LEBIH 2,000 MANGKUK BUBUR LAMBUK DAN 8, 000 BIJI KUIH-MUIH DIEDARKAN SECARA PERCUMA UNTUK BERBUKA PUASA ANJURAN MAJALAH RASA

LEBIH 2,000 MANGKUK BUBUR LAMBUK DAN 8, 000 BIJI KUIH-MUIH DIEDARKAN SECARA PERCUMA UNTUK BERBUKA PUASA ANJURAN MAJALAH RASA

Setiap kali Ramadan semenjak enam tahun lalu, Majalah RASA tidak pernah gagal melunaskan program CSR dengan mengagihkan bubur lambuk dengan kerjasama beberapa rakan penaja. Terbaharu, program ini dianjurkan bersama AJI-SHIO® dan FGV Holdings Berhad (FGV) melibatkan penyediaan 2,000 mangkuk bubur lambuk dan lebih 8,000 kuih-muih tradisional, yang diedarkan secara percuma untuk penduduk Shah Alam dan kawasan sekitarnya. Acara ini berlangsung di Central I-City, Shah Alam, bermula dari pukul 10:00 pagi hingga 5:00 petang.

Inisiatif ini bukan sahaja menyantuni komuniti Shah Alam, malah turut menyasarkan kumpulan petugas hospital dan pegawai agensi beruniform. Pengedaran khas kepada kedua kumpulan ini adalah sebagai tanda penghargaan bagi bakti mereka dalam berkhidmat kepada masyarakat di bulan Ramadan.

Program sehari ini mencerminkan tekad Majalah RASA, AJI-SHIO®, dan FGV dalam memenuhi tanggungjawab sosial mereka selain menjalinkan ukhuwah dan persahabatan, selari dengan sambutan bulan Ramadan yang mulia. Seawal pagi segala persiapan memasak disediakan dan aktiviti rewang sebagaimana kita pernah saksikan dalam majlis perkahwinan di kampung dapat disaksikan. Program ini juga menyajikan bubur lambuk dijamin sedap kerana menggunakan Lada Berperisa dan Lada Hitam Berperisa daripada Aji-Shio serta beras wangi Malaysia daripada SAJI Aroma.

Bagi yang belum tahu, sebelum ini, program yang sama telah berjaya dijalankan pada 16 Mac 2024 di AEON Mall Shah Alam dan mendapat sambutan yang sangat mengalakkan.

Program RASA Bubur Lambuk dan Kuih Warisan 2024 telah berlangsung pada 23 Mac 2024 bertempat di Central I-City, Shah Alam menyaksikan kehadiran tetamu kehormat iaitu Yang Berhormat Tuan Mohd Najwan Halimi EXCO Belia, Sukan dan Keusahawanan Negeri Selangor merangkap Adun Kota Anggerik dan turut diiringi barisan pengurusan Ideaktiv Sdn Bhd, FGV dan juga AJI-SHIO®.

Bagi menghangatkan lagi acara memasak bubur lambuk ini, selebriti Datuk Aznil Haji Nawawi atau Pak Nil dan Siti Elizad turut diundang. Artis Mila Jirin turut menyumbang suara merdunya di program ini. Bagi memastikan kualiti, kelazatan dan keenakkan bubur lambuk, pihak RASA telah bekerjasama dengan Chef Fikree dan Chef Naem, pakar dalam bidang masakan untuk proses memasak bubur lambuk.

Istimewa pada tahun ini, orang ramai turut disajikan dengan pertunjukan fesyen baju raya inspirasi kuih-muih tradisional. Siapa sangka, rupa bentuk, tesktur dan warna kuih tradisional kita mampu memberi inspirasi kepada 6 pereka fesyen muda yang digayakan oleh 17 model dari QM Model House. Selain itu, para penaja turut memeriahkan aktiviti pentas dengan acara demo memasak.

Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv, Syamil Fahim Mohamed Fahim, menyuarakan rasa kegembiraan dan komitmen penuh para penaja dan rakan kolaborasi dalam program RASA Bubur Lambuk dan Kuih Warisan 2024 ini. Dalam kenyataannya, beliau menekankan bahawa kejayaan program ini adalah hasil daripada semangat kerjasama yang erat antara semua pihak yang terlibat.

“Kami amat gembira melihat respon positif dari masyarakat dan sokongan penuh dari AJI-SHIO® dan FGV dalam menjayakan program ini. Kejayaan penganjuran Program RASA Bubur Lambuk dan Kuih Warisan ini adalah bukti nyata semangat gotong-royong dan tanggungjawab sosial yang tinggi di kalangan pihak-pihak terlibat,” ujar Syamil Fahim.

Beliau juga menyampaikan penghargaan kepada sukarelawan dan pasukan sukarelawan yang turut serta menjayakan program ini dengan penuh semangat dan keikhlasan. “Tanpa sokongan dan usaha gigih sukarelawan, program ini tidak mungkin mencapai kejayaan yang luar biasa ini. Mereka adalah tulang belakang kepada setiap inisiatif kebajikan seperti ini,” tambah Syamil Fahim.

Syamil Fahim mengakhiri kenyataannya dengan mengajak semua pihak untuk terus bersatu hati dalam meneruskan usaha kebajikan dan memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan, bukan hanya pada bulan Ramadan, tetapi sepanjang tahun.

Emma Masri, selaku Ketua Unit Bisnes Masakan dan Dekor Grup, turut memberikan pandangan mengenai kepentingan menjalani inisiatif seperti Program RASA Bubur Lambuk dan Kuih Warisan 2024, terutamanya dalam bulan Ramadan yang penuh berkat. Dalam kenyataannya, Emma Masri menekankan nilai-nilai keinsafan dan kebersamaan yang dapat ditanamkan melalui usaha-usaha kebajikan semasa bulan yang mulia ini.

“Program kali ini juga menyaksikan penambahan kuih-muih utnuk berbuka puasa selain daripada Bubur Lambuk Warisan. Jika dahulu hanya ada bubur lambuk sahaja, tetapi kali ini kita iringi dengan kuih-muih tradisional yang enak. Bulan Ramadan bukan hanya tentang berpuasa, tetapi juga tentang memberi, berkongsi, dan memperkukuhkan ikatan di antara kita. Inisiatif ini adalah salah satu cara kami untuk memberi kembali kepada masyarakat dan melibatkan diri dalam memperbaiki kualitikehidupan bersama-sama,” ujarnya dengan penuh semangat.

Sementara itu, AJI-SHIO® dan FGV turut melahirkan rasa bangga dan kesyukuran kerana dapatmenyumbang kepada masyarakat melalui program ini untuk menyatakan komitmen mereka dalam terus menjalankan tanggungjawab sosial korporat dan meningkatkan kesejahteraan komuniti.

Pengurus Jenama AJI-SHIO®, Loh Mei Jen menyatakan penglibatan AJI-SHIO® dalam Program RASA Bubur Lambuk dan Kuih Warisan 2024 sebagai satu tanggungjawab sosial yang dihayati dengan penuh kebanggaan. Dalam kenyataannya, beliau menekankan komitmen AJI-SHIO® untuk berperanan aktif dalam usaha kebajikan yang membawa manfaat kepada masyarakat, khususnya dalam konteks bulan Ramadan yang penuh keberkatan.

AJI-SHIO® membawa kesedapan dan keenakkan dalam masakan seharian kepada pengguna kerana ia bukan sekadar lada biasa kerana ianya adalah lada berperisa dan lada hitam berperisa yang menyedapkan lagi masakan. Dengan menggunakan AJI-SHIO® , pengguna boleh memasak dengan mudah dan pada masa yang sama menambahkan kesedapan makanan tanpa perlu menggunakan perisa lain dan aktiviti memasak akan menjadi lebih pantas dan efisien. AJI-SHIO® juga menekankan betapa pentingnya pemakanan yang sihat untuk mencapai gaya hidup dan kesihatan yang lebih baik.

Loh Mei Jen turut menegaskan bahawa AJI-SHIO® tidak hanya melibatkan diri dalam menyediakan produk berkualiti tinggi, tetapi juga memberi tumpuan kepada aspek-aspek sosial yang membawa impak positif. “Kami memahami kepentingan membangunkan masyarakat secara holistik, dan program seperti ini memberi kami peluang untuk turut serta dalam mencapai matlamat ini. Penglibatan kami bukan sekadar memberikan sumbangan, tetapi lebih kepada memberi keceriaan kepada masyarakat yang memerlukan, terutamanya di bulan yang penuh berkat ini” tambahnya. Dengan membawa slogan syarikat Ajinomoto (Malaysia) Berhad “Eat Well, Live Well”, dia percaya bahawa dengan menjaga pemakanan yang baik dan seimbang, seseorang dapat meningkatan kualiti hidup secara keseluruhan.En

Dato‘ Nazrul Mansor, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV menyatakan bahawa melalui Program RASA Bubur Lambuk Warisan, FGV berusaha untuk menyumbangkan kebaikan kepada masyarakat dan  komuniti tempatan. “Sebagai sebuah syarikat makanan dan perniagaan agri terunggul di Malaysia, FGV amat berbesar hati untuk melibatkan diri dengan kerja-kerja CSR yang menyantuni komuniti dan turut memberi peluang kepada FGV untuk menzahirkan penghargaan kami kepada pembeli yang setia menyokong produk-produk jenama FGV seperti Ladang’57, SAJI, ADELA, BRIGHT COW dan SERI PELANGI. Kami yakin bahawa kerja-kerja tanggungjawab sosial dalam program ini adalah elemen penting dalam membentuk wajah sebuah syarikat yang bertanggungjawab dan berintegriti, selain daripada program CSR sedia ada kendalian FGV yang di beri nama FGV Seikhlas Hati.“

Tambahnya lagi, program ini memberi peluang kepada orang ramai untuk menikmati bubur lambuk enak yang menggunakan SAJI Aroma, iaitu produk beras wangi Malaysia keluaran FGV, serta penggunaan produk-produk berkualiti kami yang lain seperti minyak masak SAJI yang menambahkan lagi kelazatan bubur yang disediakan“.

Pengedaran Bubur Lambuk berlaku di pelbagai lokasi dengan edaran ditumpukan kepada petugas- petugas beruniform yang berkhidmat dalam pelbagai sektor seperti pasukan polis, bomba, profesional kesihatan dan perkhidmatan penting lain.

Majalah RASA, AJI-SHIO®, dan FGV, menjemput orang ramai untuk menyertai usaha bermakna ini. Untuk maklumat lanjut dan kemas kini mengenai program RASA Bubur Lambuk Warisan 2024, sila layari www.rasa.my atau hubungi majalah RASA 0196328758.