Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • Sport
  • Ketahui nama lain gula dalam produk makanan
  • Sport

Ketahui nama lain gula dalam produk makanan

Helmi Aziz September 2, 2022 2 minutes read
596736.jpg

JUMLAH kandungan gula tambahan yang terdapat dalam makanan yang masuk ke tubuh kita amatlah penting untuk diketahui. Kebiasaannya, kita alpa atau selalu memandang remeh tentang kadar pengambilan gula tambahan dalam kehidupan seharian.

Tahukah anda, satu gram gula hanya mengandungi empat kalori sahaja?

Ini bermaksud, satu sudu teh gula iaitu bersamaan lima gram hanya mengandungi 20 kalori.

Namun, berapa gram gula agaknya dalam segelas minuman manis, kek, kuih, coklat atau sos?

Menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia, disarankan kalori daripada gula tambahan dihadkan kepada 10 peratus keperluan dalam seharian bagi individu yang sihat.

Pun demikian, bagi individu yang mempunyai masalah kesihatan, pastinya harus lebih rendah, bukan?

Sedarkah semasa pemprosesan makanan dilakukan, gula akan ditambah dalam produk itu bagi menambah rasa, warna, tekstur, pengawet dan lain-lain?

Waspada dengan kandungan gula tambahan itu! Kandungan gula boleh diperhatikan pada senarai ramuan label makanan yang dipaparkan.

Ketahuilah bahawa jika ramuan pertama adalah gula, bermaksud ramuan paling banyak digunakan dalam produk tersebut adalah gula.

Malangnya, pengeluar makanan sering menyembunyikan jumlah gula dalam produk mereka dengan menyenaraikan ‘gula’ di bawah beberapa nama yg berlainan seperti sukrosa, karamel, sirap jagung, maltose dan banyak lagi.

Jadi, perhatikan juga nama lain bagi ‘gula’ yang terdapat dalam sesuatu produk makanan atau minuman.

PENGELUAR makanan sering menyembunyikan jumlah gula dalam produk mereka dengan istilah-istilah lain.

PENGELUAR makanan sering menyembunyikan jumlah gula dalam produk mereka dengan istilah-istilah lain.

ANEKDOT

Cara mudah untuk mengelakkan gula tambahan :

1. Pilih air kosong berbanding minuman manis.

2. Hadkan kepada satu sudu teh sahaja untuk setiap cawan.

3. Hadkan minuman manis (sehari sekali sahaja).

4. Gantikan makanan manis dengan makanan yang lebih sihat seperti buah.

5. Baca label dan elak produk yang menyenaraikan gula di bahagian awal senarai ramuan.

Sumber: @nutritionistkkm

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Kemanisan apabila bersifat sabar – Sinar Harian
Next: Eksport Johor meningkat lebih 42 peratus pada Julai

Related Stories

Byon Combat Showbiz Vol. 7 (BM) Poster
  • Lifestyle
  • News
  • Sport
  • Sports

BYON COMBAT SHOWBIZ 7 Akhirnya Tiba, Kuala Lumpur Jadi Tuan Rumah Debut Antarabangsa.

Allya Adriana April 22, 2026
WhatsApp Image 2026-04-21 at 15.40.23
  • Community
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Event
  • Sport

Sokongan FINAS Perkukuh Golf Amal Selebriti Demi Kebajikan Penggiat Filem

Farihin Azlan April 22, 2026
image (1)
  • Health
  • Sport

Strategic Alliance Between Sunway Medical Centre Velocity and ISN to Elevate Athlete Treatment and Recovery

Yasmin Zainal April 20, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Before Pregnancy Begins: Steps for a Healthier Start to Motherhood
  • Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration
  • Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma
  • Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”
  • Bean Here! Kini di KPTM Ipoh, Dekati Generasi Muda di Institusi Pengajian Tinggi

RSS RSS Feed

  • Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration
  • Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma
  • Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”
  • Bean Here! Kini di KPTM Ipoh, Dekati Generasi Muda di Institusi Pengajian Tinggi
  • 5 Faktor Yang Jadikan “Pewaris Susuk” Antara Filem Paling Diperkatakan

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

PIX 4
  • Community
  • Health & Awareness
  • Lifestyle
  • Sunway Medical Centre
  • Women Health

Before Pregnancy Begins: Steps for a Healthier Start to Motherhood

Farihin Azlan May 7, 2026
  • Artificial Intelligence (AI)
  • ICT
  • News
  • Technology & Innovation
  • Transformasi Digital

Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration

Farihin Azlan May 7, 2026
TRILOGI_MAINKV_NEW (1)
  • Community
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event
  • Lifestyle
  • Music
  • News

Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma

Farihin Azlan May 6, 2026
classicu 2025-10-17 184120.250
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • Music Release
  • News

Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”

Allya Adriana May 6, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.