RINGGIT dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini, didorong oleh pelabur tempatan memandangkan peserta antarabangsa kekal tidak memasuki pasaran bagi menunggu petunjuk pasaran yang lebih jelas.
Pada 9 pagi, ringgit berada pada 4.2750/2850 daripada 4.2780/2830 ketika ditutup pada Rabu.
Menurut penganalisis, kebimbangan sama ada permintaan minyak mentah akan kembali meningkat kepada paras sebelum pandemik koronavirus (Covid-19) berlaku masih ada walaupun harga minyak mentah Brent, yang menjadi penanda aras antarabangsa, kekal di atas AS$40 setong.
“Permintaan global kini meningkat sedikit namun kebimbangan berlakunya lagi gelombang jangkitan Covid-19 masih ada. Ini kerana, jika pasaran global ditutup kembali bagi kali kedua, pasaran minyak akan terjejas teruk,”katanya.
Di peringkat tempatan, walaupun data pengangguran menunjukkan berlaku peningkatan pada April, inisiatif kerajaan menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) akan mengurangkan kesannya, memandangkan pekerja yang tidak bekerja masih akan menerima bantuan gaji.
“Di peringkat global, kita telah melihat kadar pengangguran melonjak disebabkan pandemik Covid-19 termasuk di negara-negara maju seperti Ameria Syarikat dan United Kingdom. Malaysia juga mengalami situasi yang sama namun inisiatif kerajaan dijangka dapat mengurangkan kesannya bagi jangka panjang,” menurutnya.
Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding kumpulan mata wang utama.
Ringgit susut berbanding yen Jepun kepada 4.0032/0129 daripada 3.9844/9894 ketika ditutup semalam.
Yen meneruskan momentum kenaikan didorong sentimen minat risiko memandangkan ia dianggap sebagai mata wang selamat di rantau Asia.
Bank of Japan, hari ini, akan memulakan mesyuarat dasar monetari selama dua hari dan dijangka mengekalkan kadar faedah utama dalam lingkungan negatif.
Mata wang tempatan susut berbanding pound Britain kepada 5.3643/3772 daripada 5.3616/3692 semalam manakala rendah berbanding euro kepada 4.8051/8176 daripada 4.8033/8107.
Ringgit bagaimanapun naik berbanding dolar Singapura kepada 3.0663/0745 daripada 3.0664/0709. – Bernama
SIRI Huawei nova 7 merupakan jenama telefon pintar terbaharu dilengkapi 5G yang mampu milik. Apa yang membuatkan anda teruja pastinya harga peranti itu yang berbaloi hanya RM1,499 yang membuatkan jenama ini adalah telefon pintar 5G paling mampu dimiliki di Malaysia!
Nikmati Ganjaran Tiga Kali Ganda dengan Siri Huawei nova 7 bermula 19 Jun.
2
Dengan setiap pembelian Siri Huawei nova 7 yang hanya berharga RM1,499, anda bakal memiliki hadiah percuma seperti Huawei Band 4, Huawei Cloud Storage – 15GB untuk setahun, sarung telefon nova, Huawei Video (di bawah kategori DimSum) untuk tiga bulan dan mata ganjaran Member Center sehingga RM1,000. Kesemua hadiah percuma ini bernilai sehingga RM1,256!
Pembeli juga bakal menikmati ganjaran berupa hadiah percuma pada Karnival Huawei AppGallery 2020 di mana hadiah cabutan bertuah sempena Karnival berkenaan berupa sebuah kereta Proton X70.
Bersesuaian dengan keupayaan teknologi inovatif dan reka bentuk terkini, Siri HUAWEI nova 7 terbaharu dicipta untuk pengalaman terbaik kepada pengguna dengan kesemua penampilannya yang begitu mengasyikkan.
