Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Ekspo
  • Nikmati The Singing Pizza’ di Pizza Hut
  • Ekspo

Nikmati The Singing Pizza’ di Pizza Hut

Helmi Aziz April 29, 2019 2 minutes read
280540.jpg

BILA sebut Pizza Hut, pasti ramai yang sukakannya. Manakan tidak rasa pizanya enak dan amat memenuhi citarasa rakyat negara ini.

Kini Pizza Hut Malaysia (Pizza Hut) selaku rangkaian piza nombor satu negara memperkenalkan cara terbaru untuk menikmati piza menerusi ‘The Singing Pizza’.

‘The Singing Pizza’ bakal mengubah cara rakyat negara ini menikmati piza melalui penggunaan kotak piza berinovasi, ia bertindak sebagai kotak muzik.

Pelanggan akan menikmati pengalaman yang mengasyikkan dan sukar untuk digambarkan bermula sekarang hingga Disember nanti.

Rasai keenakan piza sambil menikmati 200 lagu percuma

Rasai keenakan piza sambil menikmati 200 lagu percuma

Pengarah Eksekutif – CEO Restoran QSR Brands Holdings (M) Bhd, Merrill Pereyra berkata, syarikat mahu memberi pengalaman citarasa piza yang lebih baik menerusi inovasi berasaskan digital.

Ketua Pegawai Pemasaran Pizza Hut Malaysia, Jean Ler pula memberitahu, pengalaman Pizza Hut ini adalah untuk menggalakkan rakyat negara mengecapi hidup yang lebih bermakna dan penuh bersemangat.

“Rakyat negara ini begitu dekat dengan muzik, jadi kami mahu menggabungkan dua budaya rakyat yang disayangi iaitu makanan dan muzik menjadi satu pengalaman yang serba baharu.

“Kita perlu mengutamakan budaya berkenaan agar kita dapat menyatukan dan memberi inspirasi kepada semua rakyat dalam erti kata yang sebenar,” katanya.

Justeru itu, Pizza Hut telah bekerjasama dengan Universal Music Malaysia bagi berkongsi satu pengalaman yang serba baharu untuk rakyat negara ini.

‘The Singing Pizza’ menjadikan kotak piza biasa sebagai sebuah kotak muzik yang memainkan lagu daripada senarai lagu eksklusif dan didatangkan dengan pelbagai reka bentuk yang menarik!

Senarai lagu ‘The Singing Pizza’ terdiri daripada 200 lagu yang akan dikemaskini setiap dua minggu, termasuk lagu-lagu di dalam trend dan trek eksklusif yang belum lagi dilancarkan oleh artis-artis terkemuka tempatan seperti Fattah Amin dan Fazura melalui lagu ‘paling sempurna’, Alvin Chong, Zaim, Shalma dan Aman Ra.

Majlis pelancaran disertai beberapa selebriti yang terlibat dalam 'The Singing Pizza'.

Majlis pelancaran disertai beberapa selebriti yang terlibat dalam ‘The Singing Pizza’.

The Singing Pizza boleh didapati dalam bentuk:

Kotak Piza: ia disertakan dengan satu kod QR istimewa untuk diimbas oleh pelanggan dan memainkan muzik eksklusif melalui telefon mudah alih setiap kali mereka membuat pesanan untuk dibawa pulang atau melalui penghantaran.

Menu Muzik: Satu kod QR khas istimewa akan diletakkan di restoran Pizza Hut bagi membolehkan pelanggan yang makan di restoran memilih senarai lagu eksklusif sambil menikmati hidangan piza di situ.



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Lengkapi Ramadan, Syawal dengan barang Go Shop
Next: Ketahui pengertian sahabat Nabi Muhammad SAW

Related Stories

09
  • Business
  • Celebration
  • Collabration
  • Ekonomi
  • Ekspo
  • Gadget
  • Gaya Hidup
  • Industri Kreatif
  • music
  • News
  • Product Launch

vivo V70 FE First Sales Roadshow Janji Pengalaman Interaktif dan Persembahan DOLLA

Syahir Izani April 15, 2026
1000250427
  • Automotive
  • Business
  • Ekspo
  • Event
  • Innovation
  • Launching

SIRIM-Certified ASTRA Reinforces Bateriku’s Commitment to Quality with the Opening of Its Quality Lab

Helmi Aziz August 8, 2025
2
  • Awards
  • Ekspo
  • Music

Universal Music Malaysia Raikan Ikon Muzik di Hall of Fame, Pavilion Malaysia, Ekspo 2025 Osaka, Japan

Helmi Aziz May 14, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.