terdapat kaedah moden merawat masalah tumor otak pada masa ini.

    SOALAN 2

    Doktor, sebelum ini saya seringkali mengalami masalah sakit kepala. Setelah diperiksa oleh pakar hospital, rupa-rupanya saya disahkan menghidap penyakit tumor di otak. Saya sangat risau dan membayangkan nyawa saya tidak akan panjang. Doktor, apakah punca masalah ini dan bagaimanakah saya dapat mengubatinya?

    – Pesakit Tumor, Ranjini Kumar, 35, Bentong, Pahang

    JAWAPAN:

    PESAKIT-PESAKIT yang disahkan menghidapi penyakit tumor di otak atau ketumbuhan otak perlu diperiksa dengan lebih teliti oleh pakar bedah otak kerana kebanyakan ketumbuhan pada bahagian itu boleh dirawat dengan pembedahan secara selamat.

    Dua pertiga daripada ketumbuhan otak bukan kanser dan kebanyakan masa boleh disembuhkan melalui pembedahan otak atau radiosurgeri.

    Punca tumor otak tidak dapat ditentukan, namun, hanya sebilangan kecil tumor otak adalah berpunca daripada genetik seperti syndrom neurofibromatosis.

    Pembedahan otak sangat ditakuti oleh orang ramai dan dianggapi berisiko tinggi. Anggapan itu tidak tepat. Pada masa sekarang, dengan pengetahuan yang lebih mendalam dalam kalangan pakar-pakar bedah otak dan kemajuan teknologi yang drastik, pembedahan otak telah jauh lebih selamat dan prognosis penyakit ketumbuhan otak jauh lebih baik.

    Contohnya, teknik pembedahan neurosurgeri lubang kunci (keyhole neurosurgery) dan pembedahan otak endoscopy.

    Teknik pembedahan neurosurgeri lubang kunci sesuai pada sesetengah pesakit yang mana pembukaan tengkorak dengan saiz tiga ke empat sentimeter sahaja dan dapat mengeluarkan ketumbuhan yang dua ke tiga kali lebih besar daripada lubang pembukaan.

    Teknik endoscopy membolehkan pakar bedah otak membuat pembedahan melalui lubang hidung untuk mengeluarkan ketumbuhan seperti tumor kelenjar pituitari. Dengan teknik itu, pesakit boleh dibenarkan pulang ke rumah dua ke tiga hari selepas pembedahan.

    Sementara itu, satu lagi pendepatan dipanggil sebagai Gamma Knife. Ia merupakan teknologi merawat ketumbuhan otak dengan menuju radiasi secara tepat pada sasaran iaitu tumor otak tanpa pembedahan.

    Bagaimanapun, pemilihan pesakit atau tumor otak yang bersesuaian adalah sangat penting supaya rawatan ini dapat memberi kesan yang paling efektif.

    Bukan semua tumor otak sesuai dengan rawatan radiosurgeri. Pesakit perlu berbincang dengan pakar bedah otak dengan teliti supaya boleh mendapat rawatan yang paling optima dan berkesan.

    Tumor di otak tidak bermaksud hanya akan berdepan maut.

    Tumor di otak tidak bermaksud hanya akan berdepan maut.

    Profil Dr Toh Charng Jeng:

    Merupakan Pakar Perunding Neurosurgeon dan Interventional Pain, Pensyarah Kanan Universiti Kebangsaan Malaysia dan Presiden Persatuan Pengamal Perubatan Penyakit Intervensi Malaysia.

    Dr Toh Charng Jeng

    Dr Toh Charng Jeng



    Sumber

  • Jauhkan diri daripada bermain mercun

    Jauhkan diri daripada bermain mercun

    BERMAIN mercun seolah menjadi kemestian tatkala hampir musim perayaan.

    Meskipun diharamkan oleh kerajaan, namun, masih ada yang enggan mengambil pusing soal itu.

    Bagaimana pula pandangan dari sudut agama terhadap mercun?

    Sebelum menjawab persoalan itu, perlu difahami bahawa Islam secara prinsipnya membenarkan umatnya untuk berhibur tetapi dalam batasan yang meraikan maslahat dan menjarakkan ‘mafsadah’.

    Berdasarkan kepada banyak nas, hukum mercun adalah haram dan wajib dijauhi oleh umat Islam.

    Lebih-lebih lagi yang bersifat membahayakan.

    Firman ALLAH SWT: “Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan.” (Surah al-Baqarah, ayat 195)

    Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda: “Tidak ada kemudaratan dan tidak boleh membuat kemudaratan.” (Riwayat Ahmad dan Ibn Majah)

    Sebenarnya ada banyak kemudaratan bermain mercun antaranya berlaku banyak pembaziran, mengganggu jiran tetangga, menyusahkan orang ramai dan pencemaran bunyi.

    Malah kerajaan juga mengharamkan seperti yang termaktub di dalam Akta Bahan Letupan pindaan tahun 1991 akibat peningkatan kadar kecederaan dalam kalangan kanak-kanak ketika musim perayaan.

    Sudah sampai masanya semua pihak berganding bahu dan mengukuhkan kerjasama yang erat untuk membasmi budaya mercun.

    Sepatutnya, isilah malam-malam Ramadan yang penuh keberkatan ini dengan acara ibadah dan ketaatan kepada Ilahi.

    Islam mengajar kita saling nasihat menasihati.

    Sama-samalah kita ambil iktibar dan membendung budaya yang tidak sihat ini.

    (Sumber: Bayan Linnas, Mercun: Budaya Bahaya, Laman Rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan)



    Sumber

  • Perodua kekal momentum jualan

    Perodua kekal momentum jualan

    MOMENTUM jualan Perodua untuk empat bulan pertama tahun 2019 kekal kukuh dengan peningkatan 9.5 peratus kepada 82,700 unit dari Januari hingga akhir April, berbanding dengan 75,500 unit yang didaftarkan dalam tempoh sama tahun 2018.

    Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, ini merupakan pencapaian jualan terbaik bagi empat bulan pertama dalam sejarah Perodua. Angka jualan dalaman menunjukkan sokongan padu yang berterusan terhadap syarikat.

    “Kami bersama-sama dengan ekosistem automotif negara yang kebanyakannya terdiri daripada pembekal dan pengedar sah, berterima kasih atas pengiktirafan ini. “Sementara Perodua menantikan angka rasmi jumlah keseluruhan industri (TIV) daripada Persatuan Automotif Malaysia (MAA), kami percaya pegangan pasaran Perodua melebihi 43 peratus bagi tempoh empat bulan pertama tahun ini, sekali gus memberi manfaat secara langsung kepada ekonomi domestik secara keseluruhan,” katanya.

    Tambah Zainal Abidin lagi, dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini, Perodua telah membelanjakan RM1.8 bilion untuk membeli komponen daripada pembekal automotif tempatan dan optimis dapat memenuhi komitmen syarikat untuk membeli RM5.4 bilion komponen pada tahun ini.

    Perodua akan terus berusaha memenuhi komitmennya untuk membeli daripada pembekal komponen automotif domestik pada tahun-tahun yang akan datang, walaupun menghadapi keadaan pasaran yang mencabar.

    “Walaupun terlalu awal untuk menetapkan sasaran selepas 2019, kami yakin Perodua akan terus berkembang pada tahun 2020, seterusnya memberi manfaat kepada pembekal dan pengedar tempatan,” katanya.

    Model Perodua, yang kesemuanya mempunyai lebih daripada 90 peratus kandungan tempatan, menyaksikan angka pendaftaran yang tinggi pada bulan April dengan jualan lebih 7,700 Myvi, 5,900 Axia, 4,200 Bezza dan 1,100 Alza.



    Sumber

  • Jenis-jenis pencuci muka

    Jenis-jenis pencuci muka

    TERDAPAT begitu banyak pilihan pencuci muka di pasaran yang mempunyai manfaat yang berbeza.

    Jika anda berasa keliru, ketahui perbezaan antara setiap jenis agar anda dapat memilih pencuci muka yang sesuai dengan kulit anda. Jom ikuti tip memilih pencuci muka sepertimana yang dipetik daripada Hello Doktor.

    1) Pencuci muka gel

    Pencuci muka ini berwarna jernih dan mempunyai konsistensi seperti gel. Ia dicipta untuk pembersihan yang mendalam, ia berkesan membersihkan liang roma tersumbat, mengeluarkan minyak berlebihan dan membunuh bakteria penyebab jerawat disebabkan kandungan bersifat antiseptik dan pengelupasan.

    Sesuai untuk: kulit berminyak dan kombinasi

    2) Pencuci muka krim

    Pencuci muka krim biasanya tebal, berkrim dan mengandungi bahan pelembap. Ia membersihkan kulit anda secara perlahan-lahan tanpa menyingkirkan minyak semula jadi pada muka. Pembersih krim juga boleh didapati dalam bentuk susu atau losyen.

    Sesuai untuk: kulit kering dan sensitif

    3) Pencuci muka berbuih

    Pencuci muka berbuih adalah pembersih ringan dalam bentuk krim atau gel yang bertukar menjadi berbuih. Pembersih jenis ini menyingkirkan minyak berlebihan sepertimana pembersih gel.

    Sesuai untuk: kulit berminyak dan kombinasi

    4) Pencuci muka minyak

    Membasuh kulit anda dengan minyak mungkin kedengaran aneh, terutamanya jika anda mempunyai kulit berminyak. Tetapi pembersih minyak adalah cara lembut untuk menyingkirkan bendasing penyumbat liang roma termasuklah solekan kalis air dan semuanya tanpa mengeringkan kulit anda.

    Sesuai untuk: kebanyakan jenis kulit

    5) Pencuci muka tanah liat

    Dikenali dengan kuasa menyerap mereka, pembersih tanah liat membersihkan kulit anda dengan mengeluarkan minyak dan toksin yang berlebihan dari liang roma anda.

    Sesuai untuk: kulit berminyak dan kombinasi

    6) Pencuci muka micellar

    Berasal dari Perancis, micellar bererti molekul minyak kecil tergantung dalam air – yang menarik minyak, kotoran dan solekan. Satu lagi perkara hebat tentangnya, ia tidak perlu dibilas dengan air.

    Sesuai untuk: kulit kering dan sensitif

    7) Pencuci muka serbuk

    Pencuci muka serbuk mungkin kedengaran asing kepada anda. Pencuci muka ini bertukar menjadi berkrim apabila disentuh dengan air.

    Pencuci muka ini membersihkan kulit anda sambil memberikan pengelupasan lembut. Tidak seperti pencuci muka pengelupasan fizikal yang biasa seperti manik dan skrub.

    Pencuci serbuk meluncur licin pada kulit anda, jadi anda boleh menggunakannya setiap hari walaupun pada kulit yang sensitif.

    Sesuai untuk: kulit berminyak dan sensitif

    8) Sabun buku

    Sabun buku sebagai pencuci muka mempunyai pH mesra kulit selain bahan nutrien seperti gliserin dan minyak pati.

    Sesuai untuk: kulit berminyak dan kombinasi

    9) Kain, sarung dan span pencuci muka

    Pencuci muka seperti ini bersifat lebih fizikal dan dibuat daripada serat khas yang kebiasaannya daripada tumbuhan.

    Penggunaan kain ini tidak memerlukan penggunaan pencuci muka biasa untuk menghapuskan kekotoran secara menyeluruh selain turut bertindak menghilangkan sel-sel kulit mati.

    Sesuai untuk: kulit berminyak dan kombinasi

    #Apa pun tekstur pencuci muka pilihan anda, pilihlah yang bersesuaian dengan jenis kulit muka untuk hasil terbaik.



    Sumber

  • Maksud tersirat di sebalik genggaman tangan lelaki

    Maksud tersirat di sebalik genggaman tangan lelaki

    SUKAR untuk melihat lelaki memegang tangan pasangannya setelah berkahwin. Malu, segan atau tangan isteri tidak pernah bebas memimpin tangan anak-anak?

    Sesekali bila suami memegang tangan isterinya, mungkin ketika itu perasaan damai dan gembira sedang menyeliputi hati sang lelaki ini.

    Namun tahukah anda di sebalik genggaman tangan lelaki ada maksud yang ingin disampaikan. Apa itu? Jom baca.

    1. Tangan lelaki di atas tangan wanita

    Cara pegangan ini yang paling umum dilakukan lelaki terhadap pasangannya. Biasanya dilakukan saat berjalan atau duduk berdua. Lelaki ingin berkongsi perasaan nyaman dan hangat dengan wanita kesayangannya. Ia juga menunjukkan perasaan romantik lelaki.

    2. Saling melingkari jari telunjuk

    Jika lelaki menggenggam tangan pasangan dengan melingkari jari telunjuknya bermaksud si lelaki mahu menggambarkan mereka seorang yang setia dan ingin menzahirkan betapa eratnya hubungan mereka.

    3. Saling melingkarkan jari kelengkeng

    Saling melingkarkan jari kelengkeng simbol termeterainya janji yang dibuat. Lelaki tidak peduli apa kata orang sekeliling terhadap mereka asalkan janji yang dibuat ditepati dan dilunaskan bersama.

    4 Mencengkam pergelangan tangan isteri

    Walau terkadang pegangan tangan seperti ini terasa kurang selesa bagi isteri tetapi pegangan tangan seperti ini menunjukkan bahawa lelaki ingin isterinya merasa aman di sisinya. Sebabnya dia mahu merasakan denyut nadi pergelangan tangan isterinya dan dapat meneka perasaan isterinya ketika itu.

    5 Memegang jari kelengkeng dan manis isteri

    Ketika lelaki memegang tangan pasangannya dengan cara seperti ini, bererti lelaki itu ingin mencari kedamaian hati dan mahu bersendirian. Pasangan harus memberi ruang kepada lelaki yang inginkan kebebasan untuk menenangkan perasaan. Suami amat menghargai jika isteri berbuat begitu kerana mereka akan kembali ke pangkuan anda setelah masalah diri selesai.

    6. Menggunakan kedua belah tangan isteri

    Tangan kanan lelaki memegang bahagian atas tangan isterinya, ketika itu tangan isteri sedang menengadah. Manakala tangan kiri lelaki akan memegang bagian bawahnya, itu menandakan lelaki mahu dapatkan kepastian daripada isterinya. Mungkin persoalan adakah isterinya benar-benar cintakan dia. Jika isteri menyukainya mudah untuk dia menggenggam tangan kanan isterinya dengan erat.

    7. Tangan berada di belakang tangan isteri

    Cara memegang tangan seperti ini mengambarkan lelaki selalu ada untuk isterinya baik ketika senang mahupun susah. Lelaki mahu menyatakan sokongannya walau apa pun rintangan yang dihadapi oleh isterinya. Mungkin ketika itu isteri amat memerlukan sokongan seseorang.



    Sumber