Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • News
  • Durioo+ Tayang Eksklusif Goldbeak The Movie, ‘Movie Pack’ RM10 Sebulan Kini Dilancar!
  • Movie
  • News

Durioo+ Tayang Eksklusif Goldbeak The Movie, ‘Movie Pack’ RM10 Sebulan Kini Dilancar!

Helmi Aziz October 21, 2025 4 minutes read
FB-BANNER20okt

Durioo+, platform penstriman yang selamat dan menghiburkan untuk anak-anak, terus mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju hiburan keluarga Muslim dengan penayangan filem animasi antarabangsa terbaru bertajuk Goldbeak The Movie bermula 20 Oktober 2025. Filem animasi ini, yang pernah ditayangkan di peringkat antarabangsa, kini hadir dalam versi bahasa Melayu eksklusif di Durioo+, lengkap dengan olahan semula yang menyelitkan nilai-nilai Islamik dan mesej positif, menjadikannya pilihan tontonan yang sesuai untuk semua peringkat umur.

Dalam sesi Tayangan Eksklusif Goldbeak The Movie yang berlangsung di Durioo Studioo, para penonton terdiri daripada pempengaruh dan wakil media meluahkan rasa teruja dan memberikan maklum balas yang positif terhadap kehadiran filem ini. Salah seorang hadirin menyatakan bahawa filem seperti ini sangat bermanfaat kerana selain menghiburkan, ia turut mengajar anak-anak tentang nilai Islamik secara tidak langsung, seperti menyebut “Alhamdulillah” dan “Allahuakbar”. Beliau turut memuji usaha Durioo+ dalam menyesuaikan kandungan luar agar lebih mesra dan sesuai untuk tontonan anak-anak. Dengan tawaran langganan RM10 sebulan, beliau menyarankan ibu bapa di luar sana untuk melanggan kerana ianya satu pelaburan bijak untuk anak-anak.

Kejayaan ini menandakan kali keenam Durioo+ berjaya menayangkan filem antarabangsa dalam versi alih suara ke bahasa Melayu secara eksklusif. Beberapa daripadanya turut menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi memastikan kandungan tersebut menepati nilai tempatan dan Islamik dari segi visual dan audio. Sebelum ini, Durioo+ mencipta impak besar menerusi tayangan Bilal: Lahirnya Wira Baru dan Cats The Movie, yang mendapat sambutan hangat dalam kalangan keluarga di Malaysia.

Goldbeak The Movie diarahkan oleh pengarah animasi Ireland, Nigel W. Tierney, yang terkenal menerusi karya seperti muzik video Bad Bunny, Little Dicky (Earth), dan Jaden Smith (Goku), serta penglibatannya dalam produksi besar seperti Kung Fu Panda 3, How to Train Your Dragon 2, The Croods, dan Shrek Forever After. Filem ini turut diarahkan bersama oleh Dong Long, pengarah utama Liangzi Film dari China, dan menampilkan pelakon suara antarabangsa David Henrie (Wizards of Waverly Place, How I Met Your Mother) sebagai Goldbeak, serta Rachell Hofstetter atau Valkyrae sebagai adiknya, Ratchet.

Filem ini mengisahkan Goldbeak, seekor helang yang dibesarkan oleh keluarga ayam sejak kecil. Didorong oleh keinginan untuk mengenali dirinya sebagai seekor helang dan tekanan daripada ayam-ayam lain yang tidak menerima kehadirannya, Goldbeak memutuskan untuk meninggalkan kampung halaman demi mencari asal-usulnya. Dalam perjalanannya bersama kakaknya Ratchet, mereka secara tidak sengaja membongkar rahsia gelap yang berkaitan dengan keluarga kandung Goldbeak rahsia yang berpotensi mengancam kampung mereka sendiri.

