Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Ekspo
  • Idea genius gadis hijab Malaysia
  • Ekspo

Idea genius gadis hijab Malaysia

Helmi Aziz March 3, 2023 4 minutes read
588447.jpg

ENGGAN membiarkan dirinya terlepas peluang pembelajaran dalam bidang pembedahan, seorang doktor pelatih di United Kingdom (UK), Dr Farah Shaheera Roslan tekad mencari jalan penyelesaian mencipta tudung yang sesuai dipakai ketika melakukan pembedahan ke atas pesakit.

Inisiatif tersebut disifatkan wajar daripada terus menyalahkan sistem dan dasar sedia ada di negara asing.

“Saya bertugas bergilir-gilir di beberapa hospital di wilayah timur Midland dan menyedari dasar berbeza ketika di dewan bedah (OT) yang mana secara amnya, prosedur standard adalah memakai pakaian bersih bagi mengelak jangkitan kuman.

“Kadangkala saya bawa beberapa selendang bersih dari rumah, tetapi anda tidak dapat menjangkakan bila peluang untuk masuk ke dalam OT. Namun begitu, segelintir hospital tidak membenarkan pemakaian selendang bagi aspek kebersihan,” kata doktor muda berusia 26 tahun itu ketika dihubungi Bernama baru-baru ini.

Menurut doktor pelatih tahun kedua (Tahun asasi ke-2) berkenaan, apabila keadaan seumpama itu berlaku, ia secara tidak langsung akan menyebabkannya hilang peluang pembelajaran dalam bidang pembedahan yang paling diminatinya. Justeru, beliau tekad mencari solusi terbaik.

“Idea (mencipta hijab) ini muncul ketika saya dikeluarkan dari OT. Sukar untuk mengimbangi antara tuntutan agama dan mematuhi keperluan dan peraturan hospital dan prosedur,” kata Dr Farah Shaheera yang berhasrat menjadi pakar bedah.

Jelas beliau, walaupun tiada hijab khusus untuk doktor Muslim di OT, kakitangan hospital sering membantunya mencari bahan yang sesuai untuk menutup rambut dan leher mengikut cara Islam.

Langkah terkehadapan

Dalam usahanya mencari penyelesaian, Farah mula menghantar e-mel dan berhubung dengan syarikat pembekal perubatan di Malaysia. Bagaimanapun, kos penghantaran membatasi usahanya.

Dr Farah Shaheera yang berasal dari Seremban, Negeri Sembilan tidak berputus asa, sebaliknya memberi tumpuan kepada syarikat di UK.

“Saya mula berhubung dengan kira-kira lima syarikat tempatan dan sebuah syarikat telah membalas lalu mula menghantar bahan-bahan tudung ke rumah. Bahan yang legap, mudah bernafas, boleh diguna semula dan mudah dipakai adalah antara yang menjadi pilihan,” katanya.

Menariknya, hasil sambutan positif ke atas hijab pakai buang di UK, beliau sudah menerima lebih enam cadangan dari institusi berprestij tempatan untuk bekerjasama bagi menjayakan projek berkenaan. Hospital Universiti Oxford adalah antara enam pihak yang mengemukakan cadangan terbabit.

Namun begitu, bicara Dr Farah Shaheera, projek itu masih di peringkat awal dari segi menangani jurang dasar dan sistem.

“Tidak. Ini bukan untuk membuat keuntungan walaupun saya menerima komen bahawa saya boleh membuat keuntungan,” ujarnya yang mengambil masa kira-kira tiga bulan melakukan penyelidikan untuk hijab berkenaan.

Melangkah ke dekad baharu, Farah Shaheera berkata, dirinya mahu membantu lebih ramai doktor dan pelajar Islam yang sukar memakai hijab di OT.

Pada masa ini, sudah ada perubahan pasif dengan hospital bersedia untuk menggunakan idea itu di hospital, selain terdapat juga tindakan aktif dengan membuat perubahan kepada dasar.

Beliau juga berbincang dengan Persatuan Perubatan Islam Britain dan hasil perbincangan berkemungkinan menjurus kepada matlamat yang lebih tinggi dan berpotensi mempengaruhi dasar kod pakaian dalam amalan Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

“Saya akan (dan terus) menyokong pelajar dan doktor perubatan untuk mematuhi tuntutan agama ketika bertugas terutama di negara seperti Amerika Syarikat, Australia dan Afrika Selatan yang mempunyai ramai doktor Islam dan pada masa sama mempelajari lebih lanjut tentang keadaan sebenar di OT,” ulasnya.

Wanita muda ini telah menerima anugerah dan sijil bagi Doktor Tahun Asas (2019) dari Hospital Universiti Nottingham dan menyempurnakan Peperiksaan Keahlian Surgical Royal Colleges Great Britain dan Ireland yang diikutinya semasa menjadi doktor pelatih.

Polis wanita UK pakai MoreSlim

DR Eliesmaziah Alias yang berusia 46 tahun, seorang lagi anak jati Malaysia yang mengharumkan nama negara. Masakan tidak, tudung rekaannya yang dikenali sebagai MoreSlim telah dipilih untuk dipakai pasukan polis wanita Muslim di UK dua tahun lalu.

DR Eliesmaziah Alias (kiri) anak jati Malaysia mengharumkan nama negara apabila tudung rekaannya MoreSlim dipilih untuk dipakai pasukan polis wanita Muslim di UK dua tahun lalu. Foto: Ihsan Instagram @Elies Elias

DR Eliesmaziah Alias (kiri) anak jati Malaysia mengharumkan nama negara apabila tudung rekaannya MoreSlim dipilih untuk dipakai pasukan polis wanita Muslim di UK dua tahun lalu. Foto: Ihsan Instagram @Elies Elias

Menurut saintis kelahiran Melaka itu, hijab istimewa tersebut dihasilkan menggunakan fabrik bersifat ringan, antibakteria dan antipeluh yang sesuai dipakai untuk tempoh masa panjang.

Pada masa sama, koleksi tudung yang hadir dalam empat rona hitam, biru, kelabu dan putih berkenaan turut mendapat pengesahan daripada International Organization for Standardization, European Standard dan American Association of Textile Chemists and Colorists.

KOLEKSI hijab MoreSlim diperbuat daripada fabrik bersifat ringan, antibakteria dan antipeluh.

KOLEKSI hijab MoreSlim diperbuat daripada fabrik bersifat ringan, antibakteria dan antipeluh.

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Perluas program Khatam Tadabbur My #QuranTime ke setiap negeri
Next: CELEBRATE INTERNATIONAL WOMEN’S DAY WITH INFINIX MALAYSIA’S “TUNE IN TO WIN IT” TIKTOK LIVESTREAM FOR A CHANCE TO GRAB THE INFINIX HOT 20

Related Stories

09
  • Business
  • Celebration
  • Collabration
  • Ekonomi
  • Ekspo
  • Gadget
  • Gaya Hidup
  • Industri Kreatif
  • music
  • News
  • Product Launch

vivo V70 FE First Sales Roadshow Janji Pengalaman Interaktif dan Persembahan DOLLA

Syahir Izani April 15, 2026
1000250427
  • Automotive
  • Business
  • Ekspo
  • Event
  • Innovation
  • Launching

SIRIM-Certified ASTRA Reinforces Bateriku’s Commitment to Quality with the Opening of Its Quality Lab

Helmi Aziz August 8, 2025
2
  • Awards
  • Ekspo
  • Music

Universal Music Malaysia Raikan Ikon Muzik di Hall of Fame, Pavilion Malaysia, Ekspo 2025 Osaka, Japan

Helmi Aziz May 14, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Before Pregnancy Begins: Steps for a Healthier Start to Motherhood
  • Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration
  • Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma
  • Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”
  • Bean Here! Kini di KPTM Ipoh, Dekati Generasi Muda di Institusi Pengajian Tinggi

RSS RSS Feed

  • Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration
  • Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma
  • Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”
  • Bean Here! Kini di KPTM Ipoh, Dekati Generasi Muda di Institusi Pengajian Tinggi
  • 5 Faktor Yang Jadikan “Pewaris Susuk” Antara Filem Paling Diperkatakan

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

PIX 4
  • Community
  • Health & Awareness
  • Lifestyle
  • Sunway Medical Centre
  • Women Health

Before Pregnancy Begins: Steps for a Healthier Start to Motherhood

Farihin Azlan May 7, 2026
  • Artificial Intelligence (AI)
  • ICT
  • News
  • Technology & Innovation
  • Transformasi Digital

Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration

Farihin Azlan May 7, 2026
TRILOGI_MAINKV_NEW (1)
  • Community
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event
  • Lifestyle
  • Music
  • News

Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma

Farihin Azlan May 6, 2026
classicu 2025-10-17 184120.250
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • Music Release
  • News

Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”

Allya Adriana May 6, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.