Blog

  • Aplikasi QueQ jimat masa menunggu

    Aplikasi QueQ jimat masa menunggu

    DENGAN aplikasi QueQ, orang ramai kini tidak perlu lagi beratur panjang dan membuang masa yang lama hanya untuk menunggu giliran menikmati makanan di restoran pilihan.

    Aplikasi mudah alih yang terkenal di Thailand itu kini diperluaskan ke Malaysia sekali gus mengoptimumkan masa pelanggan tanpa perlu menunggu lama.

    Seperti di Bangkok, Thailand, rantaian restoran terkenal di sana turut berdepan dengan lambakan pengunjung yang sanggup menunggu berjam-jam demi mendapatkan tempat duduk di restoran kegemaran mereka.

    Situasi sama juga berlaku di restoran terkemuka ibu kota apabila pelanggan tiada alternatif lain untuk menempah kerusi dan meja dan terpaksa beratur panjang.

    Menyedari keperluan itu, pengasas yang juga Ketua Pegawai Eksekutif QueQ, Rungsun Joh Promprasith dengan bangganya melancarkan aplikasi QueQ secara rasmi di Malaysia.

    “Kami menawarkan kaedah yang lebih pintar dan mudah untuk pengguna supaya mereka dapat ‘menyelamatkan’ masa berharga dan menggunakannya dengan bijak untuk aktiviti lain.

    “Melalui aplikasi tersebut, kami berhasrat untuk memberikan pengalaman yang lebih baik kepada setiap rakyat Malaysia yang bosan berdepan barisan yang panjang,” katanya.

    Pengarah Pembangunan Perniagaan Antarabangsa QueQ, Shang Leong juga mahu mengubah pengalaman menikmati makanan pengguna di negara ini dengan konsep virtual.

    “Kami yakin ia akan mengubah pengalaman pengguna untuk makan di restoran atau kedai makan terpilih. “Pada dasarnya, keutamaan kami adalah untuk membantu rakyat Malaysia menjimatkan masa dengan melakukan aktiviti yang lebih bermakna sementara menunggu giliran,” katanya.

    Aplikasi itu turut menjadi rakan kongsi rangkaian Korea Selatan K Fry, Kurin, Restoran Yut Kee, Ho Kow Hainanese Kopitiam, Plaza Bar-B-Q, Pastries dan Kopi Dotty dan Klinik Mediviron Seksyen 22 Shah Alam.

    Setiap outlet mempunyai pilihan untuk menyesuaikan akses jarak mereka dengan tiket beratur maya mereka dan pengguna akan dimaklumkan melalui notifikasi giliran nombor mereka.

    Selain itu, inovasi unik itu bukan sahaja membolehkan pengguna memperoleh tiket maya tetapi menyediakan akses kepada tawaran eksklusif dan promosi di kedai makan terpilih.

    Pelanggan boleh mendapatkan tiket beratur fizikal dari kios digital QueQ yang ditempatkan di pintu masuk kedai. Mesin akan memaparkan nombor giliran dan meja yang ditetapkan.

    Kios digital juga membolehkan pelanggan melihat menu kedai masing-masing. Imbasan kod QR juga boleh dilakukan melalui aplikasi telefon pintar.



    Sumber

  • Samsung Galaxy Tab A lebih praktikal

    Samsung Galaxy Tab A lebih praktikal

    TERBEBAN dengan komputer riba yang berat? Mahukan pengganti yang lebih mudah untuk melancarkan kerja anda dan urusan anak-anak? Samsung Malaysia Electronics ada jawapannya.

    Baru-baru ini, jenama peranti terkenal itu memperkenalkan Samsung Galaxy Tab A baharu (2019) yang mampu memberikan penyelesaian satu untuk semua dengan harga yang berpatutan demi keperluan pengguna.

    Produk terbaharu tersebut nipis dengan saiz lapan inci yang menjanjikan prestasi cemerlang. Dengan jangka hayat bateri yang lebih tahan lama, prestasi kelajuannya lebih cepat dan lancar selain memiliki tambahan storage.

