Blog

  • CEMS pantau kualiti air Kampung Kuala Koh

    CEMS pantau kualiti air Kampung Kuala Koh

    MENJELASKAN tentang kesan aktiviti perlombongan haram mangan seperti yang dilaporkan media sebelum ini di kawasan berdekatan Kampung Kuala Koh, Pensyarah Kanan Fakulti Biokejuruteraan Dan Teknologi UMK, Dr Abdul Hafidz Yusoff memberitahu, kebiasaannya pengusaha lombong akan menggunakan merkuri untuk proses pengekstrakan.

    Antara logam berbahaya lain daripada lombong ialah arsenik. Merkuri boleh menyebabkan pelbagai penyakit seperti kecacatan otak dan saraf, kerosakan buah pinggang, kanser dan seterusnya kematian.

    Arsenik pula, katanya, boleh menyebabkan pelbagai penyakit seperti radang paru-paru, kanser kulit dan sakit jantung. Terdapat pelbagai kaedah untuk membersihkan air sungai tetapi yang paling utama adalah menentukan sumber pencemaran dahulu.

    Menurut Abdul Hafidz, sekiranya benar sumber pencemaran dari lombong, maka lombong itu harus ditutup. Selain itu, pemantauan berterusan kualiti air menggunakan sistem Continues Enviromental Management System (CEMS) yang mana data kualiti air diambil secara real time data pada setiap jam.

    “Data-data itu pula dipantau secara terus menggunakan teknologi internet pelbagai benda di mana data-data parameter kualiti air dipantau oleh pihak berwajib menggunakan aplikasi di dalam telefon pintar.

    “Saya dan rakan-rakan dari Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi dan Fakulti Sains Bumi sedang membangunkan sistem ini. Sekiranya berjaya, masalah pencemaran akan segera diatasi kerana mendapat maklumat yang cepat,” katanya.

    Kerajaan negeri Kelantan pada 11 Jun lepas menyita perlombongan bijih mangan di Kampung Kuala Koh dan mengesahkan operasi perlombongan haram itu telah dihentikan.



    Sumber

  • Usaha bantu nasib malang penduduk orang Asli suku Bateq

    Usaha bantu nasib malang penduduk orang Asli suku Bateq

    TRAGEDI yang menimpa orang Asli suku Bateq di Kampung Kuala Koh, Gua Musang, Kelantan sungguh memilukan.

    Kematian yang berturut-turut dalam tempoh masa singkat cukup mencurigakan.

    Dakwaan yang menyebut bahawa kematian mereka pencemaran air dan tanah daripada aktiviti perlombongan haram berdekatan dengan kampung berkenaan dipandang serius oleh sesetengah pihak.

    Antaranya ialah pasukan penyelidik dari Universiti Malaysia Kelantan.

    Pensyarah Kanan Fakulti Biokejuruteraan Dan Teknologi UMK, Dr Abdul Hafidz Yusoff memberitahu Bernama, pihaknya sedang membangunkan sistem Continues Enviromental Management System (CEMS).

    Dr Abdul Hafidz berkata, beliau dan rakan-rakannya dari Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi dan Fakulti Sains Bumi, UMK sedang berusaha membantu pihak berwajib.

    “Sekiranya berjaya, masalah pencemaran akan segera diatasi kerana mendapat maklumat yang cepat,” katanya.

    Ikuti kupasan lanjut mengenainya dan permasalahan penduduk Kampung Kuala Koh.

    DAKWAAN pencemaran air dan tanah daripada aktiviti perlombongan haram berdekatan Kampung Kuala Koh yang dikaitkan sebagai punca kematian Orang Asli suku Batek baru-baru ini perlu dipandang serius.

    Sehingga kini dakwaan itu terus berlegar dan menjadi tanda tanya apabila punca kematian sesetengah mangsa masih menjadi misteri walaupun bedah siasat sudah dijalankan.

    Menteri Kesihatan Datuk Seri Dzulkefly Ahmad dalam kenyataannya baru-baru ini turut menyatakan 12 kematian Orang Asli Batek di Kampung Kuala Koh – yang meninggal dunia “secara misteri”antara 2 Mei dan 7 Jun – belum dapat diketahui sehingga keputusan ujian toksikologi, logam berat dan entomologi diperolehi.

    Setakat artikel ini ditulis, hanya tiga daripada 15 kes kematian itu disahkan akibat demam campak.

    PENDERITAAN penduduk mendapat perhatian ramai pihak.

    PENDERITAAN penduduk mendapat perhatian ramai pihak.

    Mungkin disebabkan pencemaran

    Ekoran daripada dakwaan pencemaran yang menjadi punca kematian itu, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang menjalankan kajian awal mendapati kebarangkalian terdapat pencemaran air dan tanah di sungai di Kampung Kuala Koh adalah tinggi.

    Kajian awal melibatkan pengambilan sampel air dan tanah di Sungai Lebir dan beberapa anak sungai yang sering digunakan masyarakat Orang Asli di Kampung Kuala Koh.

    Menurut Pensyarah Kanan Fakulti Biokejuruteraan Dan Teknologi UMK, Dr Abdul Hafidz Yusoff, sampel yang dihantar ke makmal itu memberi petunjuk kemungkinan terdapat bahan toksik berbahaya di dalam enapan sedimen sungai berkenaan, yang dipercayai berpunca daripada aktiviti perlombongan haram.

