Blog

  • Bursa Malaysia dibuka melepasi paras 1,500

    Bursa Malaysia dibuka melepasi paras 1,500

    BURSA Malaysia dibuka rendah tetapi pulih selepas itu dengan indeks utama urus niaga melepasi paras 1,500, disokong oleh pembelian berterusan di kaunter perladangan dan penjagaan kesihatan.

    Pada jam 9.15 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 1.187 mata kepada 1,508.44 berbanding 1,507.26 ketika ditutup pada Jumaat.

    Indeks utama dibuka 1.31 mata lebih rendah pada 1,505.95.

    Di pasaran lebih luas, kaunter untung mengatasi rugi dengan 264 berbalas 246, sementara 293 kaunter tidak berubah, 1,129 tidak diniagakan dan 18 lain digantung.

    Jumlah dagangan ialah sebanyak 682.51 juta unit bernilai RM337.31 juta.

    Malacca Securities dalam nota penyelidikannya berkata, ia menjangkakan pemulihan pada sesi penutup minggu lepas bukan satu kelaziman kerana para pelabur mungkin mengambil peluang untuk mengaut keuntungan segera di celah-celah kebimbangan berlanjutan terhadap peningkatan kes koronavirus (Covid-19).

    “Bagaimanapun, sekiranya paras psikologi 1,500 terus bertahan, kami berpendapat pemulihan akan menguatkan indeks utama menjuruskan kepada zon pengukuhan dengan paras halangan semerta pada 1,550. Pada sisi lain, paras sokongan kekal pada 1,490, diikuti dengan 1,460,” katanya.

    Sementara itu, firma penyelidikan itu turut menyatakan tambahan RM942 juta dalam diskaun dan rebat bil elektrik pengguna di bawah Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan dapat mendorong saham pengguna, disokong oleh pendapatan boleh guna yang tinggi.

    Dalam pada itu, Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) bernilai RM46 bilion yang mendapat kelulusan pihak berkuasa, dapat memberi dorongan kepada sektor pembinaan dan pemaju hartanah terpilih yang mempunyai tapak kukuh di Pulau Pinang, tambahnya.

    Saham berwajaran tinggi menyaksikan Maybank susut tiga sen kepada RM7.63, sementara TNB menokok empat sen kepada RM11.84, Public Bank menambah lapan sen kepada RM16.66 dan Petronas Chemicals dan IHH Healthcare, masing-masing lebih tinggi sebanyak 10 sen kepada RM6.37 dan RM5.50.

    Bagi saham paling aktif, MQ Technology dan Key Alliance, masing-masing naik satu sen kepada enam sen dan 8.5 sen, Careplus menokok lima sen kepada RM1.46 sementara KNM tidak berubah pada 24.5 sen.

    Di papan indeks pula, Indeks FBM Emas untung 13.78 mata kepada 10,614.38, Indeks FBMT 100 naik 9.67 mata kepada 10,459.15 dan FBM 70 melonjak 17.92 mata kepada 12,974.44.

    Indeks FBM Emas pula menambah 28.30 mata kepada 12,030.38, FBM ACE meningkat 55.73 mata kepada 6,108.59.

    Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian mengukuh 0.45 mata kepada 135.64, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 11.93 mata kepada 12,966.32, manakala Indeks Perladangan turun 36.36 mata kepada 6,761.19. – Bernama



    Sumber

  • YWUI kumpul sahabah al-Quran digital MY#QuranTime

    YWUI kumpul sahabah al-Quran digital MY#QuranTime

    SHAH ALAM – Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (YWUI) mengumpulkan sahabah al-Quran digital MY#QuranTime untuk menyebarkan maklumat tentang My#QuranTime yang sedang berlangsung di TV Alhijrah menerusi platform media sosial dengan lebih meluas.

    Ketua Pegawai Eksekutif YWUI, Marhaini Yusoff berkata, jumlah pengikut platform media sosial rasmi rancangan itu yang berjumlah lebih 38,000 orang dimanfaatkan dengan buat pertama kalinya sebilangan kecil daripada mereka dihimpunkan.

    “Hari ini (semalam) kita kumpulkan kira-kira 20 orang sahabah al-Quran digital dengan tumpuan diberikan kepada mereka yang aktif menerusi media sosial seperti Facebook, WhatsApp dan Telegram.

