Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • News
  • Syria Care Teruskan Misi Kemanusiaan, Sasar Dua Kontena Bantuan Musim Sejuk ke Syria
  • Awareness
  • Campaign
  • Community
  • News

Syria Care Teruskan Misi Kemanusiaan, Sasar Dua Kontena Bantuan Musim Sejuk ke Syria

Helmi Aziz October 22, 2025 3 minutes read
IMG20251022115447

Ketika suhu di Syria mula menjunam menandakan ketibaan musim sejuk, Syria Care sekali lagi tampil meneruskan komitmennya dalam usaha kemanusiaan melalui kempen Winter Aid 13.0. Kempen ini dilancarkan untuk membantu komuniti rentan di Syria serta pelarian Syria di Lubnan yang bakal berdepan musim sejuk mencabar, di mana kedinginan melampau boleh mengancam bukan sahaja keselesaan tetapi juga nyawa mereka yang tidak mempunyai perlindungan mencukupi.

Bermula 26 September hingga 31 Disember 2025, kempen ini memberi tumpuan kepada tiga bentuk bantuan utama iaitu bahan bakar seperti diesel, kayu api dan briket zaitun, serta pakaian musim sejuk bagi memastikan kehangatan dan keselamatan rakyat Syria menjelang musim sejuk. Antara inisiatif utama di bawah kempen ini ialah projek tahunan “Warm Their Winter”, yang telah menjadi teras kepada misi Syria Care sejak tahun 2013. Projek ini akan dijalankan pada 22 hingga 26 Oktober 2025 di Dewan Kiambang, Seksyen 7, Shah Alam, dan akan mengumpulkan sumbangan pakaian tebal, jaket, selimut, kasut serta barangan keperluan musim sejuk lain.

Setakat ini, Syria Care telah berjaya menghantar sebanyak 17 kontena bantuan ke Syria dan Lubnan. Untuk tahun ini, dua kontena bersaiz 40 kaki disasarkan dengan muatan sebanyak 1,584 kotak bantuan seberat antara 10 hingga 15 kilogram setiap satu. Bantuan berkenaan akan dihantar melalui laluan laut dan dijangka tiba di Pelabuhan Latakia, Syria selepas perjalanan selama kira-kira 50 hari.

Bantuan yang dikumpul kali ini dianggarkan mampu memberi manfaat kepada lebih 12,000 individu, menjadikan jumlah keseluruhan penerima manfaat sejak 2013 mencecah sekitar 250,000 orang. Misi Winter Aid 13.0 bukan sekadar penghantaran bantuan fizikal, tetapi juga melambangkan solidariti dan kasih sayang rakyat Malaysia terhadap saudara mereka yang terkesan akibat konflik berpanjangan.

Kempen ini turut mendapat sokongan padu daripada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Perwakilan Penduduk Zon 3 (MPP Zon 3), serta rakan strategik Syria Care seperti HUMAM Relief dan Pertubuhan Ihsanku Malaysia. Bagi menampung kos logistik dan operasi projek Warm Their Winter, Syria Care menyasarkan kutipan dana sebanyak RM150,000.

“Musim sejuk di Syria bukan hanya cabaran cuaca, tetapi juga ujian kehidupan bagi mereka yang kehilangan tempat tinggal dan keselamatan. Melalui kempen ini, kami ingin menghantar bukan sekadar pakaian, tetapi juga rasa kasih, keselesaan dan harapan dari rakyat Malaysia,” ujar Pengerusi Syria Care, Siti Sakinah binti Meor Omar Baki.

Orang ramai, syarikat korporat serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dijemput untuk bersama menjayakan misi kemanusiaan ini. Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Maybank Syria Care 562106653575 atau melalui laman sesawang rasmi di https://syriacare.org.my/winteraid/. Setiap sumbangan, tidak kira besar atau kecil, membawa makna besar kepada mereka yang kini berjuang menempuh musim sejuk tanpa persediaan yang sempurna.

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Johan terajui transformasi automotif dengan pembukaan GGR Electric Motorcycles
Next: Kumbang Bunga: Persahabatan Muzik Malaysia–Indonesia Dalam Satu Irama

Related Stories

PIX 4
  • Community
  • Health & Awareness
  • Lifestyle
  • Sunway Medical Centre
  • Women Health

Before Pregnancy Begins: Steps for a Healthier Start to Motherhood

Farihin Azlan May 7, 2026
  • Artificial Intelligence (AI)
  • ICT
  • News
  • Technology & Innovation
  • Transformasi Digital

Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration

Farihin Azlan May 7, 2026
TRILOGI_MAINKV_NEW (1)
  • Community
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event
  • Lifestyle
  • Music
  • News

Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma

Farihin Azlan May 6, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Before Pregnancy Begins: Steps for a Healthier Start to Motherhood
  • Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration
  • Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma
  • Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”
  • Bean Here! Kini di KPTM Ipoh, Dekati Generasi Muda di Institusi Pengajian Tinggi

RSS RSS Feed

  • Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration
  • Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma
  • Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”
  • Bean Here! Kini di KPTM Ipoh, Dekati Generasi Muda di Institusi Pengajian Tinggi
  • 5 Faktor Yang Jadikan “Pewaris Susuk” Antara Filem Paling Diperkatakan

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

PIX 4
  • Community
  • Health & Awareness
  • Lifestyle
  • Sunway Medical Centre
  • Women Health

Before Pregnancy Begins: Steps for a Healthier Start to Motherhood

Farihin Azlan May 7, 2026
  • Artificial Intelligence (AI)
  • ICT
  • News
  • Technology & Innovation
  • Transformasi Digital

Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration

Farihin Azlan May 7, 2026
TRILOGI_MAINKV_NEW (1)
  • Community
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event
  • Lifestyle
  • Music
  • News

Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma

Farihin Azlan May 6, 2026
classicu 2025-10-17 184120.250
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • Music Release
  • News

Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”

Allya Adriana May 6, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.