    “Kajian kami setakat ini memberi petunjuk awal tentang kemungkinan terdapat bahan toksik berbahaya di dalam enapan sedimen di sungai berhampiran Kampung Kuala Koh dipercayai berpunca daripada aktiviti perlombongan haram itu.

    “Bagaimanapun jenis bahan toksik tersebut tidak dapat didedahkan buat masa ini kerana ia masih di peringkat kajian,” katanya kepada Bernama baru-baru ini, sambil menambah kajian tersebut dijangka siap pada November depan.

    Beliau berkata, walaupun laporan yang dikeluarkan media sebelum ini menyatakan tiada unsur kimia berbahaya di dalam air sungai namun tahap pencemaran sungai tidak boleh diukur dengan hanya melihat kepada bahan pencemar di dalam sungai semata-mata.

    Dalam laporan awal, keputusan yang dikeluarkan Jabatan Kimia pada 12 Jun lepas mendapati kualiti air di kawasan persampelan iaitu Sungai Lebir mematuhi Standard Kualiti Air Minum Kebangsaan Bagi Air Mentah.

    Abdul Hafidz berkata logam toksik berbahaya seperti cadmium, merkuri dan arsenik biasanya mempunyai kepekatan yang rendah di dalam air walaupun sungai itu tercemar.

    Merkuri di dalam air sungai yang berasal dari industri contohnya mungkin tidak akan banyak di dalam air tetapi mungkin banyak di dalam enapan sedimen.

    “Kajian lanjut sedang dijalankan untuk mengesan kehadiran logam toksik berbahaya itu. Contoh teras sedimen dan zarah terampai di dalam air beberapa sungai di Kampung Kuala Koh diambil dan dikaji bagi menentukan logam toksik berbahaya tersebut,” jelasnya.

    MASYARAKAT orang asli mengharapkan bantuan pihak luar dalam menyelesaikan permasalahan berkaitan air tercemar.

    MASYARAKAT orang asli mengharapkan bantuan pihak luar dalam menyelesaikan permasalahan berkaitan air tercemar.

    Lakukan kajian terperinci

    Menurut beliau lagi, merkuri tidak akan banyak di dalam air kerana dibawa bersama tanah terampai dari kawasan lombong dan terenap di dasar sungai.

    Merkuri dalam enapan sungai kemudiannya larut ke dalam air sungai.

    Beliau menjelaskan, masyarakat Orang Asli boleh ‘terminum’ merkuri sama ada secara terus dengan meminum air sungai ataupun daripada ikan yang dimakan dimana ikan-ikan ini mengandungi merkuri di dalam badan yang diambil melalui proses bioakumulasi.

    Kajian yang dilakukan UMK katanya bukan hanya di dalam air tetapi juga dalam enapan teras sedimen dan tanah terampai dalam air sungai. Kajian pencemaran di dalam teras sedimen ini akan memberikan petunjuk pola pencemaran yang berlaku dalam tempoh 10-15 tahun lalu menggunakan kaedah ‘sediment dating’.

    Selain itu, kajian ke atas ikan yang diperolehi dari sungai Kuala Koh juga turut dilakukan untuk melihat kepekatan logam berbahaya di dalam badan ikan.

    “Saya yakin ini akan memberi keputusan yang lebih tepat berkenaan status pencemaran sungai berbanding dengan hanya melihat kepada air sahaja,” katanya.

    Abdul Hafidz berkata tinjauan yang dilakukan di Kampung Kuala Koh mendapati masyarakat Orang Asli sememangnya tidak mempunyai sumber air bersih dan mereka minum air secara terus daripada sungai.

    “Ini tentunya membahayakan nyawa penduduk Orang Asli sekiranya sungai di kawasan tersebut tercemar,” katanya.

    Keadaan menjadi bertambah serius apabila kesedaran Orang Asli suku Batek di Kampung Kuala Koh terhadap keperluan air bersih sangat rendah.

    “Memang terdapat inisiatif sebelum ini daripada pihak berwajib menyediakan tangki simpanan untuk air yang ditapis tetapi malangnya telah rosak,” katanya.



    Sumber

  • Berdoalah kepada ALLAH SWT walau hanya perkara kecil

    Berdoalah kepada ALLAH SWT walau hanya perkara kecil

    BERDOA amat dianjurkan dalam Islam hinggakan mereka yang tidak berbuat demikian diumpakan sombong dengan ALLAH SWT.

    Sebagai insan, sudah tentu tidak lengkap rasanya jika kita tidak mengadu dan meminta pertolongan daripada orang lain, apatah lagi kepada Tuhan yang telah menciptakan semua makhluk di muka bumi ini.

    Ini kerana secara fitrahnya, manusia memang memerlukan bantuan dan pertolongan orang lain termasuklah ketika menuju ke alam barzakh.

    Apabila bercakap mengenai doa, adakah kita boleh berdoa kepada-Nya dan meminta perkara kecil atau remeh-temeh kepada ALLAH SWT seperti diberi peluang makan di restoran yang bagus atau supaya lampu isyarat merah bertukar hijau dengan segera?