    Bagi pengguna yang multitask, Samsung One UI membolehkan susun atur dua lajur yang membolehkan pengguna melihat lebih banyak kandungan sekali gus.

    Di bawah ciri Kids Home, kanak-kanak boleh mengakses kandungan pembelajaran yang tersedia dalam mod selamat dan pada masa sama, ibu bapa boleh menetapkan had waktu bermain tablet anak-anak mereka.

    Selain fungsi yang praktikal, Samsung Galaxy Tab A didatangkan dalam dua warna metalik premium iaitu hitam dan perak. Ia menawarkan pengalaman tontonan yang lebih luas dan lebih selesa yang hanya memerlukan satu tangan sahaja untuk mengendalikannya.

    Untuk info lanjut, boleh layari https://www.samsung.com/my/tablets/galaxy-tab-a-2019-t295/SM-T295NZSAXME/



    Sumber

  • AirAsia minta MAHB utamakan permasalahan di klia2

    AirAsia minta MAHB utamakan permasalahan di klia2

    AIRASIA Bhd hari ini meminta Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) untuk memberi keutamaan kepada isu operasi lebih kritikal dan pengalaman penumpang di klia2, daripada rancangan terhadap cadangan menyepadukan hab penerbangan tambang rendah itu dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

    Dalam satu kenyataan, syarikat penerbangan tambang rendah tersebut berkata, MAHB juga tidak mengadakan rundingan yang sewajarnya dengan pihaknya atau AirAsia X, kedua-dua pengendali syarikat penerbangan terbesar itu menyumbang 97 peratus daripada keseluruhan aliran penumpang di klia2.

    “Infrastruktur utama dan pelan berintensifkan perbelanjaan modal (capex) bagi mengintegrasikan KLIA dan klia2 perlu ditangguh, sebaliknya isu-isu lebih kritikal perlu diberi keutamaan oleh MAHB,” kata Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat.

    Beliau berkata, MAHB perlu membelanjakan lebihan wang diperoleh daripada kutipan cukai lapangan terbang dengan memastikan kemudahan di klia2 mencapai standard yang sama seperti KLIA, membaik pulih landasan terbang dan kawasan apron yang tidak rata serta menyediakan lebih banyak ruang penumpang dan mengubah reka bentuk pintu masuk ntuk menaiki pesawat.

    “Antara contoh penggunaan lebih berhemah daripada penambahan cukai lapangan terbang ialah menangani kesesakan penumpang di lapangan terbang di seluruh negara iaitu Lapangan Antarabangsa Pulau Pinang kerana kawasan daftar masuknya terlalu kecil untuk menampung pertambahan jumlah penumpang,” katanya.

    Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Malaysia, Benyamin Ismail berkata, syarikat penerbangan tambang rendah itu menyifatkan rancangan menyepadukan syarikat penerbangan perkhidmatan penuh di KLIA dengan syarikat penerbangan tambang rendah di klia2 tersebut tidak membawa sebarang faedah.

    “Dalam operasi kami jalankan selama 18 tahun, kami tidak menerima sebarang permintaan untuk penyepaduan perkhidmatan daripada syarikat penerbangan penuh, termasuk juga daripada syarikat penerbangan tambang rendah kami sendiri yang beroperasi di luar KLIA.

    “Tiada sebarang potensi bagi penyepaduan untuk syarikat penerbangan, ia menunjukkan MAHB gagal untuk memahami. Ia juga mencerminkan MAHB tidak memahami sepenuhnya apa yang diperlukan syarikat penerbangan dan penumpang,” katanya.

    Beliau juga mendakwa bahawa perakuan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) terhadap konsep terminal bersepadu dan cadangan interlink itu, adalah justifikasi bahawa MAHB dan kenaikan cajnya adalah bukan untuk kepentingan penumpang tetapi lebih kepada Asas Aset Kawal Selia MAVCOM yang bertujuan untuk melindungi dan mengekalkan pendapatan MAHB. – Bernama



    Sumber

  • Festival Jualan Pertengahan Tahun Lazada meriah

    Festival Jualan Pertengahan Tahun Lazada meriah

    Pengguna Lazada juga menikmati pengalaman membeli-belah yang menghiburkan dengan ciri-ciri baharu seperti permainan Guess It yang disiarkan secara langsung, tawaran pra pesanan Chup Dulu dan jaminan pembelian produk terpilih dengan jaminan harga terendah.