Pengurus Jenama Huawei nova, Isabel Koh hanya inginkan masa anda empat minit sahaja bagi memberi gambaran terbaik mengapa model terbaharu dalam keluarga nova ini mampu mencerikan kehidupan harian anda. Segalanya akan terungai bila anda menonton video di bawah ini:
7 sebab mengapa anda tidak mampu menolak godaan Huawei nova 7
1. Warna penuh bergaya sesuai dengan keunikan personaliti anda
3
Tarikan utama bagi mereka yang mementingkan penampilan kepada dunia media social mereka, Huawei nova 7 SE terbaharu ini tampil dengan pelbagai warna yang pasti mengujakan pandangan mata. Dilengkapi dengan lamina warna, model Silver Space memaparkan rekaan tiga kecenderungan warna unik yang melalui proses penciptaan terkini, menghasilkan model Siri Huawei nova 7 memiliki kilauan pada perseptif berbeza. Warna-warna lain termasuklah Crush Green dan Midsummer Purple. Jadi anda tak perlu pening kepala untuk mencari sarung telefon pintar yang sentiasa kelihatan cantik dan memukau pandangan mata.
2. Lebih ringan daripada alat solek anda
4
Huawei amat mementingkan aspek berat kepada setiap telefon pintar keluaran mereka – kerana isu berat ini mempengaruhi keselesaan untik membawanya. Namun dalam membangunkan telefon pintar lebih ringan dan kecil, Huawei tidak pernah mengabaikan aspek keupayaan peranti itu sendiri.
Matlamat utama Siri Huawei nova 7 adalah untuk menghasilkan telefon bimbit yang berprestasi tingggi dan keupayaan fotografi terbaik dengan rentuk bentuk ringan serta nipis.
Oleh itu ini Siri Huawei nova 7 menampilkan reka bentuk sentris yang lebih minimum bagi perisian dan peralatan dalamannya bukan hanya bagi meningkatkan prestasi tetapi juga mengurangkan ruang penggunaan dalam pemproses telefon pintar berkenaan sehingga mengecilkan saiz paparan induk sesuai dengan reka bentuk yang ringan lagi nipis. Kini Siri Huawei nova 7 jadi lebih ringan berbanding alat solek anda!
3. Rakam lebih jelas dengan kamera 64MP AI Quad Camera
5
Kamera adalah kelengkapan penting dalam setiap telefon pintar masa kini. Tidak kira sama ada untuk merakam saat-saat manis bersama keluarga mahupun untuk keperluan peribadi lain, pretasi kamera adalah elemen penting bagi mereka yang ingin membeli telefon pintar baharu.
Siri Huawei nova 7 disokong kuasa pemprosesan Kirin 820’s dan keupayaan AI yang kuat bagi memastikan penghasilan fotografi yang berkuaiti tinggi, rakaman waktu malam yang hebat dan kualiti video 4K yang jelas. Semuanya kerana kehebatan dan keistimewaan kamera 64MP(megapixels) AI Quad pada telefon pintar ini.
Bukan itu sahaja, Siri Huawei nova 7 memenuhi kesemua keperluan untuk fotografi terbaik kerana lensa ultra wide-angle, lensa makro dan lensa bokeh.
Golongan pengguna muda Huawei memang gemar berswafoto. Jadi bagi memenuhi keinginan mereka, Siri Huawei nova 7 dilengkapi kamera depan 16MP (megapixels) digabungkan dengan aperture besar f/2.0 bersama pixel bersaiz of 1.0 um, membolehkan ia merakam lebih banyak cahaya dan swafoto lebih jelas. Kamera depan juga disokong oleh Super Night Selfie 2.0 untuk rakaman swafoto bersama pencahayaan lebih rendah.
Gangguan juga dikawal oleh BM3D algorithms, di mana kejelasan dipacu pula oleh penyusunan bersama pelbagai frame.
Ia hanya mengambil masa dua saat untuk kamera menghasilkan potret yang mengagumkan.
4. Kongsi saat manis bersama Fungsi Dual-View
6
Ketika melancong pastinya anda mahu merakamkan suasana indah di destinasi atau mahu membuat rakaman video majlis kejutan untuk teman rapat anda.
Tapi, bagaimana anda melakukannya? Menghentikan rakaman secara berterusan untuk membalikkan kamera dan mengeditnya pasti akan memakan masa lebih lama.
Usah risau, Huawei dapat menyelesaikan masalah anda! Siri Huawei nova 7 baharu disokong oleh Fungsi Video Dual Pandangan yang memberi kelebihan untuk kamera depan dan belakang untuk merakam imej bagi kedua-dua sisi.
Kamera belakang turut merangkumi lensa makro untuk rakaman jarak dekat membolehkan subjek dihasilkan dengan cantik bagi memastikan setiap momen penting tidak terlepas.
