Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Ekspo
  • Nikmati sajian bakar, panggang dan puluhan menu lazat di KSGCC
  • Ekspo

Nikmati sajian bakar, panggang dan puluhan menu lazat di KSGCC

Helmi Aziz May 20, 2019 2 minutes read
316180.jpg

MASIH mencari-cari lokasi untuk berbuka puasa bersama keluarga tersayang? Apa kata anda bawa keluarga menikmati hidangan lazat di Kota Seriemas Golf & Country Club (KSGCC), Nilai, Negeri Sembilan.

Ramadan kali ini pihak KSGCC menawarkan sajian bufet istimewa bertemakan ‘SHUKOOR Kembali Lagi’, jadi pelanggan boleh menikmati beraneka pilihan menu yang lazat dan unik pada harga yang berpatutan.

Lokasinya di mana ya? Di dewan dengan persekitaran yang lebih luas dan selesa untuk mereka yang datang bersama pasangan, ibu bapa, anak-anak dan juga saudara mara.

Melalui bufet Istimewa ini, anda boleh memilih untuk menikmati ‘smoked BBQ’ & Grill, BBQ Beef Rib, Brazillian Black Mussels dan ayam pasu termasuk aneka masakan berasaskan ayam, daging dan makanan laut.

Menariknya, makanan ini dipanggang secara berterusan, jadi tetamu boleh mengambil dan menikmati hidangan itu ‘panas-panas’.

Buat peminat kambing pula, anda boleh menikmati sajian Semenanjung Arab yang dipanggang di dalam ketuhar shuwa.

Menerusi gaya masakan ini, kambing atau daging akan disalut dengan pelbagai ramuan rempah-ratus, sebelum dibalut dan dimasukkan ke dalam ketuhar yang berisi bara.

Aromanya pasti membangkitkan selera anda tatkala perut berkeroncong.

Menu berbeza setiap hari

Pihak KSGCC memberitahu, hidangan menu yang disediakan sepanjang Ramadan adalah berbeza-beza setiap hari.

“Ya, menu berbeza setiap hari berasaskan masakan kampung seperti gulai kawah Kelantan, ayam masak merah, daging salai masak lemak cili api, rendang udang Minang, daging dendeng Perak, ayam kuzi, daging kurma, ayam mandy, ikan patin masak lemak tempoyak dan banyak lagi,

Bufet kali ini juga akan memperkenalkan beberapa menu baharu seperti kari kambing bakar, nasi ayam dan masakan dapur Korea termasuk kimchi, bibimbap dan spicy yangnyeom-cikin, pepes ayam bakar, dan lidah goreng panggang.

Pastinya, bubur lambuk, kuih-muih dan pelbagai manisan serta makanan pencuci mulut seperti durian goreng menjadi pelengkap hidangan berbuka puasa kali ini.

Jadi apa lagi jom berbuka puasa bersama KSGCC dan bersedia untuk menikmati pengalaman yang menakjubkan!

• Harga Biasa – RM70 (dewasa)

• Harga Biasa – RM30 (kanak-kanak berusia 7-12 Tahun) • Baucar – RM58

Sebarang pertanyaan boleh hubungi: 06-7907392 atau 019-3839339



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: KPKT sokong inisiatif World #QuranHour
Next: Warna baharu untuk Jazz, City dan CR-VRed PearlPassion

Related Stories

09
  • Business
  • Celebration
  • Collabration
  • Ekonomi
  • Ekspo
  • Gadget
  • Gaya Hidup
  • Industri Kreatif
  • music
  • News
  • Product Launch

vivo V70 FE First Sales Roadshow Janji Pengalaman Interaktif dan Persembahan DOLLA

Syahir Izani April 15, 2026
1000250427
  • Automotive
  • Business
  • Ekspo
  • Event
  • Innovation
  • Launching

SIRIM-Certified ASTRA Reinforces Bateriku’s Commitment to Quality with the Opening of Its Quality Lab

Helmi Aziz August 8, 2025
2
  • Awards
  • Ekspo
  • Music

Universal Music Malaysia Raikan Ikon Muzik di Hall of Fame, Pavilion Malaysia, Ekspo 2025 Osaka, Japan

Helmi Aziz May 14, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.