Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • Entertainment
  • Kolaborasi Hebat Cherry On Top dan Datuk Syafinaz Selamat dalam EP ‘Ketagih
  • Entertainment
  • Music

Kolaborasi Hebat Cherry On Top dan Datuk Syafinaz Selamat dalam EP ‘Ketagih

Helmi Aziz August 2, 2024 4 minutes read
DSCN0906

Industri muzik tanah air telah lama menantikan kemunculan band multi bakat seperti Cherry On Top. Sejak pelancaran single mereka, Ketagih, band ini telah menarik perhatian ramai.

Setahun selepas bergabung dan memperkemaskan penampilan, enam anak muda yang memiliki minat mendalam terhadap seni ini tidak menyangka akan mendapat peluang berkolaborasi dengan ikon besar seperti Datuk Syafinaz Selamat. “Siapalah kami ini berbanding beliau, Datuk Syafinaz Selamat?” kata Kuzan, 22, atau nama sebenarnya Raja Hifzhan Shah Raja Mohd Sham, pemain keyboard, programmer, dan vokalis yang mengetuai band dari Kuala Lumpur ini.

Single “Ketagih,” yang dimuatkan dalam EP sulung mereka, menjadi penanda aras kejayaan mereka. Lagu ciptaan Kusham dan lirik oleh Syafinaz Selamat ini telah menjadi penggerak utama buat band yang turut disertai gitaris, Osama, 23; pemain dram, Ayen Tommy, 25; penyanyi utama, Holy, 23; serta pasangan adik beradik, Didi, 22, dan Bobo, 18, masing-masing bermain gitar dan bass.

Kesemua ahli band masih menuntut dalam bidang muzik di Aswara, kecuali Didi yang mengambil jurusan automotif di sebuah kolej tempatan. Bobo yang baru menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia juga akan meneruskan pengajian asasinya di Aswara.

EP keluaran One Scream Studio ini diterbitkan oleh Kusham dan memuatkan lima lagu, iaitu “Mengintai Rahsia,” “Menunggu,” “Resolusi,” dan “Ketagih (Extended Version).” Cherry On Top adalah artis pertama One Scream Studio, yang diasaskan oleh Kusham dan Zaira Aziz.

Kolaborasi dengan Syafinaz Selamat amat bermakna bagi Holy, atau nama sebenarnya Adriana Audrey Michael. Dia terpaksa mencubit lengannya untuk memastikan dirinya tidak bermimpi. “Semasa kecil, saya begitu mengagumi Datuk Syafinaz, terutama apabila beliau membuat ulasan dalam perjurian,” kata gadis kelahiran Papar, Sabah ini. “Saya berangan alangkah seronoknya kalau dapat berjumpa dengannya. Tapi dapat menyanyi dan merakam lagu bersama? Itu satu penghormatan besar.”

“Ketagih” sebagai album jelas memperlihatkan kemampuan luar biasa Cherry On Top sebagai pemuzik. Rock menjadi asas personaliti band ini, diadun dengan elemen pop, fusion, dan Rhythm & Blues, akhirnya membentuk rock progresif sebagai identiti mereka.

Kuzan menyatakan bahawa hampir semua ahli band mewarisi bakat daripada keluarga masing-masing. Kuzan, misalnya, mewarisi bakat bapanya, Raja Sham, seorang Pengarah Muzik terkenal dan pemuzik senior di Orkestra RTM. Ibunya, Zaira Aziz, adalah guru vokal dan sering mengiringi penyanyi terkenal, selain mahir bermain flute dan menulis lirik lagu.

Osama, anak penyanyi legenda Dato Jamal Abdillah, Ayen, anak pemain dram band rock popular Wings, serta Didi dan Bobo yang dibesarkan dalam keluarga muzik rock, semuanya membuktikan pepatah “ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.” Holy pula dibesarkan dalam keluarga yang aktif dalam muzik, menjadikan kombinasi genre dan legasi ini sebagai kekuatan utama Cherry On Top.

Nama asal mereka, Rock Ages, dirasakan tidak begitu komersial. Setelah mencari-cari nama yang lebih sesuai, mereka akhirnya memilih Cherry On Top, melambangkan kehadiran Holy sebagai vokalis wanita tunggal dalam kalangan mereka.

Kuzan yang cenderung kepada penulisan lagu menyedari bahawa kedudukan keluarga dalam seni tidak menjamin kemudahan dalam industri. “Ada baik dan buruknya apabila ada orang tua terkenal ini,” kata Kuzan. Ayen menambah, “Sebagai tarikan, ya. Tapi jangkaan juga tinggi. Kami perlu berusaha keras dan menjadi yang terbaik.”

Osama mengakui bahawa bapanya membuka ruang untuknya dalam seni. “Namun, selebihnya kami perlu berusaha sendiri. Band ini berdiri bukan kerana kami anak siapa, tapi kerana minat dan perjuangan kami,” kata Yamani Abdillah.

Didi, atau nama sebenarnya Muhammad Danish Danial, berkata bahawa Cherry On Top tidak boleh diperkecilkan. “Kami akan memperdengarkan nafas baharu, daripada segi susunan muzik dan melodi. ‘Ketagih’ berbaloi untuk dihasilkan dan didengarkan,” katanya.

Bobo, atau Muhammad Danish Ashraf, yang telah memberi sentuhannya dalam banyak rakaman lagu sejak usia 10 tahun, termasuk untuk Datuk Siti Nurhaliza, Ezad Lazim, dan Zamani Slam, menjadi rencah yang mengesahkan bahawa Cherry On Top bakal mencetuskan angin perubahan yang luar biasa dalam industri muzik tanah air.

EP Ketagih kini boleh didengari di semua platform digital, selain dalam bentuk fizikal yang terhad dan akan dilancarkan kelak. Cherry On Top boleh diikuti di FB, selain IG menerusi cherryontop_band atau ikuti juga Once Scream Studio di FB dan Tik Tok untuk info.

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: BANK RAKYAT MERAIKAN PEMENANG KEMPEN DENGAN HADIAH KESELURUHAN LEBIH RM 1.3 JUTA
Next: ‘Menjaga Jodoh Orang Lain’ Single Terbaru Ara Johari dari Jakarta

Related Stories

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.