    “Kita nampak pentingnya peranan sahabah al-Quran yang pandai platform digital untuk menyebarkan maklumat supaya ia tular dan mendorong lebih ramai orang untuk mengikuti rancangan MY#QuranTime yang disiarkan secara langsung setiap hari,” katanya kepada Sinar Harian pada Program Jemputan Sahabah Al-Quran Digital MY#QuranTime di Kumpulan Karangkraf di sini hari ini.

    Hadir sama, Pengasas YWUI merangkap Pengerusi TV Alhijrah, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub yang turut menyampaikan penerangan mengenai visi dan misi YWUI dan latar belakang MY#QuranTime.

    Mengulas lanjut, Marhaini berkata, dengan inisiatif mengumpul dan memberi penerangan tentang program MY#QuranTime kepada sahabah al-Quran digital itu, pihaknya berharap gerak kerja mereka akan lebih tersusun.

    “Ini adalah program di bawah MY#QuranTime yang pertama kali kita buat secara berkumpulan selepas kerajaan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu untuk memutuskan rantaian penularan wabak koronavirus (Covid-19).

    “Jadi kita nak pastikan maklumat yang disebarkan adalah maklumat yang rasmi berdasarkan rancangan ini setiap hari yang merangkumi sinopsis ayat al-Quran yang dibaca, perkataan pilihan, tajwid dan resolusi,” katanya.

    Hussamuddin

    Hussamuddin

    Selain itu katanya, pihaknya ingin berkongsi rentetan perjalanan dan bagaimana wujudnya rancangan MY#QuranTime yang bertitik tolak daripada program penyelidikan dan pembangunan (R&D) oleh pihaknya sebelum ditadabbur oleh Ustaz Fazrul Ismail.

    Marhaini berkata, R&D yang dilakukan mendapat kerjasama lima ilmuan al-Quran dan sunnah daripada tiga universiti iaitu Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Sains Islam Malaysia.

    “Semasa program MY#QuranTime bersiaran langsung, kita ada buat kawalan kualiti iaitu kalau ada kesilapan ustaz (ilmuan) akan segera perbaiki sebelum siaran ulangan atau kita terus sebut kesilapan yang dilakukan agar ia dapat diperbetul,” katanya.

    Rancangan MY#QuranTime bersiaran setiap jam 12 tengah hari hingga 1 petang dan diulang tayang sebanyak tiga kali sehari.

    Platform rasmi program itu adalah menerusi Facebook Sahabat AlQuran MY #QuranTime, MY #QuranTime, Intstagram @myqurantimeofficial dan Youtube MY QuranTime Official.

    Sementara itu, Hussamuddin berkata, pihaknya percaya pengaruh yang ada pada sahabah al-Quran digital akan dapat membantu menyebarkan maklumat mengenai program itu ke arah misi menQurankan bangsa, mengIkhlaskan ummah.

    “Gerakan ini akan menyelamatkan ummah. Ia sebuah gerakan Islam dan kita cipta sinergi yang disejajarkan dengan dengan visi YWUI supaya orang Islam faham al-Quran.

    “Dalam misi menQurankan bangsa itu, kita mahu ibu bapa mulakan tunjuk minat dahulu agar ia boleh menjadi contoh kepada anak-anak mereka,” katanya.

    Marhaini memberi penerangan mengenai program MY#QuranTime yang dilaksanakan kepada sahabah al-Quran digital.

    Marhaini memberi penerangan mengenai program MY#QuranTime yang dilaksanakan kepada sahabah al-Quran digital.



    Sumber

  • AirAsia tambah penerbangan destinasi popular termasuk Langkawi

    AirAsia tambah penerbangan destinasi popular termasuk Langkawi

    KUALA LUMPUR – Syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia Bhd akan menambah kekerapan penerbangannya bagi laluan destinasi pilihan ramai ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) termasuk Langkawi, Kota Kinabalu, Kuching dan Pulau Pinang.

    Ketua Pegawai Eksekutifnya Riad Asmat berkata, ini meliputi laluan Kuala Lumpur ke Langkawi, Kuching dan Kota Kinabalu serta dari Johor Bahru ke Kuching dan Pulau Pinang.