    Pesta Jualan Pertengahan Tahun itu juga bertepatan dengan pameran Big Baby Fair Tahunan Lazada yang berlangsung lebih dari 5 hari iaitu dari 12 Julai sehingga 16 Julai lalu.

    Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia, Leo Chow, Lazada berusaha gigih untuk menjadi destinasi gaya hidup harian bagi pengguna di Malaysia dengan menawarkan pelbagai jenis, fungsi dan gaya pada harga yang sesuai.

    “Pesta Pertengahan Tahun membawakan tawaran yang terbaik daripada Lazada kepada pembeli dan penjual bagi merancakkan jualan yang lazimnya lebih sunyi dan perlahan.

    “Pendekatan itu memberi lebih banyak peluang kepada kami untuk membawakan keseronokan berterusan kepada pembeli dalam tempoh setahun sekali gus meningkatkan prestasi penjual,” katanya.

    Sebagai sebahagian matlamat penganjuran Festival Tahun Baru Lazada, peneraju eDagang dapat meningkatkan lagi strategi shoppertainment dengan permainan Guess It yang pertama kalinya serentak di enam negara rantau ini.

    Guess It ialah rancangan selama 30 minit dalam aplikasi yang menggabungkan konsep gameshow dengan kandungan livestream yang dihasilkan secara profesional.

    Gameshow tersebut menampilkan personaliti hiburan tempatan terkenal seperti Aiman Tino, Harris Baba, Sharifah Sakinah, Sean Lee, Jordan Yeoh, Sherry Alhadad, Nabil Aqil, Shu Faye dan Theeban G sebagai pengacara serta memberikan petunjuk kepada penonton untuk meneka harga produk tersebut.



    Sumber

  • Ingress Swede pengedar baharu kenderaan Volvo

    Ingress Swede pengedar baharu kenderaan Volvo

    VOLVO Car Malaysia (VCM) telah melantik Ingress Swede Automobile, anak syarikat kepada Ingress Corporation, sebagai rakan-pengedar terbaharu yang turut sama akan menyaksikan pembukaan pusat 3S di Damansara, Selangor dalam tempoh beberapa bulan ini.

    Kemudahan baharu itu yang menjalankan aktiviti jualan, servis dan alat ganti akan memenuhi keperluan pelanggan di kawasan sekitarnya juga merupakan sebagai usaha VCM untuk memperkukuhkan kedudukan rangkaian pengedarnya di seluruh negara.

    Pengarah Urusan Volvo Cars Malaysia, Nalin Jain berkata, sebagai sebuah jenama yang memberi tumpuan utama kepada pelanggan, VCM ingin memastikan untuk terus dapat menyediakan pengalaman premium dan holistik.

    Sementara itu, Ketua Pengedar Ingress Swede Automobile, Mohd Azeman menyifatkan bahagian automotif bagi Ingress Corporation Berhad memiliki pengalaman baik melayani pelanggan dalam segmen kenderaan premium di negara ini.

    “Syarikat juga sangat yakin dapat memenuhi jangkaan daripada Volvo,” katanya.



    Sumber

  • Trak baharu Hino 700 Series AMT 16 kelajuan

    Trak baharu Hino 700 Series AMT 16 kelajuan

    GERGASI peneraju kenderaan komersial tempatan, Hino Motors Sales (Malaysia) Sdn Bhd (HMSM) mengumumkan pelancaran model siri baharu trak Hino 700 Series.

    Dilengkapi dengan transmisi Penghantaran Automatik-Manual (AMT) 16 kelajuan, model baharu tersebut direka khusus untuk industri logistik dan pengedaran.

    Trak Hino 700 Series unit import sepenuhnya (CBU) dari Jepun berkenaan ditawarkan dalam konfigurasi 4×2, 6×2 dan 6×4 Prime Mover. Turut dibekalkan ciri bantuan kuasa, menjadikan penukaran gear yang lebih mudah ketika di kelajuan yang tinggi.

    Tawaran itu pastinya membantu mengurangkan keletihan dalam kalangan pemandu berbanding melakukan penukaran gear dan memijak klac secara kerap. Pemanduan selesa dan lebih santai.

    Pun demikian, terdapat juga opsyen untuk memilih transmisi manual ketika keadaan yang memerlukan.

    Enjin common-rail Euro3 yang lebih berkuasa dilengkapi dengan pengecas turbo intercooler.Walaupun ia dibangunkan sepenuhnya di Jepun, jentera itu boleh menggunakan bahan api diesel B10 tanpa sebarang modifikasi terhadap komponen mahupun servis berkala. Itu mengurangkan jejak karbon di dalam operasi.

    Dari segi keselamatan, Hino 700 Series juga hadir dengan penawaran sistem brek antikekunci (ABS), ruang kabin dioptimumkan, manakala penggunaan rasuk berkekuatan tinggi di bahagian pintu dan front under-run prevention (FUP).

    Keselesaan pemandu juga tidak dipandang mudah. Tempat duduk bersuspensi udara dan didatangkan dengan bentuk tiga dimensi yang mampu menyokong postur duduk pemandu dan mengurangkan keletihan.

    Hino 700 Series AMT baharu juga menjanjikan kitaran hayat penyelenggaraan yang lebih lama.

    Hino Total Support Customer Center (HTSCC) sentiasa bersedia dalam usaha Hino memberi sokongan penuh kepada pelanggan terutama dalam aspek selepas jualan sekali gus memaksimumkan jangka hayat kenderaan dan mengurangkan kos berkaitan.



    Sumber

  • Cleanpro Express Partners Visa to be the First Self-Service Laundromat Chain in Southeast Asia to Accept Contactless Payments

    KUALA LUMPUR, MALAYSIA, 31 July 2019 —- Visa today announced that Cleanpro Express has become the first laundromat chain in Southeast Asia to offer contactless payments at its self-service machines. Starting from today, Malaysians can start using their contactless cards for payments at 300 outlets across Malaysia, including Aladin Dobi and Ibu Sayang outlets.

    The introduction of contactless payments at Cleanpro Express brings greater convenience and payment options for Malaysians who are embracing a cashless lifestyle. Traditionally, Malaysians can only use cash and coins to make payments when they bring their clothes to the laundromat. This partnership between Visa and Cleanpro Express will ensure speedier customer service and greater efficiency for its operating team.

    “This is the first time in Southeast Asia that we are introducing Visa contactless acceptance for a laundromat chain, and this is a milestone for Visa given that the laundromat industry is a heavily cash-based merchant,” Mr. Ng Kong Boon, Visa Country Manager for Malaysia, said.

    “Contactless payments can help Malaysians experience a more seamless checkout process, where they no longer need to fumble for cash when paying and can look forward to a speedier service. For the merchant, labour hours required to count the cash collected at the machines are significantly reduced, and the staff can make better use of

    their time in managing their workload. Today, use of contactless payments are growing strong in Malaysia, and we are seeing more than seven million transactions a month. This initiative is in line with Bank Negara Malaysia’s objective to increase the number of contactless payment terminals in Malaysia so as to progress into a more cashless society.”

    “As a pioneer in the self-service laundry industry, we are committed to continuously bringing innovative’ solutions to our customers. We are excited to be the first in the region to offer our customers a more convenient, secure and seamless payment experience through the acceptance of contactless payments at all our Cleanpro Express, Aladin and |bu Sayang laundromat outlets. We believe that our business and franchisees will benefit greatly as their overall operations expenditure will be reduced due to less cash handling, in addition to increase in productivity for our businesses and staff as we embark on this digitisation journey,” said Mr. Goh Sen Kiat, Group CEO of Cleanpro Laundry Holdings Sdn. Bhd.

