Nikmati Menu Sedia Dimakan Terbaik dari 7-Eleven pada Harga Serendah RM5.90

Produk berkualiti tinggi dengan harga mampu milik bukanlah sesuatu yang asing bagi peminat 7CAFé oleh 7-Eleven, yang kini memperkenalkan menu sedia dimakan terbaru.

Sebagai kedai serbaneka pilihan ramai dan destinasi gaya hidup, 7CAFé oleh 7-Eleven kini menawarkan pelbagai pilihan menu sedia dimakan mengikut citarasa tempatan yang membangkitkan nostalgia dalam setiap suapan.

Antara menu sedia dimakan yang popular dan wajib dicuba di 7CAFé oleh 7-Eleven termasuk Nasi Goreng Kampung (RM5.90), Nasi Ayam Pad Kra Pao (RM6.90), Nasi Ayam Masam Manis (RM8.90), dan Pasta Keju Pedas (RM7.90).

Dengan penawaran yang menarik, setiap menu memberikan pelbagai pilihan lazat kepada pelanggan dengan harga berpatutan bermula dari RM5.90, menggunakan bahan segar tempatan dan berkualiti tinggi, sambil menonjolkan citarasa Malaysia.

Kini tersedia di lebih 300 7CAFé oleh 7-Eleven dan kedai 7-Eleven terpilih di seluruh negara, menu sedia dimakan ini boleh dinikmati pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Pilihan menu sedia dimakan termasuk Nasi Goreng Belado (RM5.90), Nasi Goreng Telur (RM5.90), Nasi Goreng Kampung (RM5.90), Nasi Ayam Paprik (RM6.90), Nasi Ayam Nyonya (RM6.90), Nasi Pad Kra Pao (RM6.90), Pasta Budae Jigae (RM8.90), Pasta Keju Pedas (RM7.90), Nasi Ayam Kong Pao (RM8.90), Nasi Ayam Sweet and Sour (RM8.90), Nasi Ayam Kam Heong (RM8.90), dan Nasi Ayam Kari (RM8.90).