    Bagaimanapun, jumlah sebenar penerbangan tambahan bagi Julai akan diumumkan kemudian, katanya.

    “Kami menyaksikan permintaan yang menggalakkan bagi pengembaraan domestik sejak menyambung semula operasi penerbangan.

    “Oleh itu, kami akan terus memantau permintaan itu dan diharapkan dapat beransur-ansur meningkatkan kekerapan penerbangan dari hab lain seperti Kota Kinabalu, Kuching dan Pulau Pinang di masa depan,” katanya.

    Destinasi domestik lain AirAsia ialah Alor Setar, Ipoh, Kota Bharu, Kuala Terengganu, Miri, Bintulu, Sibu, Sandakan, Tawau serta Labuan.

    Mengulas langkah-langkah keselamatan dalam pesawat, Riad berkata adalah penting bagi AirAsia untuk terus mendidik pengembara mengenai penerbangan selamat dalam usaha membina semula keyakinan bagi melakukan semula perjalanan udara.

    Sehubungan itu, syarikat itu telah melaksanakan pelbagai langkah menerusi fasa berbeza seperti pemeriksaan suhu badan, mensyaratkan bagasi tangan yang terhad, penggunaan penutup hidung dan mulut, prosedur tanpa sentuh bagi semua peringkat, standard kebersihan sewajarnya dan latihan perubatan dalam pesawat untuk anak-anak kapal.

    Menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA), bukti bahawa risiko penyebaran Covid-19 di dalam pesawat juga amat rendah kerana dilengkapi ciri-ciri yang mengurangkan kemungkinan tersebut.

    Penumpang juga berada di tempat duduk yang menjadi halangan kukuh manakala aliran udara dalam kabin ditapis sepenuhnya dengan proses sama diulangi setiap 2-3 minit menggunakan tapisan udara partikel keberkesanan tinggi (HEPA).

    Ini disertakan dengan pendekatan keselamatan bio berperingkat yang meliputi keseluruhan perjalanan penumpang yang dapat meminimumkan lagi kebolehjangkitan dalam pesawat.

    “Menerusi penerangan berterusan yang disalurkan kepada penumpang, kami percaya ini dapat membantu membina keyakinan untuk mereka kembali melakukan perjalanan udara ini,” katanya.

    Menyentuh destinasi antarabangsa, Riad berkata AirAsia akan memulakan semula operasi itu sebaik keadaan pulih dan kerajaan bertindak menarik balik sekatan perjalanan serta sempadan.

    Ditanya mengenai tumpuan AirAsia bagi tempoh enam bulan akan datang, beliau berkata penerbangan itu akan meneruskan usaha untuk mempelbagaikan asas hasil pendapatannya termasuk melaksanakan pendekatan lebih agresif namun mesra pasaran bagi mengembangkan perniagaan digital dan sampingannya seperti Santan, Teleport dan BigPay.

    Selain itu, AirAsia juga akan turut memberi tumpuan menyokong inisiatif kerajaan bagi mempromosikan pelancongan tempatan secara bersama, katanya.

    AirAsia, yang diumumkan sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia bagi kali ke-11 berturut-turut di Skytrax World Airline Awards 2019 baru-baru ini, turut memperluaskan jualan Pas Tanpa Had Cuti-Cuti Malaysia Tanpa Had yang ternyata mendapat sambutan luar biasa.

    Malah, sejak dilancarkan pada 11 Jun lepas, lebih 40,000 penerbangan mendapat penebusan ganjaran itu dengan yang pertama dicapai hanya selepas tujuh minit pas itu mula dijual.

    Pada Khamis lepas, AirAsia mengumumkan kerjasamanya dengan hotel-hotel tempatan bagi menawarkan jaminan harga terbaik dengan penjimatan lebih besar menerusi SNAP – platform kombinasi tempahan penerbangan dan hotel.

    SNAP turut memanfaatkan rangkaian AirAsia yang luas di lebih 160 destinasi dengan sebahagian besarnya adalah laluan unik dan eksklusif untuk memberikan harga penerbangan terbaik.

    Pada masa sama, ia turut menjalin kerjasama langsung dengan hotel-hotel tempatan bagi menawarkan nilai terbaik membabitkan harga bilik penginapan terbabit. – Bernama



    Sumber

  • Pelabuhan Pulau Pinang berpotensi jadi hab pendaratan tuna

    Pelabuhan Pulau Pinang berpotensi jadi hab pendaratan tuna

    BAYAN LEPAS – Pulau Pinang dilihat berpotensi besar sebagai hab pendaratan ikan tuna kerana mempunyai pelbagai kemudahan untuk pendaratan selain lokasi strategik bagi tujuan operasi eksport hasil laut itu.

    Dua pelabuhan di Malaysia disenaraikan sebagai pelabuhan pendaratan tuna oleh vesel yang beroperasi di Lautan Hindi iaitu Dermaga Ayer Dalam (Pelabuhan Pulau Pinang) dan Pelabuhan Langkawi.

    Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, Jabatan Perikanan Malaysia komited memajukan industri tuna di Pulau Pinang yang boleh dibangunkan sebagai sumber kekayaan baharu.

    Menurutnya, sejak tahun lalu, 17 buah vesel penangkapan ikan tuna dan sebuah vesel carrier telah dilesenkan dan beroperasi di Lautan Hindi.

    “Pada tahun ini, kita kekal dengan jumlah vesel yang sama dan hasil tangkapan dicatatkan 2.76 tan metrik (data awalan) dengan nilai anggaran RM35 juta.

    “Daripada jumlah tersebut, pendaratan tuna di Pelabuhan Pulau Pinang mencatatkan 1.56 juta tan metrik dengan nilai anggaran RM25 juta,” katanya pada sidang akhbar di Institut Penyelidikan Perikanan, Batu Maung di sini semalam.

    Katanya, Malaysia perlu terus berdaya saing untuk menarik pemain industri ikan tuna bagi mendaratkan ikan tersebut sebelum dieksport ke negara lain.

    “Jadi yuran pendaratan tuna perlu lebih murah dari Phuket, Thailand selain kemudahan dan perkhidmatan yang lebih baik untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai pelabuhan penting di rantau ini.

    “Kapal-kapal itu boleh mendarat di mana-mana negara Suruhanjaya Tuna Lautan Hindi (IOTC) tetapi jika mendarat di sini, maka cukai yang dikumpulkan akan memanfaatkan ekonomi negara,” katanya.

    Sementara itu, Ronald berkata, aktiviti eksport tuna mencatatkan penurunan sebanyak 30 peratus ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana penularan wabak Covid-19.

    “Masalah utama adalah logistik dan pengedaran ketika PKP dilaksanakan. Sebelum ini terdapat laporan mengenai beberapa masalah tetapi baru-baru ini permintaan semakin meningkat.

    “Pemain industri mengatakan bahawa keadaan itu telah kembali normal,” katanya.



    Sumber

  • Huawei nova 7 SE berharga RM1,499 secara rasmi di pasaran Malaysia hari ini!

    Huawei nova 7 SE berharga RM1,499 secara rasmi di pasaran Malaysia hari ini!

    HUAWEI nova 7 SE yang muncul pertama kali secara rasmi di pasaran Malaysia hari ini, mendapat sambutan hangat daripada pelanggan di seluruh negara.

    Di Kedai Pengalaman Huawei di Sunway Pyramid misalnya, orang ramai beratur panjang seawal pagi semata-mata teruja untuk menyaksikan dan memegang sendiri telefon pintar 5G mampu milik di Malaysia ini.

    Ditawarkan pada harga berbaloi iaitu RM1,499, telefon bimbit berkamera super ini turut disertakan Huawei FreeBuds 3i, pada harga hanya RM399! Bukan itu sahaja, hari ini juga merupakann detik bermulanya Karnival Huawei AppGallery 2020 iaitu antara acara tahunan terbesar anjuran Huawei!

    Huawei menghargai sambutan dan sokongan hangat daripada pelanggan di Malaysia.

    Bagi memastikan keselamatan para pelanggan diutamakan ketika membeli produk Huawei di premis, segala standard operasi telah diimplementasikan dan ia dilihat tetap melonjakkan jualan Huawei nova 7 SE serta mengukuhkan lagi kedudukan Huawei sebagai jenama global.

    Huawei diakui amat komited dalam penghasilan produk berinovasi dan pastinya akan meneruskan usaha memperkenalkan produk terbaik kepada para pelanggan mereka.

    Mari kita soroti kembali sembilan sebab mengapa anda perlu membeli Huawei nova 7 SE dengan klik pautan video di sini: https://youtu.be/Ivr17kvJGMs

    Ganjaran Tiga Kali Ganda apabila anda membeli Huawei nova 7SE

    Dengan setiap pembelian Huawei Nova 7 SE, anda berpeluang menikmati ‘Triple Rewards’! Jadi, tunggu apa lagi?

    1. Beli HUAWEI nova 7 SE dan anda boleh nikmati hadiah percuma bernilai sehingga RM1,256 (Huawei Band 4, Huawei Cloud Storage* – 15GB selama setahun, sarung telefon pintar nova*, Huawei Video* (kategori bawah Dimsum) selama tiga bulan dan ganjaran Member Center bernilai sehingga RM1,000.

    2. Dapatkan hadiah percuma di Karnival Huawei AppGallery 2020 untuk setiap pembelian produk terpilih *.

    3. Berpeluang memenangi satu daripada tiga Proton X70* sebagai hadiah utama untuk Cabutan Bertuah di Karnival AppGallery Huawei.

    *Tertakluk kepada terma dan syarat. Sementara stok masih ada.

    Sertailah peraduan luar biasa ini dari Huawei!

    Anda juga boleh mencuba nasib untuk memenangi Huawei Nova 7 SE yang baharu menerusi peraduan klik, kongsi dan komen yang mudah!

    Inilah cara untuk anda menyertainya:

    1. Lihat video mengenai sembilan sebab utama mengapa anda harus mendapatkan siri Huawei Nova 7

    2. ‘Likes’ halaman Facebook Huawei Malaysia

    3. Kongsi video ini ke profil Facebook anda (tetapkan profil anda kepada umum!)

    4. Beritahu kami tiga ciri kegemaran anda mengenai HUAWEI Nova 7 SE di dalam video ini

    Dengan hanya empat langkah mudah, anda mungkin boleh ‘selfie’ dengan Huawei Nova 7 SE yang baharu! Peraduan berakhir pada 11.59 malam, 21 Jun 2020. Ayuh! Jangan tunggu lagi!Pemenang akan diumumkan pada 24 Jun 2020! Semoga berjaya!

    Huawei AppGallery menghiburkan dan bermanfaat

    Dilengkapkan dengan semua ciri luar biasa untuk memberikan anda pengalaman segar, menghiburkan, dan bermanfaat, kini anda boleh mendapatkan sebahagian besar aplikasi kegemaran seperti Maybank2u, Shopee, Lazada dan banyak lagi dari Huawei AppGallery di Huawei Nova 7 SE sekarang. Anda boleh mendapatkan video untuk dikongsi di platform media sosial anda di sini.

    Raikan Karnival AppGallery Huawei dan rebut peluang menang Proton X70

    Satu karnival terbesar Huawei kini kembali, Karnival AppGallery Huawei akan berlangsung pada 19 hingga 30 Jun ini.

    Jom hadiahkan diri anda dengan tawaran hebat Huawei dan berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah dengan nilai keseluruhan sehingga RM2 juta!

    Semua hadiah tersedia di Huawei Experience Stores (HES) dan antara hadiah yang ditawarkan ialah tiga buah Proton X70 serta 500 buah skuter elektrik.

    Tunggu apa lagi? Susun jadual anda dan anda mungkin akan memandu kereta baharu!

    Ganjaran ahli di Huawei Member Center

    Berita menarik kepada ahli, dengan setiap pembelian Huawei Nova 7 SE di Huawei Member Center, anda akan menikmati ganjaran baucer makanan bernilai RM1,000 bersama rakan kongsi Huawei seperti AirAsia Big, Baskin Robbin’s, Domino’s Pizza, Puma, Texas Chicken, Lazada, Free Fire dan banyak lagi. Tertakluk terma dan syarat.

    Anda boleh yakin bahawa Huawei Nova 7 SE adalah hadiah yang terbaik.

