Jualan kereta cecah hampir 800,000 tahun lalu – MAA

Jumlah jualan keseluruhan industri (TIV) automotif Malaysia meningkat ke paras tertinggi sebanyak 799,731 unit pada 2023 berbanding 721,177 unit pada tahun sebelumnya.(Gambar hiasan) Foto 123rf

Jumlah jualan keseluruhan industri (TIV) automotif Malaysia meningkat ke paras tertinggi sebanyak 799,731 unit pada 2023 berbanding 721,177 unit pada tahun sebelumnya.(Gambar hiasan) Foto 123rf

JUMLAH jualan keseluruhan industri (TIV) automotif Malaysia meningkat ke paras tertinggi sebanyak 799,731 unit pada 2023 berbanding 721,177 unit pada tahun sebelumnya, kata Persatuan Automotif Malaysia (MAA).

Presidennya, Mohd Shamsor Mohd Zain berkata, kenaikan sebanyak 11 peratus tahun ke tahun itu dipacu terutamanya oleh subsegmen kereta penumpang berikutan ekonomi domestik yang berdaya tahan serta senario sosiopolitik yang stabil.

Beliau berkata, pertumbuhan itu juga didorong oleh insentif bebas cukai, pelancaran baharu seperti kenderaan elektrik pada harga kompetitif serta persekitaran rantaian bekalan industri yang bertambah baik.

“Pertumbuhan jualan industri yang dicatatkan pada tahun lepas juga merupakan peningkatan tahunan kedua sejak penurunan pada 2020-2021 akibat pandemik Covid-19.

Sumber