HONOR dengan bangganya mempersembahkan jerayawara lima hari bertempat di Sunway Pyramid bermula 15 hingga 19 Januari 2025 bagi meraikan pelancaran telefon pintar flagship terbaru mereka, HONOR Magic7 Pro. Acara ini menjanjikan pengalaman unik kepada penggemar teknologi, termasuk pelbagai aktiviti menarik, tawaran eksklusif, dan cabutan bertuah dengan hadiah bernilai sehingga RM65,000.
Peluang Menang Hadiah Cabutan Bertuah Bernilai RM65,000
Semasa jerayawara ini, pembeli yang berbelanja lebih RM1,000 untuk HONOR Magic7 Pro atau peranti HONOR lain akan layak menyertai cabutan bertuah. Antara hadiah menarik termasuk HONOR Choice Robot Cleaner R2 untuk 10 pemenang utama, HONOR Haylou Watch untuk tiga pemenang tempat kedua, dan HONOR Earbuds X3 untuk 30 pemenang. Selain itu, hadiah sagu hati seperti Beg Sandang HONOR, kipas mini, dan payung eksklusif turut menanti pengunjung bertuah.
Nikmati Teknologi AI HONOR Magic7 Pro di Zon Pengalaman
Pengunjung juga berpeluang mencuba teknologi AI HONOR Magic7 Pro di Zon Pengalaman. Antara ciri utama yang boleh diuji ialah AI Deepfake Detection untuk mengesan video palsu, AI Interpreter bagi menterjemah bahasa asing, dan AI Falcon Camera serta AI Super Zoom yang meningkatkan kualiti pengimejan. Aktiviti ini menawarkan pengalaman teknologi terkini kepada peminat, lengkap dengan ais krim percuma sebagai ganjaran selepas melengkapkan aktiviti jerayawara.
Prapesanan Dibuka Hingga 16 Januari 2025 dengan Hadiah Percuma Bernilai RM2,096
Bagi mereka yang ingin memiliki HONOR Magic7 Pro lebih awal, prapesanan masih dibuka sehingga 16 Januari 2025. Pembeli bakal menerima hadiah percuma bernilai RM2,096 termasuk HONOR Watch 5, pengecas wayarles HONOR SuperCharge, Waranti Lanjutan 1 Tahun, serta Penggantian Satu Sama Satu selama 180 hari.

HONOR Magic7 Pro hadir dalam dua pilihan konfigurasi: RAM 12GB dengan storan 512GB berharga RM4,599 dan RAM 16GB dengan storan 1TB berharga RM5,199. Warna premium Lunar Shadow Grey, Breeze Blue, dan Black menjadikan peranti ini lebih eksklusif.
Berikut senarai promosi telefon pintar, tablet, komputer riba, dan peranti boleh pakai semasa jerayawara tersebut:
Produk | Harga Runcit | Harga Promosi | Hadiah Percuma |
HONOR Magic7 Pro (512GB) | RM4,599 | – | HONOR Watch 5, Pemegang Pengecas Wayarles HONOR SuperCharge, Waranti Lanjutan 1 Tahun, dan Penggantian Satu Sama Satu 180 Hari (prapesanan sahaja) |
HONOR Magic7 Pro (1TB) | RM5,199 | – | HONOR Watch 5, Pemegang Pengecas Wayarles HONOR SuperCharge, Waranti Lanjutan 1 Tahun, dan Penggantian Satu Sama Satu 180 Hari (prapesanan sahaja) |
HONOR Magic V3 | RM6,999 | RM6,499 | Perlindungan Skrin 365 Hari, Pemegang Pengecas Wayarles HONOR SuperCharge dan Pakej Hadiah Premium HONOR |
HONOR 200 Pro (512GB) | RM2,699 | RM2,499 | HONOR Earbuds X6, Penggantian Retak Depan & Belakang 365 Hari dan Botol Air Sukan HONOR |
HONOR 200 (512GB) | RM2,100 | RM1,799 | HONOR Earbuds X6, Penggantian Retak Depan & Belakang 365 Hari dan Botol Air Sukan HONOR |
HONOR 200 (256GB) | RM1,899 | RM1,599 | HONOR Earbuds X6, Penggantian Retak Depan & Belakang 365 Hari dan Botol Air Sukan HONOR |
HONOR 200 Lite | RM1,299 | – | Penggantian Retak Depan & Belakang 365 Hari dan Pemegang Telefon HONOR |
HONOR 200 SMART | RM1,099 | – | – |
HONOR X9c 5G (512GB) | RM1,699 | – | HONOR Earbuds X6, Penggantian Retak Depan & Belakang 365 Hari, Jaminan Bateri 36 Bulan dan Bag Kanvas HONOR |
HONOR X9c 5G (256GB) | RM1,499 | – | HONOR Earbuds X6, Penggantian Retak Depan & Belakang 365 Hari, Jaminan Bateri 36 Bulan dan Bag Kanvas HONOR |
HONOR X9c SMART | RM1,099 | RM999 | Beg Kanvas HONOR |
HONOR X7c 4G | RM699 | – | Penggantian Retak Depan & Belakang 365 Hari dan Pemegang Telefon HONOR |
HONOR X6b 4G | RM599 | RM499 | – |
HONOR MagicPad 2 | RM2,799 | – | Papan Kekunci Pintar Bluetooth HONOR MagicPad 2 Smart, HONOR Magic Pencil 3 dan Beg Sandang HONOR |
HONOR Pad 9 5G | RM1,799 | RM1,699 | Papan Kekunci Pintar Bluetooth HONOR Pad X9 Smart, HONOR Choice Pencil dan Beg Kanvas HONOR |
HONOR Pad 9 WiFi | RM1,499 | RM1,399 | Papan Kekunci Pintar Bluetooth HONOR Pad X9 Smart, HONOR Choice Pencil dan Beg Kanvas HONOR |
HONOR Pad X9 (256GB) | RM1,199 | RM1,099 | Papan Kekunci Pintar Bluetooth HONOR Pad X9 Smart, Adaptor Kuasa HONOR Supercharge dan Beg Kanvas HONOR |
HONOR Pad X9 (128GB) | RM1,099 | RM899 | Papan Kekunci Bluetooth HONOR Pad X9 Smart, Adaptor Kuasa HONOR Supercharge dan Beg Kanvas HONOR |
HONOR Pad X8a | RM799 | RM749 | HONOR Pad X8a Flip Cover dan Pemegang Telefon HONOR |
HONOR Pad X8a Kids Edition Wi-Fi | RM699 | – | Sarung Pelindung Kanak-kanak bersama Drawing Stick |
HONOR MagicBook Art 14 | RM5,999 | – | Waranti Lanjutan 1 + 2 Tahun, Beg Galas HONOR dan Langganan 1 Tahun Percuma Microsoft 365 |
HONOR Watch 5 | RM599 | – | Tersedia pada 17 Januari 2025 |
HONOR Earbuds Open | RM699 | – | Tersedia pada 17 Januari 2025 |
Teknologi AI Canggih, Fotografi Profesional, dan Prestasi Luar Biasa
HONOR Magic7 Pro, dikuasakan oleh MagicOS 9.0 dan cip Snapdragon 8 Elite Mobile Platform, membawa teknologi AI termaju. Ciri seperti AI Deepfake Detection, Magic Portal 2.0, dan AI Notes menjadikan telefon ini sebagai inovasi terdepan. Dalam fotografi, Sistem Kamera AI Falcon HONOR dengan sensor 1/1.3 inci dan kamera 200MP memastikan pengimejan bertaraf profesional.
Paparan telefon pintar ini dilengkapi teknologi penjagaan mata seperti Pemalapan PWM 4320Hz, Cahaya Biru Rendah Perkakasan, dan Paparan Tona Semula Jadi, yang telah diiktiraf oleh TÜV Rheinland. HONOR Magic7 Pro juga menampilkan bateri karbon silikon 5850mAh dengan sokongan pengecasan pantas berwayar 100W dan tanpa wayar 80W.
Jerayawara HONOR Seterusnya di Putrajaya dan Pulau Pinang
Selepas Sunway Pyramid, jerayawara HONOR Magic7 Pro akan diteruskan ke IOI City Mall, Putrajaya dari 5 hingga 9 Februari, sebelum menuju ke Gurney Plaza, Pulau Pinang dari 19 hingga 23 Februari 2025.
Untuk maklumat lanjut, lawati laman Facebook rasmi atau laman sesawang HONOR Malaysia di https://www.honor.com/my.