RINGGIT dibuka tidak berubah berbanding dolar AS hari ini dalam keadaan sentimen pasaran yang bercampur-campur.
Pada jam 9.05 pagi, ringgit kekal pada 4.2820/2880 berbanding mata wang negara maju itu
Sumber
RINGGIT dibuka tidak berubah berbanding dolar AS hari ini dalam keadaan sentimen pasaran yang bercampur-campur.
Pada jam 9.05 pagi, ringgit kekal pada 4.2820/2880 berbanding mata wang negara maju itu
Sumber

KUALA LUMPUR – Bank Rakyat hari ini meminta ahli, pelanggan dan pihak berkepentingannya supaya kekal bertenang selain menegaskan operasi perniagaannya berjalan seperti biasa serta masih menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan tanpa menjejaskan perniagaannya.
Bank berkenaan menerusi kenyataan hari ini berkata, pihaknya menghormati dan menerima pendapat ahli yang juga antara pihak berkepentingan.
“Sebagai sebuah bank koperasi yang mempunyai hampir 900,000 ahli, bank menganggap perbezaan pendapat dalam kalangan ahli adalah perkara biasa terutama untuk sebuah koperasi yang mempunyai jumlah ahli tertinggi di Malaysia.
“Kejayaan Bank Rakyat untuk kekal sebagai bank koperasi Islam yang terbesar di Malaysia adalah didorong sokongan yang diberikan oleh kerajaan kepada bank selama ini,” menurut Bank Rakyat merujuk kepada laporan media baru-baru ini berkaitan tuntutan pemansuhan Akta Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) 1978 (Akta 202).
Menurut kenyataan itu, antara pencapaian Bank Rakyat adalah mengekalkan kadar pembayaran dividen minimum 10 peratus atau lebih sejak 20 tahun lepas kepada ahli.
“Bank turut mencatat keuntungan lebih RM1 bilion secara konsisten setiap tahun sejak 2008, manakala penarafan institusi kewangan AA2/Stabil/P1 yang diberikan oleh RAM Ratings kepada Bank Rakyat juga berdasarkan kepada status yang disokong kerajaan, seiring dengan kedudukan sebagai bank koperasi serta institusi kewangan pembangunan.
“Pada tahun ini, Bank Rakyat turut mempercepat pembayaran dividen bagi 2019 sebanyak 14 peratus serta pembayaran zakat perniagaan untuk membantu golongan B40 dan asnaf yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan susulan penularan koronavirus (Covid-19),” katanya.
Bank Rakyat berkata, ia membuktikan bahawa kerjasama yang terjalin dengan kerajaan secara amnya sudah banyak memberikan manfaat kepada ahli dan masyarakat setempat.
“Pencapaian ini juga tidak mungkin dapat dicapai tanpa kesetiaan ahli dan pelanggan bank. Justeru, Bank Rakyat merakamkan penghargaan atas sokongan dan keyakinan kepada bank selama ini,” katanya. – Bernama
KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pagi ini dalam situasi berhati-hati dengan mata wang dolar kekal kukuh di celah-celah kebimbangan akan berlakunya gelombang kedua Covid-19.
Pada jam 9.08 pagi, ringgit disebut harga pada 4.2900/2970 berbanding dolar AS daripada 4.2890/2930 ketika ditutup pada Jumaat lepas.
Ambank Research dalam nota penyelidikannya berkata, penurunan ringgit yang baru-baru ini merosot 0.29 peratus kepada 4.291, sebahagiannya adalah disebabkan oleh semakan semula S&P Global Ratings ke atas tinjauan ekonomi Malaysia.
“Agensi pada Jumaat telah menaraf turun tinjauan ekonomi domestik Malaysia kepada negatif daripada stabil, sekali gus mencerminkan peningkatan risiko kemerosotan seterusnya dalam pengaturan fiskalnya yang berkaitan dengan pandemik Covid-19.
“Kami menjangka ringgit diniagakan antara paras sokongan 4.2730 dan 4.2811 sementara paras halangan pada 4.2943 dan 4.3014,” katanya.
Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama yang lain kecuali euro.
Ia menokok berbanding dolar Singapura kepada 3.0788/0849 daripada 3.0827/0865 dan meningkat berbanding yen kepada 3.9985/0054 daripada 4.0114/0155 Jumaat lepas.
Mata wang tempatan juga tinggi berbanding pound Britain pada 5.2986/3085 daripada 5.3124/3190, tetapi susut berbanding euro kepada 4.8177/8268 daripada 4.8118/8167 sebelumnya. – Bernama

