Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • Entertainment
  • Mimifly, Datuk Ramli Sarip, dan Hael Husaini Menggegarkan Konsert Minggu Keempat CSOIAM!
  • Entertainment

Mimifly, Datuk Ramli Sarip, dan Hael Husaini Menggegarkan Konsert Minggu Keempat CSOIAM!

Helmi Aziz January 13, 2025 2 minutes read
20250112_OIAM02751

Konsert minggu keempat Calpis Soda One In A Million (CSOIAM) telah tiba, menandakan hanya tiga minggu lagi sebelum pentas akhir yang dinanti-nantikan. Jangan lepaskan peluang menyaksikan kejutan dan bakat luar biasa yang dihidangkan setiap minggu!

Konsert minggu ini bakal dimulakan dengan persembahan penuh bertenaga daripada Mimifly, yang sedang hangat dengan lagu terbaharunya, Angkat. Lagu ini yang kini viral, menyerlahkan lagi bakat Mimifly, dikenali dengan suara powerful dan penampilannya yang unik. Pastikan anda tidak terlepas persembahan istimewa yang bakal memukau!

Peserta Marygrace, pemenang gelaran Peserta Terpaling Fizz minggu lalu, akan berduet bersama legenda rock Malaysia, Datuk Ramli Sarip, menyampaikan lagu ikonik Doa Buat Kekasih dan Nyanyian Serambi. Dikenali sebagai Papa Rock Malaysia, persembahan ini dijangka penuh emosi dan memukau. Adakah Marygrace mampu memberikan impak besar di pentas?

Juri tetap Cakra Khan, Dato’ Yusry, dan Ziana Zain kembali dengan komen tajam dan bernas. Tidak ketinggalan, kehadiran Hael Husaini sebagai juri jemputan minggu ini akan menambah kemeriahan. Hael juga akan menyampaikan persembahan khas dengan dua lagu popularnya, Sama Seperti Dulu dan Haram, di penghujung rancangan.

Senarai Lagu Top 8 Peserta: Tema Minggu Keempat Sinergi Muzik

Tema minggu ini, Sinergi Muzik, akan menyaksikan gabungan lagu-lagu dalam bentuk mashup, memberikan elemen unik dan mencabar kreativiti peserta. Berikut adalah senarai persembahan peserta Top 8:

  • Rezza Shah – Kembali Merindu & Seragam Hitam
  • Mariam – Sutera & Gila
  • Alya Mardien – Bukan Lagi Kita & Jangan Mati Rasa Itu
  • Kai Deva – Jangan Khianati Aku & Relakan Jiwa
  • Zazleen – Gelombang & Suatu Masa
  • Marygrace ft. Datuk Ramli Sarip – Doa Buat Kekasih & Nyanyian Serambi
  • Jimi – Senggol Senggolan & Drama King
  • Eylia Guntabid – Peluang Kedua & Seandainya Masih Ada Cinta

Keputusan ditentukan berdasarkan gabungan 60% markah juri profesional dan 40% undian penonton. Sokongan anda adalah kunci kejayaan peserta kegemaran. Tiga cara mudah untuk mengundi:

  1. Pengguna baharu: Daftar di Tonton untuk 10 undian percuma.
  2. Pengguna sedia ada: Nikmati tambahan 10 undian percuma setiap minggu.
  3. Pembelian produk Calpis: Tebus baucar eksklusif di Shopee untuk tambahan 50 undian.

Ikuti perjalanan peserta menerusi Calpis Soda One In A Million: Fizz Journal dari 26 Disember 2024 hingga 8 Februari 2025. Siaran setiap Khamis hingga Sabtu, jam 9.00 malam, memberikan pandangan mendalam tentang cabaran dan pencapaian peserta.

Jangan lepaskan Konsert Minggu Keempat CSOIAM pada hari Ahad ini, jam 9.00 malam, di TV3 atau strim secara HD di Tonton. Untuk perkembangan terkini, ikuti media sosial rasmi @CalpisSodaOIAMTV3 dan gunakan hashtag #OIAM untuk bersama mencipta fenomena luar biasa ini!

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Yeo’s Lancar Kempen ‘Totally Vibing’, DOLLA Sebagai Duta Rangkaian Teh Yeo’s
Next: Pelancaran Koleksi Raya Series Varisha dengan Amira Othman Sebagai Duta Selebriti

Related Stories

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.