Mercedes-Benz untuk wakil jualan tertinggi Meeracle

Mercedes-Benz untuk wakil jualan tertinggi Meeracle

  • April 12, 2019
  • 0 comments

MEERACLE satu jenama penjagaan kulit dan kosmetik yang sedang melonjak naik di pasaran, mengadakan majlis penyerahan kunci kereta Mercedes-Benz kepada semua wakil jualan yang telah mencapai sasaran jualan sepanjang kempen #menjadidenganmeeracle yang telah dilancarkan pada Julai 2018.

Majlis eksklusif tersebut diadakan baru-baru ini di Cycle and Carriage Mercedes-Benz, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Pengasas Meeracle, Meera Nordin berkata, majlis tersebut membuktikan bahawa syarikat sangat komited dalam memperkasakan wakil jualan Meeracle.

“Pihak syarikat berharap semua wakil jualan akan lebih bersemangat untuk memajukan diri dan bersama berusaha mencapai misi syarikat pada tahun 2019 ini,” kata Meera yang menyempurnakan penyerahan kunci kepada wakil-wakil jualan yang memenangi Mercedes-Benz tersebut.

Wakil jualan berjaya, dari kiri: Che Wan Norzirawati Che Wan Abd Rahman, Nazariah Mohd Shah, Siti Azlina Md Halil dan Masdiana Mohamadiah.

Wakil jualan berjaya, dari kiri: Che Wan Norzirawati Che Wan Abd Rahman, Nazariah Mohd Shah, Siti Azlina Md Halil dan Masdiana Mohamadiah.

Ketua Unit Pemasaran Meeracle, Fitrah Ahmad berkata, kempen #menjadidenganmeeracle dijalankan selama tujuh bulan bermula dari Julai 2018 hingga Januari 2019.

Kempen bertujuan memberikan motivasi dan galakan kepada semua wakil jualan untuk mencapai sasaran jualan yang telah ditetapkan syarikat.

“Kempen #menjadidenganmeeracle akan diteruskan lagi pada tahun ini dan pihak syarikat menyasarkan sekurang-kurangnya 30 lagi wakil jualan Meeracle berjaya memenangi kereta mewah yang dianggarkan berjumlah RM9,000,000 pada tahun ini secara keseluruhannya.

“Ini bermakna, Meeracle akan membantu lebih ramai lagi wanita di luar sana untuk memperbaiki taraf kehidupan mereka sejajar dengan misi Meeracle, iaitu untuk memperkasakan wanita dari segi sosial dan ekonomi, bukan sahaja di Malaysia malah di beberapa negara Asia yang lain.

“Meeracle juga akan terus menguasai industri kecantikan di Malaysia dengan lebih banyak inovasi dan revolusi di dalam produk penjagaan kulit dan kosmetik,” kata Fitrah.



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge