Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • News
  • KPF Tangani Isu Jualan Saham Anggota dengan Laksanakan Penstrukturan Semula Aset “RM4 Bilion”
  • News

KPF Tangani Isu Jualan Saham Anggota dengan Laksanakan Penstrukturan Semula Aset “RM4 Bilion”

Helmi Aziz July 24, 2024 2 minutes read
kpf

KPF Laksanakan Penstrukturan Semula Aset “RM4 Bilion” untuk tangani Jualan Saham Anggota.

Seperti yang telah diumumkan oleh Pengerusi FELDA, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek, dalam Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan (MAPT) Ke-43 Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad (KPF) baru-baru ini, isu jualan saham KPF akan diselesaikan dalam masa enam hing ga sembilan bulan. Anggota KPF yang belum menerima hasil jualan saham akan menerimanya dalam tempoh tersebut.

KPF sememangnya komited untuk menyelesaikan tunggakan pengeluaran saham bernilai
RM200 juta kepada anggotanya. Bermula 10 Julai lalu, KPF telah membuat pembayaran sebanyak RM20 juta bagi permohonan yang diutamakan seperti permohonan haji, sakit kritikal, tuntutan kritikal, masalah kewangan, dan khairat kematian. Bagaimanapun, KPF akan terus komited untuk membuat pembayaran selebihnya secara berkala mengikut sistem penggiliran dan ketersediaan tunai.

Justeru itu, KPF kini sedang dan akan melaksanakan pelan penstrukturan semula aset bernilai
RM4 billion untuk memenuhi keperluan tunai semasa dan merancang pendapatan mampan untuk jangka masa panjang. Pelbagai inisiatif dan strategi yang sedang dan akan dilaksanakan ini adalah untuk memastikan koperasi ini kekal relevan sekaligus memastikan pelaburan anggotanya dan juga peneroka Felda diletakkan dalam aset pelaburan yang dapat memberi pulangan yang mampan serta kadar dividen yang lebih baik.

Pelan tindakan utama yang sedang dilakukan adalah mengenal pasti dan mencairkan aset yang tidak menjana pulangan yang sepatutnya, penjualan ladang KPF Samarahan, penstrukturan semula pelaburan korporat dalam anak syarikat kumpulan Felda dengan sokongan FELDA, mengenal pasti peranan KPF dan peluang perniagaan dalam Kumpulan FELDA, dan memastikan kepentingan KPF dalam kitaran ekonomi ekosistem Kumpulan FELDA.

Sehubungan dengan pelan ini, KPF berharap akan mencapai beberapa sasaran hasil iaitu isu aliran tunai dapat diselesaikan; urusniaga syer anggota dapat diuruskan selari dengan peraturan koperasi; struktur keseluruhan ekuiti 10 syarikat Kumpulan FGV dan ekuiti Malaysia Holdings Berhad (MSM) distruktur dan dinilai semula supaya dapat menjana pulangan yang konsisten kepada KPF: perniagaan dalam ekosistem FELDA seperti Buah Tandan Segar (BTS) dan Pusat Memungut Sawit (PMS) dapat memberi sumbangan kepada bayaran dividen; dan aset pelaburan dan aktiviti perniagaan luar yang mampan dan berdaya saing serta menjana pulangan yang konsisten.

 

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: KPF :LEMBAGA DAN PENGURUSAN PERKEMAS TADBIR URUS DEMI TINGKATKAN KECEKAPAN DAN JAGA KEBAJIKAN PENEROKA
Next: Dato’ Aishah memberi sentuhan emas pada lagu “Di Pinggir Kayangan” Milik Allahyarham Datuk Sharifah Aini.

Related Stories

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”
  • Industry Workshop by Nippon Paint and CIDB Addresses Gaps in Flooring Standards for High-Tech Industries
  • World-Class Sound Hits Johor: Audience Lab Soundtech Secures Strategic Deal with France’s NEXO
  • Visa Perkenal Agentic Ready di Malaysia Bersama Bank Tempatan bagi Memperkasa Pembayaran Berasaskan AI

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.