Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • Sport
  • Mengkudu bukan buah sebarangan
  • Sport

Mengkudu bukan buah sebarangan

Helmi Aziz February 13, 2019 4 minutes read
184474.jpg

WALAUPUN penampilannya kurang ‘menggoda’, ternyata banyak manfaat buah mengkudu atau nama saintifiknya morinda citrifolia untuk kesihatan yang mungkin kita tidak pernah tahu.

Jika di kampung-kampung, buah ini sering ditanam dan dibiar bergelimpangan membusuk di tanah begitu sahaja.

Mungkin juga buah hijau kekuningan yang eksotik bersaiz kentang itu sendiri tidak menarik perhatian dek mengeluarkan bau yang sedikit tajam. Kesannya, hanya segelintir daripada kita memanfaatkannya dengan menjadikannya jus atau suplemen makanan yang diusahakan oleh pengusaha kecil.

Namun tahukah anda, masyarakat Barat sudah banyak menghasilkan ubatan daripada tumbuhan anugerah ILAHI ini bagi mendapatkan 1,001 manfaatnya.

Pun begitu, usaha penyelidik dari Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) yang meneroka khasiat buah mengkudu tidak kurang hebatnya.

Pada tahun 2008, FRIM telah mengkaji potensi buah mengkudu ini yang dapat menurunkan kandungan gula atau glukosa dalam darah. Kemudian pada tahun 2010, mereka menyelidik potensi buah mengkudu di dalam melindungi organ hati atau hepar.

Kajian-kajian ini dijalankan bersama dengan ketua projek, Dr Nik Musa’adah Mustapha yang juga merupakan Pegawai Penyelidik Senior, FRIM.

Pegawai Penyelidik, Bahagian Hasilan Semula Jadi FRIM, Abdul Rashid Li berkata, hasil kajian dijalankan, kandungan sebatian polisakarida atau serat larut air tinggi di dalam buah mengkudu.




Rashid

Rashid

“Ketika dianalisa, sebatian polisakarida larut air ini diasingkan daripada buah mengkudu dan didapati sangat berpotensi menurunkan kandungan gula atau glukosa dalam darah tikus-tikus makmal yang diaruhkan diabetes ke paras normal dalam tempoh dua minggu rawatan berbanding dengan kumpulan kawalan tikus-tikus diaruhkan diabetes yang lain,” katanya kepada Sihat:Aktif.

Menurutnya lagi, sebatian polisakarida larut air mengkudu juga didapati berpotensi melindungi organ hati tikus-tikus makmal yang diberi dos berlebihan parasetamol.

“Daripada penyelidikan itu, didapati juga buah mengkudu mengandungi kandungan protein larut air tinggi. Protein ini berjaya diekstrak daripada mengkudu dan diuji potensinya sebagai ejen peningkat tenaga atau prestasi.

“Melalui ujian renang paksa atau force swim test, tikus makmal yang diberi protein larut air menunjukkan masa atau tempoh renangan lebih panjang berbanding kumpulan tikus yang tidak diberi apa-apa. Polisakarida larut air buah mengkudu juga menunjukkan aktiviti peningkat prestasi setelah ujian renangan paksa dijalankan,” katanya.

Jangan berlebihan

Ujar Abdul Rashid, susulan hasil penyelidikan sebatian polisakarida mengkudu sebagai ejen menurunkan kandungan gula dalam darah, pihaknya mempatenkannya dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia pada 30 Ogos 2010 dengan tajuk A Medicinal Composition.

“Hak untuk menghasilkan sebatian polisakarida pada skala pandu telah diberikan kepada sebuah syarikat di bawah Program FRIM-MTDC.

“Manakala sebatian polisakarida mengkudu ini juga telah digunakan sebagai bahan utama penghasilan biskut kesihatan jenama Le’Natura di mana produk ini terdapat di pasar raya besar seluruh negara,” beritahunya.

Ditanya bagaimana sekiranya pengguna mahu memanfaatkan buah ini jika hendak dibuat sendiri, Rashid menyarankan agar buah ini diproses di dalam bentuk jus daripada buah masak yang segar.

Ujar beliau, memandangkan rasa dan bau jus buah mengkudu tidak berapa menyenangkan, disarankan juga jus buah mengkudu tersebut dicampurkan bersama jus buah lain yang mempunyai rasa lebih lazat dan bau menyenangkan.

“Namun apa pun perlu berjaga-jaga, di sebalik tinggi dengan sebatian makanan makronutrien iaitu polisakarida dan protein, buah mengkudu juga mengandungi sebatian-sebatian antinutrien seperti anthraquinone, iridoid dan sterol tumbuhan.

“Walaupun kuantiti sebatian ini kecil iaitu kurang satu peratus di dalam buah tersebut, tetapi dikhuatiri sebatian-sebatian antinutrien ini boleh memberi kesan kepada buah pinggang dan organ hati jika ia diambil di dalam kuantiti terlalu tinggi,” terangnya yang turut menyarankan penggunaan buah ini tidak diambil pada kuantiti yang terlampau banyak.

​​​​ANEKDOT MENGKUDU:

Berikut adalah 10 manfaat kesihatan jus mengkudu dan mengapa ia baik untuk anda:

1. Merawat artritis

2. Menurunkan risiko gout

3. Meningkatkan tenaga

4. Melembapkan kulit

5. Melawan penuaan

6. Merawat kerengsaan kulit kepala

7. Mengelakkan kanser

8. Meningkatkan kekebalan jangkitan

9. Mengurangkan stres

10. Merawat demam

Nota: Jus mengkudu mempunyai bau tengit. Jadi mencampurkannya dengan jus nanas atau sesuatu yang kuat untuk menutupi rasa, memudahkan ia untuk diminum.

Sumber: https://food.ndtv.com



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Zumba bikin wanita ketagih
Next: Siapa kata minyak zaitun berbahaya?

Related Stories

Byon Combat Showbiz Vol. 7 (BM) Poster
  • Lifestyle
  • News
  • Sport
  • Sports

BYON COMBAT SHOWBIZ 7 Akhirnya Tiba, Kuala Lumpur Jadi Tuan Rumah Debut Antarabangsa.

Allya Adriana April 22, 2026
WhatsApp Image 2026-04-21 at 15.40.23
  • Community
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Event
  • Sport

Sokongan FINAS Perkukuh Golf Amal Selebriti Demi Kebajikan Penggiat Filem

Farihin Azlan April 22, 2026
image (1)
  • Health
  • Sport

Strategic Alliance Between Sunway Medical Centre Velocity and ISN to Elevate Athlete Treatment and Recovery

Yasmin Zainal April 20, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.