5. Selamat tinggal power bank dengan Pengecasan Super Laju 40W nova 7 Series
7
Anda tidak perlu risau jika bateri telefon pintar akan hampir kehabisan kuasa ketika sedang merakam konsert atau bersiar-siar bersama rakan-rakan di pusat membeli belah. Ini kerana Siri Huawei nova 7 dilengkapi dengan bateri bersaiz besar 4000mAh dan Pengecasan Super Laju 40W yang membolehkan telefon pintar anda dicas sebanyak 70 peratus dalam masa 30 minit sahaja.
Jadi, anda boleh bergembira dan menghabiskan masa melakukan banyak perkara dengan bantuan pengecas super laju ini serta sudah tiba masanya untuk anda tinggalkan power bank.
6. Tetapan untuk masa depan: Telefon pintar 5G paling mampu milik di Malaysia
8
Ditetapkan sebagai telefon pintar kelas pertengahan di Malaysia dengan teknologi 5G, Siri Huawei nova 7 amat berbaloi untuk poket anda.
Mana tidaknya, dengan keunikan sentuhan reka bentuk, kualiti fotografi premium, kemampuan prestasi video dan keupayaan tingginya, Siri Huawei nova 7 berharga kurang daripada RM2,000! Tidakkah ia berbaloi kerana anda mendapat segala yang terbaik dengan harga mampu milik.
7. Perkongsian lebih mudah dengan HUAWEI Share dan MeeTime
9
Ada ketikanya kita berdepan kesukaran untuk berkonsi dokumen atau slaid perbentangan semasa mesyuarat mahupun dalam kelas. Bagaimana kita mahu menyelesaikan masalah itu hanya dengan sentuhan di hujung jari?
Siri Huawei nova 7 merupakan penyelesaian terbaik kerana telefon pintar terbaharu ini dilengkapkan dengan MeeTime yang disokong oleh panggilan video berkualiti 1080p FHD antara peranti Huawei.
Dengan kelebihan teknologi pengenalan wajah Huawei mengoptimumkan kualiti gambar untuk meningkatkan persembahan pencahayaan rendah dalam memastikan kecerahan pada subjek.
Disamping Huawei Share yang memaparkan ciri perkongsian fail, pengguna boleh merasai pengalaman kelancaran pengalihan fail-fail antara dua peranti.
HUAWEI FreeBuds 3i – Tinggal pakai dan sedia untuk disambung dengan Siri HUAWEI nova SE
10
HUAWEI FreeBuds 3i yang terbaharu dan dipertingkatkan ini datang dalam bentuk kon yang ergonomic bagi penggunaan berpanjangan yang selesa. Bakal dilancarkan pada 19 Jun, ia boleh disambungkan dengan Huawei nova 7 SE dan berharga RM399.
Huawei AppGallery
Dengan semua ciri luar biasa ini untuk memberikan anda pengalaman moden, menghiburkan dan memuaskan untuk hampir keseluruhan aplikasi kegemaran seperti Maybank2U, Shopee, Lazada, Facebook dan lain-lain yang digunakan oleh masyarakat Malaysia tersedia di Huawei AppGallery bersama Huawei nova 7 Series sekarang.
Salah satu perayaan terbesar, Karnival Huawei AppGallery 2020 kini kembali!
Bermula pada 19 sehingga 30 Jun ini, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan pelbagai tawaran hebat dan berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah bernilai sehingga RM2 juta menanti anda!
Tawaran menarik ini boleh direbut di semua Kedai Pengalaman Huawei (HES), Ganjaran hadiah yang luar biasa ini termasuk juga tiga Proton X70s dan 500 skuter elektrik sedia menanti pelanggan bertuah.
Jika tidak boleh menunggu sehingga 19 Jun, anda boleh pergi ke HUAWEI Store
Jadi, tunggu apa lagi? Rebut peluang ini dan anda mungkin pulang dengan memandu kereta baharu!
Ganjaran Huawei Member Center
Ada lagi berita menggembirakan buat peminat Huawei! Dengan setiap pembelian Huawei nova 7 SE, pelanggan dapat menikmati hidangan enak bernilai lebih dari RM1000!
Dengan rakan kongsi seperti AirAsia Big, Baskin Robbin’s, Domino’s Pizza, Puma, Texas Chicken, Lazada dan banyak lagi, Huawei nova 7 SE memiliki nilai ganjaran berterusan.
Huawei juga mempunyai satu lagi hadiah iaitu Baucer Diamone Royale
2. Pergi ke https://reward.ff.garena.com > Log masuk ke akaun Fire Free anda > Masukkan kod penebusan > Klik ‘Confirm’
Kunjungi Kedai Huawei atau Kedai Pengalaman Huawei (HES) terdekat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Huawei nova 7 SE.
11
Lebih menarik lagi, Huawei turut melancarkan pelan ansuran bermula dari RM5.20 sehari untuk meringankan bebanan poket anda. https://huaweitogether2020.3ex.com.my/
Tandakan kalendar anda dan tetapkan peringatan kerana semua ini akan berlaku mulai 19 Jun di seluruh negara!
12
Maklumat lanjut mengenai Huawei nova 7 Series, layari HUAWEI NOVA 7 SE
SEKTOR kewangan Islam Malaysia dijangka mengekalkan pertumbuhan dua digit sehingga mencecah hampir RM3 trilion pada tahun 2020 di bawah Pelan Induk Pasaran Modal kedua.
Pengerusi Bursa Malaysia Bhd, Tan Sri Abdul Wahid Omar berkata, industri dana Islam negara mempamerkan pertumbuhan yang memberangsangkan.
Menurutnya, setakat Mac tahun ini, dana syariah bernilai RM170 bilion mewakili 23 peratus daripada jumlah industri aset di bawah pengurusan (AUM) sementara nilai aset bersih unit (NAV) dana amanah syariah berjumlah RM99 bilion mewakili kira-kira 23 peratus daripada keseluruhan industri NAV.
“Promosi berterusan oleh industri pengurusan aset dapat membantu menyumbang kepada kesedaran lebih besar mengenai pelaburan syariah kepada sekumpulan pelabur yang lebih luas.
“Terdapat peluang yang lebih jauh untuk inovasi dan pengembangan produk bagi menyediakan rangkaian produk berasaskan syariah yang lebih meluas untuk industri ini,” katanya dalam ucaptama pada Persidangan Maya Pelaburan Shariah 2020 di Kuala Lumpur di sini hari ini.
Beliau berkata, Malaysia diakui semua sebagai yang terdepan dalam kewangan Islam menjadi peneraju dalam mempromosikan proposisi yang bertanggungjawab secara sosial berdasarkan nilai bersama dengan kewangan Islam.
Negara ini adalah pasaran ketiga terbesar bagi produk kewangan Islam global dan penerbit sukuk terbesar di dunia.
Pada 2019, Malaysia menduduki tempat pertama dari segi dana Islam AUM dengan 34 peratus penguasaan global.
Bursa Malaysia juga berjaya mengukuhkan kedudukan sebagai pemimpin global untuk penyenaraian dan pelaburan syariah. – Bernama
Hino Motors Sales Sdn Bhd (Hino Malaysia) telah menjalin kerjasama dengan Handal Indah Sdn Bhd (Handal Indah) untuk menguji bas mini lantai rendah model Hino Poncho di Johor Bahru, Johor.
Bas mini sepanjang tujuh meter itu akan digunakan untuk operasi percubaan selama sebulan bermula dari 15 Jun sehingga 12 Julai ini di kawasan kendalian Harta Indah melibatkan Laluan 10B iaitu Bandar Johor Bahru, Sentosa, Pandan, Taman Daya dan Taman Setia Indah.
Pengarah urusan Hino Malaysia, Atsushi Uchiyama berkata, Hino Poncho adalah penyelesaian untuk meluaskan laluan baharu yang tidak dapat diakses kerana ketiadaan bas mini lantai rendah.
“Saiznya yang kecil menjadikannya mudah bergerak melalui jalan bandar yang sempit dan kawasan perumahan.
“Lantainya yang rendah pula memudahkan penumpang warga emas, kanak-kanak dan orang kurang upaya berkerusi roda menaikinya,” katanya dalam satu kenyataan kelmarin.
Hino merupakan pengeluar jentera berat dan ringan komersial yang berasal dari Jepun manakala Handal Indah pula ialah syarikat pengendali pengangkutan awam yang menguruskan perkhidmatan bas Causeway Link di Johor Bahru.
Kedua-dua syarikat berkenaan pernah bekerjasama melakukan percubaan bas lantai rendah hibrid sepanjang 10.5 meter di Iskandar Puteri pada 2017.