    Dalam al-Quran, ALLAH SWT berfirman: “Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu…” (Surah Ghafir, ayat 60)

    Ayat itu jelas menunjukkan, ALLAH SWT memberikan jaminan akan mengabulkan setiap permintaan hamba-Nya yang berdoa kepada-Nya.

    Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah kalian berdoa dan meminta kepada ALLAH SWT segala hajatnya, hatta jika ingin meminta garam atau tali kasutnya apabila ia terputus.” (Jami’ Tirmizi)

    Syeikh al-Mubarakfuri sewaktu mensyarahkan hadis itu menyatakan: “Seluruh khazanah kekayaan milik ALLAH dan tiada Pemberi selain-Nya; maka mintalah apa sahaja dari-Nya hatta perkara-perkara yang ringan, kecil dan remeh.

    “Sesungguhnya jika ALLAH SWT tidak memudahkan suatu urusan, nescaya ia tidak akan menjadi mudah untuk kita mendapatkannya.”

    Justeru, berdoalah kepada ALLAH SWT walau sekecil-kecil perkara atau perkara yang remeh.

    Ia bukan setakat dibolehkan, bahkan juga ia sebenarnya satu anjuran yang dipesan oleh Nabi Muhammad SAW kepada seluruh umat baginda.

    Dengan berdoa walaupun hanya sekecil-kecil perkara, ia sebenarnya menunjukkan betapa tingginya pergantungan kita kepada-Nya.

    (Sumber: Al-Kafi #1308: Bolehkah Berdoa Perkara Remeh kepada ALLAH SWT? Laman Web Rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan)



    Sumber

  • CENTRAL I-CITY & SUBANG PARADE CAWANGAN BUTIK TERBARU SITI KHADIJAH

    27 Juıai 2019

    Sabtu, 27 Julai 2019 – Peneraju telekung inovasi di Malaysia, Siti Khadijah melangkah setapak ke hadapan dengan membuka dua buah butik di Lembah Klang. Dua butik SK yang dibuka adalah di Central I-City dan Subang Parade.

    Majlis Grand Opening Butik SK di Central I-City & Subang Parade ini dijalankan secara serentak bermula 26-28 Julai 2019. Untuk Grand Opening di Subang Parade diserikan dengan kehadiran bekas personaliti terkenal, Puan Sri Datin Normala Samsudin dan Ketua Pegawai Operasi Siti Khadijah Apparel Sdn Bhd, Encik Ammar Mohd Hishamudin. Manakala untuk Grand Opening di Central l-City pula dihadiri deh Yong Berbahagia. Datuk Wan Şuraya Binti Wan Mohd Radzi, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Pengarah Pemasaran Siti Khadijah Apparel Sdn Bhd, Encik Mohammad Munzir bin Aminuddin.

    Butik SK Central l-City dan Subang Parade ini masing-masing merupakan cawangan yang ke-32 dan ke-33 di seluruh Malaysia. Waktu operasi bag Butik SK yang baru ini adalah bermula pada jam 10 pagi sehingga jam 10 malam.

    ‘ ‘Syukur ke hadrat Ilahi, dengan izinNya, Siti Khadijah berjaya meluaskan empayar perniagaan dengan membuka dua lagi butik di dalam Malaysia. Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada famili kecil saya, iaitu anak-anak dan suami yang sentiasa menjadi tulang belakang dan nadi kepada kejayaan SK sekarang. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih saya kepada famili beşar saya, iaitu Team SK yang sentiasa bekerja keras untuk meningkatkan mutu dan kualiti produk SK bermula tahun 2009 sehinggalah ke hari ini. InsyaAllah, pembukaan dua butik baru SK di Subang Parade dan Central l-City ini akan memberi peluang kepada lebih ramai pengguna untuk merasai kualiti premium produk SK dan dapai melakukan ibadah mereka dengan lebih selesa”.

    Puan Hajah Padzilah Enda Sulaiman, Pengasas Telekung Siti Khadijah

    Disebabkan sokongan dan permintaan yang tinggi daripada pelanggan setia SK, #TeamSK mengambil keputusan untuk membuka dua buah cawangan butik di Subang Parade dan Central I-City, Shah Alam. Nilai pelaburan bag pembukaan butik baru Siti Khadijah di Subang Parade dan l-City mencecah RM400,000.

    Istimewa sempena pembukaan butik SK secara serentak di Subang Parede dan Central I-City, SK telah mengeluarkan koleksi telekung baru iaitu TPO Nayla & Basic Kain Safaa. Harga promosi bag TPO Naylo ialah RM239 manakala Basic Kain Safaa pula berharga RM149. Bukan sahaja produk telekung, produk gaya hidup Muslim yang lain juga boleh didapati di butik SK dengan harga promosi sempena Grand Opening yang bermula 26-28 Julai 2019.

    Bukan sahaja keluaran rangkaian produk telekung SK, sempena Grand Opening kedua-dua butik baru ini, SK telah memperkenalkan produk terbaru penjagaan diri melalui jenama Seedkey iaitu Hair Mist Jasmine & Hair Mist Rose. Seedkey merupakan produk penjagaan diri yang telah ditubuhkan pada tahun 2017. lanya bermula dengan produk sabun dari wangian gaharu dan syampu dari wangian limau purut. Seedkey mensasarkan misi untuk menjadi peneraju produk yang berasaskan bahan semulajadi di Malaysia. Penghasilan produk ini adalah disebabkan oleh kesedaran yang tinggi terhadap penggunaan bahan kimia yang merbahaya didalam produk penjgaan diri yang dipasarkan secara komersial.

    Antara kelainan yang ingin diketengahkan oleh SK bagi kedua butik baru ini iaIah konsep rekaan dalam butik itu sendiri. Konsep yang digunakan tampak lebih moden namun kekal minimalis, sejajar dengan prinsip produk Siti Khadijah iaitu ringkas dan minimalis. Bagi pilihan warna butik pula, kedua-dua buah butik yang baru ini masih kekalkan warna maroon yang menjadi warna tema SK.

    Selain itu, susunan wardrobe atau koleksi produk SK yang dipamerkan menghadap pelanggan bagi menarik minat lebih ramai pelanggan dan interaksi yang lebih tinggi. Bagi keluasan butik pula, butik SK Central l-Cityl mempunyai keluasan 746 kaki persegi, manakala butik SK Subang Parade mempunyai keluasan 711 kaki persegi.

  • Bapa kerja di pelantar minyak, hanya sebulan sekali jumpa anak

    Bapa kerja di pelantar minyak, hanya sebulan sekali jumpa anak

    BERJAUHAN dengan suami merupakan saat yang paling sukar, apatah lagi terpaksa mengurus anak seorang diri. Ia benar-benar mencabar kekuatan mental dan fizikal.

    Itu yang dilalui pasangan yang duduk berjauhan atau diberi jolokan perhubungan jarak jauh (PJJ). Selalunya hal itu berlaku disebabkan tuntutan kerja demi mencari nafkah.

    Bukan mudah untuk berhadapan situasi sedemikian. Tidak semua wanita mampu untuk berdiri dan melaksanakan tanggungjawab sendiri tanpa suami di sisi.

    Lebih memilukan, apabila anak kerapkali bertanya di mana bapanya? Malah ada segelintir anak langsung tidak mengenali bapa sendiri.

    Apa tidaknya, sebaik lahir, si cilik sudah hidup berjauhan dengan bapa yang nun jauh di sana.

    Jika ditanya pada mana-mana isteri, tiada siapa yang mahu tinggal berjauhan dengan pasangannya. Pun begitu, mereka terpaksa pasrah jika ditakdirkan jika sebaliknya demi survival keluarga.

    Sebulan sekali berjumpa

    Situasi perit itu kini direntas pasangan Syazwani Zainal Abidin, 31, dan suami, Mohd Nazif Ghazali, 33. Syazwani terpaksa tinggal berasingan ekoran suaminya bertugas di pelantar minyak, Miri, Sarawak.

    Wanita itu yang mesra disapa Wani memaklumkan, beliau dan suaminya tinggal berjauhan sejak enam tahun lalu selepas dua bulan mereka diijabkabulkan.

    “Memang berat hati saya nak berpisah dengan suami, dengan inai masih merah di jari saya terpaksa berjauhan dengannya.

    “Pun demikian, saya terpaksa reda untuk memperoleh kehidupan dan pendapatan lebih baik buat kami sekeluarga,” katanya yang kini bergelar suri rumah dan tinggal di Perak bersama kedua ibu bapanya.

    Sudah enam tahun pasangan ini tinggal berjauhan lantaran tuntutan pekerjaan.

    Sudah enam tahun pasangan ini tinggal berjauhan lantaran tuntutan pekerjaan.

    Sebelum ini, Wani pernah bekerja, namun terpaksa mengambil keputusan menjadi suri rumah sepenuh masa bagi memberi tumpuan kepada cahaya mata pertamanya.

    “Sebaik melahirkan anak sulung, Naura Aulia Sofia yang kini berusia lima tahun, suami nasihatkan saya berhenti kerja dan beri tumpuan pada anak.

    “Sehinggalah saya melahirkan anak kedua, Naufalyn Humayra, 3, kami masih tinggal berjauhan,” katanya kepada Keluarga Femina baru-baru ini.

    Selepas mempunyai zuriat, Wani akui, beliau agak sibuk menguruskan anak-anak sehingga kadang-kadang terlupa sebentar rasa duka menanggung rindu terhadap suami.

    “Jika dilayan jiwa dan perasaan, rasa sedih, sunyi, rindu membuak-buak semua ada. Namun saya kuatkan hati demi anak-anak.

    “Telefon menjadi penghubung antara kami, tiga kali sehari suami akan membuat panggilan video untuk bersembang dan berkongsi cerita dengan saya dan anak-anak,” ujar pemegang Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sistem Pejabat di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam, Selangor.

    Selepas enam tahun hidup berjauhan, wanita tinggi lampai yang berasal dari Manjung, Perak itu bertambah kuat dan cekal untuk menghadapi kehidupan berdikari tanpa suami di sisi.

    “Meskipun berjauhan, sebulan sekali suami akan pulang menjenguk kami. Beliau akan menghabiskan sepenuh masa cutinya dengan membawa kami keluar dan melakukan aktiviti bersama.

    “Anak-anak insan paling teruja, macam-macam cerita akan dikongsinya. Mereka sangat rapat dengan suami walaupun jarang ketemu,” katanya.

    Di sebalik itu semua, Wani tidak dapat mengelak apabila anak-anak akan bertanya di mana bapa mereka selepas itu?