Goldbeak The Movie turut menerima pengiktirafan di peringkat antarabangsa termasuk pencalonan di Anugerah Filem Golden Rooster China ke-35 (Kategori Best Fine Arts), pameran China International Children’s Exhibition – Favorite Cartoons, serta pengiktirafan oleh State Film Administration of China sebagai Excellent Chinese Film Project.

Sempena tayangan filem ini, Durioo+ turut memperkenalkan Durioo+ Movie Pack yang menawarkan akses kepada 15 filem antarabangsa dan tempatan, bersama lebih 20,000 kandungan dalam platform Durioo+. Pengguna boleh menikmati semua kandungan ini tanpa had dan bebas iklan di empat peranti serentak, dengan langganan promosi serendah RM30 untuk tiga bulan pertama bersamaan hanya RM10 sebulan. Tawaran ini boleh didapati di laman web rasmi get.duriooplus.com. Dengan harga yang jauh lebih rendah berbanding tiket pawagam, seisi keluarga kini boleh menikmati kandungan berkualiti, selamat dan menyeronokkan dari rumah atau di mana-mana sahaja.

Nuown Zainal, pengasas bersama Durioo+, menyatakan bahawa Goldbeak ialah filem yang menarik dan sesuai untuk tontonan keluarga, lebih-lebih lagi setelah diolah dengan teliti agar kandungannya selamat untuk anak-anak. Beliau menekankan bahawa ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Durioo+ untuk memperbanyakkan kandungan filem yang sesuai dan bermanfaat untuk tontonan bersama seisi keluarga. Dengan hanya RM10 sebulan, waktu skrin bersama boleh dijadikan sebagai aktiviti kekeluargaan yang sihat, seolah-olah menonton di pawagam tetapi dengan keselesaan menonton dari rumah melalui platform selamat Durioo+.

Usaha ini sekali lagi mengukuhkan peranan Durioo+ bukan sahaja sebagai platform penstriman yang selamat dan menyeronokkan, tetapi juga sebagai pemangkin dalam membangunkan generasi ummah yang beriman, berakhlak, dan berilmu melalui kandungan berkualiti dan berimpak positif.

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Malaysia Week 2025 Ignites Brunei Spirit Ahead of Visit Malaysia 2026
Next: Johan terajui transformasi automotif dengan pembukaan GGR Electric Motorcycles

Related Stories

  • Artificial Intelligence (AI)
  • ICT
  • News
  • Technology & Innovation
  • Transformasi Digital

Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration

Farihin Azlan May 7, 2026
TRILOGI_MAINKV_NEW (1)
  • Community
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event
  • Lifestyle
  • Music
  • News

Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma

Farihin Azlan May 6, 2026
classicu 2025-10-17 184120.250
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • Music Release
  • News

Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”

Allya Adriana May 6, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Before Pregnancy Begins: Steps for a Healthier Start to Motherhood
  • Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration
  • Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma
  • Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”
  • Bean Here! Kini di KPTM Ipoh, Dekati Generasi Muda di Institusi Pengajian Tinggi

RSS RSS Feed

  • Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration
  • Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma
  • Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”
  • Bean Here! Kini di KPTM Ipoh, Dekati Generasi Muda di Institusi Pengajian Tinggi
  • 5 Faktor Yang Jadikan “Pewaris Susuk” Antara Filem Paling Diperkatakan

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

PIX 4
  • Community
  • Health & Awareness
  • Lifestyle
  • Sunway Medical Centre
  • Women Health

Before Pregnancy Begins: Steps for a Healthier Start to Motherhood

Farihin Azlan May 7, 2026
  • Artificial Intelligence (AI)
  • ICT
  • News
  • Technology & Innovation
  • Transformasi Digital

Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration

Farihin Azlan May 7, 2026
TRILOGI_MAINKV_NEW (1)
  • Community
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event
  • Lifestyle
  • Music
  • News

Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma

Farihin Azlan May 6, 2026
classicu 2025-10-17 184120.250
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • Music Release
  • News

Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”

Allya Adriana May 6, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.