BANK Rakyat melancarkan Kempen 7 bulan dan 11 bulan menerusi Akaun Deposit-i Berjangka (individu) eksklusif untuk pelanggan sedia ada yang melanggan mana-mana produk atau perkhidmatannya.
Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Datuk Rosman Mohamed berkata, kempen yang berlangsung dari 15 Jun hingga 15 November 2020 itu bertujuan untuk menghargai pelanggan yang setia bersama Bank Rakyat dalam keadaan ekonomi global penuh mencabar berikutan penularan koronavirus (Covid-19).
Menurutnya, melalui kempen berkenaan pelanggan boleh meningkatkan potensi keuntungan bagi mendepani kehidupan normal baharu.
Katanya, mereka hanya perlu mendeposit minimum sebanyak RM10,000 dalam Akaun Deposit-i Berjangka dan boleh membuat pilihan untuk meletakkan deposit bagi tempoh 11 bulan dengan kadar keuntungan sebanyak 3.0 peratus setahun atau 2.8 peratus setahun untuk tempoh tujuh bulan.
“Keuntungan bagi kempen ini akan dibayar secara bulanan atau selepas tempoh matang, mengikut pilihan pelanggan dan akan dikreditkan ke akaun Akaun Simpanan-i atau Akaun Semasa-i Elektronik (eCA-i) pelanggan,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.
Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi talian tele-Rakyat di 1300-80- 5454 atau kunjungi laman web korporat di www.bankrakyat.com.my atau laman media sosial rasmi Bank Rakyat, @mybankrakyat (Facebook, Instagram dan Twitter).

PRODUK kopi pra-campuran tempatan BertamBest Penang Best Classic White Coffee bukan lagi jenama asing bagi penggemar kopi di negara ini.
Produk keluaran syarikat BertamBest Sdn Bhd dimiliki oleh usahawan Bumiputera dari Pulau Pinang ini pastinya mempunyai cita rasa tersendiri namun setanding dengan jenama kopi terkenal lain di pasaran.
Walaupun terpaksa berdepan dengan saingan hebat dalam mengukuhkan jenama Penang Best Classic White Coffee, pemilik BertamBest, Mohd Zaki Zakaria, 55, mengakui perlu menjalankan beberapa kali proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi memastikan produk yang dihasilkan berkualiti.
Menyedari minuman kopi semakin menjadi pilihan dan mempunyai peminatnya tersendiri, BertamBest mengeluarkan beberapa variasi kopi putih berperisa dan beraroma kacang hazel selain mengeluarkan kopi putih berperisa durian yang kini mendapat permintaan menggalakkan.
Bermula pada tahun 2006, lulusan Ijazah Sarjana Teknologi Maklumat daripada Universiti Sains Malaysia (USM) ini bermula dengan mengeluarkan produk berasaskan susu kambing untuk pelanggan-pelanggan OEM dan mula mengeluarkan produk jenama sendiri iaitu BertamBest pada awal tahun 2016.
Kini BertamBest telah mempunyai sebanyak 16 SKU (jenis) iaitu pelbagai variasi produk kopi pra-campuran, susu kambing, koko pra-campuran dan teh.
“Alhamdulillah, selepas 14 tahun beroperasi, produk BertamBest boleh didapati di beberapa pasar raya besar seperti di rangkaian Sunshine di negeri ini.
“Produk kopi pra-campuran ini juga telah menembusi pasaran Singapura dengan penghantaran 30,000 pek setiap bulan sejak Januari tahun lalu,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di pejabatnya di Taman Bertam Permai, Pulau Pinang baru-baru ini.
Selain Singapura, produk BertamBest juga mendapat permintaan menggalakkan di Brunei dan bakal menerokai pasaran negara-negara lain seperti Filipina, Thailand, Bangladesh dan China.
BertamBest telah mendapat pengiktirafan halal daripada Jakim selain Skim Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI).
Syarikat itu kini dalam usaha meningkatkan lagi kualiti penarafan Standard HACCP sebagai komitmen BertamBest untuk menghasilkan produk yang selamat dan berkualiti tinggi.
Bagi Mohd Zaki, bantuan dan dorongan yang diberikan pelbagai agensi kerajaan termasuk Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) dan Matrade menjadikan jenama BertamBest lebih kukuh dalam meneruskan legasi perniagaan walaupun pada waktu ini banyak syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berdepan saat getir termasuk gulung tikar akibat pandemik Koronavirus (Covid-19).
Walaupun turut terkesan, namun ujian berat itu tidak mematahkan semangatnya untuk kembali bangun dalam memastikan syarikatnya terus bertahan selain mahu kebajikan semua pekerja terbela.
Beliau mengatur strategi untuk terus mengembangkan jenama dan produk keluaran BertamBest dengan memasarkan produk melalui medium e-dagang seperti Shopee, Lazada, Agrobazaar Online, Ourshop dan Hayib.com bagi memudahkan pelanggan mendapatkan produk melalui pembelian dalam talian.
BertamBest turut menawarkan kepada mereka yang ingin mengeluarkan produk kopi, susu, koko mahupun teh pra-campuran jenama sendiri supaya menghubunginya untuk sesi perbincangan.
Bagi mereka yang berminat menjadi ejen jualan/pengedar produk BertamBest, sila hubungi talian 016-658 8058/019-617 0515 atau e-mail ke: [email protected] com.
Ikuti Facebook Bertambest dan Instagram bertambest atau laman sesawang www.bertambest.com untuk mengetahui aktiviti BertamBest.

KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia melantun semula daripada penurunan semalam untuk dibuka tinggi pagi ini mendapat rangsangan daripada permintaan belian baharu dalam kaunter produk pengguna dan juga sejajar dengan prestasi kebanyakan bursa serantau lain, kata para peniaga.
Pada 9.15 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.84 mata kepada 1,494.04 daripada paras penutup 1,489.20 pada Khamis.
Indeks itu dibuka tinggi naik 2.77 mata kepada 1,491.97.
Keseluruhan suasana pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 311 berbanding 135, manakala 251 kaunter tidak berubah, 1,265 tidak diniagakan dan 35 yang lain digantung.
Jumlah dagangan berjumlah 532.90 juta saham bernilai RM164.91 juta.
Malacca Securities Sdn Bhd dalam satu nota penyelidikan hari ini menjangkakan aktiviti membeli saham murah terpilih dijangka berlaku hari ini selepas tiga hari berturut-turut pasaran mencatatkan penurunan, apabila pelabur mencari saham berharga rendah.
“Pemulihan juga dijangka seiring dengan perkembangan positif di Wall Street semalaman ditambah dengan harga minyak mentah tinggi, namun pergerakan mungkin terhad berikutan kekurangan petunjuk positif yang baharu memandangkan pelabur masih bimbang dengan peningkatan semula kes Covid-19 di seluruh dunia dan prospek ekonomi lemah,” kata firma pembrokeran itu.
Sementara itu, ia berkata, pasaran saham Amerika Syarikat melantun semula daripada sesi lemah sebelum ini apabila Dow Jones meningkat 1.2 peratus di atas sokongan tuntutan pengangguran baharu yang lebih rendah daripada dijangkakan, manakala bacaan akhir suku pertama keluaran dalam negara kasar 2020 menguncup sebanyak 5.0 peratus tahun ke tahun.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank meningkat dua sen kepada RM7.63, TNB naik empat sen kepada RM11.62, Public Bank meningkat 12 sen kepada RM16.50 manakala Petronas Chemicals dan IHH Healthcare tidak berubah masing-masing pada RM6.33 dan RM5.38.
Dalam kalangan kaunter paling cergas, AT Systematization meningkat dua sen kepada 17 sen, AT Syatematization naik satu sen kepada 10 sen, Technodex menokok setengah sen kepada 6.5 sen manakala Vivocom Intl tidak berubah pada tiga sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 37.50 mata kepada 10,512.26, Indeks FBMT 100 naik 35.41 mata kepada 10,364.50 dan FBM 70 menambah 51.46 mata kepada 12,877.71.
Indeks FBM Emas Shariah naik 34.14 mata kepada 11,920.96 manakala FBM ACE meningkat 32.89 mata kepada 6,176.18.
Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.44 mata kepada 134.05, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 24.60 mata kepada 12,825.20 tetapi Indeks Perladangan susut 0.35 mata kepada 6,684.10. – Bernama

