Lazada bakal kembali dengan acara LazMall Brand Members Day yang sangat dinanti-nantikan pada pertengahan Ogos ini! Acara dalam talian ini akan menawarkan pelbagai diskaun istimewa dan tawaran eksklusif khusus untuk ahli jenama terpilih.
Jualan LazMall Brand Members Day akan bermula dari 16 hingga 18 Ogos 2024 di Thailand, dan kemudian diteruskan di Malaysia, Singapura, Indonesia, dan Vietnam dari 20 hingga 22 Ogos 2024. Sepanjang tiga hari ini, pembeli yang mempunyai keahlian jenama akan menikmati tawaran eksklusif daripada pelbagai jenama terkenal seperti Abbott, L’Oreal Paris, Philips, Reckitt, Samsung, TCL, Unilever, Xiaomi, serta banyak lagi jenama tempatan dan antarabangsa yang digemari ramai.
Jason Chen, Ketua Pegawai Perniagaan Kumpulan Lazada, menekankan kepentingan menyediakan pengalaman membeli-belah yang bernilai dan menarik, “Lazada sentiasa berusaha untuk memberikan Harga Terbaik dan Pengalaman Terbaik kepada pembeli. Melalui inisiatif seperti LazMall Brand Members Day, kami dapat menawarkan tawaran eksklusif dan diskaun istimewa kepada ahli jenama dari pelbagai jenama antarabangsa dan tempatan, sambil memperkukuhkan kedudukan LazMall sebagai destinasi yang dipercayai untuk produk asli dan pengalaman membeli-belah yang berkualiti tinggi. Tambahan pula, kempen ini memberi kami peluang untuk menonjolkan program Brand Membership kami, yang merupakan program keahlian eksklusif yang membolehkan jenama LazMall berhubung dan memberi ganjaran kepada pembeli setia mereka.”
LazMall Brand Members Day menawarkan pelbagai faedah kepada pembeli dengan keahlian jenama di Lazada:
- Menikmati penjimatan hingga 70% apabila membeli-belah di kedai kegemaran
- Mengumpul dan menggunakan baucar diskaun eksklusif untuk ahli (tanpa perbelanjaan minimum)
- Menerima hadiah percuma dengan setiap pembelian
- Memperoleh sehingga 2x lebih mata keahlian apabila mereka berbelanja
- Menebus baucar dan hadiah esklusif untuk ahli dengan mata keahlian mereka
- Membeli set produk edisi terhad dan pakej, yang hanya tersedia semasa jualan
Musim jualan kali ini merupakan peluang terbaik untuk menjadi ahli jenama kegemaran anda. Pembeli yang mendaftar untuk keahlian jenama semasa musim jualan ini akan menikmati pelbagai faedah tambahan, termasuk hadiah alu-aluan seperti baucar diskaun khas untuk ahli baharu dan mata ganjaran percuma. Ini adalah masa yang tepat untuk memanfaatkan kelebihan menjadi ahli dan menikmati lebih banyak penjimatan serta ganjaran eksklusif.
Di Malaysia, Jualan LazMall Brand Members Day dipelopori oleh lima jenama terkemuka, termasuk Abbott, Eucerin, Philips, Timberland, dan Xiaomi. Lebih daripada 15 jenama sokongan turut serta, menawarkan pelbagai pilihan produk kegemaran tempatan dan antarabangsa seperti Applecrumby, Aptamil, Bosch, BZU BZU, Dreame, Hisense, Hoppi, Huggies, Hugo Boss Fragrances, Kenvue, Marc Jacobs Fragrances, Nivea, Realme, Senheng, dan Vivo.
Selain itu, ramai penjual tempatan di LazMall turut mengambil bahagian dalam jualan ini dengan menawarkan promosi istimewa untuk ahli jenama mereka. Ini memastikan pengguna di Malaysia mempunyai akses kepada pelbagai produk dan tawaran yang sesuai dengan keperluan serta cita rasa pasaran tempatan. Jualan ini bukan sahaja memberi peluang untuk mendapatkan barangan berkualiti pada harga lebih rendah, tetapi juga untuk menikmati pelbagai ganjaran eksklusif sebagai ahli jenama.
Beberapa tawaran yang boleh dinantikan oleh pengguna semasa Jualan LazMall Brand Members Day termasuk:
- Abbott: Tebus mata untuk baucar – 300 mata untuk diskaun RM50 (perbelanjaan min. RM50), atau 500 mata untuk diskaun RM100 (perbelanjaan min. RM100)
- Eucerin: Tebus 5,000 mata untuk baucar diskaun RM50; dapatkan hadiah percuma Eucerin pH5 Lotion (20ml) dengan setiap pesanan; dan beli set Brand Members Day dengan penjimatan sehingga 60%
- Philips: Diskaun ekslusif untuk ahli sehingga 15% (tanpa perbelanjaan minimum., terhad kepada RM500)
- Timberland: Penjimatan sehingga 70% pada produk terpilih; baucar diskaun 30% untuk masa terhad
- Xiaomi: Penjimatan sehingga 75% untuk pelbagai produk, dengan baucar eklusif untuk ahli bagi diskaun tambahan untuk TV, monitor, peranti boleh pakai, dan vakum robot
Brand Memberships adalah inisiatif kesetiaan eksklusif di LazMall, di mana pelanggan boleh menjadi ahli di kedai-kedai jenama yang mengambil bahagian. Dengan menyertai, ahli dapat menikmati pelbagai tawaran eksklusif seperti mengumpul mata ganjaran setiap kali membuat pembelian, serta peluang untuk menebus baucar percuma, hadiah, dan banyak lagi menggunakan mata yang dikumpul. Semakin banyak mereka berbelanja dan mengumpul mata daripada kedai kegemaran, ahli boleh meningkatkan tahap keahlian mereka untuk menikmati faedah yang lebih menarik. Setiap kedai jenama menawarkan program keahlian yang unik, dan tiada had untuk bilangan jenama yang boleh disertai oleh pembeli. Untuk menjadi ahli, pembeli hanya perlu klik “Join Store Membership” di halaman jenama yang mengambil bahagian.
“Ahli jenama cenderung untuk membuat pembelian berulang, dengan pembelian yang lebih besar. Oleh itu, program Brand Membership kami direka khas untuk menggalakkan tingkah laku ini. Insentif ini telah menyumbang kepada pertumbuhan dua angka dalam pembelian dan hasil di mana jenama yang mengambil bahagian melaporkan peningkatan sebanyak 1.9 kali dalam GMV berbanding dengan tempoh jualan. Kami berhasrat untuk memanfaatkan kedudukan kami dalam menyampaikan produk yang asli dan berkualiti tinggi melalui LazMall untuk memperkenalkan lebih banyak acara membeli-belah yang memberi ganjaran seperti ini pada masa akan datang,” tambah Chen.
Untuk maklumat lanjut mengenai Jualan LazMall Brand Members Day, sila layari pautan ini mulai 18 Ogos, periksa aplikasi Lazada, atau layari www.lazada.com.my.