    Kad ucapan Selamat Hari Bapa yang dibuat khas oleh Naura untuk Mohd Nazif tidak dapat diserahkan pada hari berkenaan kerana bapanya jauh di Sarawak.

    Kad ucapan Selamat Hari Bapa yang dibuat khas oleh Naura untuk Mohd Nazif tidak dapat diserahkan pada hari berkenaan kerana bapanya jauh di Sarawak.

    “Seperti Hari Bapa baru-baru ini, guru kelas meminta anak sulung, Naura dan pelajar lain membuat kad ucapan untuk diberikan kepada bapa masing-masing sebaik pulang ke rumah.

    “Guru kelasnya pelik tengok Naura yang tampak sedih, bila guru tanya kenapa dan dia beritahu bapanya tidak ada di sini, jauh di Sarawak. Situasi itu benar-benar membuatkan saya sebak,” kongsinya sambil menahan rasa pilu yang tidak terkata.

    Walau apa sekalipun yang berlaku, Wani memberitahu, beliau dan suami sentiasa menaruh kepercayaan dan kesetiaan antara satu sama lain.

    Sementara itu, Mohd Nazif pula mengakui, kasih sayangnya terhadap isteri dan anak-anak tetap menjadi nombor satu meskipun jarak memisahkan mereka sejak bertahun-tahun lalu.



    Sumber

  • Edisi terhad Honda CR-V Mugen

    Edisi terhad Honda CR-V Mugen

    HONDA Malaysia baru-baru ini mengumumkan model edisi terhad CR-V Mugen yang telah mula dijual untuk pasaran tempatan. Model itu juga dihasilkan terhad hanya untuk penjualan sebanyak 300 unit.

    CR-V Mugen itu dihasilkan berasaskan model varian pertengahan 1.5L Turbo 2WD dengan dua harga berbeza mengikut warna badan.

    Untuk mereka yang berminat dengan warna Passion Red Pearl, ia dijual pada harga RM152,900, manakala bagi warna badan White Orchid Pearl pula berharga RM153,300. Harga yang dinyatakan ialah harga atas jalan tanpa insurans.

    Honda CR-V Mugen itu masih lagi dijana dengan enjin 1.5 liter VTEC Turbo 193 PS pada 5,600 rpm dan tork maksima 243 Nm tork dari 2,000 rpm hingga 5,000 rpm serta digandingkan dengan transmisi CVT untuk memacu roda hadapan.

    CR-V edisi terhad itu datang dengan kit badan Mugen asli yang terdiri daripada kemasan gril hadapan, spoiler bawah bampar hadapan dan belakang, kemasan seakan skirt pada bahagian sisi, spoiler bumbung lebih besar dan juga emblem-emblem Mugen di tempat sepatutnya.

    Kit badan itu ialah produk yang sama dipadankan pada model konsep CR-V Mugen di KLIMS 2018 dan juga Malaysia Autoshow 2019. Malah kit yang sama juga telah membuat penampilan di Tokyo Auto Salon 2019 awal tahun ini dan juga boleh didapati di laman web rasmi Mugen Jepun.

    Bagaimanapun, rim Mugen MDR 19-inci tidak dibekalkan dan ia masih dipadankan dengan rim aloi 18-inci standard.

    Tiada perubahan diberikan pada kelengkapan lain dan ia masih dibekalkan dengan ciri-ciri sama seperti 1.5L Turbo 2WD standard. Seperkara, di sebelah luar CR-V itu diberikan lampu utama, DRL dan lampu kabus kesemuanya ialah LED, penderia parkir di hadapan dan belakang serta penggilap cermin automatik.



    Sumber

  • Pameran Artifak Rasulullah sasar 150,000 pengunjung

    SIARAN MEDIA

    KUALA LUMPUR, 26 JULAI 2019 Kira-kira 150,000 pengunjung dijangka hadir menyaksikan Pameran Artifak Rasulullah SAW dan Sahabat RA di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang akan bermula 22 Julai ini hingga 4 Ogos depan.

    Pameran anjuran sepenuhnya Manhajj Brothers Sdn. Bhd.(Manhajj Brothers) ini akan menampilkan lebih 70 artifak Rasululllah SAW, artifak Sahabat RA serta artifak kerajaan Uthmaniah.

    Dato Adi Putra berkata, pameran ini akan memberi peluang kepada masyarakat untuk melihat sendiri artifak yang turut menjadi rakaman sejarah kehidupan dan perjuangan Baginda.

    Beliau berkata, pameran ini juga bermatlamat untuk memberi pendidikan, sumber inspirasi dan pengetahuan kepada pengunjung mengenai kegemilangan tamadun Islam.

    “Antara artifak yang boleh dilihat ialah Rambut, Janggut, Darah Bekam, Serban, Tongkat, Bekas Air Zamzam, Pasir Makam Rasulullah SAW dan Kunci Makam tersebut.

    “Artifak-artifak lain adalah seperti Pedang Muaz Bin Jabal, Pedang Sultan Al-Fatih, Kiswah Kaabah Merah, Kiswah Kaabah Hijau dan Kunci Makam Saiditina Fatimah.

