Keajaiban aiskrim Nestle yang kekal beku

Keajaiban aiskrim Nestle yang kekal beku

AISKRIM Nestle bakal dinikmati walau di mana sahaja anda berada.

Ia tidak kira sama ada anda berada di kawasan pendalaman atau di tempat tumpuan ramai yang tidak mempunyai capaian tenaga elektrik!

Tidak percaya?

Aiskrim mampu bertahan selama dua atau tiga hari dengan Kios Aiskrim Tenaga Suria

Aiskrim mampu bertahan selama dua atau tiga hari dengan Kios Aiskrim Tenaga Suria

Pada 18 Mac lalu, Nestle dengan bangganya telah melancarkan secara rasmi Kios Aiskrim Tenaga Suria yang pertama di dunia.

Pelancaran tersebut dilakukan di Sunway Lagoon, Petaling Jaya, Selangor.

Menurut Ketua Unit Perniagaan Strategik Nestle Ice Cream, Nestle S.A, Hans-Ulrich Mayer, inisiatif ini dibuat selaras dengan usaha Nestle dalam menangani perubahan iklim.

“Revolusi ini menjanakan tenaga daripada sinaran matahari menerusi panel fotovoltaik (PV) yang terletak pada bumbungnya.

Dari kiri Pegawai Eksekutif Perniagaan, Nestlé (Malaysia) Berhad, Teo Heng Keat. Ketua Unit Perniagaan Strategik Nestle Ice Cream, Nestle S.A, Hans-Ulrich Mayer dan Pengurus Besar Kanan, Sunway Theme Parks, Calvin Ho, memegang rangka Kios Aiskrim Tenaga Suria.

“Ia bagi memastikan aiskrim kekal beku daripada suhu luar 35 darjah selsius kepada suhu maksimum -25 darjah selsius, tanpa kos tenaga,” katanya ketika ditemui.

Turut hadir Pegawai Eksekutif Perniagaan, Nestlé (Malaysia) Berhad, Teo Heng Keat dan Pengurus Besar Kanan, Sunway Theme Parks, Calvin Ho.

Bentuk Kios Aiskrim Tenaga Suria

Bentuk Kios Aiskrim Tenaga Suria

Mayer turut menerangkan, sistem pengecasan yang dijanakan oleh sinaran suria dalam sehari boleh membekalkan tenaga kios aiskrim selama dua atau tiga hari.

Secara tidak langsung mengurangkan emisi karbon dioksida sehingga 263 kilogram setahun.

Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *