Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Ekspo
  • Jadilah berani, serlahkan kecantikan!
  • Ekspo

Jadilah berani, serlahkan kecantikan!

Helmi Aziz May 10, 2019 3 minutes read
305453.jpg

SERLAHKAN diri anda pada Aidilfitri kali ini dengan koleksi busana fesyen perayaan daripada Nala yang menampilkan cetakan berani dan corak indah cetusan berinspirasi Malaysia.

Buat pertama kali, jenama tempatan ini menghasilkan deretan baju kurung, kebaya dan sarung untuk Aidilfitri tahun ini menerusi pelbagai pilihan corak rekaan tangan yang unik dengan aneka corak dan warna.

Komited terhadap warisan Malaysia, corak yang dihasilkan tangan dengan begitu teliti memberi penghormatan bukan saja kepada kepelbagaian budaya negara ini malah unsur-unsur mengagumkan hasil cetusan inspirasi flora, fauna dan motif vintaj tempatan, yang turut menyerlah dalam koleksi terkini.

Corak yang diketengahkan dalam koleksi raya ini merupakan cetusan inspirasi daripada budaya minum teh dan kopi di Malaysia yang berakar umbi daripada pedagang seluruh dunia yang belayar ke pelabuhan negara kita.

Penampilan berani dengan cetakan bunga besar dan warna garang pada kain sarung.

Penampilan berani dengan cetakan bunga besar dan warna garang pada kain sarung.

Diberi nama “Kopi Teh”, koleksi ini memberi penghormatan kepada warisan ini dengan corak berilhamkan rekaan bunga-bungaan daripada cawan porselin serta kekisi dan kerja jubin yang teliti ketika era kopitiam terdahulu, serta diberikan nama mengikut pelbagai jenis teh kegemaran.

“Diilhamkan daripada persekitaran saya sama ada alam semula jadi, seni bina atau khazanah warisan negara ini seperti kedai kopitiam dan budaya menikmati teh daripada teh tarik, teh masala hinggalah cha, setiap corak saya mempunyai cerita tersendiri.

“Nala membawakan corak kontemporari dari masa silam, dengan setiap rekaan tangan punyai jiwa yang menarik perhatian semua daripada pelbagai latar belakang yang tak lapuk dek zaman,” kata Pengarah Kreatif dan Pengasas Nala, Lisette Scheers.

Ia diperbuat daripada pilihan kain kapas ringan untuk keselesaan pada hari yang panas serta 100 peratus satin kapas untuk rasa mewah apabila berziarah sepanjang hari.

Baju kurung (RM399) boleh didapati dalam lapan corak manakala kebaya (RM199) dan sarung (RM299) dijual berasingan agar ia mudah disuai padan.

Cetakan yang diinspirasikan daripada bunga buluh dan kisi kopitam.

Cetakan yang diinspirasikan daripada bunga buluh dan kisi kopitam.

Menerusi pembelian melebihi RM500 daripada koleksi “Kopi Teh”, pelanggan akan menerima set percuma Sampul Raya Nala yang direka khas untuk musim perayaan ini.

Koleksi raya ini dijual di Nala’s Kampung House di Bangsar dan di kedainya di ROBINSONS SHOPPES @ Four Seasons Place dan Bangsar Village II, serta dalam talian di www.naladesigns.com dan www.fashionvalet.com.

Nala sudah bertapak lama sejak memulakan operasi pada tahun 2008, yang berkembang daripada kraf kertas kepada rangkaian busana, aksesori fesyen dan hiasan dalaman rumah yang menjadi tunjang kepada reputasi Nala.

Sehingga kini, Nala juga berada di Perancis, Belgium, Itali, Switzerland, Hong Kong, Singapura, Kemboja dan Thailand. Unti maklumat lanjut mengenai fesyen boleh layari Laman web: www.naladesigns.com



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Khasiat buah kering dan kekacang
Next: Prinsip-prinsip pemakanan sihat

Related Stories

09
  • Business
  • Celebration
  • Collabration
  • Ekonomi
  • Ekspo
  • Gadget
  • Gaya Hidup
  • Industri Kreatif
  • music
  • News
  • Product Launch

vivo V70 FE First Sales Roadshow Janji Pengalaman Interaktif dan Persembahan DOLLA

Syahir Izani April 15, 2026
1000250427
  • Automotive
  • Business
  • Ekspo
  • Event
  • Innovation
  • Launching

SIRIM-Certified ASTRA Reinforces Bateriku’s Commitment to Quality with the Opening of Its Quality Lab

Helmi Aziz August 8, 2025
2
  • Awards
  • Ekspo
  • Music

Universal Music Malaysia Raikan Ikon Muzik di Hall of Fame, Pavilion Malaysia, Ekspo 2025 Osaka, Japan

Helmi Aziz May 14, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.