    “Turut dipamerkan artifak peninggalan Kerajaan Uthmaniah seperti Kunci, Baju Perang, Tandu, Al-Quran Emas, Kiswah Kaabah dan Kiswah Pintu Taubat di mana semua artifak ini merupakan koleksi dari Tanah Arab seperti Mekah dan Madinah serta negara Yemen dan Turki,” katanya dalam sidang media sempena perasmian pameran artifak di PWTC hari ini.

    Adi Putra berkata, pameran tersebut mendapat sokongan penuh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

    Sementara itu, Adi Putra juga memberitahu bahawa Kuala Lumpur menjadi destinasi pilihan selepas beberapa negeri sebelum ini seperti di Johor dan Melaka.

    “Tiket masuk hanya RM20 untuk dewasa, RMIO untuk mahasiswa dan RM5 untuk kanak- kanak serta pameran dibuka setiap hari mulai pukul 10 pagi hingga 10 malam.

    “Lebih menarik pameran ini menawarkan cabutan bertuah apabila pengunjung boleh membawa pulang hadiah utama iaitu motosikal Yamaha Y 15.

    “Cabutan itu diadakan menerusi peraduan ‘Ride To Y-Suku‘ di mana pengunjung hanya perlu mengambil gambar di Photobooth rasmi Manhajj yang berharga RM15 bagi melayakkan mereka mendapat satu nombor bertuah,” katanya.

  • Resah obesiti disebabkan keturunan

    ANDA MUSYKIL, DOKTOR JAWAB

    SOALAN 1

    RAWAT berat badan dengan senaman.

    RAWAT berat badan dengan senaman.

    DOKTOR, saya menghidap penyakit obesiti. Boleh dikatakan semua lelaki dalam keturunan kami obes atau gemuk. Persoalan saya, adakah obesiti itu mudah terkena pada kaum lelaki dan apakah cara paling cepat untuk saya menguruskan badan?

    – LELAKI OBESITI, AZIZI AHMAD, 45, TEMERLOH, PAHANG

    JAWAPAN:

    TUAN, dari segi statistik kajian nasional dijalankan mendapati kadar obesiti orang dewasa hampir sama antara lelaki dan perempuan. Mungkin terdapat sedikit lebihan data pada wanita.

    Berdasarkan Tinjauan Kesihatan Sedunia dan Morbiditi Kebangsaan tahun 2015 menunjukkan kadar obesiti dalam kalangan wanita sebanyak 20.6 peratus berbanding dengan lelaki 14.9 peratus.

    Ia menjadikan satu daripada tiga dewasa berusia lebih 18 tahun mempunyai berat badan berlebihan dengan 30.6 peratus mengalami obesiti. Masalah wanita obesiti lebih cenderung disebabkan oleh hormon dan gaya hidup yang banyak melakukan kerja sambil duduk.

    Risiko obesiti dalam kalangan wanita juga disebabkan faktor kehamilan. Namun, secara umum, salah satu punca utama obesiti disebabkan perubahan mendadak dalam persekitaran makanan.

    Kebanyakan kita lebih suka mengambil makanan dalam jumlah yang lebih banyak dan saiz lebih besar.

    Faktor-faktor lain penyumbang pada obesiti termasuklah masalah kurang tidur, stres, tidak aktif dan pengubahsuaian epigenetik.

    Meskipun begitu, obesiti merupakan kesan apabila tubuh lebih kerap mengambil kalori berbanding menggunakannya kembali. Keadaan itu menyebabkan berlaku penyimpanan lemak berlebihan dan penambahan berat badan.

    Tiada cara ekspres Tiada cara cepat untuk kurus. Ia berdasarkan jumlah berat badan yang dihadapi dan cara optimum yang dilakukan untuk mengurangkan berat tersebut.

    Tuan boleh dibantu dengan mengikuti mana-mana program rawatan berat badan seperti diet, senaman dan ubat-ubatan. Dapatkan nasihat profesional.

    Selain itu, tuan perlu meningkatkan tahap aktiviti fizikal harian untuk mencapai defisit kalori. Jumlah kalori yang diambil perlu dibakar dalam aktiviti harian yang dibuat.

    Jika amalan itu berjaya dilakukan ia boleh mengurangkan berat badan.

    Pun demikian, ubat-ubatan yang dapat menyekat selera atau merangsang perasaan kenyang juga berkesan. Namun perlu ada kelulusan pihak farmasi kebangsaan dan preskripsi diambil dipantau oleh doktor.

    SOALAN 2

    Hilang ingatan impak penyakit tiga serangkai

    DOKTOR, saya menghidap penyakit tiga serangkai iaitu diabetes, tekanan darah tinggi dan jantung. Penyakit itu semakin merunsingkan apabila ada simptom baharu yang mana saya sering lupa. Saya pernah tidak ingat nama sendiri. Doktor, apakah penyebabnya dan cara untuk mengatasi masalah tersebut?

    -RISAU LUPA, ISMAIL HUSEIN, 46, TANGKAK, JOHOR

    PENGAMBILAN kuantiti makanan dengan kadar yang banyak mendorong obesiti.

    PENGAMBILAN kuantiti makanan dengan kadar yang banyak mendorong obesiti.

    JAWAPAN:

    TUAN, faktor kebiasaan penyakit tiga serangkai sering dikaitkan dengan cara hidup, persekitaran dan pemakanan.

    Bagi menghuraikan masalah yang berlaku, doktor perlu mendapatkan sejarah perubatan dengan lebih teliti.

    Umumnya, penyakit tiga serangkai boleh membuatkan seseorang itu berisiko tinggi untuk mendapat penyakit kardiovaskular atau jantung, komplikasi otak dan berlakunya strok.

    Gejala yang ditunjukkan pesakit iaitu mengalami kurang atau hilang ingatan boleh dikaitkan dengan masalah diabetes jika pernah mengalami strok berulang kali.

    Tahap gula dalam darah yang amat rendah berlaku berulang kali boleh mencetuskan risiko pada organ dalaman antaranya bahagian otak.

    Bahagian yang terlibat iaitu frontal yang mengawal ingatan dan seterusnya menjejaskan fungsi ingatan. Namun, perlu disiasat dengan terperinci untuk mengesahkannya.

    Sudah semestinya pada peringkat permulaan, penyakit diabetes menyerang saraf kaki. Jika tidak dikawal ia boleh merebak ke bahagian lain.

    Selain itu, kesan sampingan ubat antidiabetik hipoglisemia ataupun paras gula dalam darah yang rendah iaitu pada paras kurang dari 4milimol per liter dan lain-lain lagi berlakunya gejala hipoglisemia (lapar, berdebar, resah, keliru, pitam dan sawan) jika berlaku dengan kerap boleh dikaitkan kesan fungsi pemikiran otak mungkin boleh menyebabkan kurang daya ingatan .

    Amalkan gaya hidup dan pemakanan sihat serta membudayakan aktiviti fizikal.

    ANEKDOT

    Obesiti:

    – Pengumpulan lemak berlebihan atau abnormal yang boleh merosakkan kesihatan.

    – Golongan mempunyai BMI lebih 23 kilogram (kg)/m2 dikelaskan sebagai mempunyai berat badan berlebihan, manakala yang dikelaskan sebagai obes memiliki BMI lebih dari 27.5 kg/m2.

    Tip mencegah penyakit tiga serangkai:

    – Lakukan pemeriksaan awal.

    – Pengambilan pemakanan seimbang.

    – Melakukan aktiviti dan senaman. Lakukan selama 30 minit sehari seperti berjalan kaki, bersiar-siar, naik tangga, berkebun dan sebagainya.

    – Tidur mencukupi.

    – Jauhi tekanan.

    – Pengambilan vitamin yang sesuai.

    Profil

    DR Zanariah

    DR Zanariah

    Dr Zanariah Hussein merupakan Pakar Perunding Endokrinologi dan Perubatan Am di Hospital Putrajaya.



    Sumber

  • Vivo S1 Officially Launched in Malaysia

    Kuala Lumpur, 24 July 2019 — Vivo Malaysia officially launched its newest product, the Vivo S1 for Malaysia. The first unit of the S-Series carries the tagline “Unlock Your Style”, targetted at young consumers who are energetic, stylish, and always keep up with the latest trends.

    The Vivo S1 comes with a range of excellent features such as Screen Touch ID, a 32MP AI Selfie Camera, a 4500mAh big battery with Dual-Engine Fast Charging, an Al Triple Rear Camera and a stylish design with a choice of Diamond Black and Skyline Blue colours. Vivo Mike Xu, CEO of Vivo Malaysia said, “As a consumer-based technology brand, Vivo wants to meet the increasingly varied needs of Malaysians. Our internal research shows the segmentation of young consumers who wants a stylish smartphone with features that suit their lifestyle. This is what we want to fulfill through the the S-Series.”

    Screen Touch ID with Stylish Design

    In terms of design, Vivo S1 comes with a Super Amoled Ultra All Screen screen with a screen size of 6.38 inch FHD+, a resolution of 1080 x 2340, an aspect ratio of 19.5:9, and a percentage of screen-to-body ratio of 90%.

    The Vivo S1 provides a more fun visual experience when watching videos or interacting on social media. The Vivo S1 high resolution screen is also equipped with the Screen Touch ID feature which not only makes it easy to authenticate users, but also more attractive with the latest design visualisation from Vivo.

    On the rear, the Vivo S1 uses a Nano-lon coating technique to produce colour gradations with a stylish light reflection effect. The Vivo S1 is available in two colour choices, namely Diamond Black and Skyline Blue. Trendy colour choices that combine with the 2.5D design also make the Vivo S1 not only look attractive to accompany various activities, but also comfortable to be held.

    Clear Photo Results with Smart Camera

    The Vivo S1 comes with a 32MP AI Selfie Camera that is equipped with intelligent features such as Al Filter, Al Selfie Lighting, AR Stickers and Al Face Beauty, producing crystal clear images with high-resolution front camera. The Vivo S1 also provides more options for customising photos to be more optimal and expressive.

    On the rear, the Vivo S1 carries an Al Triple Rear Camera with a 16MP main camera, 8MP Al Super-Wide Angle Camera for wider photos up to 120 degrees, and 2MP Depth Sensor Camera for smooth portrait or bokeh results. Smart features can also be maximised by users such as Al Portrait Framing, Portrait Mode, and Professional Mode.

