Sempena bulan Ramadan yang penuh berkat dan dalam usaha mengeratkan silaturahim bersama masyarakat setempat, PNB Merdeka Ventures Sdn. Berhad (PNBMV), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB), telah menganjurkan program ‘Bubur Lambuk Bersama Komuniti di Merdeka 118’ buat tahun ketiga berturut-turut. Program tahun ini menghimpunkan lebih 80 kakitangan PNB dan PNBMV yang meluangkan masa secara sukarela bersama penduduk kawasan perumahan awam sekitar untuk memasak serta mengagihkan bubur lambuk kepada orang ramai di sekitar presint Merdeka 118.

PNB Merdeka Ventures (PNBMV) organised Bubur Lambuk Bersama Komuniti Merdeka 118, bringing together PNBMV and PNB volunteers and the communities around the Merdeka 118 precinct.

Penyediaan bubur lambuk telah diadakan di sekitar Masjid Al-Sultan Abdullah, berhampiran stadium mercu tanda bersejarah Kuala Lumpur, dengan pengagihan bermula selepas solat Zohor. Secara keseluruhan, sebanyak 800 bungkus bubur lambuk telah diagihkan kepada kira-kira 800 individu dalam kalangan masyarakat setempat serta pengunjung ke presint Merdeka 118. Inisiatif yang kini memasuki tahun ketiga ini mencerminkan hubungan erat antara Merdeka 118 dan komuniti sekitarnya.

Volunteers from PNB and PNBMV worked together with the communities surrounding the Merdeka 118 precinct to prepare bubur lambuk in conjunction with the programme.

Ketua Pegawai Eksekutif PNBMV, Dato’ Ir. Ts. Izwan Ibrahim berkata, “Program Bubur Lambuk Bersama Komuniti Merdeka 118 merupakan cara kami berkongsi tradisi yang diamalkan oleh rakyat Malaysia, sambil mengekalkan hubungan dengan komuniti sekitar. Ia sejajar dengan pendekatan Warisan KL yang lebih luas, yang meletakkan insan, warisan dan tempat sebagai nadi pembangunan kota. Tradisi yang diadakan setiap tahun sejak 2024 ini juga mencerminkan komitmen kami untuk memastikan pembangunan di sini sentiasa mengambil kira aspek sosiobudaya setempat. Kehadiran saya hari ini turut memberi peluang untuk bertemu dan berinteraksi dengan komuniti. Stadium Merdeka telah sekian lama menjadi ruang awam untuk masyarakat, dan kami berbesar hati untuk terus memainkan peranan dalam menganjurkan pelbagai aktiviti yang bermakna.”

Dato’ Tengku Ab. Aziz, Advisor of PNBMV (centre), joined the volunteers in the preparation of bubur lambuk, in support of the programme.

Turut hadir, Mohd Azmi bin Zakaria, Pengerusi Persatuan Penduduk Perumahan Awam (PA) Seri Sarawak berkata, “Setiap kali Ramadan, penduduk di sini sentiasa menantikan program memasak dan pengagihan bubur lambuk. Bagi kebanyakan keluarga, peluang untuk membawa pulang juadah berbuka puasa amat bermakna dan sangat dihargai. Kami mengucapkan terima kasih kepada PNBMV kerana terus menyantuni komuniti dan berharap kerjasama ini akan diteruskan pada masa akan datang.”

Mohd Azmi bin Zakaria, Chairman of Perumahan Awam Seri Sarawak, (second from left) led the bubur lambuk preparation during the programme.

Program ini merupakan sebahagian daripada usaha penglibatan masyarakat di dalam dan sekitar presint Merdeka 118, yang menyokong inisiatif menghimpunkan komuniti, mengeratkan silaturahim dalam kalangan penduduk serta memupuk nilai inklusif secara berterusan. Sempena Ramadan ini, Stadium Merdeka turut aktif dengan pelbagai aktiviti dan bazar, sekali gus menyediakan ruang berkumpul yang mudah dikunjungi oleh orang ramai. Pada masa yang sama, Masjid Al-Sultan Abdullah juga menganjurkan program iftar Ramadan yang menambah kepelbagaian aktiviti untuk komuniti di presint tersebut.

 PNB and PNBMV volunteers preparing to distribute bubur lambuk to Rakan Sekerja and public.

Pada tahun lalu, program bubur lambuk telah diadakan buat julung kalinya di Stadium Merdeka, menyaksikan sukarelawan PNB dan PNBMV mengagihkan sebanyak 600 bungkus bubur lambuk kepada penduduk sekitar selepas solat Jumaat. Edisi pertama pada tahun 2024 pula menyaksikan hampir 450 bungkus bubur lambuk diagihkan kepada penghuni Perumahan Awam (PA) Seri Sarawak, PA Jalan Hang Tuah, PA Loke Yew dan PA Seri Selangor.

Dato’ Izwan Ibrahim, Chief Executive Officer of PNBMV (far left) joins the volunteers in distributing bubur lambuk, embodying the true spirit of togetherness and community engagement this Ramadan.
A couple from France stopped by during the bubur lambuk preparation and took part in stirring the pot, experiencing the Ramadan tradition.