     

    About Visa

    Visa Inc. (NYSE: V) is the world’s leader in digital payments. Our mission is to connect the world through the most innovative, reliable and secure payment network – enabling individuals, businesses and economies to thrive. Our advanced global processing network, VisaNet, provides secure and reliable payments around the world, and is capable of handling more than 65,000 transaction messages a second. The company’s relentless focus on innovation is a catalyst for the rapid growth of connected commerce on any device, and a driving force behind the dream of a cashless future for everyone, everywhere. As the world moves from analog to digital, Visa is applying our brand, products, people, network and scale to reshape the future of commerce. For more information, visit www.visa.com.my Media Contacts:

    Grace Tan

    Visa Worldwide Pte. Limited Phone: +65 6671 5468

    Email: grtan@visa.com

  • Tip hilangkan rasa bosan dan sunyi

    Tip hilangkan rasa bosan dan sunyi

    BUAT si bujang pasti pernah melalui rasa bosan dan tidak tahu apa nak buat tatkala cuti umum atau cuti mingguan. Begitu juga dengan pasangan yang sudah berumahtangga dan belum dikurniakan zuriat.

    Rasa bosan ini akan menyebabkan anda tertekan. Pun begitu, jangan risau. Terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan bagi menghilangkan rasa bosan anda itu. Jom cuba!

    1) Membersihkan rumah.

    Sapu atau lap bahagian kediaman yang jarang dibersihkan hingga anda penat. Sedikit sebanyak waktu terluang anda dapat diisi.

    2) Menonton filem kesukaan.

    Tonton koleksi filem-filem kesukaan secara bersiri hingga habis. Filem aksi memang sesuai buat anda yang kesunyian.

    3) Dengar muzik.

    Muzik mampu memperbaiki mood seseorang. Putar lagu-lagu kesayangan sambil menguruskan kerja rumah.

    4) Bermain game.

    Hilangkan rasa bosan dengan bermain game kegemaran anda. Ia sedikit sebanyak membuatkan waktu cuti anda terisi.

    5) Memasak makanan istimewa

    Bila bosan, cuba masak menu istimewa untuk dihidangkan kepada ahli keluarga di rumah. Cuba masak menu yang tidak pernah dimasak, sekurang-kurang anda dapat mempelajarinya.

    6) Bersukan

    Rasa bosan boleh dihilangkan dengan berolahraga atau senaman ringkas, caranya mudah dengan mengikutinya melalui laman sosial. Ia bukan semata-mata dapat mengeluarkan peluh, bahkan juga menyihatkan badan anda.

    7) Membuka media sosial.

    Jadikan media sosial sebagai platform untuk anda membaca, melihat video dan berinteraksi dengan rakan-rakan. Ia mampu menghilangkan rasa sunyi anda.



    Sumber

  • Segak, stailo Aidiladha bersama busana linen

    Segak, stailo Aidiladha bersama busana linen

    MENJELANG Hari Raya Aidiladha yang bakal disambut umat Islam pada 11 Ogos depan, gedung isi rumah popular dari Australia, Spotlight mengajak golongan jejaka dan wanita untuk tampil ‘lari daripada kebiasaan’.

    Sebelum ini, sebahagian besar individu lebih cenderung memiliki busana tradisional sedia pakai berasaskan kain jenis sifon, sutera dan kapas kerana menyifatkan material itu bersesuaian dengan cuaca di Malaysia.

    Bagaimanapun, mungkin ada yang terlupa bahawa persalinan daripada fabrik linen juga ideal dipakai memandangkan sifat dan teksturnya serasi dengan keadaan panas dan lembap sepanjang tahun di negara ini. Justeru, bagi memberi pendedahan akan kelebihan kain linen gedung Spotlight memperkenalkan set baju Melayu yang menggunakan linen premium dan kapas organik (organic cotton) sebagai material utama.

    Inisiatif itu selari dengan operasi gedung tersebut yang menawarkan koleksi kain linen premium dan kapas organik bercorak kontemporari untuk para pelanggan.

    Menurut Spotlight, busana daripada material linen sering dikaitkan dan menjadi pilihan kumpulan tokoh dan personaliti berkedudukan tinggi dalam masyarakat.

    “Ini disebabkan, harga semeter linen premium kadangkala dijual pada harga antara RM40 hingga RM100 berbanding kain lain yang harganya jauh lebih murah.

    “Namun, bak kata pepatah Melayu alah membeli, menang memakai. Jadi tiada salahnya orang ramai berbelanja untuk membeli pakaian berasaskan linen demi penampilan yang segak, kemas dan menawan,” katanya dalam satu kenyataan kepada e-Trend baru-baru ini.

    Kurta, baju Melayu

    Bagi golongan Adam, baju kurta daripada linen premium antara pilihan tepat. Selain menyuntik kelainan pada penampilan harian pakaian berkenaan juga boleh digayakan untuk pelbagai majlis keramaian dan acara.

    Selain kurta warna kelabu potongan yang berkancing butang pada lengan, Spotlight turut menampilkan kurta potongan tirus bagi menonjolkan sisi maskulin bersahaja kepada pemakai.

    Sementara itu, kepada pencinta baju Melayu pula, jangan lepaskan peluang memiliki set fesyen itu yang hadir dalam tiga warna menarik seperti merah jambu belacan, kuning mustard dan hijau lumut kering.

    Bagi menyerlahkan penampilan tatkala menyarungkan baju Melayu berkenaan para jejaka disaran memadankan bersama kain samping bercorak yang berona terang.



    Sumber

  • FOOK Loi Corporation pusat 3S Proton baharu di Lahad Datu

    FOOK Loi Corporation pusat 3S Proton baharu di Lahad Datu

    FOOK Loi Corporation Sdn Bhd telah membuka satu lagi pusat 3S Proton yang terletak di Sabah. Kali ini, cawangan baharu tersebut terletak di Lahad Datu dan merupakan yang kedua selepas pusat 3S yang dibuka oleh Fook Loi di Sandakan tahun lalu.

    Cawangan 3S di Lahad Datu itu adalah yang pertama dibuka oleh pengedar Sabah yang menampilkan warna-warna identiti korporat baharu Proton.

    Sebagai sebuah pusat 3S, ia menawarkan kemudahan jualan, servis dan alat-alat ganti untuk semua jenis kereta Proton. Kos bagi kerja-kerja pengubahsuaian dan menaik taraf cawangan baharu itu bernilai kira-kira RM2 juta.

    Cawangan-cawangan baharu dan produk yang terbaik membantu kejayaan Proton Cawangan 3S baharu Fook Loi akan menyediakan pelanggan dengan pengalaman pemilikan Proton yang hebat.

    Pengarah Eksekutif Kumpulan Fook Loi, Thomas Chiu Kui Yin percaya bahawa model-model baharu dan yang dipertingkatkan penyumbang kepada pertumbuhan jualan Proton pada tahun 2019.

    “Proton sinonim dengan kebanggaan negara dan dengan teknologi terkini yang dipasang pada kereta-kereta syarikat, ia kembali menjadi jenama kepercayaan rakyat Malaysia.

    “Kereta-kereta Proton juga kini lebih menarik bagi pembeli kereta generasi muda secara tidak langsung boleh membantu membina kesetiaan kepada jenama,” katanya.

    Cawangan 3S baharu itu menawarkan suasana premium dan kawasan menunggu pelanggan yang akan memberikan keselesaan untuk melihat kereta-kereta baharu Proton serta ruang menunggu kereta mereka yang dihantar untuk diservis yang cukup selesa.

    Antara lain yang disediakan untuk pelanggan ialah tempat mengecas komputer riba dan telefon bimbit serta ruangan minuman atau kopi.

    Proton telah mengembangkan lagi namanya sebagai jenama automotif yang mempunyai cawangan 3S/4S paling banyak.



    Sumber