Setelah sekian lama meninggalkan momen penuh kenangan dengan dua siri konsert terdahulu, sang genius muzik dan penyanyi tersohor Indonesia, Melly Goeslaw kembali menyapa peminat dengan penuh kasih. Kali ini, beliau membawa sebuah janji yang akan menyempurnakan nostalgia dan merangkul semula memori indah peminatnya melalui Konsert Ada Apa Dengan Melly…? Prom Nite. Bersiaplah untuk malam penuh magis ini yang bakal berlangsung pada 31 Mei 2025, bertempat di Axiata Arena, bermula jam 8.30 malam. Selepas fenomena Back To School dan Malam Graduasi, kini tiba masanya untuk penonton menghadiri malam penuh glamor dan elegan, Ada Apa Dengan Melly…? Prom Nite. Acara ini bukan sekadar konsert, tetapi sebuah pesta keraian yang menjanjikan pengalaman tak terlupakan, seiring dengan perjalanan muzik Melly selama ini. “Ada Apa Dengan Melly…? Prom Nite adalah kesinambungan impian kami di Icon Entertainment. Siri ini sudah dirancang sejak 2023, dan Alhamdulillah, kami bersyukur ia akhirnya direalisasikan,” ujar Iman Tang, pengasas Icon Entertainment. Menurutnya, acara ini bukan hanya penghormatan kepada karya-karya Melly, tetapi juga sebagai medium untuk peminat bernostalgia dengan kenangan indah daripada dua siri sebelumnya. “Tema Dress To Kill dipilih untuk menjadikan malam ini lebih istimewa. Hadirkan diri kalian dengan busana paling anggun dan elegan untuk menghidupkan malam prom ini, sebuah pertemuan semula yang pasti dikenang,” tambah Iman. Mengangkat konsep prom, acara ini mengundang penonton untuk hadir dalam gaya paling memukau. Sama ada anda datang sebagai individu yang ingin meraikan karya Melly atau bersama rakan-rakan lama, ini adalah malam untuk mencipta kenangan baru yang tak ternilai. Melly sendiri menyatakan keterujaannya menyambut malam penuh magis ini. “Ini bukan sekadar konsert, tetapi malam istimewa yang akan membawa kita semua kembali ke terowong masa. Persiapkan diri kerana ini akan menjadi momen paling tak terlupakan dalam hidup kita semua,” katanya. Bersiaplah untuk ‘berperang’ mendapatkan tiket, kerana malam ini adalah pengalaman sekali seumur hidup. Kategori & Harga Tiket Prom Kayangan: RM558 Pesona Malam: RM428 Malam Dipagari Bintang: RM328 Gala Glamor (Standing): RM258 Magis Cahaya Bulan: RM228 Tiket boleh didapati di www.ticket2u.com.my. Maklumat Acara Acara: Ada Apa Dengan Melly…? Prom Nite Artis: Melly Goeslaw Tarikh: 31 Mei 2025 Lokasi: Axiata Arena Masa: 8.30 malam Penganjur: Icon Entertainment Jangan lepaskan peluang untuk menyertai malam keraian paling dinanti ini. Dengan persembahan luar biasa dan suasana penuh glamor, Ada Apa Dengan Melly…? Prom Nite akan menjadi malam penuh kenangan yang takkan terulang lagi. Post navigation AJL39 Kembali Lagi, Nada Rasa Cipta Keajaiban Muzik di Axiata Arena! Lucky Nerds: Boygroup M-Pop Baharu Tampil Dengan ‘Lucky Nerds (Anthem)’