    Reliable Performance to Support Your Lifestyle

    “The Vivo S1 carries the specifications that young consumers look for in choosing a smartphone, such as stylish design, smart cameras, clear visual experience with a wide screen and reliable performance. There also some popular features on the Vivo $1 such as the Ultra Game Mode and Screen Touch ID to make the mobile experience even more enjoyable,” added Mike Xu.

    The Vivo S1 has 6GB of RAM and 128GB ROM which provides more memory space for storing videos, music and pictures.

    To provide a powerful smartphone experience, the Vivo S1 has a 4,500mAh battery with Dual-Engine Fast Charging processor. A combination of processors that save power and high battery capacity makes the Vivo S1 perfect to actively support a variety of consumer activities for a longer time.

    The Vivo S1 runs on the latest Funtouch OS 9 operating system based on Android 9.0 Pie, with Smart Button and Al Jovi features. The Vivo S1 also comes with Ultra Game Mode with Multi-Turbo and Competition Mode which helps the smartphone’s performance become smoother when playing games and whilst saving battery life.

    Availability

    The Vivo S1 is available for pre-orders from now till 26 July 2019 and available for sale on 27 July 2019 at all Vivo Concept Stores, collaboration partners, authorised dealers nationwide for RM1,099.

    The public may pay RM50 and get RM100 instant rebate when they pre-order their Vivo S1 at the Vivo Concept Stores. Pre-order buyers will enjoy an exclusive gift of a Vshare K1-Biuetooth Speaker.

    Online, the Vivo S1 is available for pre-order on Lazada, Shopee, Presto Mall and Vivo Store. Pre-order buyers who purchase online will also receive a mystery gift.

    Key Specifications:

    • e Screen Touch ID Fingerprint Sensor
    • 32MP Selfie Camera e
    • 4,500mAh high capacity battery
    • Dual Engine Fast Charging e 1
    • 6MP+8MP+2MP AI Triple Camera
    • 6.38 Full HD+ Super Amoled Ultra All Screen
    • Mediatek Helio P65 Octa Core processor
    • 6GB RAM & 128GB ROM
    • Diamond Black and Skyline Blue Colours
    • Funtouch OS 9 (based on Android 9.0 Pie) VARY, @)

    For more information, head over to Vivo Malaysia’s website https://www.vivo.com/my and Facebook page https://www.facebook.com/VivoMalaysia.

  • Daiichi infant car seat now comes with upgraded safety for added protection

    KUALA LUMPUR -— July 23, 2019 — Worried that the child car seat you invested in is not providing the protection your child needs, or, that your child has out-grown the restraint system, making it less effective in protecting your child? You are not alone.

    Parents constantly worry about these situations because they know that toddlers and young children are vulnerable when ferried about in a vehicle. Their fragile structure and weaker neck muscles, that carry a relatively large and heavy head in relation to their body, puts them at greater risk of injury in the event of a motor-vehicle crash or when emergency brakes are applied.

    “Understanding these concerns, Daiichi, one of Korea’s leading manufacturer of child seats, strollers and baby carriers, have made it their mission, not only to continuously improve the safety features of their seats but also to research and create new ones,” said Ken Foo Hsien Loong, director of sales and marketing at Histopoint Sdn. Bhd., the marketer and distributor of Daiichi child care products in Malaysia.

    “The introduction of the “First Seven Plus” child car seat is testimony to Daiichi’s commitment and a deinonsiration of its resclve,” said Ken, whose company also inarkets and distributes popular Korean mother and child care products such as breast pumps from Spectra and UV sterilisers from Upang, in addition to Western brands such as Freemie from US and Looping from France.

    The First Seven Plus child car seat is an upgraded version of the Daiichi’s previously released child car seat, the “First Seven”, and offers added safety and functionality that includes a quadruple side impact protection (Q-SIP), ergonomic Safe-Back design, a four-position inner seat and sun visor.

    “The Q-SIP is a revolutionary shock-resistant system, providing four layers of protection that cushions and protects the side of the child’s head during a collision,” said Ken.

    “Another key feature in the First Seven Plus is the “Safe-Back” design which is carefully developed to provide excellent ergonomics and back support across the different stages of the child’s growth, especially toward the head, neck and waist areas,” he said.

    “The First Seven Plus also comes with a removable four-position inner seat which offers protection to the child’s neck, spine and sides of the body,” Ken said. “The inner seats are removable to accommodate changes in the child’s physical structure as he or she grows.”

    “What’s more, this child safety seat now has a sun visor that can prevent harmful UV rays of up to 99.8%, thus protecting the child’s eyes and skin,” he said. Histopoint is also introducing Daiichi’s Louis All-in-One baby carrier. The carrier is designed to enable lumbar support through the hip-seat and sitting-height adjustment. Here, when a child is placed in a rear- facing position, the lumbar support will comfortably cover the thighs and hips of the child.

    However, if the child is placed facing forward, then the lumbar support can be folded to increase the height of the child’s seating. Moreover, the carrier is also designed with spine prosthesis for Stability, as well as extra cushioning for that added comfort.

    In addition to products from the Daiichi brand, Histopoint is also introducing new branded products into Malaysia, such as baby baths from Murmur, and baby accessories from Taiwan-based Farlin.

    Those who are interested in the First Seven Plus child car seat, Louis All-in-One baby carrier or other popular mother and child care products distributed by Histopoint may obtain them from any Happi Kiddo  stores across Malaysia or visit www.histopoint.com.my.