Atsushi berkata, pihaknya teruja kerana dapat bekerjasama sekali lagi dengan Handal Indah untuk menyokong sistem pengangkutan awam yang bersih dan ekonomik.
“Ia merupakan pilihan yang jelas untuk bekerjasama sekali lagi dengan Handal Indah untuk percubaan Hino Poncho di Johor Bahru,” katanya.
KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi hari ini dan seiring dengan prestasi semalaman Wall Street yang kukuh.
Pada 9.05 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 8.0 mata kepada 1,525.71 daripada paras 1,517.71 pada Selasa.
Indeks utama itu dibuka 10.27 mata lebih tinggi kepada 1,527.98.
Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi rugi iaitu 334 berbanding 79 manakala 233 lain tidak berubah, 1,271 tidak didagangkan dan 19 lain digantung.
Jumlah dagangan sebanyak 453.21 juta unit bernilai RM177.89 juta.
Dalam nota penyelidikan hari ini, Rakuten Trade berkata, FBM KLCI kekal pada landasan kukuh dengan jangkaan berada dalam lingkungan 1,515 hingga 1,525 pada hari ini.
“Bagaimanapun, ramai yang terus mengikuti rapat perkembangan di Semenanjung Korea ketika ketegangan terus meruncing,” katanya.
Pasaran saham AS mencatat pergerakan tidak menentu semalam sebelum ditutup lebih tinggi susulan sentimen optimis dengan harapan ekonomi mampu pulih tidak lama lagi.
Indeks Purata Dow Jones didagangkan dalam julat 800 mata namun ditutup menokok 526 mata sekitar 26,300.
“Oleh itu, kami percaya pasaran serantau akan terus mencatat peningkatan ketika momentum belian tidak terjejas,” kata Rakuten Trade.
Saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank dan Petronas Chemicals masing-masing untung empat sen kepada RM7.80 dan RM6.59, Public Bank meraih enam sen kepada RM16.48, Top Glove meningkat 16 sen kepada RM16.12, Maxis naik satu sen kepada RM5. 32 namun IHH Healthcare tidak berubah pada RM5.43 dan TNB rugi empat sen kepada RM11.96.
Bagi saham aktif, Vsolar dan Opensys masing-masing naik setengah sen kepada 5.5 sen dan 68.5 sen, KNM naik 1.5 sen kepada 24.5 sen, Velesto dan Icon Offshore tidak berubah pada 16 sen dan 12.5 sen, Ucrest dan Bumi Armada turun setengah sen kepada 20.5 sen dan 24 sen.
Di papan indeks menyaksikan Indeks FBM Emas menokok 64.67 mata kepada 10,732.61, Indeks FBMT 100 meningkat 62.72 mata kepada 10,590.79 dan FBM 70 meraih 107.32 mata kepada 13,186.4.
Indeks FBM Emas Shariah meningkat 60.76 mata kepada 12,163.28 manakala FBM ACE naik 83.17 mata kepada 5,980.3.
Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menokok 0.37 mata kepada 136.14, Indeks Perladangan meningkat 38.68 mata kepada 6,785.71 manakala Indeks Perkhidmatan Kewangan menambah 76.86 mata kepada 13,157.98. – Bernama
HUAWEI bakal memperkenalkan telefon pintar baharunya, Huawei Nova 7 series 5G yang menjanjikan pengalaman digital yang lebih menarik pada 19 Jun dengan harga dari RM1,499.
Ciri-ciri terkini yang terdapat pasti telefon pintar terbaharu ini pastinya akan menjadi telefon pintar 5G yang paling mampu milik oleh pengguna di Malaysia.
Huawei AppGallery – Lebih Selamat, Lebih Storan, Lebih Ganjaran
Telefon pintar terbaharu dalam kelas Nova ini bakal dilengkapi dengan Huawei AppGallery yang akan memudahkan anda memuat turun pelbagai aplikasi kegemaran anda kerana ia merupakan aplikasi ketiga terbesar.
Huawei App Gallery turut menerima pensijilan industri dan keselamatan terbaik di bawah CC EAL5.
Pengguna juga boleh beralih ke wilayah berlainan untuk memuat turun aplikasi yang hanya dikhususkan kepada negara tertentu sahaja.