BERMULA sekadar suka-suka dalam bidang masakan, akhirnya mengubah hidup seorang bekas pensyarah yang kini bergelar usahawan berjaya dengan mempunyai beberapa produk jenama sendiri.
Bermula dengan pati kicap char koay teow, Mohd Rosidi Abdul Rashid, 52, yakin peluang dalam perniagaan lebih memberi keuntungan dan produk yang dihasilkan akan mendapat permintaan.
Anak kelahiran Bukit Mertajam berkelulusan Sarjana dalam bidang Instruksi Multimedia, USM yang sebelum
ini mengajar subjek Sains Komputer, tekad memilih untuk bersara pilihan bagi memberi tumpuan kepada perniagaannya yang ketika itu diusahakan di rumah tanpa bantuan mana-mana pihak.
“Saya memang minat berniaga dan pernah membuka gerai menjual burger. Ketika menjadi guru dan pensyarah saya berniaga char koay teow pada waktu malam kerana tidak mahu mensia-siakan peluang dan bakat memasak.
“Pada 2006 saya menghasilkan pati kicap char koay teow dan saya nampak produk ini boleh pergi jauh. Semakin hari produk ini mendapat permintaan dan saya mahu lebih serius menghasilkan jenama sendiri,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di kilang pengeluaran produknya yang terletak di Kompleks Perda Food Park, Taman Industri Asas Tani, Tasek Gelugor, Pulau Pinang baru-baru ini.
Bermula dengan 500 botol pati kicap Produk M’Dee jadi tumpuan Kicap, sos dan pes masakan mendapat tempat di pasar raya terkenal char koay teow dan memasarkan sendiri di kedai dan gerai perniagaan di sekitar negeri ini, kini produk di bawah syarikatnya MDEE Enterprise (M’Dee) menghasilkan lebih 6,000 botol sebulan bagi memenuhi permintaan pelanggan di seluruh negara.
Mengakui bukan mudah selepas menjejakkan kaki dalam dunia perniagaan, Mohd Rosidi pernah melalui pengalaman berdepan tindakan mahkamah apabila produknya didapati tidak memenuhi piawaian yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Namun ia tidak mematahkan semangatnya untuk teruskan perniagaan malah dugaan itu dianggap sebagai asam garam dan pengajaran untuk menambah baik kualiti produknya sekali gus memenuhi spesifikasi yang ditetapkan agar selamat digunakan.
Kini beliau turut mengeluarkan pati sos mi goreng mamak, perencah dan pes sambal tumis yang semuanya telah mendapat pengiktirafan Halal daripada Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) selain sijil Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI) daripada KKM.
Selain botol, produk keluaran M’Dee turut dikeluarkan dalam bentuk paket kecil untuk masakan bagi hidangan kecil. Ia boleh didapati di semua pasar raya Mydin, Sunshine dan rangkaian Agrobazaar
K-Shoppe, Lesong Mart serta kedai runcit dan serbaneka di seluruh negara.
Sasaran pengeluaran dijangka meningkat apabila produk jenama M’Dee ini berada di Pasar Raya Besar Tesco seluruh Malaysia sedikit masa lagi.
“Produk kami juga dijual melalui medium e-dagang seperti Shopee, Lazada, Agrobazaar Online dan aplikasi MatJenin.my yang dibangunkan oleh usahawan tempatan untuk memasarkan produk tempatan,” katanya.
Beliau berterima kasih kepada pihak agensi kerajaan yang menyokong dan membantu melalui khidmat nasihat,
kursus, seminar mahupun bantuan geran termasuk Geran Change Upgrade Product (CUP) yang diberikan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Majlis Amanah Rakyat (Mara), Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) dan lain-lain agensi.
Untuk maklumat lanjut tentang produk syarikat MDEE Enterprise, pelanggan dialu-alukan melayari laman sosial di pautan https://www.facebook.com/soscharkoayteow.meegorengmamak.
Mereka yang berminat untuk menjadi ejen boleh menghubungi talian 019-457 2268 atau 016-443 2630.

KUALA LUMPUR – Cabnet Holdings Bhd (CHB) telah menafikan khabar angin dan berita yang beredar di platform media sosial yang menyatakan anak syarikatnya Cabnet Systems (M) Sdn Bhd telah memperoleh kontrak sistem kamera litar tertutup (CCTV) bernilai RM173 juta.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, penyedia penyelesaian pengurusan bangunan itu berkata, berita dan dokumen yang berlegar itu mendakwa Cabnet Systems menerima surat lantikan daripada Kementerian Dalam Negeri untuk kontrak pembekalan, pemasangan, pengujian, pelaksanaan dan penyelenggaraan sistem CCTV, sistem akses lif dan sistem akses pintu masuk untuk lokap polis seluruh negara.
“Pihak lembaga ingin menjelaskan yang berita itu palsu dan tidak berasas, dan syarikat berkenaan sememangnya tidak diberikan kontrak seumpama itu,” katanya.
Ia menambah pihak lembaga juga tidak mengetahui daripada mana datangnya berita itu, dan akan mengambil tindakan sewajarnya yang dianggap perlu untuk menjaga kepentingan dan reputasi syarikat termasuk membuat laporan kepada pihak berwajib. – Bernama

RINGGIT rendah berbanding dolar AS dalam sesi dagangan awal hari ini berikutan sebahagian pedagang membuat keputusan untuk mengambil keuntungan, mengakhiri kenaikan unit tempatan selama dua hari berturut-turut.
Sehingga 9.15 pagi, ringgit berada pada 4.2760/2830 berbanding dolar AS daripada 4.2700/2750 semasa ditutup semalam.
Peniaga berkata, sentimen pasaran menjadi berhati-hati berikutan tanda-tanda gelombang kedua jangkitan koronavirus (Covid-19) di negara-negara Asia, yang mendorong pelabur untuk mengelak risiko dan memilih dolar US.
Ringgit, bagaimanapun, diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0703/0775 daripada 3.0744/079 dan naik berbanding yen kepada 3.9922/9998 daripada 4.0083/0141 semalam.
Unit tempatan tinggi berbanding pound kepada 5.3146/3238 daripada 5.3413/3493 dan naik berbanding euro kepada 4.8131/8218 daripada 4.8255/8329 sebelum ini. – Bernama