KPF :LEMBAGA DAN PENGURUSAN PERKEMAS TADBIR URUS DEMI TINGKATKAN KECEKAPAN DAN JAGA KEBAJIKAN PENEROKA

KPF memperkemas Demi mempertingkatkan kecekapan dan menjaga kebjikan peneroka.

Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad (KPF) komited untuk meningkatkan kecekapan pengurusan dan menjaga kebajikan anggotanya, iaitu peneroka dan warga FELDA.

Pada tahun 2023, FELDA dan KPF telah membentuk Jawatankuasa Task Force untuk merangka pelan pemulihan KPF ke arah operasi dan pelaburan yang lebih menguntungkan. Jawatankuasa ini memberi tumpuan kepada kedudukan strategik KPF dalam ekosistem FELDA, pengurusan aset pelaburan, keanggotaan dan modal syer, serta tadbir urus korporat.

KPF juga berusaha untuk memastikan tadbir urus yang lebih cekap dan mematuhi Akta, Garis Panduan, dan Peraturan Koperasi yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Saranan SKM mengenai pengeluaran syer dan penyeragaman UUK akan dibentangkan dalam Mesyuarat Agung Kawasan (MAK) dan Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Ke-44 pada tahun 2025.

KPF sentiasa relevan dalam ekosistem FELDA dan bermatlamat untuk memastikan peneroka menikmati hasil daripada aktiviti FELDA dan kumpulan FELDA. KPF akan terus menambah nilai kepada model perniagaannya mengikut ekosistem semasa. Selepas pencairan aset dan penyusunan semula pelaburan dalam anak syarikat kumpulan FELDA selesai, KPF akan melaksanakan “Strategic Asset Allocation” untuk memastikan pelaburan yang mampan dan memberikan pulangan optimum kepada anggota.