Sebagai contoh: Jika hanya eksklusif di China, tetapi anda masih boleh memuat turun dengan beralih wilayah anda ke China.
Huawei Cloud Storage menawarkan penyimpanan data secara percuma sehingga 50GB untuk 12 bulan*.
Lebih menarik lagi, sistem ganjaran yang diberikan Huawei AppGallery apabila memuat turun aplikasi kegemaran membolehkan pengguna menebus hadiah menarik di Huawei AppGallery Gift Centre dengan menambah mata ganjaran Huawei.
Huawei Phone Clone
ikut susunan pix mcm yg akk dah letak dalam teks yaaa – katanya client xmo kapsyen.. huhu.. cuba tgk ok x
Jika anda mengimpikan memiliki Huawei Nova 7 Series ini, tidak perlu risau untuk memindahkan data daripada telefon pintar lama kerana aplikasi Huawei Phone Clone akan memudahkan kerja anda.
Jadi semua data penting seperti nombor telefon, foto-foto dan video kesayangan dapat disalin dengan lancar.
Tak kisah sama ada anda pengguna iOS ataupun Android kerana Huawei Phone Clone dapat disesuaikan dengan telefon pintar anda mengikut jenama.
Ia boleh memuat turun aplikasi percuma daripada Google Play mahupun Apple Store.
Proses pemindahan data pula cukup pantas ehingga boleh mencapai kelajuan 1GB dalam masa seminit.
Huawei Phone Clone juga tidak memerlukan Wi-Fi atau data – Hanya menggunakan kod QR atau lokal hotspot pada telefon pintar baharu. Sedia untuk melakukan pindahan.
Huawei FindApps
Begitu juga kalau anda mahu memuat turun aplikasi kegemaran seperti Facebook, Instagram, Telegram dan sebagainya ke dalam telefon pintar baharu Huawei Nova 7 Series, aplikasi FindApp dalam Huawei AppGallery boleh menolong anda mencari kesemua aplikasi tersebut.
Terdapat ribuan aplikasi dalam Huawei AppGallery dan jika anda tidak dapat mencari aplikasi yang diingini, jangan risau kerana anda boleh menyelesaikan dengan memuat turun APKs.
Anda boleh memuat turun secara terus APKs dengan menggunakan Huawei Browser atau melalui storan aplikasi pihak ketiga seperti Aptoide atau Aurora.
Tonton video di bawah untuk mengetahui lebih tentang Huawei AppGallery:
Berikut gambaran awal yang sesuai untuk menggambarkan kehebatan Huawei Nova 7 Series – Berwarna bergaya, ringan lagi nipis, kualiti kamera terbaik, telefon pintar 5G mampu milik dan pengalaman berhubung lebih jelas, bateri 4000mAh, dan MeeTime.
Secara ringkas, HUAWEI Siri nova 7 didatangkan dengan tiga variasi warna iaitu Space Silver, Crush Green dan Midsummer Purple.
Rekaannya cukup minimal dan sangat ringan. Dengan sokongan pemprosesan Kirin 820 5G, ia disertakan dengan liputan 5G, mutu foto dan kualiti video 4K yang mengkagumkan.
Dilengkapi dengan bateri 4000mAh dan 40W HUAWEI SuperCharge, kita dapat mengecas dengan cepat iaitu 70% dalam masa 30 minit.
Dengan teknologi 5G yang ada membuatkan telefon bimbit ini menjadi telefon bimbit 5G paling murah dan mampu milik. Yang paling penting, ia disertakan dengan aplikasi MeeTime yang membolehkan kita mengadakan panggilan video dengan mutu yang berkualiti.
Huawei Share yang memaparkan ciri perkongsian fail, pengguna boleh merasai pengalaman kelancaran pengalihan fail-fail antara dua peranti.
Tonton video di bawah untuk mengetahui lebih mengenai siri Huawei nova 7 yang baharu ini!
Tunggu apa lagi? Layari HUAWEI untuk mengetahui NOVA 7 Series dengan lebih lanjut.
POS Malaysia Bhd (Pos Malaysia) mencatatkan kerugian bersih yang rendah sebanyak RM49.2 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac, 2020 berbanding RM141.1 juta bagi tempoh yang sama tahun lepas.
Perolehan merosot 6.1 peratus kepada RM558.5 juta.
Dalam kenyataan hari ini, kumpulan itu berkata perolehan segmen pos daripada produk mel dan runcit adalah sebanyak RM190.3 juta, diikuti RM178.8 juta bagi kurier.
Jelasnya, semakan semula kadar pos, berkuatkuasa 1 Februari lepas yang sejajar dengan peningkatan kos operasi dan kadar antarabangsa, menyumbang secara positif kepada perolehan segmen pos.
Kumpulan itu mencatat peningkatan perolehan bulanan sebanyak RM11 juta bagi perniagaan mel pada Februari 2020, namun jumlah mel merosot pada Mac 2020 akibat pandemik Covid-19.
Menurutnya, perniagaan kurier turut menyaksikan kenaikan jumlah bungkusan sebanyak 6.7 peratus tahun ke tahun, disumbangkan oleh permintaan memberangsangkan daripada pasaran dalam talian dan e-dagang.
Katanya, segmen penerbangan menyumbang perolehan RM62.8 juta kepada kumpulan, terutamanya daripada perniagaan kargo dan pengendalian darat, manakala perolehan segmen logistik sebanyak RM75.5 juta disumbangkan khususnya oleh perniagaan pengendalian pengangkutan dan automotif.
Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Syed Md Najib Syed Md Noor berkata, transformasi Pos Malaysia yang sedang dilaksanakan, terus menunjukkan kemajuan dengan segmen pos mencapai keuntungan kasar lebih baik apabila syarikat mula merealisasikan manfaat daripada penambahbaikan operasi, kecekapan kos dan inisiatif perniagaannya.
“E-dagang telah dan akan terus memacu segmen kurier. Penghantaran adalah elemen utama dalam perjalanan pelanggan e-dagang, dan kami yakin automasi pusat penyusunan bungkusan dan usaha pendigitalan kami dalam menggunakan sistem kesan dan jejak yang baharu akan memberikan kami kelebihan daya saing dan meningkatkan pengalaman pelanggan,” katanya.
Mengenai masa depan, kumpulan itu berkata kesan kadar semakan semula pos akan mengurangkan impak kewangan akibat kekurangan jumlah mel dan meningkatkan perolehan Pos Malaysia bagi tahun kewangan 2020.
Ia turut menjangkakan kenaikan perolehan tahunan antara RM100 juta hingga RM150 juta dalam perniagaan mel berbanding tahun sebelumnya.
Pembukaan semula perniagaan terutamanya pengendali mel pukal dan peningkatan jumlah kemasukan individu ke cawangan Pos Malaysia dijangka menambah baik perniagaan mel dan runcit kumpulan, katanya. – Bernama
RINGGIT ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini apabila para pelabur kembali mencari mata wang selamat berikutan minat risiko yang menurun.
Pada jam 6 petang, ringgit berada pada 4.2730/2780 berbanding 4.2650/2700 pada paras penutup Jumaat minggu lepas.
Menurut laporan, sentimen positif terhadap dolar AS muncul selepas para pelabur menilai semula unjuran ekonomi yang negatif oleh Rizab Persekutuan Amerika Syarikat pada mesyuaratnya minggu lepas, di samping kebimbangan akan gelombang kedua pandemik Covid-19.
Ketua Pakar Strategi Global AxiCorp, Stephen Innes berkata, harga minyak yang lemah juga menjejaskan prestasi ringgit.
Penanda aras minyak mentah Brent bagi kontrak Ogos turun 0.72 peratus untuk diniagakan pada AS$38.45 setong.
“Selain itu, saya fikir pelabur sedang menilai semula data Covid-19 dan berusaha merangka pelan baharu,” katanya kepada Bernama.
Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding kumpulan mata wang utama lain.
Unit tempatan susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0620/0662 daripada paras penutup 3.0706/0753 pada Jumaat, tetapi meningkat kepada 5.3571/3655 daripada 5.3944/3024 berbanding pound Britain.
Ringgit turun berbanding yen Jepun kepada 3.9816/9870 daripada 3.9663/9717, tetapi meningkat berbanding euro kepada 4.8067/8128 daripada 4.8280/8353. – Bernama
KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka rendah hari ini dengan ekonomi global terus tertekan ekoran kebimbangan mengenai kemunculan semula gelombang jangkitan baharu pandemik koronavirus (Covid-19).
