Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • Entertainment
  • Melissa Record dan FGI Entertainment Persembahkan Kompilasi ROCK NEVER DIES
  • Entertainment
  • Music

Melissa Record dan FGI Entertainment Persembahkan Kompilasi ROCK NEVER DIES

Helmi Aziz July 10, 2024 2 minutes read
WhatsApp-Image-2024-07-02-at-19.08.18-1024x683

Sebanyak 20 lagu baru dari 20 band muzik berasaskan genre rock hari ini telah membuktikan betapa semangat memperjuangkan genre muzik rock masih kukuh di hati setiap anggota band yang terlibat. Antara band yang terlibat ialah MELISSABAND, ROOTS N BOOTS, LEMON T, THE ALIF FT MARIONEXXES, BAHTERA, MEDITASI, SONS OF ADAM, THE VOLTAGE, SENNA, X-TERNAL, ZUBIRA, KOROKODEL, CROSSOVER, BUMANTRA, THE FLOW, XNERGY, BURNTARA, EXIT, SPIT IT OUT TIME, dan MANUSIA.

Menariknya, semua lagu baru yang dimuatkan dalam kompilasi album “ROCK NEVER DIES” yang diterbitkan oleh FGI Entertainment dan dipromosikan oleh Melissa Record ini telah berada di pasaran sejak awal bulan Jun. Album ini dijual sendiri oleh setiap band yang terlibat dan telah mencapai lebih dari sasaran awal cetakan, iaitu hampir 800 keping CD (beserta pendrive).

Sehubungan itu, satu majlis Sidang Media telah diadakan untuk mengumumkan bahawa album “ROCK NEVER DIES” telah berada di tangan para peminat muzik rock tempatan. Majlis ini berlangsung pada malam Ahad, 30 Jun 2024, dengan Restoran Asam Pedas London, Bandar Baru Selayang sebagai penaja lokasi dan hidangan.

Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran vokalis band gergasi Wings, Dato Awie, sebagai perasmi acara, di samping wakil pemimpin DUN Taman Templer Selayang yang sentiasa menyokong perkembangan seni hiburan yang sihat dalam kalangan ahli masyarakatnya.

Dalam ucapan perasmiannya, Dato Awie melahirkan rasa terharu kerana dapat hadir dan menyokong perjuangan muzik “ROCK NEVER DIES” yang turut disertai oleh mereka yang telah lama berada dalam industri seperti Abg Lord dan lain-lain. Beliau juga bersyukur kerana kehadirannya di majlis itu seumpama merealisasikan impian sahabat lamanya, Ajak Melissa, yang tidak pernah putus semangat meneruskan perjuangan muzik Melissa Band meskipun sering dilanda pelbagai isu dan kontroversi. Sebelum mengakhiri ucapannya, Dato Awie sempat menitipkan nasihat kepada pelapis baharu agar sentiasa fokus kepada matlamat dalam bidang muzik dan “kena rajin prektis”.

Majlis malam itu turut disertai semua anggota 20 band terlibat, termasuk dari negara jiran Singapura. Hampir 200 tetamu hadir termasuk jemputan khas dari kalangan pemain media selain pempengaruh media sosial yang sinonim dalam perjuangan muzik rock tanah air.

Di majlis yang sama itu juga, turut diumumkan KONSERT ‘ROCK NEVERDIES’ bakal diadakan pada 10 Ogos 2024 bertempat di WARISAN HALL STUDIO. Tiket dijual pada harga RM50 setiap satu. Tempahan tiket sudah boleh dibuat menerusi band- band yang bakal beraksi di pentas konsert hari berkenaan.

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Interaksi Komuniti dan Hiburan Bersama Selebriti Di ‘Hello Kedah’ 2024
Next: TNG Digital Launches e-Mas: Gold Investment Now in TNG eWallet

Related Stories

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.