    Miliki Huawei Nova 7 SE tanpa masalah hari ini!

    Sekiranya anda memikirkan gajet baharu tetapi bimbang akan kosnya, jangan risau kerana Huawei mewujudkan program khas, Huawei Together 2020 yang akan membolehkan anda memiliki peranti Huawei yang unggul dengan harga mulai dari RM5.20 sehari, tertakluk pada terma dan syarat.

    Pelan ansuran tanpa faedah ini ditawarkan menerusi rancangan 6 bulan dan 12 bulan.

    Anda bahkan boleh memilih gabungan alat yang sudah dibundel atau menyesuaikan sendiri untuk memenuhi semua keperluan gaya hidup anda.

    Yang paling penting, pelan menarik ini membolehkan anda menampung perbelanjaan bulanan dan anda akan memperoleh faedah untuk kekal berhubung ketika dalam perjalanan, sama ada anda seorang profesional, ahli perniagaan, pekerja atau pelajar.

    Untuk maklumat lebih lanjut mengenai program HuaweiTogether 2020: https://huaweitogether2020.3ex.com.my/

    Tidak perlu tunggu lagi

    Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Huawei Nova 7 SE yang serba baharu atau produk yang lain, kunjungi Huawei Store atau Huawei Experience Stores (HES) yang terdekat hari ini.

    Jangan lupa tanda kalendar anda dan rebut hadiah istimewa hanya dengan Huawei Nova 7 SE.



    Sumber

  • Malaysia Airlines lanjut tawaran tambang fleksibel kelas ekonomi

    Malaysia Airlines lanjut tawaran tambang fleksibel kelas ekonomi

    MALAYSIA Airlines Bhd (MAB) melanjutkan pilihan tawaran tambang fleksibel kelas ekonomi membabitkan rangkaiannya bermula 22 Jun ini, kecuali bagi destinasi Malaysia ke Jepun dan sebaliknya serta Jeddah dan Madinah.

    Pilihan tambang unik itu, Lite, Basic, Flex sebelum ini hanya dihadkan bagi destinasi domestik, ASEAN dan Asia Selatan yang menawarkan aspek fleksibiliti, keselamatan, kelancaran serta pengalaman premium berdasarkan keperluan setiap pelanggan.

    Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airlines, Izham Ismail dalam kenyataan hari ini berkata, susulan keadaan yang beransur-ansur pulih daripada pandemik Covid-19 dan orang ramai kembali menaiki pesawat, Malaysia Airlines berhasrat membawa mereka tanpa perlu ada sebarang rasa bimbang.

    “Malah, sebagai syarikat penerbangan pertama di rantau Asia Pasifik yang memperkenalkan pilihan tawaran tambang fleksibel di rangkaian sedia ada, ini akan membolehkan tambang itu disediakan mengikut keinginan penumpang.

    “Ini termasuk pengalaman tempahan yang mudah berserta hospitaliti Malaysia di dalam serta luar pesawat yang menarik, sekali gus mewujudkan pengalaman perjalanan udara yang lancar dan tanpa tekanan.

    “Ia hanya memperkukuhkan lagi komitmen kita untuk sentiasa mengutamakan penumpang, khususnya dalam tempoh tidak menentu yang menyebabkan penumpang tidak berminat untuk melakukan perjalanan udara. Justeru, menerusi pilihan ini, kita berharap dapat menyuntik rasa yakin serta percaya untuk mereka kembali melakukan perjalanan itu,” katanya.

    Izham berkata, semua penumpang juga berpeluang menikmati kelebihan serta perkhidmatan penuh penerbangan premium serba lengkap dalam tambang yang ditawarkan termasuk bagasi kabin sehingga 7 kilogram, minuman serta makanan/snek percuma selain akses kepada sistem hiburan yang disediakan khas bagi pesawat Malaysia Airlines. – Bernama



    Sumber

  • Goodday sekali lagi diiktiraf Malaysia Book of Records

    KUALA LUMPUR – Goodday Milk mencipta sejarah tersendiri apabila sekali lagi diiktiraf di dalam Malaysia Book of Records setelah berjaya menganjurkan sesi moreh digital terbesar dikenali sebagai 'Kekal

    Sumber

  • Ringgit dibuka rendah hari ini

    Ringgit dibuka rendah hari ini

    RINGGIT dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan ketegangan baharu yang tercetus di antara AS dengan China berkaitan hubungan perdagangan mereka.

    Pada jam 9 pagi, ringgit berada pada 4.2780/2880 berbanding mata wang negara maju itu daripada 4.2750/2800 ketika ditutup semalam.

    Penganalisis berkata ancaman baharu oleh Presiden Donald Trump untuk memutuskan hubungan dengan China dijangka memburukkan lagi ekonomi global yang telah sedia suram disebabkan pandemik Covid-19.

    “Oleh kerana penggunaan berada di paras rendah berikutan peningkatan kadar pengangguran di seluruh dunia, kemelut perdagangan AS-China ini hanya akan merencatkan pemulihan ekonomi terutama di pasaran pesat membangun,” katanya.

    Malaysia merupakan negara yang amat bergantung kepada perdagangan bebas di samping menjadi rakan dagangan bagi AS dan China.

    Semalam, Trump mengulangi ugutannya untuk memutuskan hubungan dengan China, sehari selepas Wakil Perdagangan AS, Robert Lighthizer memberitahu Kongres bahawa beliau tidak melihat pemisahan ekonomi AS dan China sebagai satu opsyen yang berdaya maju.

    Pegawai China pula kekal tidak memberi maklum balas mengenai perkara tersebut.

    Sejak dekad-dekad yang lepas, dagangan global China semakin meningkat kukuh dan setakat 2019, ia menguasai kira-kira 15 peratus bahagian perdagangan dunia bernilai kira-kira AS$5.2 trilion dengan eksport terbesarnya adalah sistem telekomunikasi dan telefon pintar.

    Bagi AS, kategori eksport terbesarnya merangkumi barangan modal diikuti pesawat komersial, jentera perindustrian serta semikonduktor.

    Sementara itu, ringgit diniagakan tinggi kebanyakannya berbanding kumpulan mata wang utama.

    Unit tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0664/0747 daripada 3.0713/0760 ketika ditutup semalam, namun rendah berbanding yen Jepun kepada 4.0004/0109 daripada 3.9942/9996.

    Ringgit juga naik berbanding pound Britain kepada 5.3103/3231 daripada 5.3416/3491 semalam dan stabil berbanding euro kepada 4.7922/8051 daripada 4.8089/8163. – Bernama



    Sumber

  • Bursa Malaysia dibuka rendah

    Bursa Malaysia dibuka rendah

    BURSA Malaysia dibuka rendah hari ini dengan indeks utama mencatatkan prestasi dagangan di bawah paras 1,500 berikutan diseret turun oleh aktiviti penjualan saham berwajaran tinggi terpilih.

    Pada jam 9.05 pagi, penanda aras, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 5.76 mata kepada 1,499.15 daripada 1,504.91 ketika ditutup pada Khamis.

    Indeks itu dibuka 6.95 mata lebih rendah pada 1,497.96.

    Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 167 berbanding 162 manakala 224 kaunter tidak berubah, 1,398 kaunter tidak diniagakan dan 37 yang lain digantung.

    Jumlah dagangan sebanyak 291.92 juta unit bernilai RM104.35 juta.

    Malacca Securities Sdn Bhd menerusi nota penyelidikan berkata, prestasi turun naik tidak menentu akan kekal bagi jangka pendek memandangkan pelabur pantas memanfaatkan kenaikan dalam keadaan wujudnya sebarang petanda negatif.

    “Sementara itu, penurunan jumlah dagangan sehingga paras terendah bagi tempoh sejak akhir April 2020 juga menunjukkan sentimen pelabur yang menghindari risiko buat masa ini,” menurutnya.

    Dalam kalangan saham berwajaran tinggi Bursa Malaysia, Public Bank turun 18 sen kepada RM16.62, Top Glove susut 20 sen kepada RM14.50, Maybank kurang empat sen kepada RM7.67, Petronas Chemicals menguncup lima sen kepada RM6.33 dan Hartalega turun 10 sen hingga RM11.40.

    IHH Healthcare menambah dua sen kepada RM5.42, MISC melonjak 11 sen kepada RM7.91 manakala TNB dan Maxis masing-masing tidak berubah pada RM11.80 dan RM5.33.

    Bagi saham paling aktif, MQ Technology dan Perak Transit masing-masing naik satu sen kepada lima sen dan 19 sen, Eden menambah tiga sen kepada 19 sen, KNM tidak berubah pada 25 sen, sementara ConnectCounty dan PDZ masing-masing turun setengah sen kepada 34 sen dan 3.5 sen.

    Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 30.86 mata kepada 10,551.01, Indeks FBMT 100 turun 33.03 mata kepada 10,403.5 dan FBM 70 menguncup 12.53 mata kepada 12,941.49.

    Indeks FBM Emas Syariah naik 20.55 mata kepada 11,909.07, dan FBM ACE turun 20.14 mata kepada 5,885.26.

    Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian kurang 0.20 mata kepada 134.52, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 63.49 mata kepada 13.011.28 sementara Indeks Perladangan turun 21.98 mata kepada 6.691.42. – Bernama



    Sumber

  • Bursa Malaysia dibuka rendah

    Bursa Malaysia dibuka rendah

    BURSA Malaysia dibuka rendah hari ini, dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung dalam pasaran meluas berikutan kekurangan pemangkin baharu.

    Pada 9.10 pagi, penanda aras, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 4.45 mata kepada 1,521.87 daripada 1,526.32 ketika ditutup pada Rabu.

    Indeks utama itu dibuka 1.81 mata lebih rendah pada 1,524.51.

    Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 237 berbanding 202 manakala 259 kaunter tidak berubah, 1,246 kaunter tidak diniagakan dan 38 yang lain digantung.

    Jumlah dagangan sebanyak 537.38 juta unit bernilai RM249.95 juta.

    Malacca Securities menerusi nota penyelidikan berkata, bursa tempatan dijangka terus merekodkan pembelian secara sedikit-sedikit, dan ini mendorong indeks utama mencatatkan prestasi dagangan tidak banyak berubah susulan penurunan baru-baru ini.

    “Sebarang kenaikan bagaimanapun mungkin terjejas berikutan kluster baharu jangkitan koronavirus (Covid-19) ditambah dengan ketegangan geopolitik di antara India dengan China, serta Korea Selatan dengan Korea Utara,” katanya.

    Prestasi bursa tempatan yang lemah itu juga sejajar dengan prestasi Wall Street dalam tempoh semalaman.

    Pasaran saham Amerika Syarikat mengakhiri kenaikan tiga hari berturut-turut apabila Purata Perindustrian Dow Jones turun 0.6 peratus dalam keadaan kebimbangan yang berlanjutan terhadap peningkatan kes jangkitan Covid-19 di beberapa negerinya dan China.

    Dalam kalangan saham berwajaran tinggi di Bursa Malaysia, IHH Healthcare naik satu sen kepada RM5.40, Hartalega menokok enam sen kepada RM12, TNB tidak berubah pada RM11.88, Maybank turun tiga sen kepada RM7.74, Public Bank kurang 24 sen kepada RM16.72, Petronas Chemicals susut 12 sen kepada RM6.38 dan Maxis menguncup tujuh sen kepada RM5.38.

    Saham paling aktif antaranya, MQ Technology, DGB Asia, Velesto dan AT Systematization masing-masing naik setengah sen kepada 4.5 sen, 2.5 sen, 16 sen dan 13.5 sen manakala Genting Malaysia naik tiga sen kepada RM2.77, Sapura Energy tidak berubah pada 9.5 sen dan Bumi Armada turun satu sen kepada 24 sen.

    Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 26.35 mata pada 10,698.02, Indeks FBMT 100 susut 26.15 mata kepada 10,554.56 dan FBM 70 kurang 13.19 mata kepada 13,102.16.

    Indeks FBM Emas Syariah turun 25.94 mata kepada 12,087.8, dan FBM ACE menguncup 0.92 mata kepada 5,979.21.

    Mengikut segi sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.91 mata kepada 135.22, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 66.84 mata kepada 13.151.61 manakala Indeks Perladangan naik 8.34 mata kepada 6.783.38. – Bernama



    Sumber