Pada jam 9 pagi, ringgit disebut harga pada 4.2770/2850 berbanding 4.2650/2700 yang dicatatkan pada Jumaat.
Seorang penganalisis berkata, prestasi itu berikutan peningkatan ketara kes yang dicatatkan di pasar borang terbesar Beijing berikutan pembukaan semula ekonomi selepas ditutup selama dua bulan.
Selain daripada Beijing, Tokyo turut melaporkan kes jumlah harian baharu Covid-19 meningkat kepada 47, jumlah tertinggi sejak 5 Mei, sementara di Amerika Syarikat (AS), gabenor New York Andrew Cuomo memberi amaran kepada penduduknya akan berlakunya gelombang kedua Covid-19.
“Pada Jumaat, Rizab Persekutuan AS turut membayangkan keadaan ekonomi yang suram dengan mengisytiharkan sistem kewangan negara masih lagi berada dalam tekanan ekoran pandemik Covid-19 dan situasi masih tidak menentu untuk kembali kepada mencatatkan pertumbuhan dan pasaran buruh yang kukuh,” kata beliau.
Di pasaran tempatan, meskipun, sentimen positif kian meningkat ekoran berkurangnya jangkitan dalam kalangan orang tempatan untuk Covid-19, kebimbangan untuk ia muncul semula masih tinggi kerana hampir keseluruhan ekonomi telah kembali memulakan aktiviti masing-masing.
“Sehingga situasi benar-benar terkawal, pasaran akan terus terkesan dengan senario yang berlaku sekarang ini,” kata beliau.
Sementara itu, ringgit diniagakan tinggi berbanding kelompok mata wang utama lain.
Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0649/0717 daripada penutup Jumaat 3.0706/0753, dan meningkat kepada 5.3454/3571 daripada 5.3944/3024 pound Britain.
Bagaimanapun, mata wang tempatan agak rendah berbanding yen Jepun kepada 3.9894/9979 daripada 3.9663/9717 dan mengukuh berbanding Euro kepada 4.8091/8498 daripada 4.8280/8353. – Bernama
AIRASIA melanjutkan tempoh jualan Pas Tanpa Had Cuti-Cuti Malaysia selama dua hari lagi sehingga 15 Jun 2020 susulan permintaan yang luar biasa.
Syarikat penerbangan tambang rendah itu berkata, sejak dilancarkan pada 11 Jun, lebih 12,000 penerbangan telah ditebus dengan penebusan penerbangan pertama dilakukan pada tujuh minit selepas pas tersebut mula dijual.
“Destinasi utama yang menjadi pilihan ialah Kuching dan Kota Kinabalu selain Tawau, Sibu dan Pulau Pinang, sementara itu setakat ini jumlah penebusan penerbangan tertinggi dibuat bagi Julai dan Ogos,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.
AirAsia berkata, pas yang ditawarkan pada harga RM399 itu membolehkan pemegangnya menebus penerbangan tanpa had dalam Malaysia ke 16 destinasi untuk tempoh perjalanan sehingga 31 Mac 2021.
Layari airasia.com/deals untuk membeli pas tersebut.
Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat berkata, pihaknya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak atas sokongan dan semangat mereka dalam membantu memacu dan mempercepat pemulihan pelancongan domestik.
“AirAsia berbangga kerana dapat membantu perkembangan ekonomi dengan tambang nilai hebat kami, terutama pada masa yang mencabar ini,” katanya dalam kenyataan yang sama.
Beliau juga menasihatkan penumpang supaya mengikuti semua nasihat perjalanan udara baharu termasuk memakai pelitup hidung dan mulut setiap masa dan membersihkan diri dengan kerap.
Selain itu penumpang juga perlu menggunakan prosedur tanpa sentuhan AirAsia, tiba di lapangan terbang sekurang-kurangnya tiga jam sebelum penerbangan dan membuat pra tempah makanan panas secara dalam talian, katanya.
AirAsia berkata, kesihatan dan kesejahteraan penumpang adalah keutamaan syarikat.
Di samping mematuhi nasihat dan peraturan yang ditetapkan kerajaan dan pihak berkuasa kesihatan, AirAsia juga telah melaksanakan prosedur tanpa sentuhan sepanjang perjalanan dan langkah-langkah keselamatan baharu serta kemudahan untuk mereka yang berisiko bagi memastikan keselamatan untuk semua. – Bernama